Jumaat, 24 Jun 2011

Story this weekkk

Assalamualaikum..

Alhamdulillah minggu ni berakhir jugak. Alhamdulillah akhirnya aku mampu gak siapkan oral dan kerja kursus akaun dalam masa yg ditetapkan. Abis satu kerja lain, kerja yg lain pulak tiba. Sekarang time untuk concentrate pada kerja kursus add math plak. Gitulah selagi namanya pelajar memang homework takkan sudah2. Lepas pelajar nanti dpt tittle pekerja plak tugasnya masih sama. Tetap menggalas beban di bahu Tanggungjawab mesti diutamakan Gitulah percaturan hidup ini kan.....

Minggu ni antara minggu yang memenatkan minda aku sikit Mujurlah homework x banyak mana kali ni. I need some space for me to think bout all these horrible things !! Cuaca pula sekarang x menentu memang mudah sangatlah aku nak dapat virus yg paling aku benci iaitu migrain dan jg demam. Sabau jelaa.....


Ada kena mengena ke minggu jerung ngan minggu aku nih ?? (@_@")
ihsan incik gugel

Trial3...aku x ready lagi nak trial. Minggu ni memang seharian masa aku di sekolah Bila aku di sekolah aku rasa aku xnak balik tp bila aku di rumah plak, ahh malasnya nak ke sekolah lagi.....camne tuh??

Ohh.akhirnya kebenaran ternampak jgk Benar2 mencurigakan..apakah ini satu kebetulan or anything?? Kalau betul ada apa2 aku pun blh hilang respek kali ni.

Ahad, 12 Jun 2011

Akhirnya...Congratzz guyss !!

Assalamualaikum...




First of all, aku mintak maaf laa sebab aku da terbuat cuti sendiri hari ni. Hehehee...ishh bukan sengaja lah, cuti yang tak disengajakan sebab pagi td aku kedatangan migrain lagi, mungkin sebab tido lambat ataupun sebab aku minum nescafe semalam (gatal nk minum, tak penah minum tiba2 terminum gk, huhuhuhhh). Tapi skrg dah oke sikit dan skrg aku nak ulas sikit pasal game bola sepak semalam (pengulas x rasmi, izinkan saya..)

Apa yg boleh aku katakan aku bangga jadi anak terengganu. Aku bangga dengan kebolehan Terengganu. Alhamdulillah akhirnya terengganu menang gak dgn gol 2-1 hasil gol sendiri pihak Kelantan (Daudsu) dan pemain terengganu jersi 18. Dan bg skuad PENYU, Gud Job guys !

First game tu komen aku...tak macam game langsung, slow je. ada 2 benda yang aku tak puas hati. Pertama2 kali, aku tak puas hati dengan juri. Oitt, ko kene suap ke apa..terang2 pemain ganu kene belasah selamber derk je ko buat selambe. Tapi takpe aa sebab pengadil kan lebih tau, huhuhh tu cuma pada pandangan aku jek. Tapi kat page Terengganu FC semalam ramai gk yg x puas hati sal reff ni.

Second game, totally Kelantan yang kuasai game. Red Warriors tu mula tunjuk taring kijang. Pada minit 72 tu, fuhh totally aku rasakan terengganu cam xderk peluang nak menang bila Kelantan mula buat gol. Tapi sape sangka kan minit 98 ke 89 gitu..ada jgk jaringan gol buat Terengganu. Jaringan sendiri dari Kelantan. Time kasih daudsu. Bab kata pengulas sukan semalam, "konfirm lepas ni daudsu akan rasa bersalah dgn tindakannya yang menanduk bola masuk gol". Muka apex cuak gile time tu. I like..hehe

Semangat Terengganu mula naik aku kira. Tapi ketidakpuashatisan aku yang kedua bila ashari aku tengok banyak lepaskan bola...atau pendek kata suka main bola sendiri.Sayang sgt bola sampai x sanggup nak pass bola kat member. Peluang da ada.  Maaflah for say this, aku kecewa siket dgn gaya permainan ashaari yg byk lepaskan peluang nak sumbat gol. Chill k..pandangan kosong jerk ni.

Jaringan seri !! Masa tambahan makin bertambah hingga ke 100 minit...sure kali ni totally game untuk Terengganu. Mana2 penyokong Terengganu yg balik awal tu memang korang menyesal tahap gila vavi aa tak dapat tgk permainan skuad PENYU last2 minit. Dan....itu dia !! bila jersi no 18 (aku lupa nama pe) menjaringkan gol kedua utk Terengganu. Bola memang cantik ar beb !! Aku rasa nak menangis situ ler je malam bila ada keajaiban yg tiba2. hahahaa..thanks guys sebab masih berusaha bermain habis habisan. Hadiah paling istimewa bt rakyat terengganu.

Antara piala yang paling berat sekali....

Selesai sudah..selasa ni liga super lak kan. lps tu liga premier. Erh dengar kata sukma kt KL pun terengganu di tangga teratas. Bangga aa mad said dengan pencapaian orang ganu. Agong pun aku tengok daa boleh tersenyum bila Terengganu menang semalam. So...MB x terasa2 ke nak bg cuti kat kami. Double extra cuti erh (klu sukma terengganu mng gak, hehehee)...

Sekian ulasan dr pengulas sukan x rasmi dari k.terengganu. hehehee..

Sabtu, 11 Jun 2011

Knowing Yourself

Assalamualaikum...

Heyp guys !! Hari ni hari last kita bercuti utk penggal ni. Dan besok da start sekolah blk, Oh my goshh...sekolah da bukak?? that's means i get one half month to prepare for my trial exam. How bout u guys? Are u ready for it? How bout ur feeling too?  excited? nervous? huhuu aku takut laa weh !! Seriously debor gila ni.

Aku memang x sabor2 nak ke sekolah lagi sebenarnya. Aku rindu kawan2 aku, cikgu2 yang ceria lagi kelakar... (wahh sejak bila aku main puji2 erk, hehehee..bkn bodek ni tauu). Seriously i miss them so much. Yup..as what my teacher was said, i need to enjoy every single day at school forget about the pass just thinking about exam. Sebab lepas ni konfirm aku akan merindui dieorang. Tengok, baru tinggal 2 minggu je aku dah terasa rindunya. Maseh cikgu lela because u always be here when i need you and always give me your words. Miss u too.. Faris, Azhar, Rafi, Zati and budok2 kelas aku yg sentiasa bt cikgu2 pening kepala, heheehh..ohh x lupa him too...i miss u guys =)

Ohh aku sebenarnya bukan nak cakap pasal ni tapi dah terlanjur rasa rindu tu..Tak salah kan luahkannya, heheheee....

Haa ni sebonar eih aku nak cito...aku p satu blog ni...aku jumpo la satu cito ni.. Tajuk bosar dio "KENALI DIRI ANDA". Eden bolum konal diri eden sobab eden bawu tujuh bolaih tawun, bolum banyak yg eden tau pasal diri eden..eh2 terbahasa loghat negeri sombilan lak. hehe...

Ni haa..korunk leh tgk link Klik Sini  ni kalau nak tau diri korunk camne melalui tarikh hari lahir korunk.. Betul ke tidak?? Baca boleh percaya bulat2 jangan beb !!


Dan yg ni aku punya...check it out yours...


No.2

----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal 
anda adalah no.2, 5, 9.


Ada yang sama ada yang tak sama...Tapi aku suka dengan pendapat yg diberikan... so enjoy guys !

p/s : Aku kene bergegas...ari ni ramai sedare mare kawen, ayoyoyoo selamat duit poket abah den. hehe...
Lambat aa org baru nak sampai....

Sekian..


Jumaat, 10 Jun 2011

Terengganu VS Kelantan This Saturday

Assalamualaikum..

Tak sabar rasanya nak tengok perlawanan bola sepak final antara Terengganu dan Kelantan mlm esok. Aku sokong sape?? haii hari lagi siang cerah terang menyuluh masih duk tanya aa.. Opcos Terengganu maa....Kan tu negeri tanah tumpahnya darahku, hekhekk..

Aku harap team Terengganu dapat tebus balik kekecewaan bila tewas ngan Kelantan 3-0 baru ni...Frust ooww.. Sharbinee ko jaga gol tu leklok deh. Lawan itu apex aa.. Balas dendam balik. Peteh Terengganu Peteh. Aku sokong korunk dr jauh jelah =(.

Hajat hati mau g tgk perlawanan kat stadium sana tuh..tapi takde harapan lah plak, apakan daya. Huhuhuuu...



 Team PENYU ~~~ TERENGGANU



team KIJANG ~~ KELANTAN

Khamis, 9 Jun 2011

i'm not perfect




If someone would ask me who i want to be with? I would simply say, "someone who can understand that I'm not perfect".


p/s : sumber gambar dr mr goggle

I miss u when i dreaming u....

Assalamualaikum....

Haii..hari da lewat malam, i means da pagi2 buta ni pun aku masih tak boleh tido lagi. Hmm aku da tido lepas isyak tadi....tah camne aku dapat nightmare terus terjaga dari tidor. Nightmare ke sebenarnya mimpi aku tadi?? Entahlaa..mungkin ye mungkin x..lalalaaa....

Sekarang ni aku duk berkira2 kiranya bandar kuala terengganu atau lebih tepat area umah aku ni nak ujan ke idak ye...tadi dlm blk air bunyi cam ada guruh jee. Katak mana laa yg duk panggil ujan tu..ONG ONG ONG..best gok berkelumang dalam selimut kalau ujan..Maseh katak hehehehhh ( ^_^)...



I Miss YOU when i dreaming YOU


Today I didn’t think of you
Today was alright
I had a lot of things to do
I was moving on with my life

But now I need some answers, some answers
I’m tired and I’m getting weak
Some answers, some answers

I only miss you when I’m dreaming
That’s why I don’t wanna close my eyes
Tell me why you only hurt me when I’m sleeping
The only time I can’t put up a fight
Is when I’m dreaming

Another hour passes by
It’s gonna be a long night ahead
Coz I feel you creeping up inside my mind
Every time I look at my bed

But now I need some answers, some answers
I’m tired and I’m weak
Some answers, some answers

I only miss you when I’m dreaming
That’s why I don’t wanna close my eyes
Tell me why you only hurt me when I’m sleeping
The only time I can’t put up a fight (dreaming)

The only time I can’t live without you (dreaming)
I can’t let you go
Oh no

I only miss you when I’m dreaming
That’s why I don’t wanna close my eyes
Tell me why you only hurt me when I’m sleeping
The only time I can’t control my mind, oh
And the only time I can’t put up a fight
I miss you when I’m dreaming


Ish3..tiba2 je lagu ni terpasang kek encik window media player. Cam tau2 je eden tongah kepikiran begitu... (buruk benor la aku berskiping loghat orang..heheheee) Lagu ni cam sama je dengan apa yg aku ngah alami skrg...sedap pun sedap. Lagu ni dari kumpulan favourite aku time kecik2 dulu iaitu WESTLIFE....Lirik dia tuh..fuhh... "oitt, mana ko tau aa apa yg aku sdg rasa skrg?? pokk kangg huhuhuhh"

Eh oke aa..aku nak godek2 kat encik google punye geng ner tau jupe something yg best2 kan...

p/s : Still hate the celcom broadband !! =_+"

Selamat bermimpi semua..ingat, sblm tido tu basuh kaki lu....baca bismillah br laa x mimpi ngeri cam aku nih. huhuhuhhh...tata

Rabu, 8 Jun 2011

stop hopping ................

Assalamualaikum...

Aku berhenti berharap....

Setelah semalamam aku berpikir..bertafakur beriktikaf dan x lupa jgk solat sunat istikharaj dgn tahajudd..aku buat keputusan ni.....Aku akan berhenti berharap. Aku x sedar yg selama ni aku hanya sekadar berharap mengharap dan harap2, uhh ada ke harap2?? lantak aa yg penting aku da ikutkan.. and dengan berbekalkan nasihat cikgu aku..i have to enjoy every single a day saat2 terakhir aku di bangku sekolah. Yes !! I can do it ! Just see it ! Aku akan struggle betul2 utk SPM. Nekad nih ! nekad !!

I hope this time it is not just a words only !! Cukup laa dapat mimpi ngeri semalam semasa aku di dewan peperiksaan. Akhir2 ni aku selalu mimpi saat2 aku berada di dewan peperiksaan, nk amik exam spm. Buleh kata agak menakutkan jgk laa....

And now..back to the main point...aku akan berusaha sungguh2 utk umi dgn abah. Aku nk dieorang bangga krn aku dan bukannya krn anak org lain.

p/s : klu korunk tau camne nak ilangkan sifat malas gtau aku erk?? masehh..heheheee...

This self no longer neededd.......


Assalamualaikum...

Aku malas lagi sebenarnya nak update blog aku nih since balik dari perak. Bukan malas nak update je. Homework pun aku malas nak buat cuti nih, x sedo diri ni nak exam x lama lagi. heheheeee...
Alhamdulillah semuanya sudah selamat seperti yg dijangkakan. Perjalanan ker Perak n KL agak memboringkan sedikit kerana hal2 tertentu..ceyhh...

Aku ada byk benda nak post sebenarnya. Tapi tu ah..bila malas menguasai diri sumer x berjalan..elleh macam aa korunk pun x pernah rasa cengitu..hehe...
Aku post ni saje je...boring....satu lagi aku terfikir kan benda ni je.... nak tanya korunk ni.. aku nak TANYA, korunk pernah x rasa sakit hati bila korunk rasa diri korunk macam x diperlukan mcm x dihargai lg?? pernah dok pernoh dok ?? cer jawab cer jawab....



Aku tengah alami benda tu skrg nih. Sedap lah jugak macam makan ais batu campur rasanya. Wehh korunk jgn percaya !! mesti aa sakit sedih siott beb.....apa perlu aku buat erh? Terus duduk goyang kaki sambil makan cendol ? terus makan nasi sambil tido ?? huhh pemalas namanya tu ! Abis tu apa aku nak buat ??? cer kabor cer kabor..huhuhhh...

Adushh..kalau korunk ada cara bagitau erh?? jangan aa bg idea yg korunk rasa korunk buleh buat aku masuk wad 18. huhuhuhhh....kasihankan lah diri ini...merayu nih merayu....hahahaaa...

p/s : i hate celcom tonight...lembab and lambat !! grrrr.,........

Khamis, 2 Jun 2011

Selamat Pengantin baru kak ngah n abg ngah =D

Assalamualaikum dudes !!

Huhuhuuu...Happy holiday kawan2 sumer. Da masuk seminggu cuti sekolah baru sekarang aku ada peluang nak ucap selamat bercuti. Alaa cuti kan 2 minggu, sempat lagi kalau nk say that pun kan2.... Hahaa...dan aku, sepanjang minggu pertama cuti sekolah ni langsung x sentuh apa2 homework terutama kerja cuti terancang. Mana taknya, aku sibuk sikit masa cuti ni maklum leee sepupu kesayangan (aku panggil dia as kak ngah)  kawen. heheee.... *cam aku lak yg kawen beria2 je.

Aku terpaksa copy gambar dr org lain coz aku punya gambar lak terkurung dalam kamera (lupalah kamera aku p letak mana, nyanyuk da kutt..hmm). Huhhuhuuuhh...ni sebahagian je...

 Selamat pengantin baru Khairul anuar dan Nur Shahira...Moga berkekalan hingga akhirnya..
* waa...sediyh2...sayu...terharu...lepas ni jgn lupe fatin neh.. =)
Sepadan tol aku tengok mereka duaorang ni...sama cantik sama lawa, how sweet it is...tetiba berangan nak kawen gak (mak aihh gatal..heheheeee )


Selesai akad nikah...

Setelah bertahun2 xder majlis yang meriah sebegini, tanggal 28 Mei 2011 kak ngah selamat diijabkabulkan dgn abg nuar aka abg ngah laa..hehe. Seronok sbb ramai sgt anak beranak datang berhimpun. Masa2 ginilah baru ada peluang nak jumpa ngan sanak saudara balik yang masing2 sibuknya kang main lg, hehehh. Meriah beb. Aku suka sangat situasi macam tu. Hahaaa..poksu pun excited semacam je dapat menantu pertama lah katakan.. Dan aku x sabar nak tunggu kedatangan orang baru, maksudnya anak buah laaa..hehe.. * wehh lambat lagilaaaa..... (^_^)

By the way, masa hari perkahwinan kak ngah and abg nuar tu, adalah DJ khas mainya dr polis FRU. X pernah2 lagi rasanya dalam family aku kalau kenduri tu jemput DJ, ni yg pertamanya. Bila tetamu da ramai yg balik, sepupu aku bg idea gila.. Nak tau idea apa?? Haaa..dia nak berkaraoke plak dah kt situ. Gila apa ! Hahahaa..tapi oke gak tuhh....Aku pun tumpang sekaki. Alaa..tau laa suara x sedap tapi saje je nak ngetest. hihiiiii...

Aku amik laa 3 lagu...sumer lagu sedih2. Sampai mak sepupu aku pun da tegur. Hehehee..nak buek camno kan tuan punyo badan memang tongah sodih maso tu tunggu orang yg dijomput ndak tibo2 laie.. (eh2..tubik loghat nogori sombilan lop, hehe)..... Aku nyanyi lagu nassier wahab-andai kau disini, exists-salju di danau rindu dengan Stings-izinkan selamanya namamu di hati. Hahahaa..sedih kan??  Bestt...

Yang paling best bila aku selesai je nyanyi lagu pertama tu aku buka mata (aku pejam mata time nyanyi nk bg feel lah katakan, huhuhuuu) makkk aihhhh, ramai nya penonton. Korunk tgk konsert AF ke apa. Hahaa..dalam hati aku jer tu. Tapi serius beb ! Aku x sangka lak ada yang tgk...masalahnya yang kebanyakan tengok tu...sepupu2 n anak buah aku yg masih kecil. Orang bosar pun ado..tapi kek bolakang dapur jo, hehee...

Masuk lagu keduo, ketigo....mari lak mak sedara aku duk intai2, duk skodeng2..ada yg bg bunga telurlah, ada yg beg kocik yg nak dikasi kek tetamu tu haa time aku duk mekak hahaa..Makk aihh mujurlaa x ujan. Hahaha teruja siottt beb ! Ayah aku lak sengih2, fuhh selamat.....Aboh baru tau anok aboh ni pandai nyanyi..hehehehhh...

Hahaa..thanks abang DJ opss Uncle Dj laa sebab kasi can ana mengasah bakat (bakatlaaa sangat)...hehee aku terpanggil abang pada mulanya kok umurnya sebaya dgn ayah aku..heheee...
Antara saat2 best yang aku penah alami...huhuhu =)

p/s : besok aku berangkat nk pi perak..ngantar kak ngah laa plak. Yuhuuu dok sabornya...ater ni pehs time awok ke peghok. mitoknye leh laa juper dengan menara condong....juper dengan usop wilchair pun okee apee =D hahahaa...salam...

Ehh lupa....thanks kat membe2 (zaty, umi, qilah n yong) n tecer sally too coz menghadirkan diri meke kat kenduri kawen sepupu awok nih. hehehee




Andai lelaki tau....



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.