Isnin, 5 Mac 2012

Aku dalam kecundang


Aku insan punya banyak kelemahan tapi kubukan insan hina. Berdiam diri itu perkara terbaik yang mampu kulakukan sekarang ni. Aku juga seperti yang lain cuba menjadi yang sempurna walau diri penuh dengan kelemahan. 'Manusia tidak semuanya sempurna'. Itu yang sering kita dengar. Aku banyak tersilap dalam membuat perhitungan, mungkin kerana kesilapan lalu aku dihukum sebegini tanpa mengetahui apa yang sebenarnya aku cuba sampaikan.


Tidak kunafikan aku banyak kekurangan. Akhir2 ni saja banyak perubahan yang berlaku. Satu per satu ujian menimpa. Tapi syukur, aku masih mampu harunginya walaupun sendiri. Mungkin kerana caraku yang tidak pernah berubah dan mungkin kerana semua harapan sudah punah. Mereka melabelkan sesuatu tanpa memikirkan sebab musababnya kenapa. Itu mungkin menyebabkan aku sedikit rapuh dan lelah. Mungkin itu punca kenapa aku hilang sabar dan bertindak keras meskipun itu bukan cara yang diajar padaku. Mereka melabelkan sesuatu tanpa mengetahui apa yang cuba kusampaikan, tanpa tahu apa sebab musababnya kenapa. Bertalu2 soalan. Bertalu2 pertanyaan. Pandangan penuh sinis. Mengapa aku yang disoal? ditanya? 

Maafkan aku pada siapa yang terlibat. Aku pasrah dan tawakkal dengan segalanya.  Sudah berusaha, tiba masa aku berserah. Jadi buat masa sekarang aku mengambil langkah berdiam diri. Itu yang terbaik bukan? Buat apa terus menonjol kalau tindakan boleh melukakan?  Aku manusia biasa berikan aku ruang muhasabah diriku sendiri. Usah ditanya apa dan mengapa. Berikan aku ruang membina kekuatan jati diri aku sendiri. Usah jatuhkan aku dengan pelbagai cerita yang aku tidak ingin tahu langsung. 





Tiada ulasan: