Jumaat, 29 Jun 2012

Di sini kami datang belajar ~ Perkhemahan Perdana SMK sultan sulaiman

Assalamualaikum...

Lama deh aku tak update kan. Untuk pengetahuan kalian, aku memang jarang2 online sgt skrg sbb kekangan masa yg amat terhad. Aku dah jadi budak hostel! For the first time in my life aku tinggal di asrama. For intro aku cerita lah sikit perjalanan life aku sbg budak lower6. So far so good. Roomates semua ok2. Korang kisah tak dengan life aku? HAHA. Sadiss je bunyi.  Kehidupan di asrama buatkan hidup aku jd lebih sistematik dan berperaturan walaupon kekadang tu tunggang langgang jugok. HAHA. Kebetulan umi dah sihat, Alhamdulillah syukur sgt pada allah. At least aku tak rasa keberatan sangat nak tinggalkan rumah. For sure kalo umi belum sihat sepenuhnya memang aku takkan duk hostel lagi. Tapi itulah, mungkin dah tiba masa aku uruskan diri aku sendiri, belajar berdikari.



Okelaa, banyak sangat mengarut dah lari dari citer asal. Hehe.  Aku just nak cerita pengalaman aku jadi helper atau urusetia untuk perkhemahan sekolah baru aku ni. Untuk seminggu tu aku tak balik, Cuti aku, aku luangkan masa dengan menyertai aktiviti yang sekolah buat. Kebetulan cikgu nak pakai orang untuk jadi pembantu jadi aku dengan beberapa kawan yg lain dengan rasa senang hati hulurkan tangan ingin membantu. Chewwah. Haha. Ada orang Tanya aku asal aku sekarang macam sibuk sangat. Saja je nak sibukkan diri dengan aktiviti……

  

Perkhemahan buat kat dalam sekolah je. Sekolah baru ni luas, memang best. Aku dengan 3 orang lagi rakan helper bahagian urusetia. Syazatty, Ummi aku and fatimah (my new friend). At first, aku kena tolong bahagian logistic tapi tah macam mana ada masalah teknikal terus nama melekat bahagian urusetia tolong cikgu norma merangkap cikgu bm aku, Alhamdulillah. Serius, teringin sangat nak join sama berkhemah, aku lupa alasan kenapa aku tak join aktiviti ni masa kat sekolah lama dulu. Hurm, tahun depan baru turn kitaorang lak. 


Siang hari rasanya tak banyak kerja mana pun just pastikan semua cikgu yang bertugas lengkapkan laporan. Malam best. Malam pertama kat tapak perkhemahan hujan lebat yang amat. Malam tu aku dengan rakan2 helper yang lain lepak di dapur. Nak ke depan, kat kemah urusetia hari tengah hujan, masakan mau redah kan tak pasal2 helper yang demam nanti sape nak tolong cikgu. HAHA. So, malam tu, adalah rakan helper aku 2 orang, lelaki. Diaorang ni terer and minat masak. Malam tu dieorang masak sup daging siam. Yang sorang tu siap bawak daging dari rumah lagi. Kitaorang helper2 perempuan ni cuma tolong mana yang patut je, hahahaha…malu gak ah wehh tak reti masak. Bukan tak reti cuma tak pandai jep, ngehngehngehh =P. Dalam hujan makan sup daging yang panas2 tu, perghh..nikmatnya hanya allah je yang tau. Haha. Rugi sape yang tak rasa.








Sebelum tu abah ada hantar nasi goreng lepas balik keje. Melepaklaa kat atas astaka sambil makan2. Masing2 makan ngan gelojoh sebab siang tadi tak makan makanan berat sebab sibuk uruskan kat depan. Hehe.  kawan aku lak ayah dia bawak sate petang tu.  Sate tu..aku amik just 6 batang je untuk aku saje. Tak perasan lak ada cikgu. Bila tengok cikgu ada, aku jemputlah cikgu2 tu makan. Okelah sorang amik sebatang jadi dengan aku ada 3 batang sate lagi. Bolehla aku merasa. Mari sorang cikgu tu, aku pun tawarlah jugak lepas tu  dia amik semua sate dari tangan aku. Aku cam -_- ?? Hahahaaa menyanyilah aku lagu najwa latiff ‘kosong…kosong…’ situ. Ngehngehngehh lagi. Tak merasa aku sate tu.  Takpelah, aku tak kisah pun. Bahkan rasa lucu dan senang hati. Jangan lak ada yang fikir aku macam tak senang. Aku ok je. =)  Seronok kat sekolah baru sebab dapat kenal cikgu2 baru yang sporting dan lebih berfikiran terbuka. Tapi kadang susah nak tau nama mereka sebab asyik berahsia je. Dengan cikgu cina ni sorang best. Asyik speaking je. Dahla guna broken English. Main hentam je. Sikit2 Oh My English dengan syazatty!! HAHAHA…



 Dua malam memang tak tidor mana. Banyak berjaga. Malam pertama aku stay, lepas subuh baru masuk tidor. Tak tahan sangat dah. Waktu malam memang sunyi. Yang dengarnya hanyalah titisan air hujan.  Aku berjaga berdua je dengan Syazatty. Dia pun nak stay sama. Bukan senang nak dapat peluang gini. Kena hargai sebaik mungkin. haha. Kekadang dia lelap aku jaga, aku lelap dia tunggu. Haha. Saje je kitaorang stay. Amik angin. Sambil tunggu pagi aku siapkan kerja sejarah. Sambil2 tu usha2 gak area tapak perkhemahan tu kan. Malam tu cikgu dah pesan budak2 laki ni kalau nk ke tandas kena check out dgn check in sebab dieorang ni bukan leh caye sangat pun. Kehkehkehh. Kekadang sian gak aku nengok. Tapi tulahh, kalo tak buat gitu suka hati dia je nak kuar masuk tapak khemah dahlaa tengah malam bute, kan ada yang ngikut sama baru tau. HOHO. 

Masuk hari kedua perkhemahan, aku kuar bertugas lambat sikit sebab tertido lama. Letih boh! Hari tu ada macam2 aktiviti. First, sukaneka, pertandingan masak, rekacipta dengan buat istana pasir. Paling aku suka time sukaneka sebab semua helper kena jadi macam faci ah untuk setiap kumpulan ni. Aku jaga kelas upper6. Banyak gk ah game sampai basah lencun baju aku dibuatnya. =) Bab pertandingan rekabentuk, aku memang selut kelas 6BD+6AA sebab dieorang punya rekabentuk paling cun! Lek2 macam pajero. Haha.





Petang tu best sebab…aku tak sangka dapat jumpa dengan cikgu tuisyen aku masa form 3 dulu! Excited molek! HAHA. Sama seperti dulu. Mujur cikgu masih ingat aku lagi cuma nama aku je cikgu tak berapa ingat. Boleh faham laa, cikgu ni anak murid dia ramai. Memang sukar nak ingat bila lama2  tak berjumpa ni. Cikgu tanya aku dapat sambung belajar mana2 tak, aku cakap aku dapat uitm tapi aku tak pegi pun. Aku cakap aku tak berminat. Aku lebih berminat nak sambung form6. Cikgu setuju. Dia cakap stay je sebab tahun aku memang hundred percent akan masuk U. Wahh bersemangat kejap bila dengar! Aku cakap aku nak sambung sains politik tak pun pendidikan. Perghh cikgu pun dulu buat pengajian sains politik. Bangga sioott bila cikgu dapat share sedikit sebanyak pengalaman dia. Thanks cikgu =)

Cikgu tuisyen aku ada tanya mana best sekolah baru dengan sekolah lama. Dia merenung menunggu jawapan aku. Aku lak terpegun. Tak terfikir sebenarnya cikgu nak tanya benda tu. Jawapan aku senang je. Aku cakap tak boleh nak comparekan dua2 sekolah tu sebab kedua duanya ada keistimewaan sendiri. Tak adil nak cakap sekolah baru lagi best even memang tu yang aku rasakan. Hurm, pendek kata…Sekolah baru merupakan satu kebanggaan pada aku kerana kehebatannya yang memang tak boleh dinafikan lagi. Dan sekolah lama, sekolah lama banyak memberi aku makna yang tersendiri. Banyak mengajar aku tentang perhubungan antara sesuatu dengan sesuatu. Suka duka aku banyak di sana. So aku cakap dua2 best. HAHA. Panjang lebar aku explain. Cakap kat cikgu ciput je.  Kuikuikuiii….cikgu tersengih je dengar jawapan aku masa tu. HEHE..



Petang tu ada sembelihan kambing dengan lembu. Pergghh kali kedua in my life makan daging kambing ! Tapi sayang time orang buat sembelihan tu aku tak dapat tengok sebab bertugas di padang. Nasib gak ada gambar. Ehh, macam kenal je orang dalam gambar tu, laahh che mat jusoh rupanya. Haha. Orang VVIP sekolah aku la tu. Time makan tu mujurlaa tak naik pening. Tapi kesian kat aku and kawan aku sebab terpaksa menahan kesakitan tiap kali nak makan. Cedera dalaman dorh! Hehe.  Malam tu malam kebudayaan!  Bagi aku boring. Hehe. Sorilahh..persembahan dikir je. Yang last best sebab persembahan ala2 boria. Okelaa. Dia ada tema untuk malam kebudayaan. Pasal guru rasanya.   

~ Ni gambar masa sembelihan dilakukan. Tuan pengetua pun turun padang sama. ~

 




  


 

Habis persembahan lepak lagi. Seronok sebab malam tu ramai daripada malam sebelum ni. Lagi best bila semua orang dah takde , tinggal kawan aku dengan aku je, ada cikgu kaunselor ni menunggu. Bercakap dengan dia memang lama habis! Sampai kawan aku tertido kat sebelah. Hehe. Aku sambil2 siapkan homework melayan cikgu bercakap. Sampai ada sorang ustaz tu tegur “eh, orang time nak jadi helper jadi helperlaa bukannya duk nulis”. Sentap kejap kau bila ditegur gitu. Haha. Aku bosan laa. Daripada tak buat apa2, lepak kosong baik aku isi masa aku dengan siapkan homework. At least berjalan gak keje aku. Hehe. Ohh, Seronok bercakap dengan cikgu kaunselor tu . Sokmo tanya aku ‘awak faham dok nape cikgu cakap ni?’. Dua tiga kali duk ulang pertanyaan tu. Haha. Kadang nak tergelak pun ada. Sebab cikgu ni tegur melalui kiasan, dia takut aku tak faham atau mungkin pun terasa dengan teguran dia jadi dia gunakan bahasa kiasan. Aku faham. Cikgu, terima kasih sebab menegur. Sebagai seorang muslimah kita memang kena berpegang pada prinsip sebagai wanita muslim. =) Berbual dengan cikgu tu ada kat 2 jam lebih kut. Last2 cikgu tu balik bila jam tunjuk pukul 3 lebih.  Nasihat cikgu akan saya praktikkan =)

Tak tahan! Tepat pukul 4, kawan aku lagi dua orang datang nak tukar shift. Yess! Aku boleh lelapkan mata kejap sebab pagi tu ada larian permint. Pagi sabtu, permint negeri Terengganu ada anjurkan larian suka2. Aku join. Saje nak kutip sijil. Jauh beb! 10KM tu !! Dahla aku dengan kawan aku orang terlast berlepas. Memang malu siot bila orang cakap ‘dik, kepala no 6 semua dah berlepas, dari tadi lagi’. Aku ?? -_-‘ Larik!! Dahlaa kena tegur di jiran aku lak ‘fatin, orang berlari bukan berjalan’. Hampeh lorh! Aku cakap aku nak kejar orang hakikatnya aku berjalan. Aku pun satu, nak cover tapi tak pandai! Haha. Buat malu je. Untuk seketika rasa bangga sebab sepanjang 10km tu aku langsung tak berenti rehat, tak duduk di tepi jalan walaupun penat. Habis2 berjalan je. Tapi aku jahat. Main ngelak. Haha. Main jalan short cut je, sebelum tu silap masuk jalan veteran -_-“. Haha kesah apa. Nak sijil je. Bukan nak menang pun kan. Walopom berlepas last sekali tapi kitaorang bukan orang last sampai er, berkat main jalan short cut. Kehkehkehhh…
Lepas balik berlari, terus ke sekolah lagi sebab program lom abes. Tunggu masa untuk acara penutup. Mujur sempat.


  




 

Oke, untuk last walopon terasa penatnya tapi aku rasa happy dan berpuas hati sangat2 sebab dapat jugak amik pengalaman begini. Dan tahun depan, insyallah kalau umur panjang ada rezeki, turn aku dan teman2 lower6 plak akan berkhemah tahun depan dan aku akan pastikan tahun depan aku akan turut serta juga no matter what happen.

Harap aku dapat libatkan diri dalam aktiviti2 gini lagi…

Untuk gambar credit to our photographers, syazatty and page kluster SMKSS =)




































Khamis, 14 Jun 2012

Kejohanan Balapan & Padang kali ke-62 SMK Sultan Sulaiman

Assalamualaikum...

Kembali lagi ke sini dengan kisah yang baru. Apa kabar wahai para blogger semua? Hehee...
Kali ni citer pasal sekolah amn sikit la.Yelaa, kena cerita jugak nak bagitau kat mereka yang amn bahagia gila dengan life amn sekarang, huhu sekian. 

Ok, hari ni sekolah baru amn ada kejohanan balapan dan padang kali yang ke 62 aka hari sukan lah. Pelik jugak hari sukan apa tengah2 tahun kan. Biasanya hari sukan kan buat masa awal tahun, lepas je kejohanan merentas desa. Kalau sekolah lama gitu laa.

Tak apalah, yang penting hari sukan kali ni best sangat2. Merasai suasana baru, tempat baru, kawan baru. Lepak dengan kawan2 tepi padang, dekat dengan pantai lak tu. Angin bertiup sepoi2 bahasa gituu sampaikan amn boleh tertido kejap kat bawah pokok. Best. Hehe. Ohh kali ni amn masih lagi sertai acara macam tahun2 sudah cuma tempatnya aje berbeza. Huhu. Acara lontar peluru ! Rumah sukan amn kali ni rumah Mahkota (rumah kuning). Tapi sentiasa rumah Zuhal meniti di bibir. Semangat hijau, semangat zuhal masih kental di dada ! Chewwah ayat. Haha. Yelah, 5 tahun setia menyumbang tenaga untuk zuhal jadi mana tak nya asyik tersasul sebut zuhal je kan. Kesetiaan pada hijau tu masih ada, hehe. Bukan auta ye, take a note !.

At the first, amn memang lah nak join serta tapi bukanlah untuk acara lontar peluru sebaliknya amn nak acara lempar cakera sebab 3 tahun masa di sekolah lama amn pegang untuk acara ni. Acara lontar peluru pun ada tapi tak seperti acara lempar cakera. Berlari ? Kenapa tak acara berlari je ? Jangan ditanya lorhhh -_-" Biasanya amn tak berapa sangat untuk acara lontar peluru so tahun lepas tak amik game tu, main untuk satu acara je. Kira setahun lebih la tinggal. Skill pun dah luput. Tapi untuk P19, takde acara lempar cakera, yang ada acara lontar peluru je. Kalau acara lari2 tu ada ahhh. So, nak taknak pun masuk jelah bila cikgu dah suruh tu. Dahlaa latihan sehari tu je. Memang tak yakin ah, kira masuk just for fun only dan rasa tanggungjawab yang cikgu dah amanahkan. Dahlaa student2 sekolah baru ni major nya terdiri dari para atlet lagilah terasa diri ni macam jauh sangat ke belakanggg :')

Dipendekkan cerita, masa game tadi memang nervous terutama masa tengok P14 dengan P16 duk main. Hurm dalam fikiran ni, 'malas ah nak main, takut'. Mujur ada sahabat yang menemani Syazatty, Kirah and Rafi. At least rasa resah tu tak terasa sangat time tu. Bila turn P19, turn amn no 2. Okelaa..bagi orang depan dulu main. First lontar jarak dalam 5.67meter kut. Oklaa.. Lepas tu ada lah budak form5 ni, budak cina dari umah laksamana. Perghh...sekali lontar jaraknya 6 point bla3 ke atas. Ternganga kejap kau ! Haha. Dahla tangan ni terketar2 lagi. Tapi itulah, kalau dah rezeki Allah tetapkan tak kemana. Alhamdulillah, dapat lagi mengenggam pingat, menyumbang mata untuk rumah. Walau pingat perak sekalipun dah rasa cukup happy sebab selama ni amn masuk lontar peluru selama 4 tahun baru sekali menang. Jadi, kira rasa gementar ni berbaloi lah jugak. ^_^

Tahniah buat rumah Laksamana sebab boleh no1, rumah Paduka no2, rumah Mahkota no3 dan Rumah Indera no4. Rumah mahkota dapat no1 untuk perbarisan. Ohh yeayh !

Tahun depan nak masuk lagilah. Harap2 acara lempar cakera untuk P19 ada lah. Rindu nak main.
Lepas main terus lepak2 dengan kekawan. Best tau sekolah baru ni, kawan2 semua sporting walaupun sebelum ni tak pernah kenal lagi, baik2 tak kira lelaki ke perempuan ke. Amn pun tak sangka dapat sesuaikan diri dengan suasana baru, pelajaran baru, subjek baru, guru baru dalam tempoh masa singkat. Alhamdulillah... Moga semangat ni terus berkekalan hingga sudah yang sepatutnya.

Ada gambar sikit buat cuci mata.

 ~ Kirah, amn and Syazatty =) ~

 ~ Dengan para ahli perbarisan umah Indera ~

 ~ Come dok ?? Syazatty kabo gambo ni come. Haha ~  ^_^

 ~ Sebelum masuk ke padang ~


 ~ Mahkota nombor 635 ~

 ~ My medal for acara lontar peluru =) ~

~ Lepak bawah pokok dengan angin yang berderu memang mendamaikan perasaan ~


Cikgu, rezeki saya masih lagi di bumi terengganu =) i'm very happy with my new life now.



Sabtu, 9 Jun 2012

Jiwa yang pedih..

Assalamualaikum...


"No-one understands my heart, better than the one who Created it."

Kenapa? Mengapa sukar untuk mereka faham apa yang aku lakukan bukannya mengharapkan apa2 pun daripada mereka. Membalas kebaikan mereka pada aku, salah ke? Untuk seketika aku terasa bagai ada dendam kesumat dalam diri ini. Subhanallah, Allah maha besar, maafkanlah hambamu yang kerdil lagi hina ini.. Kau buangkanlah jauh2 rasa dendamku ini. Kerana aku bukan lah sesiapa dan aku ini hanya insan yang tidak pantas untuk disenangi mereka.. Aku tak seharusnya ada rasa dendam.

  

Aku tau, itu satu penghinaan. Penghinaan yang amat besar. Aku berharap kalian berpuas hati dengan tohmahan dan kata2 dusta yang kalian lemparkan itu. Melabelkan aku itu dan  ini tanpa mengenali dulu siapa aku sebenarnya. Maafkan aku kiranya aku berkata kalian lagi tidak layak dihormati seperti yang sepatutnya kalian dapat. Manusia apakah kalian? Lantas layakkah kalian mendapat kehormatan dari yang lain? Mereka belum mengetahui sikap kalian bagaimana.

 

 
Aku semakin kecewa dengan sikap kalian. Di saat aku bisa melupakan dan berharap kalian juga bisa melupakan kesilapan aku dulu, di saat itulah aku jiwaku diruntun, disiat rasa terhina kembali. Kata maaf diucap mampukah mengubah kembali?  Perkataan hina ini kugunakan kerana itulah perasaan jelas dan terang yang aku dapat gambarkan sekarang. 

free-your-mind:

Background Photo: fgbyi
  

Untuk seketika aku tidak mampu berfikir secara rasional. Sekali lagi berperang. Berperang dengan perasaan sendiri. Tak berbaloi. Rasa bersalah aku tak berbaloi langsung !! Bahkan rasa benci menular2 dan semakin dalam! Ya allah...aku tidak layak untuk merasa benci pada mereka. Mereka yang banyak berjasa.

Siapalah aku untuk membenci. Aku tidak dilahirkan untuk membenci. Aku akui aku mudah untuk menyayangi namun sekelip mata juga aku bisa berubah, membenci. 

   

Moga kalian berpuas hati, teruskanlah dengan tekaan kalian. Hanya allah yang mampu balas kebaikan kalian. Dan aku juga takkan pernah berhenti moga Allah menutup pintu dendam ini. Kerana Allah membenci dendam saudara sesama islam. Cuma satu je, kasih sayang aku terhadap kalian tidak lebih dari rasa kasih seperti saudara sendiri. Berpeganglah kalian dengan kepercayaan itu dan aku tidak akan sesekali menangkasnya lagi kerana aku sudah letih dan penat. Biarkan Allah yang membuka pintu hati dan mata hati kalian. Kalian bukan sesiapa pada aku lagi. Aku berdoa moga allah tidak lenyapkan rasa hormatku ini pada kalian semua dan aku bisa memaafkan kalian. Aku juga mengharapkan begitu daripada kalian.

  

Maafkan aku....Terima kasih atas pengalaman. Kisah hitam banyak mengajar aku tentang hidup, bisa berfikir lebih jauh dan lebih matang seterusnya berhati2 dalam menerima kebaikan dan membuat kebaikan kepada manusia di muka duniawi ini.

Yes, nota ini khas buat kalian yang pernah kuanggap orang yang banyak membantu aku hidup semula. Ya Allah bantulah aku hidup kembali dengan tenangnya.

"She's a girl but she rather hang out with guys, because it's less drama."

 

Kau,
yang masih menjadi pecahan memori,
berhatilah dalam hidupmu,
di jalan yang kejam,
bersama hati yang tabah,

 

Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang diutamakan.

 cococoda:

If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of paradise. (Tirmidhi)

 

 


Jumaat, 8 Jun 2012

Apa Kata Dunia ?

Assalamualaikum..

Nak letak satu lagu ni. Best. Buat halwa telinga. Lucu.


 ~ APA KATA DUNIA~

Apa kata dunia bila ku tak bersamamu
Apa kata dunia bila melihatmu menangis
Buah semangka di dasar laut
Tak disangka hatiku terpaut
Ku kan berjanji selalu bersamamu

Apa kata dunia bila ku tak punya cinta
Apa kata dunia bila ku tak bersamamu
Buah nangka kulitnya berduri
Tak disangka hatiku tercuri
Bukan merajuk ku sungguh cinta

Cinta biarkan ada dan kita takkan berpisah
Hanya maut yang memisahkan cinta
Aku akan berjanji demi bumi yang kupijak
Kan kudampingi dirimu selamanya

Apa kata dunia jika ku tak punya cinta
Apa kata dunia bila ku tak bersamamu
Buah nangka kulitnya berduri
Tak disangka hatiku tercuri
Bukan merajuk ku sungguh cinta

Apa kata dunia bila ku tak bersamamu
Apa kata dunia bila melihatmu menangis
Buah semangka di dasar laut 
Tak disangka hatiku terpaut
Ku kan berjanji selalu bersamamu

Cinta biarkan ada dan kita takkan berpisah
Hanya maut yang memisahkan cinta
Aku akan berjanji demi bumi yang kupijak
Kan kudampingi dirimu selamanya

Aku akan berjanji demi bumi yang ku pijak
Kan ku dampingi dirimu selamanya

Apa kata dunia jika ku tak punya cinta
Apa kata dunia bila ku tak bersamamu
Buah nangka kulitnya berduri
Tak disangka hatiku tercuri
Bukan merajuk ku sungguh cinta 

Yeayhh...dah jadi favourite song ni. Lagu ni first time dengar terus fall in love. Lagu ni  Ost 'Nagabonar 1' tahun 1987. Lepas ada kesinambungan cite ni, tajuk 'Nagabonar Jadi 2', so lagu ni dicipta. Dengan gaya lucu melly and deddy mizwar (my favourite actor ni). Uishh... Melly goeslow mesti dah ramai yang kenal ang. Tapi Deddy mizwar tak semua orang tau nama ni tapi bagi orang yang pernah tengok cerita sinetron indonesia 'Kiamat Sudah Dekat' dengan 'Bila Cinta Bertasbih', for sure orang akan cam beliau. Huhu seriusly amn cakap amn minat gila dengan lakonan dia lebih2 dalam cerita 'Para Pencari Tuhan' dan 'Lorong Waktu'. Tengok gaya om Deddy masa cite tahun 87 dengan sekarang, memang lawak. Haha. Tak taulah kalo pada koramg tak lawak. Hehe...

Banyak perwatakan Deddy mizwar ni yang islamik dan cerita2 indonesia sutradara (arahan) beliau sangatlah best dan tak akan menyesal bagi orang yang menonton sume cite2 dia. Dahla tiap bait skrip, drama tu penuh dengan puitis lebih2 dialog dlm cerita 'Para Pencari Tuhan' yang seriusly memang mendekatkan kita kepada islam. Biasa cerita2 dia ditayang kat oasis masa bulan puasa. Kalau kt Tv al hijrah pun ada sekarang ni. Tiap hari pukul 6 petang, sinetron 'Lorong Waktu'. Memang tak rugi ah kalau tengok. Dalam bergelak ketawa ada seriusnya mengenai agama.

Hurmm...hehe...dua hari ni saja duk habis masa nonton citer lakonan deddy mizwar je. Dari mula2 dia start berlakon sampai yang latest. Sanggup download dan tengok sampai lewat malam. Haha. Yang latest film 'Kentut'. Best gile. Lawak abis bila tengok trailer dia. Kat utube takde lagi. Sedih siott :'(
Tapi untung ada keluarga angkat kat negara jiran, boleh mintak tlg carikan then pos ke sini. Haha. Peminat tegar! Ohh, mitak keluarga kat sana carikan film dia terbaru tajuk 'Nagabonar Jadi 2'. Kat utube tak full lah. Hampeh -__-'

Sekarang ni baru ada 4 film dia. Kat utube tak banyak yang ada. Sedikit terkilan. Tapi takpe, puas hati sebab dapat tengok. Yang download pun dah tengok semuanya so bolehlaa concentrate pada studi lak. Buat pelepas hawa je tu. Pelepas sampai dua hari tu, teruklah ko ni amn. HAHA. Tapi lagu kat atas memang tak puas dengar. Tak sangka om Deddy selain boleh berlakon jadi tok alim, (hehe), mengarah, nyanyi pun boleh jugak. Macam P.Ramlee versi indonesia lak. Haha. Taknak amek amn berlakon sama ke? huhuhuuu ~~"

*Rasa nak joget2 je tiap kali dengar lagu 'Apa Kata Dunia' ni. Enjoy the song ;)



 


Isnin, 4 Jun 2012

Moga arwah Yasmin Huwick dicucuri rahmat...

Assalamualaikum...

Apa khabar kalian semua? Moga kita semua berada dalam lindungan Allah yang maha Esa =)

Semalam home twitter amn penuh dengan cerita pasal Yasmin Huwick. Mulanya amn tak kisah mana pun sebab tak kenal kan. Lepas tu terbacalah tweet sorang member ni. Dia cakap 'Kalau nak tau sangat sape Yasmin Huwick pegilah dekat treding, baca semua post psl dia'. Dalam hati terdetik jugak "sape budak ni?". Lepas tu terbaca lak tweet 'al-fatihah buat yasmin johan eusoffe, moga ditempatkan di kalangan orang2 beriman'. Ok.

Persoalan tu dibiarkan aje...sampailah amn buka blog hari ni, ada rakan2 blogger yang posting kan cerita tentang dia. Teringin nak tau. Dah kalo dekat twitter ada cerita pasalnya, blog lagi mesti ada sesuatu kan. Cuma kat facebook je belum ada cerita pasal dia. 

Owhh, dia ni budak melayu. Ingatkan orang puteh awalnya, nama macam tu. Pun ingatkan artis ke apa. Hehe. Kacukan. Sini ada cerita tentang beliau Yasmin Huwick

Kisah dia agak tragis. Takziah buat keluarga arwah. Sebagai saudara sesama agama, amn doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang diberkati Allah. Moga rohnya tenang di sana. Moga Allah melapangkan kuburnya dan jauhkan arwah dari azab kubur. 

Sayang, orangnya masih muda. Dia sepatutnya menduduki exam spm tahun ni. Tapi Allah lebih sayangkan beliau.


Sabtu, 2 Jun 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

Assalamualaikum...

Lagi segmen up-kan folllower. Amn tau kali ni amn macam gile segmen je kan. Haha. Maklum laa cuti sem aka cuti sekolah memang kejenya blogwalking lah kalau rajin. Amn ada entry nak publish tapi baru siap separuh. Amn dapat tugasan baru lah dari cikgu. So, kena setelkan task tu dulu then baru boleh terus menaip. Ni sambil2 je. Amn ajak sume join segmen ni kalau berminat.


miss Z berceloteh  

Tekan sini2 ! segmen up follower ;) 

Follower amn, alhamdulillah dah cecah 100 orang yaitu 111. What a nice number, hehe. tapi belum lagi 500.