Selasa, 29 November 2011

Beethoven ~~ Andy Lau..sudah lamaku cari

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kimia dah selesai tinggal je lagi subjek akaun. Isnin ni last !! yuhuu !! antara rela dengan tak rela ni. Buat kawan2 yg amik bio...tahniah aa sebab boleh merdeka awal yee... takpe2 budak2 akaun akan merdeka jugak walapon lambat *tak jeles, dengki jerrr huhuhuuu.....

Nak letak 2 video kat sini...

    Haa ni lagu mandarin. Andy Lau penyanyi dia....sape tak kenal dengan dia kan. Da lama sangat aku cari lagu ni. Sedap. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, balik je dari sekolah mesti duk tercongok depan tv, tunggu klip video ni kat tv2. Dulu2 tv2 suka siar lagu2 luar. Aku suka lagu ni sebab ada manusia kecik2 lukis gambar andy lau cantekk je. Musik pun sedap..Aku tak tau aa tajuk lagu ni apa. Kalau ada yg tau tolong bagitau eh. Aku jumpa lagu ni pun sebab aku ingat penyanyi dia si Andy Lau. Try laa google2. Jumpa jgk. Cari lirik dia jenuh gak sampai sudah tak jumpa. Hmm lepas spm teruskan lagi pencarian.

   Ni second song. Jap eh...


    Haa...Tu beethoven. Aku tak aa kenal mana sangat dia tapi kan...aku suka gila2 dengan musik dia yang satu ni. tajuk 'Fur Elise'. Sedaplaa..thanks kat kawan aku si fariz sebab bagitau sape pereka lagu ni. Lagu ni pun dah lama sangat aku cari sebenarnya. Tadi si Rafi bestfriend aku bawak keyboard member dia lepas je paper kimia habis ke sekolah. Aku punya aa excited tengok keyboard terus main2. Sumbang mambang aku terjah dengan memberku si Zaty, tak kesah dah key dia kemana, lantak aa asal boleh main. Haha.. Last2 jumpa lagu ni. waaa...excited beb !! sebab aku memang dah lama sangat cari lagu ni. Dulu2 aku pernah aa dengar lagu ni kat keyboard sepupu aku. Nak main dia tak kasi sebab aku kecik lagi kan. Sekarang dah besar boleh aa main kan2. Ada gak aa simpan hasrat nak belajar main piano, terutama mainkan lagu ni. Sape2 yang ada talent main alat2 muzik ni hargailah bukan senang nak ada anugerah tu kan2. Aku pun nak jugak kalau boleh. Kalau bolehlerr..... =D

Yang ni versi gitar. sedap jugak. =)


Tetiba aku rasa nak dedikasikan musik 'Fur Elise' ni kat orang2 yang aku sayang. huhuhuuu.... okelah...selamat mendengar bagi mereka yang mendengar video yang aku letak and selamat membaca bagi mereka yang membaca blog aku ni.

Sekarang musim tak menentu kan. Tadi basah kuyup aku ditimpa hujan yang amat lebat masa on the way nak ke kedai makan kat luar sekolah. Ni rasa cam nak demam je. Pening2, muntah2.. Bimbang laa...Paper lagi isnin. Harap2 esok dah oke.

Update lagi lepas kelas akaun yang terakhir !!

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433


   Salam maal hijrah semua. Teringat kisah hijrah nabi bersama para sahabat yang lain. Terpaksa bersusah payah berhijrah ke kota madinah semata2 nak sebar  mempertahankan maruah agama islam kita semua. Ohh gambar di atas tiada kaitan langsung dgn hijrah rasulullah. Ini hanya untuk peringatan diri sendiri je. Just ignore it =D

    Aku dah ada study group aku sendiri sekarang. Aku rasa ni pertama kali aku ada study group yang aku berjaya ikut dengan baik. dianggotai oleh faris, ezzaty and semestinya aku. Thanks korang sebab sudi bantu aku. Kekadang si Rafi ada jugak join. Tapi hari ni dia takde. Dia pergi melawat kawan kitaorang.


              Habis meja kitaorang sepahkan dengan buku. i <3 kimia. teehee !!


      Ohh ye..ucapan  takziah pada salah sorang budak kelas aku 5al-farabi and salah sorang geng Sarang, Syukri Muda atas kehilangan bapa tersayang. Aku tau memang peritnya hilang orang yang disayangi even though aku tak pernah merasainya lagi tapi itulah lumrah dunia, yang hidup pasti akan pergi jua. Macam cikgu aku cakap 'kita perlu lebih bersedia bila berhadapan dengan sesuatu kematian'. Ye betul. Aku pun kena bersedia.  Kita semua milik Allah swt..moga kita semua kembali padaNya bersama kalimah 'laillahahillahmuhammadarasullullah'. Al fatihah...

     Masih tinggal 2 subjek je lagi. Kimia dan Akaun, after that aku bukan lagi bergelar pelajar sekolah menengah. Agak janggal jugak rasanya setelah 5 tahun pegang tittle tu tiba2 dapat tittle 'bekas pelajar'. Tapi tu kan perkara normal. Macam kawan aku cakap 'life must go on no matter what happen'. Yes i got it friend =) thanks for remind me that.

Aku paling tak sabar nak tunggu subjek Akaun. subjek yang paling3 bermakna buat aku. Penentuan segala2 nya. Insyallah i'll do my best =D
pessss....aku hepi skrg sebab dapat meseg dari orang yang aku rindu gila3..haha thanks for not forget me at all =)

Khamis, 24 November 2011

bye bye ~~


rengekan terakhir sebelum aku masuk tidor...yeahh masih tinggal lagi 3 paper. Dalam tak sabar, ada rasa berat hati. "For fear that the other person does not care at anymore"
bimbang kalau2 dah dilupakan bila dah bawa haluan sendiri.
salah ke kalau aku mengaku yang aku memang rasa takut2 yang amat sekarang ni. Hmm, no matter what happen..life must go on and so on..lama-lama okaylah tu bukannya tak biasa pun kan..chill ~~

bye2 SMK Dato' Razali Ismail...

Khamis, 17 November 2011

scariest of spm !!

Assalamualaikum....



Selamat Menghadapi SPM buat teman2ku sekalian !! Tengah layan bola skrg. Malaysia lawan dgn Indo skrg ni. Chaiyok2 !! sambil2 tu online lah sekejap. Rasanya since minggu lepas x on9 krn kesibukan exam. Ohh ye...Exam. Camne uh ?? hurm alhamdulillah..minggu pertama dgn 4 subjek teras dah mendahului. Lega amat rasanya. Komen utk paper lepas ?? hurm no need to comment laa just waiting for result je. Aku harap aku mampu buat yg terbaik and make my parent be proud of me...huhuu the most important thing for me now. btw..aku harap aku mampu buat cikgu2 bangga gak dgn aku. Hope sgt2 !! errr....

Ehh..hari ni hari terakhir persekolahan. Sedih siottt !! Serius aku bilang aku sedih nak tinggalkan sekolah aku. SMK Dato' Razali Ismail. Too many memories to me till i can't count on it. Huhuhuu... Masa dengan kawan2...Keadaan dalam kelas, keakraban aku dengan guru2, "ketidaknormalan" aku di sekolah yg menimbulkan rasa pelik orang kat aku. hahahaa. Sungguh aku cakap. Tahun 2010/2011 tahun2 yg merupakan paling banyak kenangan bg aku. Cikgu aku pernah cakap "kita tak boleh hidup dalam kenangan sangat, kenangan tu hanya perkara lalu". Yes.. she was right... Tapi....huhuhuuu... erhh aku teringin sgt nak citer sal cikgu2 aku kat sini..lepas exam aa...sure aku cakap aku akan rindukan yeorang semua tu....

Petang tadi aku melepak dgn bestfriends aku (Rafi, Fariz n Pkah) dalam kelas aku. Kitaorang melepaskan tension dengan menyanyi memekik, aku yg paling over kut..hahaha... Stress oo time exam ni....huhuhuu tapi tulah sape yang x stress kan masa2 gini...Thanks aa kawan2...tah bila lg kita dapat buat benda2 gini kn2. =)

p/s : tetiba aku jadi addicted kt mad lutpi. haha...tah laa org panggil mamat ni apa. tp video2 dia mmg best. Suggestion aku..ko balik MAS ko join Raja Lawak konfirm leh lawan nabil. hahaha...

Jumaat, 11 November 2011