Jumaat, 11 Mei 2012

Minggu Orientasi 1 (Episod1)

Assalamualaikumm..

 





Selasa baru nikan aku dah mendaftar masuk ke Ting6 di SS. Perasaan pertama menjejakkan kaki tu, perghhh memang best. Akhirnya dapat gak merasa jadi warga sekolah neh. Ni aku nak citerlah sikit aktiviti sepanjang orientasi minggu pertama neh. Disebabkan daftar tu hari selasa kiranya orientasi minggu pertama ni berlangsung 3 hari jelah. Pagi tu memang tak boleh tidurlah memikirkan betapa excitednya dapat jadi student PRA-U sedangkan yg lain sedang bersiap sedia ke U dan Matrik. Alaa, setahun setengah lagi aku pun bakal menjejakkan kaki ke universiti dengan izinNya, insyallah.

Sebelum ni, pandangan aku terhadap form6 neh sama je macam orang lain yg majornya fikir form6 neh lower standard lah, last choice kalo tak boleh pegi mana2, kena pakai baju sekolah balek and result mesti ko kalo ada orang yg pergi form6 neh. Tapi tu masa aku berada di awal tahun memasuki alam persekolahan menengah. Bila aku dah besar siket, dah faham perjalanan budak2 STPM macam mana baru minat tu timbul.  Masa tu aku di form3 kut. Memandangkan aku dah minat sangat2 dgn subjek sejarah masa di form4 dulu lepas tu dapat tau plak STPM neh ada subjek pilihan Sejarah lagilah hati aku meronta2 nak masuk form6 jer. Tolak tepi abis persepsi aku pasal form6 neh.

Form6 neh aku nak cakap awal2 lah kalau korang rasa korang malas, nak belajar santai better la korang sambung pegi diploma je sebab di peringkat pra-u ni korang memang takde masa nak main2. Seriusly, bukan tujuan aku nak takutkan korang yg nak amik form6 neh tapi form6 neh tough gile. Kena struggle betul2. STPM ni antara exam yang paling susah sekali dlm byk2 exam di malaysia. Setaraf A-Level. Dan sijil STPM amatlah laku sekiranya korang nak mintak keje dengan goverment. Gaji lak kira setaraf dgn orang yang ada diploma. Salah satu advantage STPM neh. Cegu aku cakap senang je kalo nak lulus asalkan study rajen and buanglah perangai2 malas masa di sekolah menengah dulu. Form6 baru neh memang jauh bezanya dgn yg lama. Aku pun tak pasti aku boleh ke tak tapi aku tetap nak cuba.Kita belajar ikut semester serupa macam di matrik. Sebab tu orang cakap STPM silibus baharu ni setaraf Matrikulasi. Cuma kalau matrik setahun, form6 neh setahun setengah lepas tu masuk U kalau pointer tu lepas. For sure memang sebelah kaki tu dah jejak U pun cuma tak tau je U mana je lagi kita dapat asalkan kau rajen usaha and kuat study mesti boleh. Kalau dulu exam STPM neh di akhir tahun sepanjang setahun setengah tu tapi untuk yang terbaru ni, tiap kali sem ada exam. Biasanya seminggu sebelum cuti sem lah. Exam tak lama cam SPM. just 4 hari bergantung paper yang korang amek lah. Lepas tu pointer tiap kali exam akn ditambah dan dibahagi mengikut bilangan subjek. Yang pasti tiap sem korang kena maintainkan pointer kalo pointer dah power. Ni orang kata kira advantage lah untuk kita nak baiki paper for the next sem.

Subjek lak ada 4, subjek wajib lulus untuk korang masuk U ialah Pengajian AM. Kalau korang tak lulus, memang awal2 lagi U dah tendang korang. Haa..menangislah korang masa tu takleh jawab apa. Tapi jangan bimbang sebab klo korang fail korang leh repeat paper tu. Even korang dapat result dah power ala2 power rangers sekalipon tapi klo korang rasa tak puas hati korang leh repeat paper tu dengan syarat kena bayor ! RM50 utk satu subjek rasanya. Termasuk MUET jadi 5 subjeklah. MUET ni wajib amek. Mende MUET ? Malaysian University English Test. Mende neh wajib ada kalo nak masuk U. Kalo takde pon awal2 lagi U tendang korang sama cam kalo korang tak lulus subjek PA. Pandang sebelah mata pun tak layan. Bawah nanti aku akn explain lbh lg pasal muet neh. Make sure kena dapat band3 at least utk masuk U di malaysia.

Yang penting sistem moduler STPM baru ada PBS. Mende PBS? PBS neh, Pentaksiran Berdasarkan Sekolah. Yang neh penting. Sebab dia ala2 kerja kursus atau assigment yang kena dibuat proposalnya dan dibentangkan depan cegu subjek masing2 then cegu sekolah yang akan berikan markah utk itu. Ini suatu yang baru dlm pelajaran STPM. For sure memang banyak benda kena buat. Jadi form6 neh bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh. Kalo rasa macam tak boleh nak pergi baik jgn teruskan. Sebab memang kena struggle btul2. Aku pun dh start study sikit2 even kuliah belum mula lagi. STPM baru betul2 nak mendidik, melatih kita jadi budak U so bila masuk U nanti takdelah terkapai2 bila lecturer bagi task kena buat.
Mustahil kalau aku kata aku langsung tak fikirkan tawaran yang lain. Kekadang tawaran yang aku terima tu acap kali buat aku berubah fikiran. Terpesong jugak ! Terpengaruh  dgn pujuk rayu para pekerje IPTS tuh. Tapi mesti aku fikir balik. Perkara yang paling aku takut nak belajar di U atau kolej swasta neh due bende jeh. Aku takut aku tak dapat kerja dan susah nak sambung degree kat U kerajaan. Kadang orang cakap kolej bersekutu tu bagus. Kolej bersekutu tu apa?? Kolej yang ada kerjasama dengan Universiti kerajaan. Kebanyakkan Uitm lah. Die panggil francais kut. Yang aku tau kolej2 yang ada kerjasama dgn U kerajaan ni mcm Kolej yayasan melaka, Ikip, Kolej Unikop, UCTI. Banyak lagi, kalo rajen tryla goggle.

Bila fikirkan tu, aku pun dengan tegarnya menolak mentah2 walopon aku masih lagi melayan calling2 dr kolej swasta neh. Saje je nak menambahkan surat di rumah. Teruja bila dapat surat neh. Masa nilah nak ada ramai peminat. Haha. Satu lagi kerana tanggungajwab aku disini tak membenarkan aku belajar jauh2. Dan kemungkinan besar kalo aku dapat Upu tu yang rayuan tuh, aku akan tolak jugak. I rather choose form6 than others.

Kenapa Sultan Sulaiman? Sebab dah nama aku ada kat situ, memang rezeki aku lah tu. Berbanggalah jugak sebab dapat jadi pelajar SS. Bagi yang tak tau SMK Sultan Sulaiman ni antara sekolah yang paling tertua dan tergah di Terengganu. Sultan Mizan pernah jadi warga SS tahun 78 dulu. Lagi satu aku dah buat research sikit2 tentang form6 sebelum neh. Insyallah aku akan cuba. Woahh panjang lebar...Nak cerita aktiviti pun dah tak muat neh.

Ni ceritanya...

Hari Pertama Selasa (080512)

Sampai2 je dah ramai student lower6 kat dewan. Tengok geng2 aku pun dah ada yang sampai awal. Ummi, Zaty, Atilia....Rupanya ramai jugaklah budak sekolah aku yang tercampak kat sini, hehehh. Tiba2 terasa macam reunion pun duk ado bila duk tengok muko samo jah. Haha. At least doklah aku merasa macam orang asing sangat. Budak2 kelas aku pun ramai yg tercampak, terbuang kat sini. Maksudnya datang mendaftar kt sekolah baru nilah. Haha. Jangan marah..hehe.

Ramai gile kut yang datang mendaftar form6 neh. Cegu2 pun cam suprise bila tengok sambutan tahun neh. Adakah kerana STPM kali ni berdasarkan sistem moduler yang sebijik dengan sistem di U Matrik ataupun masing2 saja membawa tubuh badan mereka ke sekolah tu sementara tunggu rayuan UPU keluar. Daripada bosan duk di umah baik mari ke sekolah kang, boleh gak jumpe kekawan. Tapi ada jugak yang memang berhasrat nak stay terus kat form 6 neh. Baguslah kalo korang fikir gitu.

Untuk hari pertama juz daftar je. Cuak gile kut aku bila cegu2 cakap ada yuran. Dalam surat takde lak tertaip kena bawak duit sekali. Yelah kalo peperiksaan tu memang percuma melainkan calon swasta cuma kalo yuran sekolah kenalah bayar. Dia lain2. Atas sekolah lah. So, aku kene bayar 62hinggit mujurlah masa tu abah tak masuk keje lagi, colling je suh bawak duit. Lepas tu isi borang, punyalah banyak borang..sampai naik boring gile. Haha.Semua ada 4 pakej.

Masa nilah konflik timbul bila cegu dah edarkan borang pakej subjek untuk dipilih...Semua ada 4 kelas. 1 Sains dan 3 lagi Kemanusiaan. Atas sekolahlah. Tak semua sekolah sama dengan kelas yang di-offer-kan.
Kelas1 (Aliran Sains) : PA,BM, MATH T, MUET, KIMIA/EKO, BIO
Kelas2 (Aliran Kemanusiaan) : PA, BM, MUET, EKONOMI, GEO
 Kelas3        : PA,BM,MUET, GEO, PENGAJIAN PERNIAGAAN
Kelas4    : PA,BM,MUET, SEJ SENI

Dilemma giler bila tengok sejarah combine dengan seni. Dalam hati menjerit gak seketika "SS Kejam !!" Perghh....aku ni dahlah takde basic seni langsung. Dahlah tak berseni, lukis pokok jadi orang lidi. Haha. Nak buat line straight pun bengkang bengkok, tangan beloklah katakan. Huhu. Camne nak melukis. Aku nak gile sejarah neh. Terdetik gak di hati..takkan aku nak pindah sekolah kot. Hurmm..yang dielak tu jugalah yang dapat. Hampeh Siot. Macam mana nak buat neh.

Ada cegu tu cakap, kelas 4 senang nak masuk U. Unimas or Ums. Cegu, tak kesahlah U mana pun tapi kenapakah? Sebab seni senang nak score. Ada senior tu, upper 6 lah cakap. "Seni senang je. Kalau takleh score tu memang komang sangat ah." Huhh...aku mula cuak and sedikit frust. Tertanya2. Kenapa3??!!

So, camne?? Nak amik ke tidak? Maseh ada masa lagi nak ubah pikiran pon. Camne lau aku amik kelas 3 lepas tu amik subjek Sejarah sbg mata pelajaran tambahan?? Hadoww..kot mana2 aku nk jugak sejarah tu ! Kalau nak tukar sekolah kena bayar. Nak drop seni pun tak boleh. Kalo sistem lama ok je. Buntu sudah!
Ekonomi? Awal2 aku dah tendang masuk longkang. Haha. Ekonomi kuat main kira2 lah. Aku math dahlah lemah sokmo dah. Lagipun aku dah pernah tengok buku eko neh. Orang yg strong math boleh amek. Math pun basic je. Tak perlu guna kalkulator yang selalu kita pakai masa nak SPM dulu. Eko ada dua tau. Satu mikro satu lagi makro. Mikroeko banyak pengiraan. Makroeko lak banyak pembacaan. Senior cakap macro is harder than micro. Ekonomi neh kan..kalau kat U kalau amik fakulti kewangan ke akaun ke sah2 ada topik eko. Kat matrik pun kena belajar eko. Sape yg minat nak ke arah akaun, eko negara boleh amek neh.

Balik tu aku decide nak pergi sekolah lama. Aku pegi dgn zaty. Aku ada cakap aku nak singgah sebentar SMKDRI pagi tu tapi tak sempat. Jadi pergi masa petang. Perghh jumpa dengan geng2 yang bakal bergelar mahasiswa U. Memang segan gile ah masuk kawasan sekolah dengan baju putih kain hitam. Budak2 junior tengok semcam je. Hoho ! Kene sembur di dieorang. Hampeh betol. Mentang2 pakai baju sekolah. Takpe2..sorak2 gak tengok aa nanti kitaorang dulu buat degree dari korang, =P haha. Pegi bilik kaunseling, port biasa. Mujur masa lintas bilik guru tu tak ramai cegu ada. Kalo tak mesti ditanya terus. Malas beto kalo bab nak menjawab bila ditanya neh. hehe.. Jupe cegu naza. Our father at smkdri. Awal2 lagi cegu naza sengih dh tengok kitaorg masuk bilik. Adoyai, kena gk sound. Haha. Paling tak tahan kena di cegu sejarah aku. "Eh mende neh duk kat sini, g surau cepat. Samang kang !" . Lepas tu boleh cegu gelak kuat2 bila tgk kitaorang. Siott. Haha. Taulah kitaorang nampak lawak sbb pakai baju sekolah ala2 mcm budak sekolah rendah je -_-"

Okelah..cakap2 dgn cegu naza. Macam2 cerita. Aku memang selut dgn cara cegu naza study masa dia amek stp dulu. No wonder cegu bercakap mengalahkan menteri. Haha. Aku paling suka kalo bincang bab sejarah dgn cegu naza.Memang best. Cegu naza suh ubah sikap bila berada di ting6 neh. Banyaklah yang dia pesan. Time kaseh cegu =)

Ok, setel utk hari pertama.


Hari Kedua, Rabu (090512)

Hari kedua tak ada banyak aktiviti pon melainkan aku kena tinggal masa petang tuh. Nak balek jalan kaki? Mau menangis, ingat dekat ke??! Mujur ada member yg baik ati dtg amek. Bila ingat gini, mula terasa nak duk asrama je senang. Tapi tak boleh lagi.  Aku mengantuk gile ah masa tu sebab tdo lambat lebih2 time bt aktiviti. Huhu. Semalaman aku duk buat research pasal kos untuk buat degree di U nanti. Aku tengok kos mana yang sesuai dengan minat aku dan yang paling penting ialah pelajar aliran kemanusiaan blh apply utk kos tu. So, kos yang paling banyak tulah aku akan buat keputusan nak pilih kelas mana nanti. Dan ternyata jangkaan aku tepat. Banyak kos yang aku tip tu berkait dengan subjek sejarah, kedua akaun ketiga baru ada sikit kait2 dengan geo. Bahagian seni takde langsung ! Macam mana tuh !  Masih terfikir2 lagi.
Hari kedua pelajar lelaki makin berkurangan. Sebelum aktiviti majlis perasmian oleh PK HEM sekolah baru. Semangat gile kut aku dengar ! Mata mengantuk jadi segar bugar !

Ada facilitator dari IPG Batu rakit datang buat aktiviti. Most of them from UMT in course guidance and counselling of education. Praktikum di ipg. Biasalah kena buat group, mula2 cari pasangan yg sama saiz kasut, lepas tu bulan lahir last sekali arrange ikut tarikh lahir. Then kira2 dapatlah aku kumpulan 3 sekali dengan umi, tlia and ezaty. Duduk dlm bulatan then introduce ourself sekali ngan kwn2. Mujurlah dlm group tu mostly budak sekolah aku senanglah aku nak cam. Lepas tu buat disscussion pasal pengurusan masa. Seriusly masa ni aku rasa teramat2 lah boring. Jeles tengok group sebelah pny faci yg best. Haha. Adalah jugak aku menyumbangkan idea tapi ada sekali tuh aku cam tak puas hati jep sbb akak tu cam tak paham dgn konsep yang aku terangkan. So, otomatik mood jadi spoil dengan mata mengantuk lagi. Hahaa...



Hari Ketiga, Khamis (10052012)

Malam tuh aku tido lambat jugak pasal aku study bab Pengajian Perniagaan sikit. Just baca2 topik yang perlu dibaca utk sepanjang 3sem neh. Pendirian mula goyah bila tengok sejarah sekali dengan seni. Separa kecewa kut. Tapi tu tak bermakna semangat aku terus luntur. Rasa berminat plak dgn PP neh. Dia banyak pembacaan. Banyak konsep. Macam senang nak score klo rajen baca. Pun ada siket2 pasal akaun. At least akaun tuh aku dah ada basic and semua fail2 akaun masa aku di ting4 dan 5 masih ada lagi. Mungkin blh buat rujukan sedikit sebanyak tuh. Aku tak tau sejak bila aku mula minat dgn akaun. 

Utk hari ni...cegu ada explain pasal subjek wajib lulus di peringkat STPM iaitu subjek Pengajian Am. Macam aku cakap mula2, kalau tak lulus memang tak boleh masuk U. Ni undang2 bukan aku yang reka. Majlis Peperiksaan Malaysia yang tentukan. Pegi tanya dia kalo tak caye. Haha.

Subjek ini wajib lulus iaitu at least gred C atau nak lg bgs kena lebih. Kalo korang dapat C- korang dah gagal and result stpm korang memang akan gagal secara automatiknya.Aku tengok silibus dia untuk 3sem neh boleh tahan mencabar. Akhir sem2 ada keje projek yg perlu  di-present depan cegu. So, masa suti sem pertama tu kena pandai2 lah start cari bahan utk bentangkan depan cegu nanti. Jangan bimbang cegu ada untuk guide kita sepanjang menyiapkan kerja projek. Nilah yang dipanggil PBS. Pentaksiran Berdasarkan Sekolah. Student wajib buat kerja projek utk lulus subjek PA neh. Tema untuk kerja projek nanti MPM akan keluarkan dan cegu akan siapkan soalan untuk kita bentangkan.
insyallah, Allah akan bantu orang yang rajin berusaha.

Aku sendiri belum pasti macam mana dengan soalannya macam mana. PA neh kita belajar bab malaysia lah utamanya. Perlembagaan, tadbir urus negara, Malaysia dengan dunia luar. Nanti ada paper 1 atau 2 kot, kita akan belajar buat esei disiplin sastera dan disiplin sains. Esei disiplin sastera neh kita kena open minded lah sebab dia banyak melibatkan isu semasa yang latest. Cegu aku cakap rajen2 lah tengok berita, baca newspaper. Aku tau korang pun macam aku malas tengok berita, ada je berita komfem tukar siaran. Haha. Lepas neh kalo amek form6 memang kena2 rajen aa amek tau hal semasa di negara and luar negara neh. Lepas tu kita akan belajar macam mana nak alih bentuk komunikasi. Dari Linear kepada bukan linear dan dari bukan linear ke linear. Mesti tertanya2 kan macam mana tuh. Camne, korang cuma perlu ingat satu je Teks bukan Linear neh ada dlm bentuk jadual, graf, carta dan gambar rajah. Contoh soalan akan bagi graf, kita kena tukarkan graf tu dalam bentuk teks. Gitu je. Aku pun belum pasti rupanya macam mana sebab belum masuk kuliah lagi belajar.

Ok, lepas PA..cegu bagi penjelasan untuk subjek MUET. Muet ni sama ah cam PA, syarat nak masuk U mesti kena dapat band3 or band4. Band5 and band6 memang yang betul2 terer lah. Cegu cakap sape dapat band6 for sure kerajaan bagi ganjaran seribu hinggit. Best woo..Sape yang dapat band1 atau band2 neh say bye2 laa kat U. Kalo nak interview keje pun at least nak band3. Subjek MUET ada 4 paper. Listening, speaking, reading and writing. MUET ni bila2 je boleh amek. Kalo macam orang tuh dah abis spm sementara nak masuk belajar boleh je amek MUET. MUET takde had umur kot.Kalo tak lulus pun boleh je repeat paper tuh. Most of student paling takut dengan test speaking. Kalo budak U lak sebelum dia graduate, dia mesti kena lulus MUET kalau tak dia tak dikira graduate. untuk speaking akan ada satu bilik dengan 4org candidates and 2 examiners yang akan menilai candidate tersebut. You have to read a lot in english and not malay. You should to read newspaper or any other text in english and you are going to get band 3 in school unless. Rasa2 korang boleh tak? ^_^

For writing, you have no choices of question. Ada 2 soalan je. Satu, Interpretation of info based on stimuli, yang neh tak boleh tambah idea sendiri. Yang ke2, extended writing, yang neh minimum patah perkataan tu 350. So, kene buat lebih dari 350 lah,

Lepas tu ada aktiviti lagi dari unit bimbingan kaunseling. Best gile kut. Dapat tau personaliti dalaman dan luaran melalui konsep dan teori Asromumerologi berdasarkan tarikh lahir. Banyak jugaklah yang sama, suka amek risiko dan sukakan cabaran. Seorang yang sensitif dan kuat cemburu. Haha. Cemburu? Cemburulah jugak, sensitif tu depends on who u're. Banyak lagi...yang penting aku kena terus kuatkan semangat. Banyak lagi advantage yang ada dlm diri belum dikeluarkan. Kena lagi kuat dari dulu. Be a Pra-U student is not too easy. Memerlukan ketahanan mentaliti. Fizikal pun kena kuat. Sebab cuti sem nanti for sure memang ada kuliah dan perlu keluar cari bahan utk kerja projek.

So, korang doakan aku ye...Thank you sebab baca kesah aku yang panjang gile neh. haha.



4 ulasan:

wan era berkata...

oit... nice entry... ak cm teruja dgr cte f6 ko.. anyway, sape tepi zaty uh??

Anifa Mohd Noor berkata...

tu member sek rendah aku..

amranaiman berkata...

panjangnye novel hehe :D belajar rajin2 :)

Anifa Mohd Noor berkata...

heheee...mengalahkan cerpen kan. maseh ;)