Jumaat, 23 September 2011

SPM..Graduasi ~~ Simpati dan Perhatian ??

Assalamualaikum...

Sudah lama x berblogging. Bukan sdh melupakan tetapi sibuk menjalankan hari2 terakhir sebagai pelajar SPM. Mungkin selepas ni akan berpuasa drpd terus berblog untuk 3 bulan. Pagi ni baru berpeluang nak blogging tu pun x boleh lama2. Perlu tido kejap sehingga masuk subuh lepas tu start studi macam yg dirancang. Moga semuanya berjalan spt yg dirancang. Serius, sekarang memang bukan masanya nak main2 lagi...lagi 50 hari SPM bakal tiba. i should get ready from now. Terutama dari segi mentaliti aku. Aku harus kuat mengharungi hari2 terakhir ini dan menghargai apa yang aku ada. Doakan aku ... =)


Alhamdulillah syukur pd Allah sbb aku masih mempunyai peluang utk pergi graduasi Ting5 ni. Walaupun kwn aku kata graduasi ms form 5 ni x penting mana kalau nk dibandingkan dgn  masa graduasi kt U nanti tapi bagi aku ia suatu keutamaan. Antara perkara yg aku cari selama aku di SMK DRI. Dapat pergi graduasi means aku x sia2 kan peluang aku belajar di SMK DRI selama 5 tahun ni. Ye, kat sinilah aku belajar macam2 perkara dan kalau aku sebutkan semua kat sini pastinya korang jd boring, hahaha.. Tapi, sungguh ! Aku rasa x sia2 aku belajar berhempas pulas dan target aku tercapai sebahagiannya. I know its not enough for them  to show that i could do it but i'll never ever stop work hard. Aku xkan pernah berhenti berusaha hingga ke hari terakhir aku di dewan exam. Aku memegang satu tanggungjawab yg amat payah skrg ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...lega sgt rasanya sekarang...takdok lg perasaan gundah dgn resah. Makin dekat aku dengan Allah makin aku merasa ketenangan itu. Ketenangan yang dicari2 meredakan rasa kerinduan aku pada mereka. Tabahkan hati cekalkan iman itulah harapanku dlm menempuh titian hidup fatamorgana.

Aku masih terfikir2 mengenai simpati dan perhatian. Meskipun aku dh tau maksud sebenarnya tetapi aku masih lg mencari erti dari segi konteks yang lain . Dan, new word yang aku dapat ialah empati. Rasa memahami terhadap perasaan orang lain. Aku x mengharapkan apa2 selain perhatian macam yg dikata sedar akan kewujudanku...dan aku xkan sesekali menjadi manusia yg menagih simpati mcm yg dikata juga. Betapa aku merindui mereka, biarkan berlalu begitu sahaja. Biarkan. Bukankah memendam perasaan itu lebih baik drpd terus mengungkapkannya ? Krn mengungkapkan rasa hati kekadang belum tentu orang akan memahami. Sentiasa mengungkap, menceritakan, aku merasakan seolah2 aku sdg menagih simpati pula.

Memerhati dari jauh itulah semampu kubuat. Bak kata kwn aku 'kekadang kita harus menjarakkan diri kita dari org yg kita syg utk tahu dimana kedudukan kita'. Tapi itulah bkn senang..kata hati sering memaksa utk membiarkan mereka tau betapa aku merindui mereka. Orang kata kita patut lepaskan apa yg kita rasa agar biar semuanya terlerai, tidak terperuk di dalam hati yang kemungkinan lama2 bisa memakan hati sendiri..Entahlaa...

Biarkan hanya tuhan yang tahu sahaja.

Tiada ulasan: