Jumaat, 29 Jun 2012

Di sini kami datang belajar ~ Perkhemahan Perdana SMK sultan sulaiman

Assalamualaikum...

Lama deh aku tak update kan. Untuk pengetahuan kalian, aku memang jarang2 online sgt skrg sbb kekangan masa yg amat terhad. Aku dah jadi budak hostel! For the first time in my life aku tinggal di asrama. For intro aku cerita lah sikit perjalanan life aku sbg budak lower6. So far so good. Roomates semua ok2. Korang kisah tak dengan life aku? HAHA. Sadiss je bunyi.  Kehidupan di asrama buatkan hidup aku jd lebih sistematik dan berperaturan walaupon kekadang tu tunggang langgang jugok. HAHA. Kebetulan umi dah sihat, Alhamdulillah syukur sgt pada allah. At least aku tak rasa keberatan sangat nak tinggalkan rumah. For sure kalo umi belum sihat sepenuhnya memang aku takkan duk hostel lagi. Tapi itulah, mungkin dah tiba masa aku uruskan diri aku sendiri, belajar berdikari.



Okelaa, banyak sangat mengarut dah lari dari citer asal. Hehe.  Aku just nak cerita pengalaman aku jadi helper atau urusetia untuk perkhemahan sekolah baru aku ni. Untuk seminggu tu aku tak balik, Cuti aku, aku luangkan masa dengan menyertai aktiviti yang sekolah buat. Kebetulan cikgu nak pakai orang untuk jadi pembantu jadi aku dengan beberapa kawan yg lain dengan rasa senang hati hulurkan tangan ingin membantu. Chewwah. Haha. Ada orang Tanya aku asal aku sekarang macam sibuk sangat. Saja je nak sibukkan diri dengan aktiviti……

  

Perkhemahan buat kat dalam sekolah je. Sekolah baru ni luas, memang best. Aku dengan 3 orang lagi rakan helper bahagian urusetia. Syazatty, Ummi aku and fatimah (my new friend). At first, aku kena tolong bahagian logistic tapi tah macam mana ada masalah teknikal terus nama melekat bahagian urusetia tolong cikgu norma merangkap cikgu bm aku, Alhamdulillah. Serius, teringin sangat nak join sama berkhemah, aku lupa alasan kenapa aku tak join aktiviti ni masa kat sekolah lama dulu. Hurm, tahun depan baru turn kitaorang lak. 


Siang hari rasanya tak banyak kerja mana pun just pastikan semua cikgu yang bertugas lengkapkan laporan. Malam best. Malam pertama kat tapak perkhemahan hujan lebat yang amat. Malam tu aku dengan rakan2 helper yang lain lepak di dapur. Nak ke depan, kat kemah urusetia hari tengah hujan, masakan mau redah kan tak pasal2 helper yang demam nanti sape nak tolong cikgu. HAHA. So, malam tu, adalah rakan helper aku 2 orang, lelaki. Diaorang ni terer and minat masak. Malam tu dieorang masak sup daging siam. Yang sorang tu siap bawak daging dari rumah lagi. Kitaorang helper2 perempuan ni cuma tolong mana yang patut je, hahahaha…malu gak ah wehh tak reti masak. Bukan tak reti cuma tak pandai jep, ngehngehngehh =P. Dalam hujan makan sup daging yang panas2 tu, perghh..nikmatnya hanya allah je yang tau. Haha. Rugi sape yang tak rasa.








Sebelum tu abah ada hantar nasi goreng lepas balik keje. Melepaklaa kat atas astaka sambil makan2. Masing2 makan ngan gelojoh sebab siang tadi tak makan makanan berat sebab sibuk uruskan kat depan. Hehe.  kawan aku lak ayah dia bawak sate petang tu.  Sate tu..aku amik just 6 batang je untuk aku saje. Tak perasan lak ada cikgu. Bila tengok cikgu ada, aku jemputlah cikgu2 tu makan. Okelah sorang amik sebatang jadi dengan aku ada 3 batang sate lagi. Bolehla aku merasa. Mari sorang cikgu tu, aku pun tawarlah jugak lepas tu  dia amik semua sate dari tangan aku. Aku cam -_- ?? Hahahaaa menyanyilah aku lagu najwa latiff ‘kosong…kosong…’ situ. Ngehngehngehh lagi. Tak merasa aku sate tu.  Takpelah, aku tak kisah pun. Bahkan rasa lucu dan senang hati. Jangan lak ada yang fikir aku macam tak senang. Aku ok je. =)  Seronok kat sekolah baru sebab dapat kenal cikgu2 baru yang sporting dan lebih berfikiran terbuka. Tapi kadang susah nak tau nama mereka sebab asyik berahsia je. Dengan cikgu cina ni sorang best. Asyik speaking je. Dahla guna broken English. Main hentam je. Sikit2 Oh My English dengan syazatty!! HAHAHA…



 Dua malam memang tak tidor mana. Banyak berjaga. Malam pertama aku stay, lepas subuh baru masuk tidor. Tak tahan sangat dah. Waktu malam memang sunyi. Yang dengarnya hanyalah titisan air hujan.  Aku berjaga berdua je dengan Syazatty. Dia pun nak stay sama. Bukan senang nak dapat peluang gini. Kena hargai sebaik mungkin. haha. Kekadang dia lelap aku jaga, aku lelap dia tunggu. Haha. Saje je kitaorang stay. Amik angin. Sambil tunggu pagi aku siapkan kerja sejarah. Sambil2 tu usha2 gak area tapak perkhemahan tu kan. Malam tu cikgu dah pesan budak2 laki ni kalau nk ke tandas kena check out dgn check in sebab dieorang ni bukan leh caye sangat pun. Kehkehkehh. Kekadang sian gak aku nengok. Tapi tulahh, kalo tak buat gitu suka hati dia je nak kuar masuk tapak khemah dahlaa tengah malam bute, kan ada yang ngikut sama baru tau. HOHO. 

Masuk hari kedua perkhemahan, aku kuar bertugas lambat sikit sebab tertido lama. Letih boh! Hari tu ada macam2 aktiviti. First, sukaneka, pertandingan masak, rekacipta dengan buat istana pasir. Paling aku suka time sukaneka sebab semua helper kena jadi macam faci ah untuk setiap kumpulan ni. Aku jaga kelas upper6. Banyak gk ah game sampai basah lencun baju aku dibuatnya. =) Bab pertandingan rekabentuk, aku memang selut kelas 6BD+6AA sebab dieorang punya rekabentuk paling cun! Lek2 macam pajero. Haha.





Petang tu best sebab…aku tak sangka dapat jumpa dengan cikgu tuisyen aku masa form 3 dulu! Excited molek! HAHA. Sama seperti dulu. Mujur cikgu masih ingat aku lagi cuma nama aku je cikgu tak berapa ingat. Boleh faham laa, cikgu ni anak murid dia ramai. Memang sukar nak ingat bila lama2  tak berjumpa ni. Cikgu tanya aku dapat sambung belajar mana2 tak, aku cakap aku dapat uitm tapi aku tak pegi pun. Aku cakap aku tak berminat. Aku lebih berminat nak sambung form6. Cikgu setuju. Dia cakap stay je sebab tahun aku memang hundred percent akan masuk U. Wahh bersemangat kejap bila dengar! Aku cakap aku nak sambung sains politik tak pun pendidikan. Perghh cikgu pun dulu buat pengajian sains politik. Bangga sioott bila cikgu dapat share sedikit sebanyak pengalaman dia. Thanks cikgu =)

Cikgu tuisyen aku ada tanya mana best sekolah baru dengan sekolah lama. Dia merenung menunggu jawapan aku. Aku lak terpegun. Tak terfikir sebenarnya cikgu nak tanya benda tu. Jawapan aku senang je. Aku cakap tak boleh nak comparekan dua2 sekolah tu sebab kedua duanya ada keistimewaan sendiri. Tak adil nak cakap sekolah baru lagi best even memang tu yang aku rasakan. Hurm, pendek kata…Sekolah baru merupakan satu kebanggaan pada aku kerana kehebatannya yang memang tak boleh dinafikan lagi. Dan sekolah lama, sekolah lama banyak memberi aku makna yang tersendiri. Banyak mengajar aku tentang perhubungan antara sesuatu dengan sesuatu. Suka duka aku banyak di sana. So aku cakap dua2 best. HAHA. Panjang lebar aku explain. Cakap kat cikgu ciput je.  Kuikuikuiii….cikgu tersengih je dengar jawapan aku masa tu. HEHE..



Petang tu ada sembelihan kambing dengan lembu. Pergghh kali kedua in my life makan daging kambing ! Tapi sayang time orang buat sembelihan tu aku tak dapat tengok sebab bertugas di padang. Nasib gak ada gambar. Ehh, macam kenal je orang dalam gambar tu, laahh che mat jusoh rupanya. Haha. Orang VVIP sekolah aku la tu. Time makan tu mujurlaa tak naik pening. Tapi kesian kat aku and kawan aku sebab terpaksa menahan kesakitan tiap kali nak makan. Cedera dalaman dorh! Hehe.  Malam tu malam kebudayaan!  Bagi aku boring. Hehe. Sorilahh..persembahan dikir je. Yang last best sebab persembahan ala2 boria. Okelaa. Dia ada tema untuk malam kebudayaan. Pasal guru rasanya.   

~ Ni gambar masa sembelihan dilakukan. Tuan pengetua pun turun padang sama. ~

 




  


 

Habis persembahan lepak lagi. Seronok sebab malam tu ramai daripada malam sebelum ni. Lagi best bila semua orang dah takde , tinggal kawan aku dengan aku je, ada cikgu kaunselor ni menunggu. Bercakap dengan dia memang lama habis! Sampai kawan aku tertido kat sebelah. Hehe. Aku sambil2 siapkan homework melayan cikgu bercakap. Sampai ada sorang ustaz tu tegur “eh, orang time nak jadi helper jadi helperlaa bukannya duk nulis”. Sentap kejap kau bila ditegur gitu. Haha. Aku bosan laa. Daripada tak buat apa2, lepak kosong baik aku isi masa aku dengan siapkan homework. At least berjalan gak keje aku. Hehe. Ohh, Seronok bercakap dengan cikgu kaunselor tu . Sokmo tanya aku ‘awak faham dok nape cikgu cakap ni?’. Dua tiga kali duk ulang pertanyaan tu. Haha. Kadang nak tergelak pun ada. Sebab cikgu ni tegur melalui kiasan, dia takut aku tak faham atau mungkin pun terasa dengan teguran dia jadi dia gunakan bahasa kiasan. Aku faham. Cikgu, terima kasih sebab menegur. Sebagai seorang muslimah kita memang kena berpegang pada prinsip sebagai wanita muslim. =) Berbual dengan cikgu tu ada kat 2 jam lebih kut. Last2 cikgu tu balik bila jam tunjuk pukul 3 lebih.  Nasihat cikgu akan saya praktikkan =)

Tak tahan! Tepat pukul 4, kawan aku lagi dua orang datang nak tukar shift. Yess! Aku boleh lelapkan mata kejap sebab pagi tu ada larian permint. Pagi sabtu, permint negeri Terengganu ada anjurkan larian suka2. Aku join. Saje nak kutip sijil. Jauh beb! 10KM tu !! Dahla aku dengan kawan aku orang terlast berlepas. Memang malu siot bila orang cakap ‘dik, kepala no 6 semua dah berlepas, dari tadi lagi’. Aku ?? -_-‘ Larik!! Dahlaa kena tegur di jiran aku lak ‘fatin, orang berlari bukan berjalan’. Hampeh lorh! Aku cakap aku nak kejar orang hakikatnya aku berjalan. Aku pun satu, nak cover tapi tak pandai! Haha. Buat malu je. Untuk seketika rasa bangga sebab sepanjang 10km tu aku langsung tak berenti rehat, tak duduk di tepi jalan walaupun penat. Habis2 berjalan je. Tapi aku jahat. Main ngelak. Haha. Main jalan short cut je, sebelum tu silap masuk jalan veteran -_-“. Haha kesah apa. Nak sijil je. Bukan nak menang pun kan. Walopom berlepas last sekali tapi kitaorang bukan orang last sampai er, berkat main jalan short cut. Kehkehkehhh…
Lepas balik berlari, terus ke sekolah lagi sebab program lom abes. Tunggu masa untuk acara penutup. Mujur sempat.


  




 

Oke, untuk last walopon terasa penatnya tapi aku rasa happy dan berpuas hati sangat2 sebab dapat jugak amik pengalaman begini. Dan tahun depan, insyallah kalau umur panjang ada rezeki, turn aku dan teman2 lower6 plak akan berkhemah tahun depan dan aku akan pastikan tahun depan aku akan turut serta juga no matter what happen.

Harap aku dapat libatkan diri dalam aktiviti2 gini lagi…

Untuk gambar credit to our photographers, syazatty and page kluster SMKSS =)




































Tiada ulasan: