Isnin, 30 Januari 2012

Sabarlah dalam bersabar

Assalamualaikum....

Huhuhu..lamanya aku tak on9, tak facebooking, blogging. Sibuklah. Satu lagi broadband aku buat hal. Time2 tengah serius nak guna jugak dia buat kes. Mujurlah kat sekolah ni ada wifi boleh gak lepak kat sini jap. Hehehee..


Selama aku tak on9 ni macam2 dugaan aku dapat. Bermula dari satu kisah kecil  yang pada aku, aku dah pun melupakannya sebab dah berbulan2 hal tu jadi dulu tapi diperbesarkan kembali dan apa yang aku buat disalahertikan (barangkali) tapi tak apalah aku anggap tu semua pengalaman bagi aku. Pernah aku cakap, cubaan yang pahit tu akan jadi pengalaman yang terindah bila tiba masanya.. Sekarang aku cuba praktikkan apa yang aku duk baca sebelum ni.

 " Siapakah orang yang paling penting dlm hidup kita?? Jawapannya..Orang yang penting dalam hidup kita adalah orang yang memerlukan bantuan kita saat ini. Jadikan mereka orang yang terpenting kerana mereka memerlukan pertolongan kita dan abaikan orang yang tidak perlukan kita. Itu salah satu cara untuk meraih bahagia."

 Aku petik kata2 ni dari majalah Islam Solusi yang aku baca tika aku ada waktu terluang di koperasi sekolah tu. Ini kata2 dari Prof. Dr. Muhaya. Seriously bila aku baca apa yang diperkatakan oleh beliau, aku rasa tertarik untuk mepraktikkan dalam kehidupan aku sekarang. Dan betul, bila kita lakukan sesuatu tu tanpa mengharapkan apa2, ikhlas semata2 insyallah kita rasa senang dan rela melakukan tanpa merasa ada arus paksaan pun. Ada lagi dua perkara untuk mendapatkan kebahagiaan dari pandangan beliau tapi aku tak berapa ingat. 


Yup..aku akui bukan senang nak puaskan hati semua orang nih. Aku tak nafi jugak apa yang aku lalui sekarang ni memang betul2 menyakitkan dan memeritkan. Aku akan tetap cuba bersabar dan bertahan. Sabarlah dalam bersabar, aku harap masa yang berlalu akan menyejukkan hati yang lagi membara. Dan kemaafan merupakan dendam yang terindah. Aku menanti untuk itu. Hurm dah rupa tajuk lagu lak. 

Ok...setel bab tu. Sekarang ni bab lain lak. Baru ni kan ada Karnival Masuk U. Lepas duk tinjau2 kat sana tetiba pendirian aku nak sambung ke tingkatan 6 sedikit goyah. Adalah beberapa program diploma tu yang menarik perhatian aku tapi entahlaa keliru pula jadinya bila dah dengar macam2 komen, macam2 pandangan nih. Hurm...

Ohh esok, esok dan esok aku dah start busy tau. Busy buat lesen. hehe...lesen motor je dulu tapi okelahh senanglah sikit nak bergerak pas ni. Lepas je dapat lesen L operasi mencari kerja akan bermulaa...

Jumaat, 6 Januari 2012

kerana budi ku jatuh hati

Assalamualaikum..


Spring ~ Kerana budi ku jatuh hati ~


Tidak terdaya bagiku 

Hendak memetik cintamu 

Bimbang nanti tidak kesampaian 

Kau bagai hujan yang datang 

Menyiram musim kemarau 
Indah mu tiada bandingan 
Sedang aku cuma dagang yang merantau 

Terlalu banyak pengorbanan darimu 

Susah senang ku kau mengambil tahu 
Sehinggakan ku rasa terharu 
Bila mengenangkan budi dan jasa mu 
Aku tahu siapa diriku 
Bagaikan musafir yang menumpang lalu 

Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga 

Engkau datang membawa bahagia 
Entah apakah gerangan di jiwa 
Hendak ku tinggal tiada berdaya 

Kerana budi aku jatuh hati 

Aku tak mengerti ianya terjadi 
Kerana budi aku jatuh hati 
Kepada mu kini cinta bersemi

Aku pernah terdengar bait2 lirik kat atas sebelum ni tapi pada aku it didn't make a sense. Kerana budi kita jatuh hati. Mungkin sebab masa tu aku budak2 yang tak tau apa2 lagi so aku macam ignore kan lagu ni walaupun dah berkurun lama dia duk tersimpan dalam komputer aku.

But one day tu, bila aku asyik melayan perasaan, lagu ni terpasang. Bila aku dengar betul2. Hurm, lastly aku kena akui memang ada orang jatuh hati kerana budi orang lain terhadapnya. Budi seseorang yang diberikan amatlah bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargainya. Jasa yang dicurah bukan sekadar membuat jasa semata2. Terlalu besar budinya. Untunglah bagi sesiapa yang tahu menghargai jasa orang lain.

Nak membalas budi dan jasa pun bukannya senang. Tapi bagi mereka yang ikhlas memberi pastinya melakukan sesuatu bukan kerana inginkan pembalasan. Keikhlasan mereka membuatkan kita terharu dan kita berharap kita mampu membalas segala budi dan jasa mereka.

~ Aku bukanlah seorang sasterawan yang bijak dan pandai dalam berkata2 untuk menunjukkan betapa aku menghargai jasa insan lain terhadapku namun hanya dengan perbuatan dapat kuungkapkan, kutunjukkan. Hanya dengan doa yang bisa kutuskan dari kejauhan agar mereka selalu berada dalam kebahagiaan dan kerahmatanNya selalu ~




Selasa, 3 Januari 2012

Hari pertama sekolahh ~~

Assalamualaikum...



My First day at school !!! Yuhuu...seronok gila !! Seronok bukan sebab dapat belajar balik silibus2 yang memenuhi segala ruangan dalam buku teks tu tapi seronok sebab dapat kembali ke sekolah yang amat3 aku sayang neh. Cam dah taknak berpisah terus je. Haha. Ok, seronok dapat jumpa dengan cikgu2, junior2, kawan2, pembantu2 makmal, pembantu am sekolah and lain2. Haha. Macam kejap je cuti neh. Tapi aku kembali ke sekolah ni bukan sebagai budak sekolah dah. Tu yang best sebab dah tak payah penat2 fikirkan homework apatah lagi exam kan2. Huhuhu =_='

Huhu, baru perasan entry ni jadi entry pertama untuk pembuka tahun ni. So maseh tak terlewat lagi kan3. Selamat tahun baru, moga semua azam tercapai =)

Anyway, hari ni aku tolong pihak koperasi sekolah aku. Best. Timba2 pengalaman sikit. Lagipun duk kat umah bosan yang amat. Dush ! Seronok ar dapat tengok budak2 baru budak form 1 duk ronda2 sekolah dengan member2 aku sebagai faci (tah betul ke dok eja er). Aku join kejap je, ikut group kawan aku Afiqahyusof. Well budak2 baru ni biasalah memang banyak loyer buruk dieorang tuh. Tunggu masa nak kena smash je. Haha. 

Kawan aku lak punya aa garang dengan diaorang. Ish3 sayangnya budak2 tu langsung tak takut. Kesian kat member aku, kat budak2 tuh tak pun.  Haha. Makin melawan lagi ada arh. Kui3. Hampeh tol punya junior. Haha. Aku ?? Aku bukannya taknak tolong handle budak2 tu tapi ang, kompom aku yang kene buli bukannya aku yang buli budok. Err makang budokk !!! Hahahaa... 

Oklah..tulah sedikit sebanyak hari pertama persekolahan aku. Eh silap...hari pertama aku di sekolah pd waktu persekolahan sebagai bekas pelajar SMK DRI =)