Jumaat, 9 Disember 2011

Lepas Ombak Rindu, Bicara Hati plak....

Assalamualaikum....


Ada berita baru ni..





Lepas sok sek sok sek dekat facebook pasal movie Ombak Rindu, sekarang tunggukan kemunculan cerita atau drama Tv Bicara Hati lak kat Astro Prima yang diadaptasi dari novel penulis favourite aku Damya Hanna.

Infonya aku dapat dari blog sorang cikgu ni... klik di sini . Jadi korang bolehlaa klik blog cikgu ni kalau nak sahihkan apa yang aku cakap ni betul atau idak ye.

Honestly aku cakap aku excited aa beb bila tengok cover novel 'Bicara Hati' ni. Yelah..novel nilah novel first aku baca masa aku mula2 masuk darjah 4 dulu. Haha ingat lagi. Kebas senyap2 dari cousin aku semata2 nak baca sampai habis, hahaa.. Sure aku cakap baca banyak kali pun tak puas nya novel ni. Sebab novel ni lah jugak  aku jadi addicted kat segala mala jenis novel lepas tu.

Lepas Bicara Hati, second novel yang aku baca plak novel Ombak rindu laa, pinjam dari kawan aku. Best siott dua2 novel ni. Pun aku jadi excited bila Ombak Rindu dah ada dalam bentuk movie. Tapi sayang sampai sekarang aku takde peluang lagi nak tengok movie Ombak Rindu tu...

Aku haraplaa sangat bila citer Bicara Hati dimainkan..sesedap seperti yang aku baca dalam novel asal and kalau boleh biarlah lagi sedap sebab aku dah ter-excited sangat2 ni. Hahahaa....

Aku setuju laa dengan komen cikgu tu...sekarang agaknya memang musim novel da jadi cerita plak err...dulu pun aku ingat lagi kat TV1 ada citer tajuk 'Trinologi Cinta' kut...adaptasi dari 3 buah novel Sharifah Abu Saleem. Tak seindah mimpi, tak semanis impian and lagi satu..aku dah lupa. Tapi sumpah yang novel punya lagi sedap kalau nak compare dengan cerita kat tv tu. Sebab aku dah baca dah tengok. Hahaa...maaflah aku lebih suka baca novel kut dari tengok tv. Lagi sampai rasanya..hehehee...

Agak2 lepas ni novel apa plak erkk.. Asyik novel cinta je... Amiklah plak salah satu novel dari penulis Ramlee Awang Murshid buat cerita ke drama ke yang berbentuk thriller. Lagi best. Aku peminat tegar novel dia tau. Hahahaa...

p/s : Nantikan drama Gemersik Kalbu tulisan Anis Ayuni di slot Akasia TV3 mulai 2 Januari 2012 ni..

--- Thanks kat fullmusik sebab penuhkan permintaan aku nakkan musik yang tengah dipasang kat blog aku sekarang ni. This song i dedicate to my beloved teacher =)



Tiada ulasan: