Khamis, 14 Jun 2012

Kejohanan Balapan & Padang kali ke-62 SMK Sultan Sulaiman

Assalamualaikum...

Kembali lagi ke sini dengan kisah yang baru. Apa kabar wahai para blogger semua? Hehee...
Kali ni citer pasal sekolah amn sikit la.Yelaa, kena cerita jugak nak bagitau kat mereka yang amn bahagia gila dengan life amn sekarang, huhu sekian. 

Ok, hari ni sekolah baru amn ada kejohanan balapan dan padang kali yang ke 62 aka hari sukan lah. Pelik jugak hari sukan apa tengah2 tahun kan. Biasanya hari sukan kan buat masa awal tahun, lepas je kejohanan merentas desa. Kalau sekolah lama gitu laa.

Tak apalah, yang penting hari sukan kali ni best sangat2. Merasai suasana baru, tempat baru, kawan baru. Lepak dengan kawan2 tepi padang, dekat dengan pantai lak tu. Angin bertiup sepoi2 bahasa gituu sampaikan amn boleh tertido kejap kat bawah pokok. Best. Hehe. Ohh kali ni amn masih lagi sertai acara macam tahun2 sudah cuma tempatnya aje berbeza. Huhu. Acara lontar peluru ! Rumah sukan amn kali ni rumah Mahkota (rumah kuning). Tapi sentiasa rumah Zuhal meniti di bibir. Semangat hijau, semangat zuhal masih kental di dada ! Chewwah ayat. Haha. Yelah, 5 tahun setia menyumbang tenaga untuk zuhal jadi mana tak nya asyik tersasul sebut zuhal je kan. Kesetiaan pada hijau tu masih ada, hehe. Bukan auta ye, take a note !.

At the first, amn memang lah nak join serta tapi bukanlah untuk acara lontar peluru sebaliknya amn nak acara lempar cakera sebab 3 tahun masa di sekolah lama amn pegang untuk acara ni. Acara lontar peluru pun ada tapi tak seperti acara lempar cakera. Berlari ? Kenapa tak acara berlari je ? Jangan ditanya lorhhh -_-" Biasanya amn tak berapa sangat untuk acara lontar peluru so tahun lepas tak amik game tu, main untuk satu acara je. Kira setahun lebih la tinggal. Skill pun dah luput. Tapi untuk P19, takde acara lempar cakera, yang ada acara lontar peluru je. Kalau acara lari2 tu ada ahhh. So, nak taknak pun masuk jelah bila cikgu dah suruh tu. Dahlaa latihan sehari tu je. Memang tak yakin ah, kira masuk just for fun only dan rasa tanggungjawab yang cikgu dah amanahkan. Dahlaa student2 sekolah baru ni major nya terdiri dari para atlet lagilah terasa diri ni macam jauh sangat ke belakanggg :')

Dipendekkan cerita, masa game tadi memang nervous terutama masa tengok P14 dengan P16 duk main. Hurm dalam fikiran ni, 'malas ah nak main, takut'. Mujur ada sahabat yang menemani Syazatty, Kirah and Rafi. At least rasa resah tu tak terasa sangat time tu. Bila turn P19, turn amn no 2. Okelaa..bagi orang depan dulu main. First lontar jarak dalam 5.67meter kut. Oklaa.. Lepas tu ada lah budak form5 ni, budak cina dari umah laksamana. Perghh...sekali lontar jaraknya 6 point bla3 ke atas. Ternganga kejap kau ! Haha. Dahla tangan ni terketar2 lagi. Tapi itulah, kalau dah rezeki Allah tetapkan tak kemana. Alhamdulillah, dapat lagi mengenggam pingat, menyumbang mata untuk rumah. Walau pingat perak sekalipun dah rasa cukup happy sebab selama ni amn masuk lontar peluru selama 4 tahun baru sekali menang. Jadi, kira rasa gementar ni berbaloi lah jugak. ^_^

Tahniah buat rumah Laksamana sebab boleh no1, rumah Paduka no2, rumah Mahkota no3 dan Rumah Indera no4. Rumah mahkota dapat no1 untuk perbarisan. Ohh yeayh !

Tahun depan nak masuk lagilah. Harap2 acara lempar cakera untuk P19 ada lah. Rindu nak main.
Lepas main terus lepak2 dengan kekawan. Best tau sekolah baru ni, kawan2 semua sporting walaupun sebelum ni tak pernah kenal lagi, baik2 tak kira lelaki ke perempuan ke. Amn pun tak sangka dapat sesuaikan diri dengan suasana baru, pelajaran baru, subjek baru, guru baru dalam tempoh masa singkat. Alhamdulillah... Moga semangat ni terus berkekalan hingga sudah yang sepatutnya.

Ada gambar sikit buat cuci mata.

 ~ Kirah, amn and Syazatty =) ~

 ~ Dengan para ahli perbarisan umah Indera ~

 ~ Come dok ?? Syazatty kabo gambo ni come. Haha ~  ^_^

 ~ Sebelum masuk ke padang ~


 ~ Mahkota nombor 635 ~

 ~ My medal for acara lontar peluru =) ~

~ Lepak bawah pokok dengan angin yang berderu memang mendamaikan perasaan ~


Cikgu, rezeki saya masih lagi di bumi terengganu =) i'm very happy with my new life now.



Tiada ulasan: