Jumaat, 6 Januari 2012

kerana budi ku jatuh hati

Assalamualaikum..


Spring ~ Kerana budi ku jatuh hati ~


Tidak terdaya bagiku 

Hendak memetik cintamu 

Bimbang nanti tidak kesampaian 

Kau bagai hujan yang datang 

Menyiram musim kemarau 
Indah mu tiada bandingan 
Sedang aku cuma dagang yang merantau 

Terlalu banyak pengorbanan darimu 

Susah senang ku kau mengambil tahu 
Sehinggakan ku rasa terharu 
Bila mengenangkan budi dan jasa mu 
Aku tahu siapa diriku 
Bagaikan musafir yang menumpang lalu 

Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga 

Engkau datang membawa bahagia 
Entah apakah gerangan di jiwa 
Hendak ku tinggal tiada berdaya 

Kerana budi aku jatuh hati 

Aku tak mengerti ianya terjadi 
Kerana budi aku jatuh hati 
Kepada mu kini cinta bersemi

Aku pernah terdengar bait2 lirik kat atas sebelum ni tapi pada aku it didn't make a sense. Kerana budi kita jatuh hati. Mungkin sebab masa tu aku budak2 yang tak tau apa2 lagi so aku macam ignore kan lagu ni walaupun dah berkurun lama dia duk tersimpan dalam komputer aku.

But one day tu, bila aku asyik melayan perasaan, lagu ni terpasang. Bila aku dengar betul2. Hurm, lastly aku kena akui memang ada orang jatuh hati kerana budi orang lain terhadapnya. Budi seseorang yang diberikan amatlah bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargainya. Jasa yang dicurah bukan sekadar membuat jasa semata2. Terlalu besar budinya. Untunglah bagi sesiapa yang tahu menghargai jasa orang lain.

Nak membalas budi dan jasa pun bukannya senang. Tapi bagi mereka yang ikhlas memberi pastinya melakukan sesuatu bukan kerana inginkan pembalasan. Keikhlasan mereka membuatkan kita terharu dan kita berharap kita mampu membalas segala budi dan jasa mereka.

~ Aku bukanlah seorang sasterawan yang bijak dan pandai dalam berkata2 untuk menunjukkan betapa aku menghargai jasa insan lain terhadapku namun hanya dengan perbuatan dapat kuungkapkan, kutunjukkan. Hanya dengan doa yang bisa kutuskan dari kejauhan agar mereka selalu berada dalam kebahagiaan dan kerahmatanNya selalu ~




Tiada ulasan: