Ahad, 5 Februari 2012

Sakit itu..tanda kasih sayang Allah

Assalamualaikum


SAKIT ITU.... TANDA KASIH SAYANG ALLAH...


 

SABDA RASULULLAH :
“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maha PengasihNya Allah s.w.t......
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih.

Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita....
Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang kita terhadap sesuatu.....

Pancaran ketenangan pada wajah pesakit adalah refleksi dari ketenangan jiwa yang dirasainya.
Berbekalkan bentuk kepercayaan yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tanpa penyesalan... Tiada kekecewaan... Tiada Keluh Gesah..... dan Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.....



Salam maulidur Rasul... 12 rabiulawal 1433hijrah. Selawat dan salam ke atas nabi



Tiada ulasan: