Ahad, 12 Jun 2011

Akhirnya...Congratzz guyss !!

Assalamualaikum...




First of all, aku mintak maaf laa sebab aku da terbuat cuti sendiri hari ni. Hehehee...ishh bukan sengaja lah, cuti yang tak disengajakan sebab pagi td aku kedatangan migrain lagi, mungkin sebab tido lambat ataupun sebab aku minum nescafe semalam (gatal nk minum, tak penah minum tiba2 terminum gk, huhuhuhhh). Tapi skrg dah oke sikit dan skrg aku nak ulas sikit pasal game bola sepak semalam (pengulas x rasmi, izinkan saya..)

Apa yg boleh aku katakan aku bangga jadi anak terengganu. Aku bangga dengan kebolehan Terengganu. Alhamdulillah akhirnya terengganu menang gak dgn gol 2-1 hasil gol sendiri pihak Kelantan (Daudsu) dan pemain terengganu jersi 18. Dan bg skuad PENYU, Gud Job guys !

First game tu komen aku...tak macam game langsung, slow je. ada 2 benda yang aku tak puas hati. Pertama2 kali, aku tak puas hati dengan juri. Oitt, ko kene suap ke apa..terang2 pemain ganu kene belasah selamber derk je ko buat selambe. Tapi takpe aa sebab pengadil kan lebih tau, huhuhh tu cuma pada pandangan aku jek. Tapi kat page Terengganu FC semalam ramai gk yg x puas hati sal reff ni.

Second game, totally Kelantan yang kuasai game. Red Warriors tu mula tunjuk taring kijang. Pada minit 72 tu, fuhh totally aku rasakan terengganu cam xderk peluang nak menang bila Kelantan mula buat gol. Tapi sape sangka kan minit 98 ke 89 gitu..ada jgk jaringan gol buat Terengganu. Jaringan sendiri dari Kelantan. Time kasih daudsu. Bab kata pengulas sukan semalam, "konfirm lepas ni daudsu akan rasa bersalah dgn tindakannya yang menanduk bola masuk gol". Muka apex cuak gile time tu. I like..hehe

Semangat Terengganu mula naik aku kira. Tapi ketidakpuashatisan aku yang kedua bila ashari aku tengok banyak lepaskan bola...atau pendek kata suka main bola sendiri.Sayang sgt bola sampai x sanggup nak pass bola kat member. Peluang da ada.  Maaflah for say this, aku kecewa siket dgn gaya permainan ashaari yg byk lepaskan peluang nak sumbat gol. Chill k..pandangan kosong jerk ni.

Jaringan seri !! Masa tambahan makin bertambah hingga ke 100 minit...sure kali ni totally game untuk Terengganu. Mana2 penyokong Terengganu yg balik awal tu memang korang menyesal tahap gila vavi aa tak dapat tgk permainan skuad PENYU last2 minit. Dan....itu dia !! bila jersi no 18 (aku lupa nama pe) menjaringkan gol kedua utk Terengganu. Bola memang cantik ar beb !! Aku rasa nak menangis situ ler je malam bila ada keajaiban yg tiba2. hahahaa..thanks guys sebab masih berusaha bermain habis habisan. Hadiah paling istimewa bt rakyat terengganu.

Antara piala yang paling berat sekali....

Selesai sudah..selasa ni liga super lak kan. lps tu liga premier. Erh dengar kata sukma kt KL pun terengganu di tangga teratas. Bangga aa mad said dengan pencapaian orang ganu. Agong pun aku tengok daa boleh tersenyum bila Terengganu menang semalam. So...MB x terasa2 ke nak bg cuti kat kami. Double extra cuti erh (klu sukma terengganu mng gak, hehehee)...

Sekian ulasan dr pengulas sukan x rasmi dari k.terengganu. hehehee..

3 ulasan:

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Salam Anifa,
Terima kasih kerana jadi follwer cg. Cg doakan kejayaan cemerlang Anifa dalam SPM tahun ini. Nama'Razali Ismail' mengingatkan cg kepada arwah, yang pernah berkhidmat sezaman dengan cg. All the best to you.

Diari Si Froggie berkata...

yeahhh!!! congrat. semoga mereka menempa nama yang cemerlang dalam arena ini :)

Unknown berkata...

@hjh noralenna abbas : terima kasih kembali cg krn sudi menjengah kembali blog yg tak seberapa ni =)

@aida omar : amin, mudah mudahan kan...