Isnin, 2 April 2012

GSA dalam Kenangan 2

Assalamualaikumm...

Masih ingatkah pada gambar dibawah ni rakan2 GSA sekalian ?


Ni gambar budak2 kelas aku dengan guru akaun GSA 4/5 Al Farabi 2010/2011. Gambar ni bukanlah gambar last dengan cikgu sebab keesokannya kitaorang adakan BBQ besar besaran di pantai Batu Buruk, sempena peperiksaan SPM yang dah tamat. Juga sebagai penamat kepada kami yang tidak lagi bergelar pelajar sekolah terutama bagi SMK Dato' Razali Ismail. Gambar ni diambil sebaik sahaja selesai menduduki paper last iaitu paper Akaun pada 5 Disember 2011. Wahh tak sangka betul aku masih ingat tarikh tu, mana boleh lupa.

Mesti ada yang tertanya mana aku kan?? Hey, aku bukanlah watak penting nak kena selalu ada di mana2. Masa ni aku tengah sibuk melayan hati yang rawan disebabkan rasa kecewa dengan apa yang aku jawab masa exam tu. Normal lah kan kalau ada yang bersedih, setelah apa yang diusahakan tapi bila mengadap soalan tu macam orang hilang ingatan, lupa segala2. By the way, akhirnya semua tu berbaloi jugak, alhamdulillah. Oke2, lupakan kisah duka tu.

Apa yang aku boleh katakan aku rindu sangat2 kat kawan2 GSA aku, rindu dengan suasana dalam kelas Farabi. Sedikit sebanyak ada rasa sebak bila tengok gambar ni. Tapi masih boleh dikawal.. Sorry aa kawan2 aku nak save gambar ni dlm simpanan aku. Cuma nak kata disini, all the best to you guys, aku doakan yang terbaik buat korang. Nanti kalo buat reunion jangan buat dok reti nok ajok aku sama join, hahaha...check it out

Ohh ye, lupe...Tahniah kat korang semua, GSA sebab telah berusaha sekerasnya untuk memastikan kelas kita mencapai kelulusan 100% bagi subjek Akaun dalam keputusan SPM 2011. 

p/s : aku on9 sendirian di mcD. Jap lagi lau rajen nak upload gambar2 masa ke Langkawi bulan lepas

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rindu sangat.......ble la leh kuar same2 ngn sumer GSA..kan3

Unknown berkata...

huhu.. #tanpa nama
kalo rindu tuu ajok2 laa geng2 buat aktiviti