Khamis, 3 Mei 2012

sebab knpa aku postpone kan PLKN


Assalamualaikum…..


Berhabuk sudah blog kesayanganku ini. Ohh ye, hari ni 3 mei kan? Sepatutnya aku dah berada di kem latihan khidmat Negara sekarang nih. Tapi nape aku masih boleh menaip sume mende neh er? Maka dengan ini secara rasminya aku menangguhkan latihan aku di PLKN untuk kumpulan 2 sesi 9 2012 ni di Suria Camp, Merang Setiu atas sebab2 tertentu. Mesti ada yang tertanya2 kenapa aku postpone PLKN nikan sedangkan sebelum ni aku beriya2 sangat nak pergi. This is the answer for the question.  Yep, memang aku nak sangat pergi ke kem PLKN ni. Sangat2 dan nak sangat ! Aku dah lama tunggu sejak tahun 2010 lagi. Ditambah lagi dengan cerita2 menarik dari kawan2 aku yang dah pernah pergi terus menarik perhatian aku.Tapi kenapa aku postpone kan ye? Senang je alasannya, sebab aku nak sambung studi ke form 6. Cehh, alasan je tu sebenarnya.

Here the reason...
Aku dah fikir sebelum ni, antara PLKN dan Form6 mana yang akan aku pilih. Macam aku cakap kat atas, aku nak sangat pergi PLKN. Nak sangat rasa pengalaman yang tak semua orang dapat rasakan. So, aku decide nak pergi jugak dan aku sanggup utk postpone belajar di Form 6 tak pun sambung je belajar di mana2 IPT after tamatkan latihan di kem PLKN ni. Aku takut bila dah postpone ni, bila dah tiba masa belajar kat mana2, aku macam terikat. Dan terpaksa tunda, tunda dan tunda lagi sehinggalah aku habis belajar. Dah kalau asyik postpone je bila masanya aku boleh pergi kan last2 masa tu kalau aku dh dapat kerja, atau umur aku dah 25 ke atas ke…aku tak rasa aku ada kudrat lagi nak buat aktiviti2 orang muda macam tuh. Apa cerita lak kalau aku dah kawen??? Eh, dah nak kawen. Silap tadi, huhuhu.. Uihh…. Haha, eh umur 25 tu tua sangat ke?? -_-"

Tapi, itulah…semua orang tau tak semestinya apa yang kita rancang tu akan berlaku seperti yang dirancang, kan? Kuasa tu di tangan Allah. Aku pun tau tu. 2 minggu sebelum tarikh melaporkan diri,  ada suatu musibah terjadi. Kejadian yang tak disangka2. Keluarga dan rakan terdekat mesti tau hal ni. Bonda kesayanganku jatuh sakit. Bukannya tak biasa sakit kalau setakat lelah dan asma tu dah jadi perkara biasa bagi ummi aku. Tapi kali ni lain sikit. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Keadaannya teruk jugak. Jadi, korang pasti tau aku postpone latihan PLKN atas sebab apa kan? Mana mungkin aku boleh tinggalkan ummi aku sendirian di rumah sedangkan aku senang lenang berseronok kat kem PLKN. Sorry, tu bukan aku. Aku rela tolak kepentingan aku demi orang tuaku even aku tau aku bukanlah anak yang baik. Heee…

 

Jadi, biarlah…aku tangguhkan dulu. Life needs a lot of sacrifices. Mungkin bukan rezeki aku kali ni. Mungkin lain tahun. Tapi hasrat aku untuk menyertai latihan khidmat Negara insyallah takkan pernah padam. So, selasa ni…tiba masa aku bergelar pelajar sekolah balik atau lebih tepat lagi pelajar PRA-U. Keputusan UPU masih belum keluar jadi nak taknak aku kena masuk SS dulu. Nanti apa pula orang PLKN cakap kan, buat penangguhan belajar tapi tak pergi pun belajar. Dan kalau aku dapat course yang aku nak tuh, and insyallah kalau ummi aku dah sembuh at least dah boleh berjalan lagi for sure aku akan keluar dari SS, sambung apa yang aku nak. At least dapat jugak merasa berada di SS walaupun sekejap je. Moga kali ni apa yang aku rancang, apa yang aku plan akan terjadi, insyallah, amin…

 

Korang, doakan bonda kesayangan aku cepat sihat ye. Aku rindu sangat nak makan masakan ummi aku. Aku masak tak sedap. Hampeh adalah.. Buat nasi goreng pun masin tapi masih boleh dimakan lagi. Hehehee…
Doakan untuk aku jugak supaya aku terus tabah dalam menjalani liku2 kehidupan yang penuh onak dan duri. Doakan aku kuat dalam menempuh segala ujian dan dugaan serta kuat semangat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Terima kasih J

 Mesti kawan2 seperjuangan dah ada kat kem sekarang nih...takpe korang teruskan dulu, aku akan menyusul kemudian.



Terima kasih buat teman2 dan keluarga yang datang melawat. Maafkan aku sebab tak inform pada keluarga yang lain tentang kesihatan bondaku. Bila tiba waktu aku jadi panik, tak boleh nak fikir. aku memang tak tahu nak buat apa. Aku cuma mampu berdoa, aku tak perlu tengok umi aku menderita sakit lagi. Andai kata aku mampu, biar aku je yang menanggungnya. Aku cuma berharap orang takkan bertanya itu dan ini sebab aku tak tau apa yang perlu aku jawab.

1 ulasan:

Amirahh berkata...

semoga mak kamu cepat sembuh :)