Ahad, 28 Ogos 2011

tanda2 bunga itu kasih =)

Assalamualaikum...

Kalau dulu da ada part tanda2 kumbang itu sayang sekarang kita buat versi perempuan lak. dah lama cari baru jumpa. hope si dia tengok. hahahaa =)


1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu
2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu
3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu
4. menghadiahkan hadiah pada HARI JADI KAMU dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni
5. tetap tenang bersama kamu walaupun KAMU MENINGGIKAN SUARA
6. tidak MENITISKAN AIR MATA dihadapan kamu walaupun KAMU MELUKAI hati si dia dengan SENGAJA atau TIDAK SENGAJA
7. memahami karier kamu sebagai SEORANG INSAN YANG PERLU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA KAMU TERLEBIH DAHULU
8. meletakkan diri selepas ALLAH, IBU BAPA, KELUARGA, KERJAYA
9.  tidak mengungkit KISAH PERIBADI kamu
10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau MEMBEZAKAN tahap pelajaran dengan KAMU
11. cukup sekadar kamu sedar TANGGUNGJAWAB kamu kepada KELUARGA kamu terlebih dahulu dan seterusnya BARULAH KEPADA SI DIA
12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu
13. tidak merengek walau ada ular di dalam rumah
14. mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia
15. akan merasa RINDU tatkala kamu JAUH denganya
16. akan memberikan kata2 semangat bila kamu KECEWA atau BILA KELAB BOLA SEPAK KAMU TERKANDAS
17 . boleh SUPPORT KELAB BOLA KEGEMARAN kamu walaupun si dia memiliki KELAB BOLA KEGEMARAN SENDIRI
18. mempelajari aktiviti seharian kamu
19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu MENDUDUKI PEPERIKSAAN dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum MENDUDUKI PEPERIKSAAN
20. membantu kamu dengan MENGEMASKINIKAN segala bagai FAIL untuk memastikan KAMU TIDAK DIPANGGIL oleh PENSYARAH sekiranya MQA SERANG
21. memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun PADA KETIKA ITU SI DIA SEDANG BERGELUMANG DENGAN ASSIGNMENT SEGALA BAGAI
22. menjaga air muka kamu walaupun ketika itu KAMU TIBA2 TERGELINCIR KETIKA BERJALAN DI ATAS LANTAI YANG BASAH
23. dengan rela hati menaip segala bagai KISAH COUPLE kamu ngan si dia di dalam BLOG
24. sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG
25. memujuk kamu dengan PELBAGAI SKILL memandangkan kamu ni KEPALA BATU
26. sedaya upaya membantu JIKA TERDAPAT SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI
27. tidak KISAH kamu nak BERKAWAN dengan SIAPA, JANJI KAMU TETAP MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU IAITU MENJAGA SI DIA
28. sabar dengan DUGAAN dalam MENANGANI PERANGAI KEBUDAK-BUDAKAN KAMU
29. sentiasa MESEJ atau CALL walau KAMU TAK REPLY ATAU ANGKAT
30. sentiasa mendokan KESEJAHTERAAN KAMU
31. BERSIKAP DEWASA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN BERSAMA KAMU
32. menunjukkan PERASAAN ingin MENGENALI AHLI KELUARGA KAMU
33. sentiasa BERTANYAKAN KHABAR IBU dan BAPA kamu
34. sanggup turun SELATAN - UTARA untuk bersama kamu untuk menemani kamu menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN sahabat kamu
35. menyediakan BAJU MELAYU kamu atas PERMINTAAN kamu untuk di pakai DI HARI RAYA YANG MULIA
36. membuat KUIH RAYA untuk kamu memandangkan KUIH RAYA yang kamu minati susah nak dapatkan dipasaran
37. KAMU adalah orang yang pertama di cari SEMASA DI PAGI RAYA



JIKA KAMU MENJUMPAI GADIS SEPERTI INI, MAKA INI MEMBUKTIKAN BAHAWA SI DIA AMAT SERIUS MENJALINKAN HUBUNGAN BERSAMA KAMU…
BERI RUANG UNTUK MENYELESAIKAN SAGALA BAGAI MASALAH DAN BUKAN DENGAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKHIRNYA MENGUNDANG KECELARUAN EMOSI….

Sabtu, 20 Ogos 2011

'Mana Mak ?"


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Isnin, 15 Ogos 2011

masihkah ada peluang

Assalamualaikum....

Hari ni perasaan kecewa lebih menghantuiku...

"Hujan lebat yang menitis ke bumi waktu ini selebat airmata yang mengalir seolah mengerti memahami isi hati yang penuh terkandung isi tersirat "

Impian yang diharapkan hancur berkecai bak kaca terhempas ke lantai..tanpa retak menanti belah terus ianya terlerai...apakah hasil yang kudapat ini setimpal dengan apa yang telah kulakukan selama ini...atau ianya masih belum mencukupi ?? Hati ini rapuh...rapuh bagai dahan jelas dipijak, begitu mudah terlanyak. Apakah masih belum mencukupi ??

Masa sdh x lama...menghitung hari...apakah masih sempat mengapai kegemilangan, mencapai kecemerlangan?? apakah ada yg peduli ?

Khamis, 11 Ogos 2011

Raya (puasa) vs Trial

Assalamualaikum...

Lamanya tak on9 apatah lagi nak berblog. Busy lar...Trial SPM skrg..wish me luck keh (frust sedikit org yg ditunggu2 x wish gd luck, huhu ).... takpe laa...

Malam ni malam minggu, lega rasanya dapat upgrade balek komputer yang tua lagi berumur nih. Serabut giler tengok keadaan beliau yang tak terurus ni..maklum lerr tuan nya da ada teman baru, hehehee....sorry dear.

Buat masa ni tak rasa langsung cam tengah berpuasa apatah lagi suasana nak sambut raya. Rindu laa zaman puasa tahun2 sudah, meriah aje.

Ehh...bimbang aa exam baru lepas 4 subjek kut. bm bi math and sejarah. Nak graduasi mesti dapat 4A ke atas. Mana nak kaut...aku target 3 jerk mostly sejarah. tapi tah laa frust gile rasanya bila masuk dewan hadap paper cam hadap papan putih yg kosong lagi bersih. BLANK !! Ahh rasa markah cam turun jerk..tak termasuk subjek lain lagi tu.

Cikgu aku kata "raya ni x beraya lahh korunk, spm berapa bulan je lagi"...huhukk takut !
Rilek2....huhuuu...lg ada 2 minggu sblm trial . Ohh cadang seminggu sebelum raya nk mik lesen aa...buleh g jalan =P

oke aa..chow lu, daaa....