Selasa, 10 April 2012

Offer letter from IPTS

Assalamualaikum

Sekarang ni susah betul nak on9 kan. Aku terpaksa merayap ke serata tempat ke mana sahaja asalkan ada menyediakan perkhidmatan internet. Wahh skema molek ayat. Oke dalam erti kata lain ialah wifi atau wireless. Biasanya port aku kat mcD atau library awam lah. Sekolah ?? Jarang-jarang je sekarang ni, bila ada urusan je aku ke sana. Harap2 lah sesangat abah aku nak pakai P1max tu. Aku kemaruk nak berinternet nih. hahaaa...

Hurm, bila tengok kawan2 aku selalu duk touch up2, edit2 blog diaorang, aku teringin jugak nak edit blog aku ni tapi aku tak punya masa yang cukup sangat sekarang ni. Bulan ni saja aktiviti aku penuh. Kekadang mengalahkan orang yang ada keje tetap. kuikuikuii.... Surat PLKN masih belum sampai. Sementara menunggu surat, aku harus setelkan cepat2 lesen motor aku. Boring sudah asyik ditanya pasal lesen. Bukan taknak selesaikan cepat2 cuma aku betul2 tak berkesempatan. Bila ada masa nak pergi tu ada je halangan. Tapi takpe, dalam bulan ni target aku 5 jam mesti setel. Lagi 3 jam aku nak simpan, nak buat lepas balik dari PLKN. Macam sure je nak pegi nih. Haha...

Ohh kawan2 sekolah aku mostly dah dapat offer letter dari IPTS. Aku pun ada dapat dari IPTS yang aku mohon. Kadang IPTS yang aku tak mohon pun ada sampai jugak. Kekadang bila tengok offer yang aku dapat tu sedikit sebanyak mengoyahkan pendirian aku tapikan aku kena pikir berjuta2 kali. Hati aku macam kuat je  kata peluang untuk aku ke IPTA tipis. Adoyai, janganlah asek pikir negatif ja, aku nak jugak dapat offer letter dari IPTA. Agak2 aku dapat tak?? mudah mudahan kan..insyallah..

Ni antara offer study from IPTS yang aku dapat takat ni

Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT)
course : Dip. In Maritime Transportation Management
intake : da lepas

Universiti Selangor (Unisel)
course : Science Library
intake : 28 April 2012

International College of Yayasan Melaka (ICYM)
course : Dip. In Early Childhood Education (kerjasama U.Management and Techno)
intake : 18 Jun 2012

International College of Yayasan Melaka (ICYM)
course : Dip. Technology of Management (Accounting) (kerjasama UTM)
intake : 18 jun 2012

Institut Profesional Baitulmal
course : Prog. The London Chamber of Commerce and Industry Qualification (LCCI)
Intake : 



Tu jelah setakat ni. Offer study dari UNISEL tersangat2 lah aku nak tapi akhir April ni dah nak kena daftar. Banyak mende tol aku nak kena fikir. Fikir..fikir..fikir...jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti beroleh kejayaan...

Kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..lalala


Tiada ulasan: