Ahad, 27 Mei 2012

Lawatan ke Open day Fakulti Undang2 dan Hubungan Antarabangsa UNISZA

Assalamualaikum...
Guess what?? Kali ni amn nak citer siket pasal lawatan ke UNISZA sabtu baru ni. Fakulti Undang2 dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) ada buat open day. Bagi sape yang minat nak jadi lawyer boleh sangatlah mintak kos ni. Kalau amn loyer buruk je boleh ah. Haha. Kelas amn, kelas 6BD memang diwajibkan pegi belake mungkin sebab kelas kitaorang ni amik sejarah dan mungkin kerana sedikit sebanyak macam ada kaitan je jadi eloklah pegi. Mana tau minat dari tak ada boleh jadi ada bila tau serba sikit pasal kos law. Budak kelas lain pun ada tapi tak ramai pun. Sumer sekali ada dalam 20 pelajar lebih kurang.

Sampai2 je UNISZA, dah ada 'tourist guide' menunggu. Haha, akak dr fakulti law lah. Kitaorang dah sampai lambat masa tu. Memang lambat, sampai2 je tak sempat panas punggung lagi, pengerusi majlis dah habiskan ucapan dan para VIP lak disuruh makan. Eh, dijemput makan. Hehe. Kitaorang pun sama. Sampai2 je terus isi perut. Baguslah, memang tengah kebulur pun masa tu. Hahaaa. Ohh selain USS, ada gak sekolah lain. Sekolah Ibrahim Fikri dan Bukit Besar. Dieorang sampai awal. Untung lerr...dapat dengar sedikit sebanyak pasal law. Kenapa USS lambat sampai?? Sila tanya drebar bas.

Selepas makan, kitaorang dibawa melihat2 sekitar fakulti law tu. Memang best. UNISZA ni luas. Masuk2 je terus nampak sign board "Fakulti Perakaunan dan Pengajian Perniagaan". Ohh, dekat2 je dua fakulti nih. Sempat gak berangan2 andai kata amn berpeluanglah dapat belajar kt UNISZA buat dip of accounting, macam manalah keadaanya. Haha. Oke, berbalik kepada cerita asal. Dibawa melawat ke mut court. Mood court ke mut court ke, amn tak pasti. Yang pasti kitaorang dibawa masuk ke mahkamah olok2. Alaa, macam court yang real tu. Takkan tak tahu. Kan selalu tengok drama melayu =P. 
Hahaa.. Tapi court ni tak ah besar mana pun, cukuplah sekadar muat utk judge, peguam dakwa, peguam bela, kandang saksi, tertuduh dengan tempat duduk tukang tengok tu. Untuk student2 law buat presentation kut, lebih kurang. Kat sinilah ada buat perbicaraan olok2. Court ni ada 2 jenis, satu criminal, satu lagi civil court. Kalo yang criminal ni biasanya kes yang berat2 lah. Civil ni contohnya kes kecurian, eksiden dan lain2. Oh, ada akak law tu explain kalau nak kaya baik jadi lawyer swasta je, buka guaman sendiri tapi pihak klien boleh sue lah peguam swasta kalo ada yang dia tak berkenan. Lain dengan lawyer kerajaan nih. Gaji pun tak banyak macam lawyer swasta. Tapi taklah sampai tahap ciput.

Lepas tu, kitaorang dibawa pusing ke Klinik Guaman. Klinik guaman ni rupa dia lebih kurang macam guaman ah. Apa orang panggil? Firma eh? Kalo salah sorry aa, amn tak tau sangat pasal law sebab kurang minat. Di sini, ada sorang abang law tu, beliau student tahun last law. Abg firdaus namanya...dia ada lah bagi explanation pasal undang2 sikit. Abg tu cakap, bagi sesape yang amik law ni, tahun ke-4 lah tahun paling busy sekali. Lupa plak busy tu dari segi apa. Mungkin kena buat research ke, assigment ke. Abg tu cakap lagi biasanya orang yang amik law akan dianggap sebagai orang yang tau hal ehwal undang2 dan dijadikan tempat rujukan jugak. Seorang peguam perlu ada pemikiran kiritis, iaitu kemahiran mampu berfikir terutama dalam kes2 jenayah. Kena bijak memanipulasi bahan bukti, saksi dan tertuduh atau pendakwa semasa perbicaraan. Kira kena kreatif lah, paling penting kena pandai putar belit bahan bukti tu sikit. Chewaah, macam ada pengalaman je. Ada lah! Tak caye?? Teruskan membaca, taknak baca sudah tapi anda rugi. Hehe...

Ohh satu lagi, abang tu cakap..bidang undang2 ni tak semestinya terjurus untuk menjadi seorang peguam je. Dalam bidang undang2 ada banyak cabangnya. Pada yang berminat dengan law cuba2 lah buat research sikit mengenai course law ni. Kira banyaklah infrastruktur2 yang disediakan di fakulti law ni kalau compare dengan U lain.


Oke, lepas tu bergerak ke lab komputer yang disediakan khas untuk student law cari bahan2. Kat sana, amn dapat tau perkataan baru, 'mooting'. Atau kata dasarnya 'moot'. Mende mooting ni?? Mooting is the oral presentation of a legal issue or problem against an opposing counsel and before a judge. It is perhaps the closest experience that a student can have whilst at university to appearing in court. Mooting ialah oral lisan mengenai masalah atau isu di sisi undang2 terhadap peguam lawan dan di hadapan hakim. Mewakili anak guam atau klien. Haa, nilah mooting court, tempat awal2 amn pegi tengok tu. Betullah tu, di mooting court para pelajar law akan pegang watak, berperanan seolah2 berada di dalam mahkamah betul dan membicarakan kes. Faham tak? Amn anggap korang faham neh. Senyum.

Ke Library UNISZA. Library ni masih lagi dalam proses pembesaran. Kat bahagian bawah khas untuk student yang amik law. Kalo kat atas untuk rujukan bahasa Arab. Masuk je dalam library tu, amn rasa sedikit teruja bila tengok banyak buku2 yang macam manuskrip lama je. Haha. Sepanjang lawatan dalam library ni, ada sorang abang law tu yang beri penerangan sikit sebanyak pasal law. Nama apa, amn dah lupa tapi beliau ni presiden utk fakulti FUHA rasanya. Kalo study law kena baca banyak2, and english mesti kena strong sebab sumber rujukan fully english walopon di mahkamah nanti guna bm je. Kat sana banyaklah rujukan pasal kes2 sudah. Kanun keseksaan negara kita rasanya lebih kurang dengan di India. Di Malaysia ada 3 mahkamah penting bermula mahkamah rendah, rayuan dan mahkamah tinggi (persekutuan).  Hakim mahkamah persekutuan atau tinggi sama sekali tak terikat dengan keputusan hakim mahkamah rendah. Sistem kehakiman ni for those pelajar praU for sure memang akan belajar dalam subjek Pengajian Am. Perghh, bolehlah tengok kepala otak ni berpusing ligat nak memahami sume mende tuh. Seksyen dan kanun keseksaan tu tak semestinya kita kena hafal. Gila nak hafal semua jenis kanun dengan seksyen tu. Dua malam pun lom tentu habes lagi. Haha. Amn dapat tau kita boleh bawak list2 tersebut dalam dewan peperiksaan. 

Kalo tak salah aa, criminal case ada lebih 400 seksyen kut. Kalo salah tlg perbetulkan er. 

Selepas tu, kitaorang pegi kat bahagian pameran. Kat pameran ni ternyata memang menyentuh hati amn jugak. Di situ ada lah pameran mengenai program 'Bakti Siswi FUHA bersama warga Sekolah Henry Gurney'. Segmen dari hati ke hati. Sekolah Henry Gurney..sape tak kenal dengan sekolah ni, memegang gelaran sekolah juvana. Dan kita sendiri sedia maklum apa itu juvana kan. Tak perlu diterangkan. Cuma apa yg buatkan amn tersentuh ialah bila amn membaca tulisan tangan curahan hati mereka. Menyesali perbuatan mereka dan keinginan mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga. Paling buat amn berfikir, bila warga SHG meminta agar masyarakat luar tidak memandang serong kepada golongan mereka kerana mereka juga mempunyai harga diri dan rasa hati. Merka masih dalam proses membaiki jati diri mereka. Sepanjang budak2 SHG  menjalankan hukuman, mereka langsung tak dibenarkan berjumpa dengan ibubapa apatah lagi nak bergerak bebas macam kita2. Peraturan SHG memang straight gila. Memang gila. Psiko dan sebagainya. Rasanya tak perlu diceritakan kt sini. Umur budak2 SHG kat sana antaranya 14 hingga 21 tahun. Mereka juga belajar di sana. Jangan terkejut kalo amn cakap ada di antara mereka ada yang mendapat 6,7A SPM baru2 ni. Amn pun sedikit terkejut jugaklah. Apa yang berlaku dlm SHG tidaklah seteruk seperti yang diuar2kan oleh media massa.

Cuma amn menaruh harapan agar mereka semua berubah menjadi insan yang lebih baik selepas melalui segala pembelajaran dan pengajaran di sana serta tak akan ulang perbuatan di masa hadapan. Tak kisahlah apa jua sekalipun perbuatan itu. Demi kebaikan masa depan mereka.

Part paling santai...kitaorang dibawa ke dewan utama UNISZA untuk menyaksikan perbicaraan olok2 oleh student2 law di sana. Kes yang mereka usulkan ialah kes tentang Mona Fendy. Ada ke yang tak tau mona fendy ni sape? Amn pun tak tahu mula asalnya. Mona Fendy ni seorang pengamal ilmu hitam yang disabitkan kesalahan atas membunuh seorang ahli politik atau lebih tepat lagilah dia kerat 18 tubuh si mati tu. Kes ni tahun 90an dulu. For sure lah amn memang tak tahu. Tapi melalui demo court ni, kitaorang boleh taulah macam mana prosedur2dijalankan sepanjang perbicaraan tersebut. Memang penuh formal. Cuma tak perlu pakai topi yang biasa ada orang putih selalu pakai tuh. Tahlah nama mende. Time nih memang seronok, ada lawak dan seriusnya. Rasanya lebih pada lawak masa perbicaraan ni. Lawak atau tak, tu tak penting yang pasti kitaorang dapat pengetahuan sedikit sebanyak tentang macam mana proses perbicaraan tu dijalankan.

Selesai je demo tersebut. Haha..nilah program yang paling best pada amn. Acara kemuncak sebelum penutup program ni. Ok, kitaorang dah saksikan macam mana perbicaraan dibuat kan? So, sekarang tiba masa kitaorang diberi kumpulan dan tugasan paling bermakna. Kena lakokan semula! Tapi kes yang berbeza. Hehe. Excited gile nak cite. Ok, ni macam satu game lah sekadar suka2 dan untuk tambahkan ilmu pengetahuan serta manfaatkan pengetahuan tersebut. Kitaorang diberi tugasan untuk mencari bahan bukti sekitar dewan utama bersama kumpulan, ala2 explorace gitu. Ada banyak bahan bukti yang kena dicari. Amn langsung tak jumpa apa2. Habis pusing satu bangunan doh!  Haha. Jangan gelak. Selepas dapat bahan bukti tu, kitaorang kena kendalikan satu kes ni. Kes apa? Kes rogol beb ! Haha. Semua kumpulan diberi topik yang sama tapi cerita yang berbeza. Untuk kumpulan kitaorang kes nya taklah berat mana pun. 

Alkesahnya, seorang pembantu rumah dah buat police report bahawa dia telah dirogol oleh majikannya sedangkan menurut cerita dia mempunyai hubungan sulit dengan majikannya. Dan pembantu rumah tu pula disahkan mengandung. Si majikan bernama Jaspal, dan si pembantu rumah tu Marsha. Jaspal dgn Marsha memang dah ada affair. Jaspal pernah berjanji nak berkahwin dengan Marsha dan menceraikan isterinya tapi jaspal tak menunaikan janjinya itu. Ok, sampai situ kisahnya.

Kitaorang diberi bahan bukti seperti police report, medical report, panties, love letter, photo jaspal dan marsha, short, used condom (gambar shj), pregnancy test (gambar shj), pornographic cd (gambar shj) dan bed shee. Jadi melalui bahan2 bukti ni kitaorang kena kendalikan kes ni. Macam biasalah, setiap mahkamah mesti kena ada pihak pendakwa, peguam bela, saksi, tertuduh dan lain2. 

Semua pelajar dibahagi kpd 3 kumpulan besar. Setiap kumpulan ada 2 kumpulan yang bertindak sbg peguam bela dan peguam dakwa. Jadi kumpulan amn, kump4 diberi tugas jadi peguam bela. Kump2 pula jadi peguam dakwa. Tau? Amn tak tahu nape amn amik mandat ni untuk jadi peguam bela ! Bila masa kak faci tanya sape yang volunteer nak jadi peguam bela otomatik amn pegi angkat tangan. Dengan sepantas kilatnya!! Membela Jaspal si tertuduh. Perghh.. Gila arh masa tu. Tak fikir dah yang satu dewan besar, dewan utama bakal menyaksikan penghujahan amn sebagai peguam bela membentangkan segala bukti2 yang ada. Haha ayat takleh blah langsung!  Berani siot ! 
Mana amn penah cakap depan orang ramai macam tuh. Ni yang first time. Depan orang2 yang tak dikenali lak tuh.

~ Ni shahir, pegang peranan sbg peguam dakwa ~

Macam mana nak cerita aa...amn sendiri cam tak percaya amn boleh bercakap depan orang ramai, pakai mikrofon lagi tanpa perasaan gemuruh yang amat. Apa yang amn dapat belajar, even kita terpaksa membela orang yang salah, kita tau klien kita bersalah tapi dah kalo tugas kita membela, kita kena bela jugak no matter what it is. Cuma kita boleh bantu klien kita mengurangkan hukuman yang sepatutnya dikenakan. Balik pada game, selaku peguam bela, kita kena wait peguam dakwa mulakan dulu. Tu syarat dalam mahkamah. Lepas peguam dakwa selesai kemukakan bahan buktinya baru peguam bela boleh bangun mengutarakan hujahnya. Seriously lah amn rasa amn buka kendalikan kes tapi sebaliknya menmbuat hujah macam dalam debat. Amn, rafi dan kawan dari smk bukit besar jadi peguam bela. Manakala peguam dakwa lak shahir dan farhanny, schoolmates amn. Yang arif daripada kalangan abang2 n kakak2 law tu. Dan kawan dari Ibrahim Fikri jadi tertuduh dan pendakwa. Peguam bela tak dapat banyak pun bahan bukti. Yang ada hanyalah love letter yg marsha beri pd jaspal, gambar marsha dan jaspal berduaan2 dan cd. Tu jep. Rasanya bukti2 tu cukup nak menangkis segala dakwaan pihak pendakwa. Chewaah..

Serius ! Amn rasa dah macam peguam betul. Tapi sedikit tunggang langgang lah. Maklumalaa kali pertama kan. 

Dahlah kumpulan amn kumpulan last yang buat tugasan tu. Jadi masa yang ada banyak yang kena cut. Abang kat depan tu pun asyik buat isyarat je supaya habiskan hujah cepat. Sedangkan amn banyak benda lagi nak bawak kuar. Tak puas hati ! Haha. Suasana masa dalam dewan time tu memang riuh. Kalau ada video orang upload nanti amn letak dalam blog jadi korang boleh tengok. Ada yang melucukan. Dalam serius ada lawak. Amn nak citer semua rasanya tak tercite kut. Tapi tulah pengalaman paling best antara amn penah dapat. Melalui game tu amn rasa lebih yakin dengan diri amn untuk berkomunikasi secara lebih terbuka. Terasa sedikit gembira bila ada akak faci puji cara amn lakukan pembentangan tu. Dan akak tu bagi cadangan supaya amn sambung belajar lam bidang law lepas ni sebab amn macam dah ada bakat utk ke arah tu, hehe. Tak kut, amn tak minat mana dengan undang2. Pening nak menghafal kes. Cuma terasa macam, yes, i can do it better than this if i can get the chance.

Gambar bersama akak2 faci FUHA =) 

Pengalaman macam ginilah yang amn nakkan sangat. Silap atau tak, pedulikan. Kita belajar dari kesilapan kan. Alhamdulillah. Selepas je program selesai, semua pakat duk amik gambar. Dah lewat petang baru balik. Macam mana dengan kes tadi? Haha..kesudahan yang tergantung. Kawan amn cakap, yang jadi pihak pendakwa lah 'ada masa kita fight lagi dlm court.' Hahaaa, bila masa lah lagi dapat peluang tu.  Menurut seksyen 375 kanun keseksaan yang boleh sabitkan 5 tahun penjara dan sebatan kalau tertuduh tu terbukti bersalah melakukan perkara rogol tersebut dengan syarat mangsa mesti bawah umur. Dalam kes kumpulan amn, si mangsa bukanlah bawah umur jadi tak boleh dikatakan rogol tapi si mangsa masih boleh lagi menyaman si tertuduh. Sekian..

Okelah...amn publish kan citer ni dulu. Bila dah ada gambarnya nanti, amn akan publish kat blog. Dengan amn baru ada sekeping. Thanks kat kekawan yang sudi baca kisah pengalaman lawatan amn ke UNISZA ni. Amn harap sedikit sebanyak dapat memberi info tentang perundangan even tak banyak mana pun. Sorry agak kepanjangan. haha

Salam =)






2 ulasan:

Cik Nas :) berkata...

wahh amn..bes nye :) nas bakal ambik course law..excited pulak bla dgr story amn..tq sharing :)

Unknown berkata...

ye ke cik nas? good luck ye...
yup, just sharing mana yg ada. hehe