Isnin, 14 Mei 2012

Segmen: Selamat Hari Guru 2012| Siapalah Aku Tanpa Guru

Assalamualaikum..

Chegu Zubir 

Rasa2 nak join? klik sini


Sekolah Rendah : SK Tengku Bariah (2001-2006)
Sekolah Menengah : SMK Dato' Razali Ismail (2007-2011) 
Pra-U : SMK Sulatan Sulaiman (2012-2013)

Cikgu Ainu Farha Suhaimi Saadullah

Ok, terketar2 jugak nak tulis entry ni. Tapi hati tetap terpanggil nak mencoret sesuatu, mungkin seronok mengimbau kenangan lama. Haha. Pertama sekali, amn mintak maaf kat cegu amn kira amn pinjam namanya di sini tanpa izinnya. Harapnya boleh diterima dengan baik.

Cikgu Ainu..beliau ni cikgu amn masa amn form 4 dan form 5. Dia mengajar amn subjek akaun for two years. Seriusly, for the first time amn jumpa beliau amn langsung tak jangka, kehidupan amn bakal berubah. Yes! Apa yang berubah? Biarlah jadi rahsia. Cuma apa yang amn nak share kat sini, beliau merupakan seorang guru yang paling berdedikasi pernah amn jumpa. Bukannya tak ada guru seperti beliau tapi bagi amn she's different. Bayangkan..tiap kali exam amn tak pernah lulus untuk paper akaun untuk tahun pertama tu. Memang amn tension yang amat lebih2 lagi bila tengok pretasi kawan2 dari sehari ke sehari meningkat. Amn apa citer?  Mungkin silap amn lah sebab selalu ponteng kelas akaun masa form4. Amn dulu demi tuhan cakap, memang amn taknak amik subjek akaun ni sebab amn memang dah tak boleh nak pergi sangat2 dah. Give up yang amat bila mencuba berkali2 tapi tak pernah membuahkan hasil. Mungkin usaha amn masih belum cukup masa tu. Siap pernah berhajat lagi nak tukar ke kelas kemanusiaan. Biarlah duk kelas last pun asalkan bukan akaun yang perlu aku tempuh, pada fikiran amn masa tu tapi amn terpaksa teruskan jugak sebab dah takde alasan lain lagi bila guru penolong kanan tak bagi tukar. Kali kedua amn kecewa.

Kali ketiga, amn nak drop subjek akaun tak boleh sebab amn memang dah stay kat kelas sains akaun kan jadi amn fikir amn nak amik subjek tassawur, amn memang dah taknak dengan akaun masa tu. Tapi bila cg dapat tau hasrat amn nak bertukar kelas, nak amik subjek tambahan lagi terus cg panggil amn. Slow talk dengan amn.Amn ingat lagi dialog beliau. Cg tak bagi amn amik subjek lebih, dia nak amn fokus pada subjek akaun masa tu. Memberikan nasihat dan kata2 semangat yang tak putus2. Cikgu ckp cikgu akn tolong amn sehabis mungkin. Kerana dia, amn tukar fikiran. Acap kali dia yakinkan amn. Dari awal sampai akhir. Kerana keyakinan beliau, Amn turuti jua. Amn teruskan jugak walaupun dalam terpaksa. Berkali amn tanamkan dalam fikiran ni supaya jadikan tu satu cabaran untuk amn berjaya. Cuba buktikan yang amn boleh buat. Selalu letakkan satu fikiran yang positif walaupun yang dilihat tu sebaliknya. Amn tau adakala amn macam terumbang ambing, hanyut. Mudah sangat tergelincir.

Masuk tahun kedua..amn lulus utk paper akaun. Sukanya amn bukan kepalang lagi. Timbul satu semangat untuk terus belajar. Tahun ni amn dah tak ponteng lagi macam dulu. Entah kenapa boleh timbul satu perasaan lain. Tiap kali ada masa akaun mesti amn rasa bersemangat. Adakala waktu sukar tu hadir namun amn tetap mencuba. Dan terima kasih kat cikgu ainu sebab beliau tak pernah bosan melayan kerenah amn dulu. Sentiasa memberikan sokongan dan mengambil berat. Tak malu untuk amn katakan memang amn sayang sangat2 beliau sebab dialah antara guru yg paling memahami amn dan sentiasa ambil berat mungkin disebabkan dia mentor amn.  Beliau sentiasa tau kiranya amn ada masalah. Mungkin itu sebabnya amn terus bersemangat untuk belajar terus. Tak nafikan subjek akaun ni betul2 menguji kesabaran amn. Amn pernah demam seminggu gara2 terlalu stress dengan subjek akaun. Tu kesanggupan amn sendiri. Masa tu lepas trial exam dah. Sebulan sebelum exam tu amn memang study sungguh2. Tak tidor malam. Amn tak tahu kenapa susah sangat kepala ni nak terima apa yang diajar. Result trial memang tak memuaskan langsung! Kecewa hanya tuhan je yang tahu waktu tu. Rasa putus asa tu datang lagi membuat amn kembali tidak yakin. Semangat untuk belajar kian pudar. Namun beliau, beliau lah yang bersungguh2 yakinkan amn. Amn mampu lakukan asal amn nak. Amn memang nak ! Amn nak dapat A untuk akaun. Amn nak berikan sesuatu untuk dia! Amn bersyukur gila ditemukan dengan guru seperti beliau. Tanpa beliau amn mesti masih terus lalai dengan kehidupan amn sendiri.

Selepas trial, amn tak tahu kalau beliau tak nampak kesungguhan amn. Amn gandakan lagi usaha amn. Masih lagi cuba menanam minat. Cukuplah rasa frust sebab tak dapat apa yang dihajati. Tiap kali ada kelas akaun tiap kali tu jugalah beliau cuba nasihat dan memberi semangat pada amn. Amn makin yakin. Kerana keikhlasan beliau, kerana kebaikan beliau amn nak sangat berikan sesuatu yang bermakna. Amn tau, kalau semahal mana pun sesuatu benda tu pada zahirnya masih tak mampu nak balas segala jasa beliau pada amn yang amn rasa amn bertuah sangat sebab diberi perhatian sebegitu rupa. Amn terus belajar. Tiap malam bersengkang mata. Lagu sebagai teman. Dalam banyak2 subjek, subjek Prinsip Perakaunan lah amn berikan tumpuan sepenuhnya dan paling banyak sekali. Tiap hari amn buat latihan. Amn masih tak lupa macam mana rasa peritnya nak dapatkan sesuatu. Terpaksa lalui pelbagai tekanan. Berperang dengan perasaan sendiri. Mungkin orang tak faham apa yg amn lalui masa tu. Ramai yang kata amn berubah sejak lepas trial. Yup, Amn banyak menyendiri. Kekadang amn rasa amn tak layak jadi salah sorang budak kelas amn. Sebab tu amn sering menjauhkan diri. Haha. Tapi amn tau amn tak boleh fikir macam tu. Amn kena fokus. Cikgu ainu pernah nasihatkan amn jangan terlalu dan selalu berfikiran negatif. Yang paling kerap, jangan tinggal solat. Saya tau cikgu. Bukan amn tak cuba. Amn masih ingat lagi macam mana amn terasa dengan cikgu sebab cikgu tak dapat nak layan amn sebab beliau terlalu sibuk. Haha. Amn macam desprate gile nakkan A tuh sampai merajuk2 bila pegi kat cegu, cegu tengah sibuk. Haha. Tiap kali abis kelas mesti amn pusing satu sekolah cari beliau sebab nak beliau ajarkan apa yg amn tak boleh nak buat. Kekadang amn saje cari cegu bila amn rasa stress gile. Dengan beliau, amn rasa amn tenang dan selesa. Maafkan amn kalau amn merimaskan cegu kekadang.

Mujurlah beliau faham. Beliau tetap beri masa. Amn dah kata beliau seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Beliau tak pernah abaikan studentnya. Tanyalah mana2 student beliau, tanyalah mana2 guru sekalipun mesti ada yang setuju dgn pernyataan amn ni.
Alhamdulillah, berkat usaha gigih amn, berkat doa umi abah dan berkat doanya, berkat kesungguhan beliau mengembalikan semangat amn, pertolongan yang berterusan, sikap tak putus asa cegu terhadap amn dan keyakinan yang beliau berikan pada amn...amn berjaya capai apa yang amn nak. Amn dapat juga beri sesuatu yang betul2 bermakna, berbaloi untuknya. Amn tak malu cerita segala keburukan amn andai kata kesilapan amn yang lalu boleh dijadikan teladan buat yang lain. Buat pengajaran. Satu pengalaman dan pengajaran yang berharga dapat amn pelajari melalui pengalaman ni ialah, selagi mana kita nekad mahukan sesuatu pasti kita akan lakukan bersungguh2 walau apa cara sekalipun untuk mencapai impian tu. Janji semangat kena kuat, doa dan solat jangan sesekali tinggal. Amn pun dah dapat satu pengajaran yang penting. Sayangnya amn tak dapat berkongsi saat2 gembira dengan beliau. Tapi amn yakin, untuk seketika beliau pasti tersenyum lega melihat kejayaan anak didiknya. Sikap dan sifat beliau lah yang memberikan motivasi kepada amn dalam diam. Dalam diam, amn menyanjugi dan menghormati beliau. Beliau sumber inspirasi dan sumber kekuatan amn selepas umi dan abah. Beliau seorang yang istimewa pada amn. Beliau sedarkan amn betapa pentingnya ilmu pelajaran. 

Amn tau amn banyak buat silap dan terlalu banyak mengguriskan hati beliau sama ada melalui perbuatan atau percakapan. Saya minta maaf cikgu. Amn harap cikgu dah tak marah amn lagi. Amn sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan cikgu. Hanya tu je yang amn mampu lakukan sekarang ni. Terima kasih cikgu, saya dah banyak menyusahkann cikgu. tetiba airmata ni mengalir. Kesayuan lagu ni menambahkan lagi rasa pilu di hati. Huhh.. Ada waktu amn berdoa agar beliau takkan jumpa dah student perangai yang macam amn neh. Menyakitkan, melukakan cikgu lebih. Amn sendiri menyesal. Amn harap kesilapan lalu tak berulang lagi. Amn tau..beliau sedang mengajar amn untuk berdiri di atas kaki sendiri sekarang. Yang paling penting amn boleh fikir yang beliau sedang mengajar amn untuk lebih bersikap matang kerana kehidupan di luar sana lebih besar cabarannya. Amn tak boleh selalu harapkan beliau. Amn yakin tu. Jadi, amn nak pesan kat kekawan hormatilah guru anda kerana guru merupakan orang kedua perlu kita hormat dan sayang selepas ibu bapa, Mereka juga perlu kita anggap sebagai ibubapa kita bila kita berada di sekolah. 

Selamat Hari Guru







4 ulasan:

Gadis Kaca Mata berkata...

sabar la wei... jadikan perkara lalu sbg pengajaran untk mulakan masa hadapan yg lebih baik...

Unknown berkata...

no hal lah...pengalaman tu. aku gembira dpt pengalaman sebegitu rupa

Cik Nas :) berkata...

Nas pun pernah rasa kcewa jugak dgn prestasi time skolah dulu..dan Nas pun pernah jauhkan diri dri kwn2 n ckgu..last2 baru Nas sdar dorang la byk yg tlg Nas :)

Unknown berkata...

takpelah..yg penting kita x ulang kesilapan yg sama utk kali ke2 kn nas