Isnin, 28 Februari 2011

Ceramah Tips Smart Study Cg Osman Affan =)

Assalamualaikum...

Hari ni..Isnin 28 Feb 11, sekolah aku ada buat kem siket utk student form 3 and form 5 . Kali ni penceramah yg terkenal and spesell siket..iaitu penceramah Encik Osman Affan from Osman Affan Consultant. Btw, aku penah dh hadirkan diri di ceramah dia sebelum ni 2 tahun lps klu x silap aku. Dia panggil kem SMART STUDY. Jadi nama cikgu ni familiar laa bagi aku. Masa dulu2 aku x brp masyukk sgt ceramah dia sbb orang punya aa ramai ms tu. Bayang aa semua sekolah area kuala terengganu boleh dikatakan g masa tu. Da tu aku plak terpacak betul2 belakang dewan. Mana nk dgr kan....jadi aku fikir cam boring je ceramah ni cam biasa2 gk...

Tapi hari ni...mashaAllah...tuhan je tau betapa sakitnya keng aku (keng ke ? tulang rahang tuu...) dek krn duk gelak2. Kawan2 aku pun sama, sampai terhinjut2 bahu sorang2 duk gelak2 (^_^) Tau dok...doh laa pagi tadi aku kejut lambat. LAMBAT ! lagi 5 minit kut jam nk 7.30 pg. Mujur gk umah dgn sek dekat...klu dok...huhu x merasa laa aku nk dgr ceramah cg osman...Lening aku rjn dh mr sek =p =p

Haha...aku x sangkalaa yang ceramah kali ni memang best. Macam2 tips aku dapat. Aku paling suka part yang cg osman kenalkan flash card tu...Flash card tu klu korunk nk tau dia mcm nota ringkas yg padat tepat lagi mutakhir..wah mcm berita lak haha. So, amik kertas A4, kerat jadi kecil2... lepas tu ketas A4 tu akan ada 2 bahagia, satu dpn satu lg belakang. Jadi yg bahagian depan tu korunk bolehlah letakkan soalan bg subjek2 tertentu..misalnya "Bilakah Parameswara menakluk melaka ? " lps tu blkg kerrtas A4 tu lak..korunk letak laa jawapan dia besar2 "Tahun 1511" ( CONTOH SHJ ~ jwpn lom tentu btl tu). Jadi...kesimpulannya..dgn Flash Card ni korunk lehlaa bwk ia kemana2 shj korunk pergi hatta ke dlm bilik kecil pun xD. Memang berguna sgt2 terutama bg korunk yg malas nk tulis nota pjg2..Tapi jgn plak korunk bwk msk sampai dlm dewan exam , nanti dicekup dek guru br padam muka..haha tak dapek den nk nolong.
Nanti ada masa aku letak gambar...maybe korunk xkan faham pe yg aku tulis ni sbb kita berfikir majoritinya menggunakan gambaran bak kata cg osman. haha....


Satu lagi aku suka part yang no ceria tu. Korunk leh ke hafal 20 nombor dlm ms 2 minit ?? ( CONTOH ~~ 12541068536589485693 ) takleh kan2 ?? tah2 mau dua ary xD . Tapi aku da boleh dh..senang je caranya..Cuba korunk amik, gambarkan no2 tu dlm bentuk gambar..yakni yg lbh tepat korunk gunakan otak kiri korang utk gambarkan atau gunakan imaginasi korunk. Kosongkan minda....cuba korunk renung, bayang seolah2 ada sebuah bilik kosong yg berbentuk 4 segi...yg ada dinding lantai dan siling...lepas tu...setiap bucu dinding tu korang isikan dgn no ganjil dan setiap dinding plak korunk isikan dgn no genap. Bermula dr arah kiri korang... no 1 di bucu belah kiri blk..lps tu no 2 di dinding kiri..no 3 lak di bucu lg...no 4 di dinding yg belakang lps tu no 5 di bucu kanan korunk..dinding kanan lak korunk ltk no 6 ( INGAT ! no genap sentiasa di dinding dan no ganjil di BUCU ) no 7 last korunk letak kt hujung bucu belah kanan menghadap no 1. Oke no 8 lak korunk jadikan tu depan korunk ( kan 4 segi ada 4 dinding, 2 depan belakang n 2 lg kiri dan kanan ) jadi no 8 letak di dinding dpn korunk..no 9 lak korunk jadikan sbg lantai dan 0 sbg siling korunk. Biasanya no 9 dan 0 mudah sgt kita ingat sbb dia di ats dan bwh. By The Way..korunk kene ingat...rules dia no tu mestilah satu digit sahaja bermula dari no 1-0 dan bukannya sampai berbelas2 mahupun berbillion2 =) dan slps korunk da nampak keadaan no2 tu korunk lehlaa cuba2 ingat n hafal. Caranya sgt mudah dan berkesan ! Ada lagi caranya tp xkan aku nk bgtau semua kan2....sape nk tau leh tny cg osman sendiri xpun tny aku....Korunk faham tak ni ??? dok ?? hmm..lantak korunklaa....korunk ada akal ada minda ada otak...bak kata nabil lu pikirlaa sendiri, i'm sorry. 

aku da bg cara tu... hehee....takpe2...tunggu cuti nanti aku akan upload kan gambar apa yg da aku dapat ms ceramah td k. tp korunk kenalaa selalu jenguk2 blog aku ni =)

Satu g tip yg aku dpt ialah camne aku nk handle keje aku yg bertimbun2 tu..dgn cara menglist. Yep..aku caye mmg ramai yg suka list setiap baris keje yg dia ada termasuk aku...tp ni cara list yg paling simple mudah dan paling menyenangkan yg pasti xkn membebankan korunk..so korunk pun xkan laa mengeluh tiap kali ada keje byk kan2...takpe2...nanti aku akan uploadkan jgk gambar tu...supaya senang korunk tgk jdkan sbg rujukan. 


Last sekali aku baru perasan yg aku ni pelajar jenis visual...aku ingatkan aku ni pelajar jenis audio selama ni..tp tulah berdasarkan ujian kajian yg dibuat mmg sah aku pelajar jenis visual. Aku ingatkan klu visual ni mcm seni2 gitu tapi bukan pun..ternyata persepsiku salah...huhu...Patutla aku selalu jee xleh nk tumpu perhatian tiap kali cg ngajo kt depan. Orang cam aku kene duk depan supaya aku boleh LIHAT dan NAMPAK dgn jelas apa yg diajar. Patut aa kekadang aku rs nak mengamuk...mahu lempor kerusi meja klu aku belaja tapi aku xleh fhm pe yg cg ngajo depan kes x nampak. Sbb aku menggunakan gambaran atau  dlm erti kata lain yg aku paham..aku belajo menggunakan mata utk faham. haha uduh perangai op...xleh concentrate ket nk ngamuk..asal nk ngamuk je mesti sal aku x fhm belajo. berat2..hahaha....Sbb tulaa jgk aku suka sgt amik tempat ke depan2 supaya aku leh faham dgn mudah n cepat...tp apakan daya...

Hoho...pjg dok'orh post aku ni..k lahh aku stop sini lu....tgk ah jumaat ke x pun sabtu ni aku upload gambar2 yg ku bgtau td...ilmu yg baik patut dikongsikan kan2...so pd sape2 yg ada peluang nk ikuti ceramah Cikgu Osman Affan ni....rebut2 lahh peluang. Konfirm korunk xkan jemu n rs nk join lagi. bak kata trademark cikgu Osman... 'Well, you know me" hahaa... oke2...aku stop...

ohh sblm terlupa..klu korunk nk tau skt2 sal tip belajo ni..search je kt mr google "smartstudy osman affan" konfirm dia jumpenya..kan mr google ni org bijaksana...haha oke2...salam... xD






Ahad, 27 Februari 2011

10 perkara lelaki merumitkan -_-"

Assalamualaikum...

Satu lagi entry menarik yg aku jumpa ms duk survey2 encik facebook td...btw benda ni klu jadi kt aku...hohoo...memang payah nak jawab.... paling x tahan no 5 la...rasa ramai yg terkena ni, hehe =p  So wahai lelaki2, jejaka2...apa kata anda ?? apakah betul ? atau hanya satu cereka semata2 ?? hanya anda yg mengetahuinya.... 
Harap2 aku....huhuu...dia x mcm tulaa, amin. hehe (^_^)


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Keistimewaan menjadi wanita =)

Assalamualaikum....


Entry ni mcm biasa aku amik dari facebook. Aku suka share apa2 yg aku rs menarik kat blog aku ni....harap korunk sudi lahh bacanya, klu ada yg baca time kasih diucapkan =) 
Rasanya entry ni mesti ramai insan yg bergelar wanita @ perempuan berminat nk baca dan semestinya korunk akan bersyukur yg amat sgt sbb dilahirkan sbg seorang wanita. Bagi lelaki jgn kecewa ...masing2 diberi kelebihan tersendiri, itu janji Allah pada hamba2 nya... Pesanan utk wanita...klu da tau kita ni perempuan jgnlaa cuba nak merubah menjadi lelaki dan gitu jugak sebaliknya...terimalah diri anda seadanya =) oke... check it out....






1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Jumaat, 25 Februari 2011

Kejohanan Olahraga ke 9 SMK DRI yg terakhir buat aku =(

Assalamualaikum....

Heyp guys...pe kaba ? Alhamdulillah aku sihat, penat pun da beransur pulih dan pergi. hehehe...

btw...aku nak bilang..yang aku sayang yg amat sekolah aku. SMK Dato' Razali Ismail . Klu ada sekali sekala ngutuk tu bukan benci tp saje je xD hahaha melalu lok aku ni .

Aku nak citer sal ari sukan baru ni. Seminggu ni memang bizi gile lah..buleh dikatakan aku x sentuh buku langsung pun sbb bizi. Cop ! plawok plawok plawok ! (dialog HKLBR) hahaa...ada tapi x lama arh. Da tu...pagi sampai sekolah aku da sibuk dengan acara aku, lempar cakera. Btw thn ni aku main satu acara je...Lontar peluru aku bagi can kt org lain lahh lak (sebonar erh mmg aku tau dh aku xkn mng lau main lontar peluru xD)  haha.... Klu acara xder lak..aku kena plak bertugas dgn ahli bomba yg lain kt padang as pembantu padang. Hey..ingat senang ke kerja pembantu padang ni ?? g mari g mari, p mai p mai seluruh pdg anto peserta ikut acara. penat woo .. tapi tulah da namanya Da Bomba kan always semangat !......

Lepas tu rehat kejap lepas rehat masuk kelas belajo .. haha...aku x masuk pun..aku melayang p masuk blk kaunseling, rehat dgn genk aku yg lain . Pes time aku ponteng kelas . Da tu badan aku letih yg teramat ingat buleh belajo ke, silap2 ari bulan aku tetido time cg ngajo depan xD haha dok ke nayer ?? ... Tapi tu kali first n last lah.. xmo dah wt sedor diri ni nk exam thn ni haha =p =p

Petang plak...siap siaga ngan bomba lagi. Apa lagi ...latihan kawad laa bukannya nok g nyembur =p hahaa...
Best kawad ngan puok2 bomba ni...ada kali tu jadi molek sampai sek polis yg byk pengalaman pun nak challenge kitaorg ..hoho....bakpelah bomba g lari dulu klu dok mesti jadi bomba da elit one doh ...huhu T_T . Lps kawad, 2 ari berturut join PRS cari barang nk wat niaga ms sukan nanti (saje je wt2 nyebuk xD ) haha... x dpt jd ahli prs pun, dpt tlg2 mana yg buleh jadi doh....wahh jambu A1 aku masuk pasaran kt sekoloh, kejap jer laku...bagus arh puok2 ni jual haha =) thumbs up !!

Tapi dalam suka2 ada sedihnya...yelah tahun ni tahun last aku bergelar pelajar sekolah menengah. after dis da xleh sambut doh sumer2 ni...Orang kata masih leh lagi jenguk tiap kali ada event pape kat sekolah tu. tapi mana laa sama. T_T  Tahun ni tahun last aku berkhidmat menyumbang mata utk umah Zuhal. Tahniah wat umah zuhal leh no 1 dalam hiasan rumah paling cantik, no 2 dlm perbarisan dan no 3 dalam juara keseluruhan. Tahun ni tahun first and last aku berkawad utk bomba masa ari sukan. Lepas ni takde belaka doh..sedeyh2 T_T

All the moments, all the memories here at smk DRI never be forgotten.....Aku akn pegang erat2 kenangan ni utk diingat masa ari tue nanti2 xD.....
Nok letak gambo ket.....


Haa..masa ni aku tengah duk lempar mende tu...sayang masa ni batal sbb kaki aku terkuar siket...siket pun mengira =p 
Credit to cg nazaraly yusoff  for this pic (^_^)


Z 652 .... klu 653 mesti aku da johan sbb 53 nombor kesukaan aku ....



Masa ni bersiap nk msk dalam padang 

 Ni dia khemah yang menempah tempat no 1 . ZUHAL THE BEST ! tahniah pada guru2 n ahli umah zuhal yg terlibat...usaha korunk semua mmg berbaloi2 =)



Ni pingat ke 3 yg aku dpt bagi acara lempar cakera yg aku da menang. Dapat naib johan je...harapan aku musnah nak duduk tangga johan ...huhu T_T

Okelah...sampai sini dulu..x sabar esok nk g JOMHEBOH dgn kwn2..zaty umi qilah n nik. Jom ! Jom ! Jom ! Kita heboh Heboh ! haha salam....

Tanda2 Kumbang itu sayang =p

Assalamualaikum....

Hehe..satu lg post yg aku suka aku copy dr facebook ltk kt sini...Kan best klu one day bakal jodoh aku begini sifatnya. amin ya rabal alamin....selamat membaca =)

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Jangan kamu anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

situasi di mana teman lelaki marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada teman wanita. Si lelaki mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.
Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Khamis, 24 Februari 2011

Temukan aku wahai calon imamku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk CALON SUAMI  dunia akhiratku!!! (cikgu aku habaq..pd umur aku skrg ni, da sesuai klu nk doakan jodoh yg baik2 jd rasanya x slh aku berdoa bakal dipertemukan dgn jodoh yg baik2, aminn..))

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..^^

Ahad, 20 Februari 2011

Jgn kecewakan org yg mencintai kita =)

Assalamualaikum wbt....


Entry ni pun aku amik dr facebook cam entry lps...tah laa sjk dua menjak ni aku suka layan mende2 mcm ni..haha...^_^ selamat membaca....


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



dan.....done ! so...hargailah org yg menyayangi anda...check it out ! salam !

What A Happy Day

Assalamualaikum....

Ari ni best gile...Walopun penat tapi aku gembira.....X terfikir pun masalah2 yg ada....seolah2 sume tu cam ilang jeee....hahaha....best....memang best...tu je leh aku kabo. Seronok aku tgk ragam pengantin baru...kan best turn aku nanti one day pun gitu gok..bahagia jee..haha berangan2 (^_^) ...... Selamat pengantin baru buat kak yana and husband....huhu....

Skrg....pikir utk watikah and sukan lak....pahtu belaja...waaaa........

Sabtu, 19 Februari 2011

Sick Of Thinking Everything

Assalamualaikum




I'm sick of thinking everything ! ERrr... Gile2 aku stress dan tension. Ada ke org nk faham aku ? xder pun..no one cares. Aku je cuba nak faham orang. Ohh penat gile seh ! Nk aku list ke sume masalah aku ?? x pyh laa...x penting pun. Aku akan cuba settle sendiri prob aku. Ahh bosannya hidup ni.... =_="
Dohlaa result TOV aku down2 lake mostly subject yg aku expect leh score pun kecundang mujurlah markah PA ada meningkat siket. 

Rasa cam nak amal sikap 'laize faire' jee....

10 tanda2 dia jodoh kita.... =)

Assalamualaikum wbt....

Ni aku copy dari facebook. Moga2 akn ada jodoh yg baik untukku...Selamat membaca....


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.