Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Datang 2012, Selamat Tinggal 2011

Assalamualaikum...


Yeayhh lagi berapa jam lagi nak masuk tahun baru. Jom countdown sama2 !! Eh korang tolong countdown kan untuk aku eh, aku sibuk tak sempat nak countdown. Heheee *alasan*

Selamat tinggal 2011 sobsobsobbb sedih maa. Selamat datang 2012 !!! Tahun yang cantekk beb. Aku sedih nak tinggalkan 2011 tapi kang itulah tahun depan dah 18 tahun. Cepatnya masa berlalu kang. Rasa cam baru jek kemaren aku aku masuk tadika *cehperasanmudalagikk* Toink2. Haha..

Alhamdulillah tahun 2011 aku dapat lalui dengan seribu kekuatan. Dugaan dan cabaran tu makin saban hari makin kuat. Ingatlah orang yang selalu diuji tu tanda Allah sayang kat kita. Kita kena kuat and sabar dalam menempuhi tiap rintangan yang datang okeh ?? Good.

Haa ni...aku ada blogwalking kat blog sis sorang ni. Tengok dia buat entry "Segment Selamat Datang 2012 dan Selamat Tinggal 2011". Aku terpanggil untuk skodeng. Baca3, hurm menarik. Baca lagi. Baca sampai habis. Hehee, dapat idea. Apa kata kalau aku join sama ?? Soalan dia menarik beb. Heeheheheee *sengihsorang2*


korang boleh jenguk blog sis ni dulu sebab ada benda penting yang mungkin korang berminat nak tau. So, apa tunggu lagi ?? tengok aa after that balik blog aku semula keh ?? hehehe... blog sis ruby

Ini syarat and peraturan dia kalau korang nak tauu. Aku just copy dari blog sis ruby tu jah. Heheee..


Syarat dan Peraturan segment ini ialah
1. letak banner dan link kan kepada entry segment Segment Selamat Datang 2012, Dan selamat tinggal 2011
2. tag 11 orang untuk Join Segment  Segment Selamat Datang 2012, Dan selamat tinggal 2011
3. Nyatakan 11 perkara yang mengembirakan/menyeronokkan Anda Tahun ini..
4. Nyatakan 11 perkara yang Menyedihkan/tidak menyeronokkan  Anda Tahun ini.
5. Nyatakan 11 azam and tahun lepas, (buat plot tercapai ke tidak azam tersebut)
6. Buat 1 cerita yang menarik yang berlaku pada 2011..
7. Nyatakan perasaan anda meninggalkan tahun 2011


Oke..now, jom kita tengok  apa erkk.. No 1 dah. No2 jap lagi. Jom ke no 3 !!

1. 11 perkara yang menyeronokkan/menggembirakan tahun 2011
~ Dapat hadiah motorsikal modenas CT 100 ~
~ Dapat graduasi dapat adiah spesel dari orang yang aku cayang ^_^ ~
~ berkelah kat pantai pandak dengan geng2 sarang ~
~ First time main boling tahun ni, hehehh ~
~ My first time jatuh motor, kui3 ~
~ dapat classmate (GSA) yang gile2 bercampur lak ngan cegu2 yang sporting gitu ~
~ Haaa !! Sejarah aku time trial first time dapat A solid, masyukk hehehh ~
~ Pengalaman first time keje, carik duit kt A&W time cuti raya (my first salary) ~
~ dapat naib johan dalam perlawanan badminton MSSD KTS baru ni, alhamdulillah ~
~ Dapat belajar akaun yang sememangnya killer subject bagi aku ~
~ Kenangan ngan cegu2 yang amik berat sal aku ~

Ok done ! Next ~~

2. 11 perkara yang menyedihkan / tak menyeronokkan tahun 2011 (tak suka soklan neh, heheee)
~ My 1st mp3 hilang time bawak motor hari tuu =( ~
~ kena marah dengan seseorang, marah yang amat3 sangat (takpernahlagitengokdiamarahcamgitu)  =,=" ~
~ time perpisahan sir yzel, paling tak suka neh ~
~ nak tinggal sekolah, kawan2 and cekgu2 ~
~ jatuh motor gakz (sakit laaa,sobsobsobb) ~
~ nak berpisah dengan orang yang sangat disayangi ~
~ berselisih faham dengan bestfriend (tapi da baek sekarang, yeyy =D ) ~
~ tension dengan markah akaun yang tak pernah2 nak naik, maaf cikgu =( ~
~ tak buleh amik lesen lagi tahun neh, serius sedeyh ~
~  kena terima hakikat aku bukan lagi dak sekolah *hahangadersiott* ~

Hurm payah tol soalan neh, takpe2. Soalan lain jom.

3. Azam tahun 2011 nak sebelas mende and adakah azam tuh tercapai ke idak

Hurm, yang neh susah sebab aku dah lupa apa azam aku. Haha. aku memang pelupa sebenarnya *hehehee* =_=" Yang aku ingat aku nak ubah perangai aku yang buruk pada yang baik. Of course laa nak yang camtu kan, semua orang nak buat camtu kan3. Kui3.. Ni aku punya azam entah laa cukup 11 ke idak. Hentam kan aje mana2 yang ingat. Hehee..

Yang aku ingat aku nak subjek math mode aku yang tak pernah2 lulus masa form 4 tu lulus gak kut mana2 pun naik form 5 neh. And alhamdulillah, lulus jugak setelah berhempas pulas. Hehehheeehh...

Azam aku nak buat lesen tak dapek kerana masalah2 tertentu. Lepas tu azam aku nak dapatkan motor dah tercapai even lesen takde lagi. Hehehhh so aku bawak motor tanpa lesen yang sah *wahhpengakuanberanikenesaman*. Yang paling aku ingat laa rasanya lah kan aku nak tahun 2011 jadik kenangan yang paling best dalam hidup aku sampaikan aku rasa aku taknak berganjak ke tahun2 lain. Alhamdulillah, dan doa aku termakbul hehee. Rasa cam taknak je tahun neh berakhir.

Satu lagi azam last aku. Aku nakkan result akaun aku yang ialah yang terbaik antara terbaik aku pernah dapat setimpal dengan usaha aku. Nak tau berbaloi ke tidak usaha aku yang aku buat pada tahun ni kita tengok hasilnya bulan 3 tahun depan okehh. Sumpah, aku takut. Memang boleh buat aku bunuh akal -_-' *bknbunuhdiriyer*

4. Satu cerita yang menarek tahun neh.
 Citer ni menarik pada aku lah. Pada korang tak kesah lah menarik ke idak. Masing2 punya cerita sendiri kan. Tapi sekarang ni aku yang tengah menjawab soalan neh jadi biarkan aku citer kisah aku dulu. Heheheee *sewelkang*

Kisah menarik erk...terlalu banyak sebenarnya peristiwa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun neh. Semua menarik. Walau pahit pun aku anggap tu semua kenangan and pengalaman yang manis and menarik. Bukan ke pengalaman tu mematangkan seseorang. Alhamdulillah, segala ujian aku lalui dengan hati yang cekal and semangat yang kuat. Huhuhu. Perasaan sbg seorang pelajar sek menengah tu bila dah nak abis sekolah ni memang pelik2 laa bagi aku. Tapi bila difikirkan memang menarik. Sebab aku dapat macam2 pengalaman and perasaan. Aku lebih kenal orang2 yang aku memang nak kenal. *takyahtau*

Aku rasa tahun ni paling bermakna buat aku sebab hari2 terakhir aku di sekolah, aku dapat rasakan perasaan yang memang tak pernah2 aku rasa sebelum ni. Disayangi, diberi perhatian, dimarahi and macam2 la especially dengan seseorang neh. Rasanya tak perlulah dimentionkan nama neh. Cuma kalau lah dia terbacakan neh. Aku nak dia tau yang aku amat menghargai jasa dia pada aku sebab dia yang menyedarkan aku akan kepentingan masa depan aku dan memberi aku kekuatan untuk aku teruskan apa yang aku buat. Kerana dia aku kembali bangkit dan berubah. Dialah mentor aku. Sumber kekuatan aku. Satu masa aku harap aku mampu buat dia bangga akan pencapaian aku.

Oke...waaa panjang lebar. sorrylaa. hehehe. Last question, please.

5. Perasaan aku nak meninggalkan tahun 2011 neh.
Teramatlah sayu dan sedih. Tapi hidup perlu diteruskan okeh. No matter what happen. Cuma mampu berharap tahun depan akan jadi lebih indah dari tahun ni dengan tittle pelajar tingkatan 6 mungkin, insyallah. ^_^

Oke, balik pada no 2. Ni 11 blogger yang saya nak tag. Anda cubalah jawab tag sy nih ye. Nak tau jugak kesah anda sepanjang 2011 ni. terima kasehhh


blogger yang ke 11 agak susah nak cari =P



Jumaat, 30 Disember 2011

Memories in 2011

Assalamualaikum...


Lagi sehari nak masuk tahun baru kan2. Jom countdown ramai2, jom ! Eh, korang dah ada azam ke untuk tahun depan ?? Tahun baru dengan azam ni memang sinonim kan. Tiap kali tahun baru tiba mesti masing2 pakat pasang niat, tercapai tak pun azam tu terutama aku. Kehkehkehh. Azam korang tuk tahun ni dah tercapai ke ?? AKu?? lagi teruk. Tak ingat terus apa azam aku. Haha. Teruk kan2?? Ish3 *geleng2 kepala*.

Citer pasal azam ni kita bawak ke tahun baru lah ye. Aku paling suka ngan status sal tahun baru ni kat home mukabuku aku. "Anda dinasihatkan supaya tidak memasuki tandas pada 31.12.2011 pada 11.59 pm kerana anda akan mungkin keluar pada tahun 2012" Kahkahkahh gelak sorang2 aku baca status ni. Tah sape punya idea lah. *bijak2*

Ok, aku penah cakap kat mukabuku aku nak buat entry sal kenangan aku sepanjang tahun 2011. Tak kira lah sedih ke happy ke. Semua aku list kecuali yang too personal sangat aku tak letak lah oke. Alaa, aku tau korang bukan baca sangat pun blog aku. Haha *majuk* Hachoii. Haha.

Ok, sini aku listkan antara 10 kenangan yang paling aku ingat sepanjang tahun ni.

1.   Kenangan dgn 'Sarang Geng'

~ credit to Farizhuzaini ~
 ~ time berkelah kat pantai pandak ~

Yes. Dengan group sarang. Banyak gilelah kot kenangan dengan dieorang. Group aku semua ada 10 orang. 5 lelaki 5 perempuan. Syazatty, Faris, Rafi, Syafiqzainal, Azhar, Ummiaqeela, Aqilah, Syukri and Intan. Mana2 kitaorang pergi mesti bersama. Even kekadang masa lepak kitaorang punya group tak penah penuh tapi tetap masih enjoy. Haha. Banyak beb kalau nak citer. Hurm masa sambut birthday azhar best sangat, mandi kat pantai pandak, time hantar ETA, mr Billy kat airport, berbuka puasa ramai2 kat food court giant, petang2 menggila kat sekolah mostly bila stress dengan rafi lah. Tapi aku seronok sangat sebab dapat kenal dengan geng2 ni. Aku baru dapat rasa nikmat persahabatan yang selama ni aku damba2 kan. Chewaahh ayat, takleh blah. Haha.. *segan deh*


Most thanks kat Rafi and Faris lah coz diaorang boleh dikatakan banyak bantu aku especially time aku jatuh motor dulu. Hahaa, tak pun benda2 lain ke. Kalau si Rafi ni memang dah jadi tempat aku lepas perasaan lah. Mamat ni dengar je kalau aku bercakap. *akumemangsukabebelkan2*  Haha thanks beb, u're the best. Hope lepas ni kita boleh jumpa lagi, okeh ! =)


2.   Badminton and olahraga sekolah

Aku rasa dua benda nilah akan jadi salah satu perkara yang aku rindu nak buat mostly olahraga. Badminton bila2 je boleh tapi olahraga dah takde dah lepas ni. Alhamdulillah pencapaian aku dalam dua2 sukan ni meningkat dari setahun ke setahun even dok cemerlang pun. For the first time selama 7 tahun aku dalam sukan badminton aku dapat gak pingat perak utk MSSD KTS. Alhamdulillah at least dapat naikkan nama sekolah walaupun tak sehebat seperti yang lain kan2. Lepas ni mesti dah tak buleh main lempar cakera lagi, aktiviti nilah paling aku suka. Alhamdulillah, dapat gak kumpul beberapa pingat tuk tahun ni, tahun last.

3. Secebis kasih sayang and perhatian

Heheee...senyum meleret beb *camkambindoh*. Haha. Oke tajuk tuk list no 3 ni takleh blah lagi. Nak kata hampeh tak pun tapi secara jujurnya aku bukanlah seorang yang tak mendapat kasih sayang. Umi and abah aku sayang giler2 kat aku. Yelah makpak mana tak sayang anak kan. Tapi aku ni kan anak tunggal *mukakonpius* so kekadang aku rasa sunyi lah bila dah hidup sorang2 ni. Serius aku bahagia untuk beberapa bulan terakhir ni sebab aku dapat rasa kasih sayang and perhatian dari beberapa orang yang sangat2 aku kasihi lah. Marah dieorang, teguran dieorang tu sumer aku sedar yang dieorang amik berat pasal aku, dieorang taknak aku hanyut, lagipun SPM dah dekat masa tu. Sape?? Adalah mana leh bagitau. Nama tidak perlu dimentionkan. Hanya orang2 tertentu yang betul2 rapat dengan aku je tau. Rahsia *malulerr* toink.

4. Graduation Day



Yes, yang ni paling happy lahh. Alhamdulillah, aku dapat gak graduasi even aku rasa aku tak layak nak dapat cam aku penah cakap sebelum ni tapi ada rezeki tuhan tetapkan untuk aku syukur sangat2. Bahagia gila dapat tengok muka umi and abah aku time tuh. Bahagia sangat3 bila dapat present dari seseorang yang sangat aku sayang and hormati. Terharu beb, aku tak pernah dapat apa2 daripada insan bernama guru. Terasa yang aku ni macam half part of her life. Dah3. Buat orang menyampah jerk, hehe. Seronok sangat masa tu sampai aku memang tak lalu nak makan masa tu. Hanya tuhan je yang tau perasaan aku time tuh. Syukur alhamdulillah, aku harap aku masih boleh banggakan umi dengan abah aku. 

5. Aku berubah jadi orang lain.


~ tengok, berangan lagi, orang amik gambar pn tak sedar *ish3* ~

Haaa, part ni paling best bagi aku. Paling meninggalkan bekas dalam hidup aku kot.  Aku berubah. Berubah dari seorang yang ceria kepada seorang yang pendiam, perahsia, bawak diri and suka fikir negatif. Hohoo, asal aku jadi camtu eh ?? Tu cakap cikgu aku lah kat aku. Entah. Aku pun tak tahu. Yang aku tau aku berubah ke arah kebaikan bila aku dah selalu datang ke kelas, homework selalu aku buat. Aku sedar aku ada tanggungjawab penting masa tu. Aku berubah pun kerana seseorang, seseorang yang banyak beri aku dorongan dan semangat pada aku untuk aku teruskan apa yang aku tengah buat masa tu.

Actually, beberapa bulan terakhir aku di sekolah memang kehidupan aku agak complicated sikit lebih2 bila ianya melibatkan insan2 yang amat aku sanjungi. *speechless* Aku ingin mendekati sedangkan mereka ingin menjauhi. Haha tetiba aku rasa cam 'err, sis ape yang ko buat ni haa?? Bodohnya laa ko'. Erkkk ter emo lak. Hehe. (^_^) Ok..past is past, let they go okeh ?? Even time tu aku cam hanyut tapi aku masih sedar apa yang aku buat. Sampai ada cikgu cakap aku ni tak normal. Haha, cikgu2, saya normallah cuma masa tu saya tengah stress je. Saya pun manusia. Terima kasih sebab tegur saya =D

Thanks kat cikgu2 yang banyak support aku, nasihat aku, beri aku semangat to carry on what i doing that time, beri aku kekuatan, tegur apa yang aku buat tu salah tak betul, bagi ilmu kat aku terutamanya. Halalkan segala ilmu yang diberikan. Maafkan kesilapan diri ini andai ada tersilap kat mana2 yang boleh lukakan hati cikgu secara sedar atau tak. Maafkan diri ni jugak kalau tak mampu berikan yang terbaik utk cg2 sumer. Lepas ni saperlahh yang nak terus support aku. Saperlah nak marah2 aku lagi. Tetiba sedih, sobsobsobb *biarkan*

Segala yang berlaku akan kukenang sampai bila2 sebagai kenangan indah and pengajaran yang paling bermakna buat aku.

6. Melepaskan tension dengan kekawan hari2 terakhir kat sekolah

~ time ni ngah studi kimia ngan kawan2, perah otak biar kecut *tension3*

Yang ni aktiviti paling best tiap2 petang. Hahaa, masa tu nak dekat2 exam kot. aku, faris, pyka and rafi lepak lam kelas aku. Masa tu hujan rasanya. Kitaorang tension yang amat sangat. Kebetulan rafi bawak speaker, aku lak bawak laptop pi sekolah. Kitaorang pasang lagu lepas tu memekik ramai2. Nyanyi lagu 'season in the sun'. Perghh, masyukK. Betul2 macam orang luperk diri *okeabaikantu* Haha, tapi faris tak join pun. *malukott*. Hahaha..lagi best masa rafi bawak pianoboard ke sekolah. AKu main2 ngan keyboard tu macam orang sawan tak pernah jumpa benda tuh. Haha *blushingdeh* . Part paling aku suka ialah mandi hujan !! Hahahaa, kawan aku marah sangat kalo aku mandi hujan. Hurm tu antara salah satu pelepas tension cara aku. Kui3..

7.  Jatuh motor

Huuhuu, tahun ni saja aku jatuh motor dah 3 kali. Haha, padam muka aku kan. Galak gatal nak bawak motor lesen dahlaa takde. First time jatuh motor, aku ingat masa tu aku stress gile3 yang amat kot. 2nd time tu takde apalah sangat cuma gear motor aku tersekat kat tiang parking kereta. Rabok (jahanam) gak gear motor aku. Haha..motor baru dah jadi gitu. Teruk aku kena dengar abah aku marah kat aku. Kui3. Alaa dah motor tu dia punya gear sangkut2 aku terus ar masuk gear satu pulas minyak lebih sikit je. Alahh lebihh sikitt jeee.. hehehe *okdahh*. Time tu aku balik lewat mujur laa ada si syafiq and rafiq tolong bawakkan motor aku ke bengkel yang berhampiran ngan sekolah. Pakcik bengkel tu lak dengan baik hatinya FOC kan kitaorang punya baiki motor tu. Hehe time kaseh pakcik =)

3rd time. Haha current latest. Baru je 2minggu lepas. Yang ni paling teruklah kut dalam sejarah aku penah dapat. Masa tu aku bawak motor dalam hujan lebat yang amat. Nak balik umah dari sekolah masa tu. Tah camne kat satu selekoh tajam ni aku terbabas. Hadoww, sedapp siott tuu macam makan cekedih je. Haha *manaada,sakitwoii*. Aku ada bagitau kat mentor aku yang aku xcident, xcident ke?? haha biar arh. Dia cakap konfim aku tengah berangan masa tu, macam dia tak tau aku ni camne. Aku time tuh da erkkk per kess lakk ?? Oke, saya memang kuat berangan =_=" .  haha tapi memang pun. Haha kantoi *malusiottnakngaku*. Lutut and kaki aku luka2 sikit, lebam2 kat badan tapi aku still leh carry on lagi neh. Tunjuk hebat aa kunun. Sampai sekolah terus pengsan sorang2. Haha.. gile tol. Oke, pengalaman tu.

Time aku jatuh motor tak sempat nak amik gambar, kamera manual jah. Dah auto nanti kalau aku jatuh lagi mesti ada gambar tu. *bluekkk* =P

8. Pengalaman bekerja

~ ponteng keje jap, haha *managerklutgknikompommrh* ~

Waaa pengalaman yang best gile neh. Yes, kawan aku ada cakap tempat dia keje nak pakai orang time raya neh. Aku masa tu tengah ada problem sikit and taknak terus pikir terus aku terima tawaran kawan aku. Aku ajak sekali si rafi. Alhamdulillah, aku rasa seronok gila dapat kerja gitu. Even penat sekalipun at least aku dapat rasa suatu nikmat yang betul2 beri aku kepuasan. Aku keje seminggu je, time raya hari tu. Ramai cikgu2 cam pelik ngan aku asal aku nak keje kan sedangkan orang lain sebuk nak beraya.

Well, aku ada alasan aku tersendiri kenapa. Yang penting bila aku dah tau betapa susahnya nak cari duit at least aku akan berusaha belajar betul2 untuk tingkatkan lagi taraf kehidupan aku di masa depan. Thanks kat umi abah n mentor aku sebab support keputusan aku even pada mulanya dieorang tak berapa setuju dengan pilihan aku. Takpe, take it as a experience ok. Pengalaman ni mematangkan.

9. Exam trial n spm 

Perghh ni takleh cakap apa. Aku dah puas berusaha. Nak menyesal ?? Haha, its too late laa my dear. Tak kesal apa2 pun sebab aku dah cuba buat yang sehabis mungkin dah. Aku tak harapkan apa2 sangat, aku tak harapkan keputusan yang cemerlang. Cukup kalau result spm aku jauh lebih baik dari result trial especially for subject account. Aku...huhuhu *taktaunakcakappe* 
Korang doakan kejayaan aku okeh, kerana aku benar2 memerlukannya. I lost my word every time i want to talk about this.

10. Kenangan dengan GSA


Okeh, yang ni terakhir dan yang paling aku ingat. Hahaa aku tak pernah lagi rasa happy bila dapat classmate yang gila2 semua tu. Bukan gila yang tak betul tu, tu lain. Ni gila2 yang masih ada batasnya. Aku pernah buat cerita pasal kegilaan budak2 kelas aku kat sini. So, tak perlulah aku taip lagi eh, sebab benda sama je. Haha.

As a conclusion, banyak lagi sebenarnya tapi terlalu panjang lah. Haha aku memang kalau naip ke tulis ke tak reti pendek2 tapi bila buat karangan Bm oke je pendek pun. Haha tu mungkin sebab aku takde idea kut nak mengarang. Mampus aku kalau cg bm baca neh. Haha *jgnmaracg*
So, tahun 2011 betul2 beri aku kenangan indah. The best year for me. 
Aku harap tahun depan akan jadi tahun yang lebih baik and sempurna dari ni.
Thanks kat korang yang baca dari awal sampai akhir. 


Khamis, 29 Disember 2011

Akhirnya terlayan jugakk ombak rindu neh

Assalamualaikum



Yeayhh akhirnya hajat nak melayan movie Ombak Rindu terlayan jugak. Thanks kat cikgu aku sebab letak link cite tu kat mukabuku. Tengok kat utube je, jimat duit aku takyah melabur kat panggung wayang tu. Haha. Sesungguhnya aku amatlah kedekut bila masuk bab2 ni. (^_^)

Tapikan, fikiran aku macam tak concentrate mana ke citer ni. Tah, macam takde apa2 effect pun. Kawan aku punya lah soksesoksek nangis time tengok cite ni. Ke aku yang keras hati, takde perasaan ?? *berat2*  Entahla. Lagu dia sedap sangat laa wehh sampaikan aku jadi khayal semacam je. Ni lagu yang main peranan bukan jalan ceritanya. Haha. 

Citer dah sedap beb. Serius aku cakap Aaron Aziz and Maya Karin memang molek berlakon dua tapi tu aa aku tak suggest budak2 tengok citer ni. Asal ?? Korang paham2 sendiri laa ye tu pun mau kasitau kaa *wink*. Suka dengan watak Maya Karin as Izzah, remind me to someone lorh. Yes, she is a very strong women. 

Welaweehhh, faktor sampingan kenapa aku nak sangat tengok citer ni bila adanya Zaidi Omar sebagai Pak Dollah. Siott aku cakap aku minat dia. Haha. Eh bukan dia daa tapi lakonannya. Korang selalu sangat mudah salah paham neh. Rilek aa. Nama pun artis kan. Bukan untuk diminati ke?? Dah tu korang minat artis2 korea artis hollywood, bollywood, playwood sumer bagai tu haper  ?? Eh, playwood plak dah. Hehe. Aku ?? Hahaaa gila sudah. Dah2 jangan dilayan. *kuing3* =_="

Kat mukabuku masing2 sebuk memperkatakan citer Tentang Dhia. Sedap sangat ke weh ?? Aku jarang tengok citer kat tv melainkan citer cina kat 8tv tiap pukul 7 tuh. Haha. tu aku suka. Kawan aku cakap sedap. Heroin dan heronya sehidup semati ?? Aku tak waper nak caye lah kalau kat dunia realiti ada yang camtu melainkan kalau dah accident dua2 mati kat tempat kejadian. Hehe. Maaf neh. Pendapat aku jeh. Tapi kalau betul sedap aku nak tengok laa, doakan je ada insan2 Allah yang rajen nak upload kat utube so aku bolehlaa layan. Ada nak gerentikan kt aku yang cite tu memang2 sedap ??

Psssttt....tak sabar nak tunggu citer Bicara Hati lak. Yeyeyy...





Aku tak sekolah lagi daaa

Assalamualaikumm

Baju sekolah dah beli ? Belum. Kasut dengan beg sekolah dah beli?? belum jugak. Dah tu apa yang dah belinya ?? Sekolah dah nak buka ni, berapa hari je lagi tinggal. Ok, done !! Hahaa abaikan itu. Aku meroyan nih. Hahaha. Sedar2 lah weh ko tu dah bukan budak sekolah lagi. Apa daaaa. Tunggu bulan 5 nanti baru jadi budak sekolah balik. Waa, excited nih. Hohoo ^_^


Oke dah cukup2 berangan. Huhu. Ehh sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku. Hurm, pengalaman ke?? Kenangan ahh sedap sikit. Haha. 

Oke2 bila nak start daaa. Hari ni kan pendaftaran semua pelajar sekolah aku, SMK Dato' Razali Ismail. Mesti aa ramai budak baru budak lama ada datang kan. Cikgu baru cikgu lama. Ehh cikgu baru ?? Hahaa..ada nampak baru2 ni, tak taulah guru baru ke atau tidak. Selamat datang guru2 baru *blushing* Hahaa..

Aku saje je menyibuk kat sekolah tu. Adalah sorang cikgu aku nikan. Cikgu kaunselor aku. Rasa2 nya budak2 sekolah aku mesti kenal dengan cikgu ni yang suka sangat bergurau dengan budak2 mostly budak lelaki kalau kena sekeh tu perkara biasa dah bagi yeorang. Haha mampus aku kalau cikgu baca ni. Buat2 tak tauuu ...lalalala. Oke aku tanya lah cikgu tu bila daftar masa chat kat mukabuku kemaren. Da tau masih nak bertanya. Haha tulah namanya takde modal. Ok stop. Cikgu tu cakap esok (hari ni). Cikgu tu tanya aku nak daftar jugak ke ?? Kelas untuk aku takde so nak letak kat mana?? errkkk aku cam ?? Kfine, saya bukan lagi budak sekolah *mengjengkelkan tol ayat aku nih* hahaa. Aku cakap aku dah taknak duk SMKDRI dah, bulan 5 nanti nak daftar kat SS (Sulatan Sulaiman). Haha...yey2, tak sabar rasanya. 

Ok so hari ni aku melepakkan diri aku ke sekolah kat koop iaitu koperasi sekolah. Korang kalau tak tau pe tu koperasi sekolah aku sembelih kangg. Haha gurau je. Takut aa tu... Hehe. Aku ingatkan aku sorang je ex-sekolah yang der kat situ rupanya aku jumpa gak geng seperjuangan aku. Asyrafmuhaimin and Muhdfathi. Hoho..excited beb dapat jumpa yeorang since lepas dieorang abis exam bio kitaorang dah tak jumpa2. Aku tengok dia sumer duk sebuk2 susun buku letak lam plastik. Aku ?? Takkan nak tengok je kutt. Join sekali aa. 

Masa tu dekat dewan ada taklimat kan. Sudah je taklimat koop mula penuh dengan makpak dengan pelajar lagi nak amik yeorang punya pakej (buku2 lee tu). Aku bila tengok orang serbu koop, aku macam errr macam nak bunuh aku je.. Haha. Oke, aku tipu. Hehee. Ok, aku pun tolong lah mana2 yang patut. Yelah takkan nak tengok jee kan. Apalah ko ni. Kuing3. Makin lama makin ramai. Aku lak mula berlari2 anak mencari buku2 untuk anak2 makpak mereka. Ok aku tipu lagi. Aku tak berlari anak tapi berlari cam lipas kudung. Haha. Tipu lagi. Koperasi sekolah aku bukannya besar cam stadium nak berlari2 hapak sumer tu. Haha. Jangan marah err, otak tak betul. *wayar tercabut, keh3* 

Tapi, serius aku memang dah macam kelam kabut lebih2 bila cikgu letak aku kat bahagian counter main2 duit segala tu. Tolong aku tak sukeee. Kalau suruh aku angkat barang, benda2 lain oke lagi asalkan jangan pitis (duit le tu).  Haha. Aku takleh tengok duit, pening. Haha. ngaku jela ko tu takut salah kira duit. Keh3 *Blushing lagi*.  Teringat lak masa aku tolong cikgu akaun aku tahun lepas daftar budak kelas dia, tersilap kira duit mujurla pakcik tu sedar kalau tak. Hehe. AKu da kata aku tak layak jadi akauntan, takut ngan duit. Haha. Macam aa duit tu hantu.( -_-")

Dan bila aku tengok ada budak2 form 1 yang skema lagi muka cam suci bersih je ala2 excited and takut2 mai kat koop nih aku dah cam.. Haha. Skema punya budak. Hahahahaha, jahat aku kan?? Ala aku dulu pun skema jugak. Lagi skema dari budak2 ni. Siap nak bawak beg sekolah lagi time g daftar. Haha. Mengader nak tunjuk aku da jadi budak sekolah menengah. Ok, abaikan sume tu. *tutup mulut tu*. Hehehe. Teringat laa zaman mula2 aku nak daftar sekolah nih. Memang excited boh. Tapi dalam hati takut aa kalau2 kena buli ngan senior (macam lam cite2 kat tv tu) haha. Alhamdulillah, senior aku baik2 belaka.

Ohh tadi jumpa ngan kaunselor aku tukan...aku tanya lah sesuatu yang menjadi beban lam kepala nih. Alaa bukan apa pun. Aku fikirkan sal plkn and pelajaran aku. Yelah aku kan tak dapek plkn first intake ni so maybe sama ada 2nd or 3rd intake aku dapat. Mostnya 2nd intake laa tapi ang bila dah 2nd intake kira2 bulan 5 gitu, tu dah time budak2 lower 6 nak daftar. Aku kan nak jadi budak sekolah lagi so cikgu aku nasihatkan supaya aku postpone kan dulu PLKN and sambung studi. Alahh..aku nak sangat pegi plkn tapi takkan nak postpone belajar. Cikgu aku cakap lagi, belajar memang takkan postpone melainkan plkn. Tapi kalau aku dah postpone PLKN tu bermakna aku kena masuk lepas abis belajar. Dan semestinya aku dapat untuk 3rd intake tahun tersebut. Taknak aa. Nak postpone belajar pun tak boleh sebab cikgu cakap tu masa depan aku. Memang lah aku pun taknak postpone mana2 satu. Cikgu aku cakap lagi aku kena pilih antara satu. Aku paling benci maa main pilih2. Dilema toll (=_=')

Ok...Dah fikir. Tau tak, tadi terserempak dengan cikgu sejarah aku kat teacher room. Cikgu perli aku tadi. Kui3. Cikgu tu cakap aku ni sayang betul kat sekolah kan tiap kali cikgu datang sekolah time cuti aku mesti ada. Hehee. Aku ?? Tersengihh je. Haha. Well sekolah ni dah macam rumah bagi aku, rumah lak dah jadi macam hotel untuk aku. *pe daaa* . Haha. Selagi khidmat aku diperlukan selagi tu aku ada. Aku bukan 'orang luar' pun. Haha, mengader siott.

Huhu panjang tol citer aku. Maseh kat korang yang sudi baca aku merepek panjang2. Aku memang suka merepek pun *abaikan*. Haha. 
Ok. Pesanan dari penaja (aku laa tu) buat adik2 form 1 and junior2 yang lain, yang mana baru datang selamat datang ke SMKDRI. Korang akan rasa beruntung duk kat sini sebab dapat cikgu yang baik2 and sporting2. dan yang mana nak kembali ke sekolah, selamat kembali ke sekolah. Belajar rajen2 okeh. Aku bukan lagi budak sekolah. Hehee. Untuk adik2 form 1 and junior yang lain korang duk baik2 kat smkdri okeh. Jangan sesekali buat masalah. Kesian kanlah cikgu2 tu, penat nak layan kerenah korang semua. Murid bukan sorang okeh. Beriokk. *ramai laa* So, jaga perangai jaga disiplin. Even smkdri bukan lagi sekolah kawalan but kalau korang jaga perangai korang yang cam singa tu *jgn mara* konfirm sekolah kita akan tetap terkawal jugak, okeh ?? Dengar cakap senior ni ye. Bekas senior korang lah sekarang. Hehe. Aku bersungguh2 pesan macam aa korang nak dengar pun. Lantak pi lah. Cikgu rotan korang baru tau. Kak nifa tak tanggung. Kui3. Dah nasihatkan pi korang yang degil taknak dengar. *perasanbagustol*

tatatitituu ^_^


Rabu, 28 Disember 2011

Takut (Sekadar ingin berkongsi)

Assalamualaikum....
 ~ TAKUT ~


1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.


10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.

15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.

17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.

18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.

20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.

21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.

24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.


Pandangan aku :-

Aku amik ni dari note page Dr. Mahathir Mohd ex PM kita. Yes aku setuju sangat dengan kata2 beliau. Adakala orang kita, orang melayu mostly selalu sangat ungkapkan perkataan 'takut' sebelum mereka mula melakukan sesuatu dan ianya mungkin menjadi habit dah pada orang kita. Aku kekadang pun sering rasa takut lebih2 nak melakukan sesuatu tu untuk pertama kalinya (perbetulkan sekiranya silap). Dan sekarang ni pun aku masih dalam ke'takut'an, takut sekiranya aku dilupakan. Rasa dah macam takde kena mengena dah dengan  di atas =D

Bolehkah aku berkata yang 'takut' tu memang suatu perkara normal yang sememangnya tak boleh lari dari untuk tidak menyebut atau merasainya?

~ Selamat Malam~

Isnin, 26 Disember 2011

Sekadar ingin berkongsi (Abg tunggu mak di syurga)

Assalamualaikum..

Terkedu aku seketika bila menatap kisah ni. Betul2 menyentuh hati aku. Betapa telusnya hati seorang ibu. Betul lah kata orang kasih ibu tiada penghujungnya. Tiada apa yang mampu aku katakan melainkan rasa syukur aku saat ni mengenangkan bondaku yang telah banyak bersusah payah membesarkan aku.

Ya Allah, berikanlah aku peluang membalas jasa orang tuaku. Berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jadikanlah aku anak yang solehah. Sesungguhnya hanya mereka yang aku ada. 

Hargailah orang tua kita kerana kasih sayang ibubapa tiada nilainya, tiada tolak bandingnya. Sama seperti ilmu yang diberikan oleh seorang guru kepada anak didiknya bahkan lebih tinggi. Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Tanpa ibu siapalah kita.

Al-fatihah jugak buat ayahnda kandungku yang telah pergi. Moga rohnya dicucuri rahmat....



kisah dari mastika - kisah benar Adik Iqbal Fahreen Hamdan
"Abang tunggu mak di syurga ya!"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,"

begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan:

"Abang tunggu mak di syurga ya!"

"Kenapa mak tak menangis?"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka:

"Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?"

Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi.

Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

"Diari mak untuk abang"

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'.

Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu.

Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas.

Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan.

Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang?

Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011 - Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga.

Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu.

Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

"Kek lori sampah untuk abang"

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa.

Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang.

Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

"Pergilah abang. mak izinkan.."

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat.

Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu.

Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!"

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang.

Mak bisikkan di telinga abang:

"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

"Jawapan mengapa mak tak menangis?"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah Adik Iqbal Fahreen Hamdan yang menghidapi lima jenis kompilasi jantung. Al-fatihah.