Sabtu, 18 Ogos 2012

Iftar Sarang Geng =)

Assalamualaikum....

Citer sikit.

Petang semalam ada iftar dengan geng2 sarang di food court giant. Riangnya hati tidak terperi bila dapat bersua dan jumpa balik teman2 seperjuangan dulu. How much i miss them ! Sayang ummi dengan aqilah tak dapat turut serta. Setakat ni tak penah sekali pun geng kita cukup kan. Agak2 bila tu boleh cukupkan korum ? =D

Sementara tunggu berbuka tu sembang2 lah dulu. Macam2 cerita dah kuar especially cerita tentang kehidupan masing2 di tempat baru. Seronok gila aku dengar pengalaman azhar, faris dengan syapik. Yelah belajar, jadi anak rantau di tempat orang. A little bit jealous di situ. HEHE.

Ingatkan jumpa bolehlaa plan untuk raya nikan, nak konvoi raya ke mana nanti tapi masing2 nampak cam bingung je. Maklum larr, masing2 sibuk duk fikir pasal test la, assigment laa, kuiz laa... aku plak dengan zaty and rafi pening duk fikir pasal homework dengan exam lagi. HUHU. Rasa macam dok cukup je seminggu raya, HAHA. Beri paha lagi mau betis. HOHO. Ohh ye, sekarang budak PraU SMKSS sibuk dengan exam selaras. Masih ada 1 paper lagi belum jawab. Ye tak ye raya tahun ni tak beraya mana laaa kitaorang, asyik dengan buku je. Tapi 3 hari cuti ni buku langsung tak tersentuh, elok je tersimpan erat dalam beg, macam mana tuh ?? Sendiri jawab, HEHE.

Oke, selepas berbuka..aku dengan capik azhar and faris gerak ke giant dulu. Yes, 3 boys 1 girl. Huhukk, i trust them, insyallah tade pape yang buruk jadi kat aku. Temankan diaorang cari baju raya. Mentang2 dah belajar jauh sampai baju raya pun tak sompat nak beli, ish3....ada2 je mereka tu.

Tup2 terserempak dengan cikgu sekolah lama. Ringan je mulut aku gi panggil cikgu. Boleh tahan laa jugak kena perli di beliau. HAHA.
Lepas tu gerak gi arkib. Kalu ada rafi mesti dah excited mamat tu nak join sama. Aku capik and azhar, main game racing car ! Perghh 2x main 2x gak aku kalassshh, Hampeh betul ! Tapi seronok ar, teringat dulu2, zaman turki jahiliyah, tension je ngan sekolah mesti gi arkib lepas perasaan dengan perabihkan duit main game ! Kalau tak dengan mamat2 tu mesti gi sorang je. Tapi tulah yang seronok, lepas gak tension tu !

Actually tak puas berjalan dengan intan and zatty tapi itulah....raya2 jugak tapi dok bolehlaa terlalu leka. Bagus budaknya, terawih tak pernah tinggal. Tak macam aku, start exam hari tu terus aku dok pegi, fokus sangat pada studi, exam tah pape gak. Upsss. HAHA. 

Oklaaa, anyway..i'm so happy today. Hope we will get any another opportunity to see each other. Geng nilah geng yang paling aku sayang seumur hidup aku. Tanpa dieorang for sure hidup aku sepi. Suka duka sakit hati riang ria dengan geng2 nilah. They are important too much for me after my parent and her. So, raya kelima ni plan nak gi mesra mall ramai2. Hope menjadilah ye...

There're some pictures about the iftar that day








Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat hari raya selamat hari rayyyaaaaa !!

Assalamualaikum....

 

Lagi satu hari setengah lagi nak raya !! Are you have done prepare for Raya ?? Saya sudah!! Hip hip horee !! Haha... sukanya bila nak berhari raya. Tapi rasa sedih tu tetap ada sebab ramadhan bakal pergi lagi lepas ni. Masih adakah kesempatan untukku bertemu dengannya tahun hadapan ? Moga Allah panjangkan umur untuk terus beribadat padanya, amin.

Saat2 berpuasa di bulan ramadhan kat hostel memang takkan aku lupakan. Berbuka dengan roomates, terawikh kat surau sekolah, sahur yang kekadang lupa nak bangun sebab tidur lambat, hehe, bergelap hamper dua jam kat sana, buat cornflakes madu senyap2 dalam bilik (shuhhh), dengan macam2 benda2 baru  aku dapat rasa bila aku di sana. Cuma satu je aku tak sempat buat. Gi bazar dengan kakak2 roomate :'( Mungkin tahun depan aku dah tak dapat rasa suasana meriah, riang gini kat sana. =(
 Satu pengalaman yang amat seronok aku dapat rasakan. 

Sepanjang bulan puasa baru semalam aku berkesempatan berbuka puasa dengan ex classmate 5 Farabi SMK Dato' Razali Ismail. Seronok gila. Macam2 perubahan yang berlaku pada teman2 aku selama 4 bulan tidak ketemu. Masing2 sudah mula bisa membiasakan diri dengan kehidupan baru. Seronok dengan gelaran budak U, budak Matrik dan sebagainya. Aku pun tumpang gembira, teman2. Melihatkan perubahan mereka, membuatkan aku berfikir sejenak akan sesuatu. Apakah aku juga turut alami sebarang perubahan ? HUHU.. Iftar semalam tak lama sebab masing2 bergegas nak balik, tak sempat nak bual panjang2 lagipun kitaorang berbuka kat tepi pantai. Masyukk oo.. HEHE
Masihkan ada peluang untuk kita berjumpa lagi ?

Yes, petang ni dapat kumpul balik dengan kawan2 GENG SARANG ! wuhuuu. Bestfriends yang paling2 aku sayang ni. Tak sabar nak jumpa faris, azhar, capik dan qilah yang belajar jauh2 tu. Ada jumpa tapi sekejap je, tak puas nak bersembang. Lepas tu plan nak pegi jalan2, tengok2 apa yang ada. Ada yang berkenan, rembat. HAHA. Aku tak ah kut sebab semua dah ada. Raya tahun ni biasa2 je, bersederhana.

Sebut pasal raya.. geng, tahun ni kita nak start konvoi raya ke berapa ? Tahun ni nak raya puas2 sebab tak perlu kerja macam tahun lepas. HIHI. Teringin nak jumpa guru2 sekolah lama. Tapi raya ketiga, jadual raya macam dah pack je nak gi beraya umah cikgu2 dan kawan2 SS. Rasa macam raya seminggu macam tak cukup je. HEHE..
Masih boleh dapat duit raya lagi kan2 ?? HIHI.. =D

wuuu...gambar tak cantekk aa, tak reti edit maa T_T
Oklaaa, oleh itu di sini, saya nor anifa mohd noor ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini (huhu, ucapan yg selalu didengar)

~ Keluarga, sanak saudara, rakan2, roomates yang tercinta, maaf dipinta ~
~ Guru2 dan teman SK Tengku Bariah (01-06) ~
~ Guru2 dan teman SMK Dato' Razali Ismail (07-11) ~
~ Guru2 dan kawan2 SMK Sultan Sulaiman (12-13)  ~

Moga raya kali ini beri seribu makna kepada kita semua. Mohon maaf dipinta kira ada khilaf pada diri ini, terkasar bahasa tertinggi suara dan sewaktu dengannya. Kekadang diri ini tak sengaja ingin melukai dan menyakiti hati insan2 yang dikasihi. Banyak kekhilafan pada diriku. Ampunkanlah segala dosa2 yang telah dibuat. Janganlah disimpan dendam di dalam hati. Moga allah memberkati ukhwah kita semua sesama saudara islam. InsyaAllah..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Complicated mind betul !

Assalamualaikum...

I'm home !!!! But for two days only :'( Never mind, its ok to be far from family. Taking care of myself. Cop! Ni bukan jurnal muet lorh nak ber-speaking. HAHA. Sebut pasal muet, i have to settle down 20 more entries lorh for my diary. Aiseymen. Tapi ok laa teacher muet tak suruh buat blog for diari macam kawan aku kat matrik tu. Sir muet dia lagi dasyat. HAHA. Oklaa...

Hey..ini cerita tentang aku. A teen with a complicated mind. Yes, sangat2. Baruku sedar. Hahaa...

Now, everyone has their own way to live. Including me also. Aduhh, aku dah terlekat dengan bahasa asing nih. Ishh... Ohh, hari-hari aku di hostel ? Alhamdulillah, getting better. Tahun ni tahun pertama aku berpuasa di hostel dengan kawan2. Actually bukan dengan kawan tapi dengan senior2 aku. Kakak2 upper6. Seriously, aku lebih rapat dengan mereka than kawan sebaya aku. Mungkin disebabkan kitaorang roomates ? Syukur sebab all of them semua baik2 dengan aku. Yes, sometime peeps can't go with me. The way i act. The way i'm thinking. Huhu. Berpuasa jauh dari family, memang rasa lain. Ni pertama kali dalam hidup aku tapi mujurlah tiap minggu boleh balik so kekadang bolehlah berbuka dengan umi dan abah. Kekadang rasa seronok tinggal di hostel dah rasa cam taknak balik je bila tiba hari minggu. HEHE

Rakan2 sebaya aku mostly geng sarang yang belajar jauh2 sekarang pun mesti excited berpuasa sebagai orang rantau. Yelah, berpuasa di tempat orang lagi jauh dari family. Mesti tak sabar2 dah nak balik kampung. Dari Perlis, KL, Negeri9 dengan Hulu trg. Bila kita boleh kumpul balik cam tahun sudah ye ? There would be many stories between us. I'm waiting for you guys here.

I have change a lot. Sangat2. Even i'm not as happy as before but it's oke for me to get through the day. Keep independent. 24hours masa aku banyak dengan buku. the way i study, kalau aku buat tahun lepas for sure boleh straight A. Struggle gila kut. HAHA. Aku banyak berfikir so untuk elakkan dari terus berfikir baik aku betul2 fokus pada buku. Aku dah cakap pemikiran aku susah nak dijangka. Syukur dengan pengalaman lepas yang banyak menyedarkan aku. Life is not easy. Life is a game. I'm the player in my own game. Win or lost ?

Apa lagi? fikiran aku penuh dengan benda-benda sampah.

Terlintas gak di fikiran ni kekadang...kalau aku tak dapat teruskan apa yang aku nak, so apa perlu aku buat. Kena ada back up plan kan? Belajar sejarah memang best tapi betul juga bila ada yang bertanya nak kerja apa dengan subjek sejarah semata2? Ok, fine...ketepikan tu dulu. Eh, kejap. Bukan ke rezeki tu Allah dah tetapkan? Bukan ke aku tak kesah dengan semua tu. Bukan ke aku yakin bahawa akan ada tempat untuk aku asalkan aku berusaha dan selepas tu tawakal? Mana pergi kata-kata tu ? Haishh, melencong jugak. Ok, stop ot. Just terus belajar. get the best pointer. As what my friend said, beat all the students, get the highest mark. then, semua benda boleh jadi. Insyallah..



~ gambar yang aku edit bersama dengan roomates. They all best. No more lonely. =D ~


Ohh...i'm so glad to know that my friend is happy with his new life at there now. I hope he never come back the way he used to be before.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kisah Iblis Bertemu Rasulullah

UNTUK MUSLIM SEJATI TOLONG BAGI 10 MINIT JE BACE NIE...!! SILA SHARE..

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 63