Khamis, 29 Mac 2012

She changed me to the right way, thankful to Him..

Assalamualaikum...

First of all, syukur alhamdulillah segala kata2 pujian buat yang maha Berkuasa.

Another post for this month..will be the last post for month three.

                Alhamdulillah, finally I made it. Result spm sudah seminggu keluar. Syukur ke hadrat illahi kerana aku diberi peluang menggembirakan hati kedua orang tua aku, itu yang menjadi keutamaan aku sebagai anak. Mendapat keputusan spm sebegini sememangnya tidak kuduga. Always expect the worst so you will never disappointed. Mungkin kerana aku kurang berkeyakinan terhadap diri aku sendiri tu sebab aku tak berani nak berharap sangat.  Keputusan aku tidaklah sehebat Nur Amalina yang mendapat 17A tu.  Aku pun tidak pernah berharap mampu menggenggam 9A di tangan  tapi cukup dengan apa yang aku dapat sememangnya memuaskan hati aku. Alhamdulillah hasilnya setimpal dengan apa yang telah aku usahakan terutama bagi subjek Akaun.






Gambar kat atas tulah result spm aku. Not good enough at all but it was better than trial result. Paling aku rasa bersyukur dengan result Akaun aku. Bagi yang mengenali aku dan selalu membaca post2 aku kat blog ni pastinya tahu betapa sukar dan peritnya bagi aku untuk dapat keputusan begini. Mungkin pada sesetengah orang ianya perkara biasa je tapi pada aku terlalu besar maknanya bila first time aku tengok result spm aku, subjek akaun lah yang aku paling takut nak tengok sekali. Mujurlah dapat A. Syukur sangat2...

Sebenarnya, result akaun aku ni merupakan hadiah untuk seseorang yang banyak berjasa pada aku. Maybe, ianya tak seberapa sangat.  Kalau bukan kerana dia aku mungkin tak mampu capai apa yang aku dapat sekarang. And kalau bukan kerana dia juga yang terlalu yakin dengan aku, aku mesti takde kekuatan to go through apa yang aku buat selama ni, aku mungkin takde keinginan untuk berusaha. Aku akui, kerana dia aku banyak berubah. She changed me a lot. Teringin sangat2 untuk aku ucapkan terima kasih padanya. I know, i have no chance to do it anymore but someday, one day i hope she will not how much i thank to her. 


Untuk subjek Sains, aku rasa result aku tu berbaloi lah kut sebab aku tak kuatkan sangat usaha aku untuk tiga subjek terpenting ni even i know how much they are meant to the others students. Okelah kalau nk compare dengan result trial. Lulus semua. Ada yang berkata silap aku kerana terlalu fokus pada subjek akaun hingga subjek yang lagi penting tu terabai. Hurm, nak kesal dah takde guna pada aku takde yang silapnya dan aku langsung tak rasa kesal or sesal or whatever la sebab aku tau di mana hala tuju aku lepas ni. 

Pada cikgu2 yang banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar, terima kasih atas segalanya, terima kasih atas sokongan, nasihat dan dorongan. Aku amat menghargainya. Maafkan segala salah dan silap selama aku bergelar pelajar kepada guru2 di SMK Dato' Razali Ismail. Aku pelajar banyak kekhilafan. Pada kawan2 gak terutama geng2 Sarang, thanks bagi yang banyak tolong tunjuk ajar gak. Huhuhu..dok reti ahh nak wat ucapan. Hahaaa..

Oke, selesai untuk itu. Untuk permohonan UPU semua sudah setel... Kat bawah ni pilihan aku. 


Ada orang tanya "Asal perhutanan? Bakpe dok pilih akaun je, result akaun oke jugak tu kan" . Hurm, soalan wajib tiap kali orang tanya pasal result lepas tu tanya hala tuju aku. Susah jugak nak explain sebenarnya sebab aku sendiri kurang pasti mengapa dan kenapa. Aku ada sebab aku tersendiri yang aku memang tak dapat nak jelaskan kenapa. Apa yang boleh aku kata, i want do what i want to, i won't do anything because of something or someone. Ini pilihan aku, andai kata aku tersilap buat pilihan lagi kali ni, biarkan. Aku nak cuba sesuatu depend on my interest.  Insyallah, aku pasti ada sesuatu yang telah dirancang olehNya untukku. Rezeki ada di mana2. Kalau rezeki aku di bidang akaun, ada lah. Kalau tak ada pun aku terima seadanya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala2nya. 


 





Ahad, 18 Mac 2012

Jiwa yang rapuh

Assalamualaikum...

Malam makin menghilang namun mata ini masih belum cukup kuat untuk memaksaku pejam. Kalau orang lain mungkin  dikala ni sibuk memikirkan result namun aku pula berlainan. Bahagian result nanti macam mana jua hasilnya sudah kuserahkan segalanya pada yang maha berkuasa. Aku pasrah dan redha. Aku dapat rasakan sesuatu. Moga ini hanya mainan perasaan sahaja.

Namun, i have so many things to think about. Aku rasa selagi aku tak sibukkan diri selagi tulah aku akan tetap memikirkannya terus. Aku terperangkap dalam banyak benda. Kekadang aku lupa macam mana nak buat diri aku happy and ceria macam dulu balik. Rasa macam amat payah. Aku banyak berpura2 dengan diriku sendiri. Adilkah itu? Hurm layak ke soal adil tu dikatakan oleh aku? Menggeleng2 aku dibuatnya.

 

Tetiba aku terkenangkan insan2 yang aku kasihi. Entahlah aku sudah takut untuk mempunyai apa2 perasaan sayang. Takut disalahertikan lagi. Niat baik tapi disalah anggap. Aku jadi rendah diri. Kembali sedar diri. Itu yang lebih baik bukan? Rasa sayang yang menebal kian lama makin pudar. Tohmahan demi tohmahan. Aku jadi tak habis fikir hinggakan aku terpaksa memikirkannya terus. Aku rindu ingin pulang ke masa lalu, ceria bersama sahabat2 meskipun aku tau aku tak punya ramai teman, dan bersama orang2 yg aku sayang. Namun adakala aku ingin pergi jauh, jauh dari segala keserabutan yang membuat aku jadi makin gila. Jauh meninggalkan segala kekusutan dan pergi mencari sedikit ketenangan. tapi lari is not the best way to solve a problem. And i will not run away from facing that problem, the fact. Lari dari masalah takkan dapat menyelesaikan apa2 bukan. Terasa yang perasaan bersalah aku ni tidak berbaloi tapi siapalah aku untuk menidakkan segala kata2. Aku tau Allah sentiasa bersama aku dan alhamdulillah aku masih mampu berfikir dengan waras walaupun ada kalanya aku bersikap kurang normal pada pandangan orang.

 

Cuma aku penat kekadang, penat disalahanggap terus sedangkan dalam masa yang sama aku langsung tak kisah apa pandangan orang pada aku sebab aku tau apa yang aku lakukan. Maafkan aku kalau entry aku terlalu emo akhir2 ini. Aku tau semua orang ada masalahnya sendiri, takkan ada satu orang pun yang lepas dari mempunyai  masalah cuma cara atasinya berbeza bukan. Aku cuma melepaskan apa yang terpendam disini. Mungkin sedikit sebanyak membuka aib sendiri dan orang yang baca entry aku ni boleh buat seribu satu jenis andaian. Buatlah, aku sudah tidak berdaya untuk menangkis lagi. Silakan.

 

Bukannya aku tidak muhasabah diri....aku sudah cukup mampu menerima qadar dan qadaknya. Aku mengganggap ini semua suatu proses dalam mematangkan aku dan aku harap ini yang terakhir. Tiada lagi kisah2 emo. Aku masih berharap mampu melakar pelangi hidupku sendiri tanpa kehadiran insan2 yang menyalah ertikan perbuatanku. Perbuatan aku bukan bererti untuk menerima suatu hukuman kerana aku tidak melakukan apa2 kesalahan dari segi syarak mahupun undang2. 

Dan aku masih dalam dilemma. Moga Allah memberi jalan dan kekuatan kepadaku, insyallah. Amin..


 

 

Sabtu, 17 Mac 2012

Doa dan harapan

Assalamualaikum....

Lama aku menghilang dari dunia maya ni. Saja menghilangkan diri. Lagipun sapelah kisah aku ada ke atau tak kan. Huhukk, awal2 dah buek drama. Aku banyak muhasabah diri masa2 begini, alhamdulillah aku semakin pulih.

Hahaa oke...Anyway, SPM result will coming out this wednesday, 21 march. Agak sedikit nervous dan takut. Mau dok takot. Walau apa pun keputusannya aku akan terima dengan seikhlas2 nya. Kali ni aku dah betul2 berusaha. Aku tau setiap hasil itu setimpal dengan usaha yang dilakukan. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, pasrah dan reda. Insyallah aku takkan cepat melatah. 

Aku cuma mampu berdoa agar aku bisa gembirakan hati kedua orang tua aku kali ini. Aku hanya mau lihat mereka gembira meskipun aku tau aku bukan seorang anak yang baik. Dan...aku berharap aku mampu memuaskan guru2 yang telah banyak memberi ilmu kepadaku. Moga Allah makbulkan doaku. Amin..

Doakan yang terbaik untuk aku.

Dan buat teman2 seperjuangan sekalian, semoga berjaya dan mencapai target.

Isnin, 5 Mac 2012

Aku dalam kecundang


Aku insan punya banyak kelemahan tapi kubukan insan hina. Berdiam diri itu perkara terbaik yang mampu kulakukan sekarang ni. Aku juga seperti yang lain cuba menjadi yang sempurna walau diri penuh dengan kelemahan. 'Manusia tidak semuanya sempurna'. Itu yang sering kita dengar. Aku banyak tersilap dalam membuat perhitungan, mungkin kerana kesilapan lalu aku dihukum sebegini tanpa mengetahui apa yang sebenarnya aku cuba sampaikan.


Tidak kunafikan aku banyak kekurangan. Akhir2 ni saja banyak perubahan yang berlaku. Satu per satu ujian menimpa. Tapi syukur, aku masih mampu harunginya walaupun sendiri. Mungkin kerana caraku yang tidak pernah berubah dan mungkin kerana semua harapan sudah punah. Mereka melabelkan sesuatu tanpa memikirkan sebab musababnya kenapa. Itu mungkin menyebabkan aku sedikit rapuh dan lelah. Mungkin itu punca kenapa aku hilang sabar dan bertindak keras meskipun itu bukan cara yang diajar padaku. Mereka melabelkan sesuatu tanpa mengetahui apa yang cuba kusampaikan, tanpa tahu apa sebab musababnya kenapa. Bertalu2 soalan. Bertalu2 pertanyaan. Pandangan penuh sinis. Mengapa aku yang disoal? ditanya? 

Maafkan aku pada siapa yang terlibat. Aku pasrah dan tawakkal dengan segalanya.  Sudah berusaha, tiba masa aku berserah. Jadi buat masa sekarang aku mengambil langkah berdiam diri. Itu yang terbaik bukan? Buat apa terus menonjol kalau tindakan boleh melukakan?  Aku manusia biasa berikan aku ruang muhasabah diriku sendiri. Usah ditanya apa dan mengapa. Berikan aku ruang membina kekuatan jati diri aku sendiri. Usah jatuhkan aku dengan pelbagai cerita yang aku tidak ingin tahu langsung.