Ahad, 11 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Dis 2011


Assalamualaikum

Korang dah tengok ke gerhana bulan penuh tadi ?? Gerhana bermula pada pukul 7.45 petang tadi. Kat sini, i mean kat kuala terengganu area umah aku tak nampak langsung kehadiran bulan, yang ada hanyalah awan2 hitam yang tebal menandakan hujan bakal turun. Hakikatnya sampai sekarang hujan tak turun2 lagi, angin je yang bertiup kencang dari tadi.

Fenomena ni semuanya menunjukkan kebesaran maha pencipta kita, Allah swt...subhanallah...dapat pahala lah bagi mereka yang menghayati keagungan tuhan ini dengan penuh rasa bersyukur.


Bagi korang yang tak dapat tengok macam aku ni, so korang bolehlah tengok kat video yang aku letak bawah ni. Aku dapat ni dari geng facebook tadi. Aku selalu tertanya2 macam mana gerhana ni terjadi. Dulu2 masa sekolah rendah ada lah jugak belajar tapi tak berapa faham sangat plus dah lama tinggal ni lagi aa tak ingat dah camne fenomena ni terjadi.



Video Simulasi fenomena gerhana bulan penuh 10 dis 2011.

So sini aku dapat info bila blogwalking kat blog cikgu ni...korang boleh baca tuk tatapan korang k.

Bagaimanakah ia berlaku?
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.


Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah sehinggalah Allah meneranginya semula kepada kamu (Sahih Muslim) 





Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

 sumber berita : harianmetroonline
credit to : cikgu azrine








    1 ulasan:

    my berkata...

    pahang ujan..teacher xdapat tgok..huhu
    kalo dapat balik terus ke tganu malam tadi kan best...