Sabtu, 5 Mei 2012

Kita kena amik tau...

Assalamualaikum...



Pagi ni aku nak buat citer pasal politik sikit. Aku tau korang mesti tau kan isu tergempar yang memang menggemparkan negara kita baru nikan. Yang boleh dikatakan meruntuhkan imej negara di mata dunia asing. Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan politik. Tak lepas dari tuntutan keadilan dan ketidakadilan. Aku tujukan post kali ni buat teman2 sebayaku atau para remaja di luar sana yang tak hiraukan keadaan semasa, agar kita sama-sama buka mata sedikit untuk melihat, meninjau apa yang jadi sekurang2 korang taklah pakat hentam je tanpa berfikir. Menerima apa yang ada di depan mata tanpa mengorek isi otak untuk berfikir. Harap korang faham apa yang cuba aku sampaikan.

Aku sebenarnya nak jugak bersuara menyuarakan pendapat tapi siapalah aku kan untuk memberi pendapat dan pandangan di mata masyarakat. Aku orang yang tidak famous. Kalau famous pastinya aku pula yang dihentam, hhuhuuhu. Jadi oleh kerana aku bukan orang yang popular, pendapat aku pastinya tidak akan memberi apa2 kesan pun pada masyarakat Malaysia yang sangat aku kasihani ni. Tapi, aku sebagai seorang rakyat malaysia rasanya tak salah bersuara. Semua orang berhak bersuara kan? Itulah demokrasi. Rakyat diberi kebebasan dalam bersuara asalkan biar kena pada syaraknya.

Mungkin sebelum ni aku diam je. Diam sambil memerhati tingkah laku masyarakat kita yang kununnya penuh dengan adab dan budi pekerti. Kekadang aku mengeluh juga. Mengeluh melihat kebodohan masyarakat kita yang bergaduhan sesama sendiri. Ok, aku unmention kan perkara ni. Kesedaran aku datang bila aku baca luahan dari rakan blogku yang sebaya denganku tentang politik hari ni. Cuba baca sampai habis dulu...terangkan pemikiran anda sebentar.

Aku malas nak ulas panjang2 pasal ni atau ciri2 orang kita dalam berpolitik sebab aku sememangnya muak dengan politik Malaysia. Terlalu banyak agendanya. Kekadang mereka lupa mereka berjuang untuk apa, could be lebih kepada kepentingan sendiri kan. Who knows. Tapi kita sebagai pelajar dan rakyat malaysia sendiri sepatutnya amik tau pasal politik. Even bukan keseluruhan luar dalam kau nak tau at least kau pandai2 lah guna nikmat yang Allah kasi tu untuk berfikir. Ikutkan aku, aku sendiri malas nak peduli tapi ingat kita dilahirkan bukan sekadar hidup je di bumi Allah ni tapi untuk dijadikan pemimpin atau lebih tepat lagi menjadi khalifah. Kalau korang takde ilmu pengetahuan tentang ni macam mana korang nak memimpin? Ok, mungkin apa yang aku cakap ni, skopnya kecil je tak meluas. Tapi, kita kenalah amik tau pasal isu semasa senang nanti orang tak mudah goreng, kencing kita dan kita pun tak cepat melatah.Tolonglah jangan cakap kita takde hak nak amik tau pasal politi negara. Sebab nampak sangat ke-stupid-tan tuh. Mana pergi tanggungjawab kita sebagai rakyat ? Berfikir di luar kotak kawan. Jangan jadi kuno. Kita diberi akal bukan? Jangan main dengar je. Jangan pakai tuduh je. Kita pelajar jadi kita tak berhak lah amik tau pasal politik ni? Korang salah beb. Sepatutnya kita kena amik tau ! Kita generasi baru yang bakal menerajui negara ini. Janganlah terima bulat2 je apa yang ada depan mata tu. Cuba fikir jauh kehadapan sikit. Demi masa depan.

Terima kasih sebab baca suara aku sampai habis. Sekarang ni kalau korang rasa korang sayangkan negara korang mungkin korang boleh baca sini utk tambahkan lagi pengetahuan korang. Apa yang dikatakan ada benarnya. Aku sure korang memang sayangkan Malaysia kan? Samalah kita. Kita hidup jangan jadi seperti katak bawah tempurung la, taknak amik tau hal2 sebegini. Cubalah bina pemikiran yang kritis,  okeh !


~ Yes, You can! ~

Banyak plak aku bercakap...




Tiada ulasan: