Ahad, 18 Mac 2012

Jiwa yang rapuh

Assalamualaikum...

Malam makin menghilang namun mata ini masih belum cukup kuat untuk memaksaku pejam. Kalau orang lain mungkin  dikala ni sibuk memikirkan result namun aku pula berlainan. Bahagian result nanti macam mana jua hasilnya sudah kuserahkan segalanya pada yang maha berkuasa. Aku pasrah dan redha. Aku dapat rasakan sesuatu. Moga ini hanya mainan perasaan sahaja.

Namun, i have so many things to think about. Aku rasa selagi aku tak sibukkan diri selagi tulah aku akan tetap memikirkannya terus. Aku terperangkap dalam banyak benda. Kekadang aku lupa macam mana nak buat diri aku happy and ceria macam dulu balik. Rasa macam amat payah. Aku banyak berpura2 dengan diriku sendiri. Adilkah itu? Hurm layak ke soal adil tu dikatakan oleh aku? Menggeleng2 aku dibuatnya.

 

Tetiba aku terkenangkan insan2 yang aku kasihi. Entahlah aku sudah takut untuk mempunyai apa2 perasaan sayang. Takut disalahertikan lagi. Niat baik tapi disalah anggap. Aku jadi rendah diri. Kembali sedar diri. Itu yang lebih baik bukan? Rasa sayang yang menebal kian lama makin pudar. Tohmahan demi tohmahan. Aku jadi tak habis fikir hinggakan aku terpaksa memikirkannya terus. Aku rindu ingin pulang ke masa lalu, ceria bersama sahabat2 meskipun aku tau aku tak punya ramai teman, dan bersama orang2 yg aku sayang. Namun adakala aku ingin pergi jauh, jauh dari segala keserabutan yang membuat aku jadi makin gila. Jauh meninggalkan segala kekusutan dan pergi mencari sedikit ketenangan. tapi lari is not the best way to solve a problem. And i will not run away from facing that problem, the fact. Lari dari masalah takkan dapat menyelesaikan apa2 bukan. Terasa yang perasaan bersalah aku ni tidak berbaloi tapi siapalah aku untuk menidakkan segala kata2. Aku tau Allah sentiasa bersama aku dan alhamdulillah aku masih mampu berfikir dengan waras walaupun ada kalanya aku bersikap kurang normal pada pandangan orang.

 

Cuma aku penat kekadang, penat disalahanggap terus sedangkan dalam masa yang sama aku langsung tak kisah apa pandangan orang pada aku sebab aku tau apa yang aku lakukan. Maafkan aku kalau entry aku terlalu emo akhir2 ini. Aku tau semua orang ada masalahnya sendiri, takkan ada satu orang pun yang lepas dari mempunyai  masalah cuma cara atasinya berbeza bukan. Aku cuma melepaskan apa yang terpendam disini. Mungkin sedikit sebanyak membuka aib sendiri dan orang yang baca entry aku ni boleh buat seribu satu jenis andaian. Buatlah, aku sudah tidak berdaya untuk menangkis lagi. Silakan.

 

Bukannya aku tidak muhasabah diri....aku sudah cukup mampu menerima qadar dan qadaknya. Aku mengganggap ini semua suatu proses dalam mematangkan aku dan aku harap ini yang terakhir. Tiada lagi kisah2 emo. Aku masih berharap mampu melakar pelangi hidupku sendiri tanpa kehadiran insan2 yang menyalah ertikan perbuatanku. Perbuatan aku bukan bererti untuk menerima suatu hukuman kerana aku tidak melakukan apa2 kesalahan dari segi syarak mahupun undang2. 

Dan aku masih dalam dilemma. Moga Allah memberi jalan dan kekuatan kepadaku, insyallah. Amin..


 

 

Tiada ulasan: