Ahad, 5 Februari 2012

Cinta & Harapan

Assalamualaikum


CINTA DAN HARAPAN



Kemarin hanya tinggal kenangan

Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok



Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan



Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya



Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan



Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia



Entry ketiga tuk hari ni saje. Lagu blog bertukar lagi. Kali ni lagu nasyid dari kumpulan Firdaus plak menghiasi kamar blog aku.

Bila hayati betul2 lirik tu memang kena dengan aku especially for the first part. "Kemaren hanya tinggal kenangan bersama peristiwa semalam. Adakah hari ini yang kutempuh akan bersinar pada hari esok" . Aku rasa tenang gila tiap kali aku dengar lagu ni. Yes, i need a song like i need the air to breathe.   Aku mencuba untuk terus melangkah. Aku cuba untuk melupakan. Macam kawan aku cakap "No matter what happen life must go on". I know that. 

 Ya, aku dihantui beribu sesalan dan rasa bersalah. How should i bring on this feeling? How long??  I know i have done the biggest mistake before. And i really2 hope that everything will be okay as soon as possible.  Apa yang aku boleh cakap, moga masa yang berjalan akan menyejukkan segalanya.

Tak tipu, sedikit sebanyak lagu ni mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang telah banyak berjasa pada aku tapi aku tidak tahu menghargainya. Bak kata guru aku "lupakan kebaikan kita pada orang tapi ingatlah kebaikan orang pada kita". Aku dah sedar sekarang. Bahkan aku telah melakukan perkara2 yang sering mengguriskan hatinya. Maafkan aku. Aku tak sengaja. Aku berperang dengan seribu satu jenis perasaan masa tu. Antara rela dan tidak. Susah untuk kuperjelaskan cuma sekiranya dia membaca tulisan aku ni, sekiranyalah, aku tak harapkan sangat...andai katalah kan...andai kata dia baca, ketahuilah sesungguhnya aku memang tak sengaja nak melukakan atau bertindak kurang ajar. Aku sendiri tak boleh nak expect yang aku boleh bertindak begitu. Moga dia maafkan aku bila tiba masanya.

I am looking for your forgiveness....


leilockheart:

quote submitted by nolongercaring




Tiada ulasan: