Selasa, 29 November 2011

Beethoven ~~ Andy Lau..sudah lamaku cari

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kimia dah selesai tinggal je lagi subjek akaun. Isnin ni last !! yuhuu !! antara rela dengan tak rela ni. Buat kawan2 yg amik bio...tahniah aa sebab boleh merdeka awal yee... takpe2 budak2 akaun akan merdeka jugak walapon lambat *tak jeles, dengki jerrr huhuhuuu.....

Nak letak 2 video kat sini...

    Haa ni lagu mandarin. Andy Lau penyanyi dia....sape tak kenal dengan dia kan. Da lama sangat aku cari lagu ni. Sedap. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, balik je dari sekolah mesti duk tercongok depan tv, tunggu klip video ni kat tv2. Dulu2 tv2 suka siar lagu2 luar. Aku suka lagu ni sebab ada manusia kecik2 lukis gambar andy lau cantekk je. Musik pun sedap..Aku tak tau aa tajuk lagu ni apa. Kalau ada yg tau tolong bagitau eh. Aku jumpa lagu ni pun sebab aku ingat penyanyi dia si Andy Lau. Try laa google2. Jumpa jgk. Cari lirik dia jenuh gak sampai sudah tak jumpa. Hmm lepas spm teruskan lagi pencarian.

   Ni second song. Jap eh...


    Haa...Tu beethoven. Aku tak aa kenal mana sangat dia tapi kan...aku suka gila2 dengan musik dia yang satu ni. tajuk 'Fur Elise'. Sedaplaa..thanks kat kawan aku si fariz sebab bagitau sape pereka lagu ni. Lagu ni pun dah lama sangat aku cari sebenarnya. Tadi si Rafi bestfriend aku bawak keyboard member dia lepas je paper kimia habis ke sekolah. Aku punya aa excited tengok keyboard terus main2. Sumbang mambang aku terjah dengan memberku si Zaty, tak kesah dah key dia kemana, lantak aa asal boleh main. Haha.. Last2 jumpa lagu ni. waaa...excited beb !! sebab aku memang dah lama sangat cari lagu ni. Dulu2 aku pernah aa dengar lagu ni kat keyboard sepupu aku. Nak main dia tak kasi sebab aku kecik lagi kan. Sekarang dah besar boleh aa main kan2. Ada gak aa simpan hasrat nak belajar main piano, terutama mainkan lagu ni. Sape2 yang ada talent main alat2 muzik ni hargailah bukan senang nak ada anugerah tu kan2. Aku pun nak jugak kalau boleh. Kalau bolehlerr..... =D

Yang ni versi gitar. sedap jugak. =)


Tetiba aku rasa nak dedikasikan musik 'Fur Elise' ni kat orang2 yang aku sayang. huhuhuuu.... okelah...selamat mendengar bagi mereka yang mendengar video yang aku letak and selamat membaca bagi mereka yang membaca blog aku ni.

Sekarang musim tak menentu kan. Tadi basah kuyup aku ditimpa hujan yang amat lebat masa on the way nak ke kedai makan kat luar sekolah. Ni rasa cam nak demam je. Pening2, muntah2.. Bimbang laa...Paper lagi isnin. Harap2 esok dah oke.

Update lagi lepas kelas akaun yang terakhir !!

Tiada ulasan: