Isnin, 16 Mei 2011

Mimpi (I Got a Nightmare Dream)

Assalamualaikum..

Korunk percaya x pada mimpi?? Mimpi ni setau aku ada 3 jenis..aku lupa da apa dia. Orang2 kata kalau mimpi tu bergantung pada waktunya jgk. Biasanya klu mimpi tu antara waktu malam hingga subuh kebiasaanya jadi betul. Klu waktu ptg tu mainan syaitan je,
Aku pun xtau lah nk percaya ke tidak. Tapi yang aku tau biasanya mimpi para2 ulama yg selalunya betul. Dah kalau aku ni?? nak betul apanya mimpi tu klu  solat pun tunggang terbalik lagi. huhu =_="

Cuma kat sini aku ada musykil satu benda lah. Lately aku selalu mimpikan orang2 yg sama. Dahla mengarut meraban punya mimpi. Aku tanya kwn rapat aku dia kata tu jodoh aku..mak aihh, lagi ngarut.  X perlulah aku citerkan aku mimpi apa sebab the real reason, mimpi tu x logik langsung. Totally nonsene! X logik sampaikan aku masih terigat2 aku mimpi apa. Yg pasti org yg sama sentiasa ada !


Aku penah aa bilang kt kwn aku camni "bila kita kerap mimpi psl someone tu maknanya kita terlalu kerap memikirkannya" (aku x ingt lak aku ada penah sbt ayat ni) Oke...klu yerlah kan, masalah dgn homework aku bertimbung2 lagi sampaikan aku  sendiri  x cukup masa nk pikirkan,  ni plak nk fikir psl 'someone' tu kan2. Tapi...aku mmg musykil aa. musykil yg amat. taknak fikir tp klu dah acap kali susah jgk tu.

Tapi..adalah jgk beberapa mimpi aku ada yg betul. Contoh masa aku nk dpt result pmr dulu. Malam sbelum result keluar aku mimpi aku kena tembak 2x kat dada (kes terlampau panik agaknya haha)...bgn esk bila time nak amik result rupa2nya aku mmg dpt 2A sungguh....(baru ni mimpi dpt SPM 7A, klu yg ni jadi kenyataan kan best..haha....)

Mimpi ni susah nak tafsir benarnya..Allah je tau apa yg nk disampaikannya...mungkin ada betulnya kata2 yg aku dpt ni..

"Setiap yg terjadi di dunia telah ditetapkan oleh ALLAH sebagaimana yg tercatat di dalam kitab-NYA di Lauh Mahfuz... kdg2 DIA akan selak lembaran kitab tersebut lalu ditunjukkan kepada kita akan sebahagian perjalanan hidup kita... maka dgn itu, terlihat oleh kita akan perjalanan tersebut melalui mimpi seperti yg telah ALLAH takdirkan...."

"Mimpi itu dibahagi menjadi tiga, iaitu mimpi yang benar (khabar gembira dari Allah),mimpi yang berasal dari syaitan dan mimpi yang berasal dari bisikan jiwa seseorang. Jika salah seorang di antara kamu bermimpi melihat apa yang tidak disukainya, hendaklah ia berdiri dan meludah. Setelah itu, janganlah menceritakannya kepada manusia"(HR. Bukhari dan Muslim)


Tiada ulasan: