Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat hari raya selamat hari rayyyaaaaa !!

Assalamualaikum....

 

Lagi satu hari setengah lagi nak raya !! Are you have done prepare for Raya ?? Saya sudah!! Hip hip horee !! Haha... sukanya bila nak berhari raya. Tapi rasa sedih tu tetap ada sebab ramadhan bakal pergi lagi lepas ni. Masih adakah kesempatan untukku bertemu dengannya tahun hadapan ? Moga Allah panjangkan umur untuk terus beribadat padanya, amin.

Saat2 berpuasa di bulan ramadhan kat hostel memang takkan aku lupakan. Berbuka dengan roomates, terawikh kat surau sekolah, sahur yang kekadang lupa nak bangun sebab tidur lambat, hehe, bergelap hamper dua jam kat sana, buat cornflakes madu senyap2 dalam bilik (shuhhh), dengan macam2 benda2 baru  aku dapat rasa bila aku di sana. Cuma satu je aku tak sempat buat. Gi bazar dengan kakak2 roomate :'( Mungkin tahun depan aku dah tak dapat rasa suasana meriah, riang gini kat sana. =(
 Satu pengalaman yang amat seronok aku dapat rasakan. 

Sepanjang bulan puasa baru semalam aku berkesempatan berbuka puasa dengan ex classmate 5 Farabi SMK Dato' Razali Ismail. Seronok gila. Macam2 perubahan yang berlaku pada teman2 aku selama 4 bulan tidak ketemu. Masing2 sudah mula bisa membiasakan diri dengan kehidupan baru. Seronok dengan gelaran budak U, budak Matrik dan sebagainya. Aku pun tumpang gembira, teman2. Melihatkan perubahan mereka, membuatkan aku berfikir sejenak akan sesuatu. Apakah aku juga turut alami sebarang perubahan ? HUHU.. Iftar semalam tak lama sebab masing2 bergegas nak balik, tak sempat nak bual panjang2 lagipun kitaorang berbuka kat tepi pantai. Masyukk oo.. HEHE
Masihkan ada peluang untuk kita berjumpa lagi ?

Yes, petang ni dapat kumpul balik dengan kawan2 GENG SARANG ! wuhuuu. Bestfriends yang paling2 aku sayang ni. Tak sabar nak jumpa faris, azhar, capik dan qilah yang belajar jauh2 tu. Ada jumpa tapi sekejap je, tak puas nak bersembang. Lepas tu plan nak pegi jalan2, tengok2 apa yang ada. Ada yang berkenan, rembat. HAHA. Aku tak ah kut sebab semua dah ada. Raya tahun ni biasa2 je, bersederhana.

Sebut pasal raya.. geng, tahun ni kita nak start konvoi raya ke berapa ? Tahun ni nak raya puas2 sebab tak perlu kerja macam tahun lepas. HIHI. Teringin nak jumpa guru2 sekolah lama. Tapi raya ketiga, jadual raya macam dah pack je nak gi beraya umah cikgu2 dan kawan2 SS. Rasa macam raya seminggu macam tak cukup je. HEHE..
Masih boleh dapat duit raya lagi kan2 ?? HIHI.. =D

wuuu...gambar tak cantekk aa, tak reti edit maa T_T
Oklaaa, oleh itu di sini, saya nor anifa mohd noor ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini (huhu, ucapan yg selalu didengar)

~ Keluarga, sanak saudara, rakan2, roomates yang tercinta, maaf dipinta ~
~ Guru2 dan teman SK Tengku Bariah (01-06) ~
~ Guru2 dan teman SMK Dato' Razali Ismail (07-11) ~
~ Guru2 dan kawan2 SMK Sultan Sulaiman (12-13)  ~

Moga raya kali ini beri seribu makna kepada kita semua. Mohon maaf dipinta kira ada khilaf pada diri ini, terkasar bahasa tertinggi suara dan sewaktu dengannya. Kekadang diri ini tak sengaja ingin melukai dan menyakiti hati insan2 yang dikasihi. Banyak kekhilafan pada diriku. Ampunkanlah segala dosa2 yang telah dibuat. Janganlah disimpan dendam di dalam hati. Moga allah memberkati ukhwah kita semua sesama saudara islam. InsyaAllah..

Tiada ulasan: