Khamis, 5 April 2012

Apa yang dinanti kunjung tiba

Assalamualaikum...

Apa yang aku tunggu selama2 ni akhirnya tiba jua. Yeayh, i know tittle post aku berbaur drama sikit. Hahaaa...

Apa yang aku duk tunggu?? Rasanya kat setahun lah jugak aku duk menunggu. Menunggu panggilan PLKN untuk kumpulan 2!! Alhamdulillah akhirnya tiba jua saat aku bergelar wirawati negara pada masa dan waktu yang sangat2 lah tepat. Haha.

Oke, kalau ada yang masih tak tahu nak semak penempatan bagi yang terpilih untuk PLKN 2012 ni korang boleh cek kat sini.

Ceritanya macam ni, semalam masa aku kat luar rumah, classmate aku ada call, dia pun salah sorang bekas wira negara harapan bangsa, maksudnya salah seorang pelatih PLKN tapi untuk kumpulan pertama. Wansyahin. Dia ni memang cepat, dulu pun aku dapat tau nama aku terpilih untuk PLKN dari dia jugak. Thanks, by the way.  Dan semalam dia call aku bagitau aku dapat panggilan PLKN kat tempat sekian2 ni. Aku macam cuak lah jugak. Macam mana tak cuak tetiba je dapat panggilan macam tu kan. Dalam hati, alhamdulillah..dapat jugak aku lari dari segala kekusutan.

Lari dari kekusutan ? Hahaa..bukanlah nak lari pun cuma inilah yang aku tunggu2 dari tahun lepas, aku nak rasakan satu pengalaman baru. Satu kelainan. Satu perubahan yang pastinya. Mendengar cerita dari sahabat2 yang pernah bergelar pelatih PLKN ni amatlah menyeronokkan pada aku. Pagi2 kawad. Bangun awal2. Pakai baju celoreng dia. Tidur dalam dorm. Tu tak termasuk makan sebanyak 6x sehari kat kem. Hahaa..

Oke...dulu ada timbul satu persoalan nilah. Antara PLKN dan belajar. Which one will be my first main choice. Of course aku akan cakap PLKN. Sebab perkara nilah yang aku nakkan sangat. Tapi bila ditimbang2, aku masih lagi mementingkan pelajaran aku. Hurm jap, cam jauh menyimpang je. Oke, straight to the main point is aku keliru mana nak pilih antara nak pergi PLKN atau nak sambung ke form 6 then postpone PLKN sebab dua2 dalam masa yang sama. Hurm boleh pun cakap terus, tak payah nak berbelit2. 

Aku tak sanggup nak postpone PLKN dan aku pun taknak terlepas peluang belajar di tingkatan 6. Tapi sekarang setelah ditimbal2, difikir2, rasanya aku akan ke PLKN dulu dan kalau aku dapat tawaran masuk ke tingkatan 6, i will leave this camp and continue my study again. At least aku merasa lah jugak berada di kem PLKN walaupun hanya untuk seketika.



Oke..aku kena tak jauh walaupun cikgu aku ada yang perli aku boleh kem kat tempat paling jauh. Hahahaha....cikgu2. Masih lagi di terengganu. Aku berhasrat sangat kalau boleh dapat kat luar terengganu, dapat kat kelantan ke pahang ke. Alih2 pulang semula ke kampung kelahiranku. Takpelah, tak semua benda yang kita idamkan akan kita dapat kan. Tak kisah lah di mana2 pun asal aku dapat pengalaman tu. Itu yang penting.

Sekarang ni hanya menanti surat tiba kat rumah je. Ada lah kawan aku cakap, ayah aku kan posmen mesti surat cepat sampai. Haloo...setiap surat ada procedure dia, tak semua boleh sampai macam tu je..

Dan untuk bulan ni aku rasa aku makin sibuk. Lagi sibuk lagi bagussss....
Dan harapnya bila medical check up nanti semua lepas. Amin...

Mood : Dah rasa nak nyanyi lagu rasmi PLKN dah. Haha..




2 ulasan:

call me in berkata...

amboi....
kami wira-wirawati negara...
demi bangsa kita berjasa. lallalallallala.....

Unknown berkata...

hahahaa...kak nani perli ni perli..lepor balang kan =P