Isnin, 30 Januari 2012

Sabarlah dalam bersabar

Assalamualaikum....

Huhuhu..lamanya aku tak on9, tak facebooking, blogging. Sibuklah. Satu lagi broadband aku buat hal. Time2 tengah serius nak guna jugak dia buat kes. Mujurlah kat sekolah ni ada wifi boleh gak lepak kat sini jap. Hehehee..


Selama aku tak on9 ni macam2 dugaan aku dapat. Bermula dari satu kisah kecil  yang pada aku, aku dah pun melupakannya sebab dah berbulan2 hal tu jadi dulu tapi diperbesarkan kembali dan apa yang aku buat disalahertikan (barangkali) tapi tak apalah aku anggap tu semua pengalaman bagi aku. Pernah aku cakap, cubaan yang pahit tu akan jadi pengalaman yang terindah bila tiba masanya.. Sekarang aku cuba praktikkan apa yang aku duk baca sebelum ni.

 " Siapakah orang yang paling penting dlm hidup kita?? Jawapannya..Orang yang penting dalam hidup kita adalah orang yang memerlukan bantuan kita saat ini. Jadikan mereka orang yang terpenting kerana mereka memerlukan pertolongan kita dan abaikan orang yang tidak perlukan kita. Itu salah satu cara untuk meraih bahagia."

 Aku petik kata2 ni dari majalah Islam Solusi yang aku baca tika aku ada waktu terluang di koperasi sekolah tu. Ini kata2 dari Prof. Dr. Muhaya. Seriously bila aku baca apa yang diperkatakan oleh beliau, aku rasa tertarik untuk mepraktikkan dalam kehidupan aku sekarang. Dan betul, bila kita lakukan sesuatu tu tanpa mengharapkan apa2, ikhlas semata2 insyallah kita rasa senang dan rela melakukan tanpa merasa ada arus paksaan pun. Ada lagi dua perkara untuk mendapatkan kebahagiaan dari pandangan beliau tapi aku tak berapa ingat. 


Yup..aku akui bukan senang nak puaskan hati semua orang nih. Aku tak nafi jugak apa yang aku lalui sekarang ni memang betul2 menyakitkan dan memeritkan. Aku akan tetap cuba bersabar dan bertahan. Sabarlah dalam bersabar, aku harap masa yang berlalu akan menyejukkan hati yang lagi membara. Dan kemaafan merupakan dendam yang terindah. Aku menanti untuk itu. Hurm dah rupa tajuk lagu lak. 

Ok...setel bab tu. Sekarang ni bab lain lak. Baru ni kan ada Karnival Masuk U. Lepas duk tinjau2 kat sana tetiba pendirian aku nak sambung ke tingkatan 6 sedikit goyah. Adalah beberapa program diploma tu yang menarik perhatian aku tapi entahlaa keliru pula jadinya bila dah dengar macam2 komen, macam2 pandangan nih. Hurm...

Ohh esok, esok dan esok aku dah start busy tau. Busy buat lesen. hehe...lesen motor je dulu tapi okelahh senanglah sikit nak bergerak pas ni. Lepas je dapat lesen L operasi mencari kerja akan bermulaa...

1 ulasan:

syazatty berkata...

jgn lupee , nak cari keje , tell me :P