Selasa, 8 Mei 2012

The end of what i'm waiting for



 Assalamualaikum...

Bulan yang memilukan bukan?? 
 
Susah betul nak cari perkataan pertama ni. Aku tak dapat U. Tu je. Sedih?? Dalam 100peratus tu adalah 30peratus rasa sedih sebab keputusan aku tak melayakkan aku untuk mendapat tempat di Universiti Awam. Tak tau dimana silapnya. Mungkin result aku tak padan dengan course yang aku minta. Rasanya takdelah aku minta Asasi pun. Untuk seketika terasa seolah2 ada seseorang sedang menyumpah aku, huhuhu. Tak baik betul aku fikir macam tu. Tak ah. Takde rezeki aku lah tu. Think positive. Matrik pun aku tak dapat.Yang ada hanyalah form 6. Satu2 nya tempat yang sudi menerima kehadiran aku. Menyesal? Tidak sesekali. Alhamdulillah, perasaan menyesal tak pernah wujud dalam kamus hidup aku buat masa ni. Tak kisah dengan apa yang orang kata. Kata orang tak menjejaskan pendirian aku lagi dah. No more.

 

Ada satu perasaan di sini yang teramat2 lah sukar untuk dinyatakan.


Bersyukur seadanya at least aku masih diberi peluang untuk belajar dan terus belajar. Dapat belajar di tingkatan 6 ni kira satu penghargaan buat aku sebab STPM ni setaraf A-Level. Lagi mencabar. Aku harap aku boleh teruskan hingga akhir seperti mana aku sudahkan sesuatu yang sukar seperti subjek Akaun. Aku tau, di sini bukan tempat untuk aku main2 lagi. 

Dan bersyukur dan lega sebab aku tak perlu bersusah payah mengerah otak untuk memikirkan yang mana harus aku pilih andai kata aku layak belajar di IPTA. Orang tua aku mungkin sedikit kecewa tapi tak apalah. Kalau aku dapat offer pun mungkin aku akan tolak atas sebab2 tertentu. Dan kesimpulannya, kau dapat 6 atau7A belum tentu kau dapat masuk U then kau dapat 2 atau 3A atau takde A sekalipun mungkin kau boleh masuk U lagi dah kalau tu rezeki kau, tetaplah rezeki kau Allah dah tetapkan. Jangan mengeluh. 

Kepada kawan2 aku yang dapat offer study di IPTA, congrats to you guys. Kawan2 sk tengku bariah, ex classmate 5al farabi and mostly to sarang geng, tahniah sebab ada yang dapat ke UIA buat asasi, matrik dan diploma tekstil. Haha. Diploma tekstil. First time aku dengar. 


Terasa agak kaku aku menaip di pagi yang hening neh. Mungkin sebab alam khayalan mula memanggil2 aku atau perasaan nervous dan excited menikam2 jiwa menanti pagi nanti tiba. Sultan Sulaimanians...tak sangka akhirnya aku dapat jugak bergelar pelajar SMKSS. Satu2 nya sekolah yang aku nak sangat masuk masa nak naik tingkatan 1 dulu. Setelah 5 tahun, pagi nanti tibalah masanya. SS please be nice to me, okeh ? Sebelum ke SS, for sure aku akan ke SMKDRI dulu. Hanya untuk seketika. Satu2 nya tempat yang memberi aku sejuta makna, seribu pengalaman, seratus perasaan. Drama sandiwara dibina dan direka di sini. Haha. Aku tak berharap aku akan dapat jumpa dengan sape2 ok. Aku cuma nak berpijak di jalanan smkdri. Meminta restu mungkin. Haha. Ayat. Tak boleh terima dek akal langsung. Metafora je tuh.


Apa lagi? Otak dah tak boleh berfikir. Oksigen makin berkurangan. Mata makin pejam. Aku pasti apa yang aku dapat itulah yang terbaik Allah dah aturkan untuk aku. Mungkin ketentuan tu, pilihan tu aku tak suka sekalipun. Aku harus terima. Yakin pada diri, walau di mana kau berada kau boleh berjaya asalkan kau berusaha. Man jadda wa jadda. Terima kasih pada seseorang yang melatih aku supaya sentiasa berfikiran lebih positif. Terasa ada ketenangannya.

Ok..jadi mulai pagi nanti bermulalah kehidupan aku sebagai highschooler di tempat baru, suasana baru, kawan2 baru. Setelah 4 bulan berehat panjang. Terasa ada semangat yang menular di setiap urat saraf. Haha. Semangat! Paling tak sabar aku nak tengok suasana di SS. Kali ketiga aku menjejakkan kaki ke sana. Kali pertama masa hantar sepupu aku balik ke asrama 10 tahun yang sudah. Masihku ingat!! Ohh, aku teringin sangat nak ikut jejak langkah kazenku yang sorang tuh.  Kali kedua awal tahun baru ni, olahraga mssdkts. Menyokong para atlet sekolah aku, smkdri. Dan pagi nanti yang ketiga. Perasaan tu lain benar rasanya. Haha. Terasa aku boleh lakukan ni.