Selasa, 5 Februari 2013

Khas buat ayahnda Nazaraly

Assalamualaikum...

Entry ni khas aku buat untuk seorang insan yang amat aku sanjungi dan hormati for the rest of my life. 

Cikgu Nazaraly Mohd Yusoff. Beliau guru kaunselor di sekolah lama aku. Hurm, mencari ayat sebagai tanda aku menghargainya selain terus mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan beliau.
Cikgu pernah jadi guru sejarah aku. Tak lama. Tak sampai setahun. Masa tu aku form3. Tapi dulu aku paling geram dengan cikgu ni sebab selalu je 'kepok' atau sekeh kepala aku. Dah memang trademark beliau. Satu2 nya cikgu yang suka buat macam tu. Tapi sepanjang aku duk sekolah tu tak pernah lagi aku dengar student merungut bila cikgu buat gitu, abis2 "sakit ah, cikgu !" Hahahaa... Tulah cikgu Naza.

Guru yang pernah buat aku geram tulah sekarang ni antara guru yang paling rapat dan kemceng dengan aku sejak form4 lagi. Form3 tu dulu tak berapa rapat lagi. Dia aku dah anggap macam bapa, ayah aku sendiri dah. Aku tak pernah rapat dengan mana2 cikgu lelaki seperti mana aku rapat dengan beliau. Setiap prob aku, aku share dengan dia tak kiralah hal belajar ke atau masalah2 lain. Lagi rapat bila aku berkawan dengan geng2 PRS ezzaty, ummi, qilah dengan yang lain2. Aku banyak habiskan masa aku kat bilik kaunseling masa form5. Dari situ aku rasa makin rapat dengan cikgu kaunselor cikgu naza dan cikgu norasiah.

Takde apa yang dapat aku katakan melainkan rasa syukur sebab aku dapat mengenali seorang insan yang sangat memahami sepertinya. Kata2 semangat dan dorongan tak pernah2 putus buat aku. Di saat aku jatuh, dia antara salah seorang yang banyak membantu aku, dalam ramai2 dialah yang sanggup mempertahankan aku. Terima kasih cikgu, jasa baik cikgu takkan saya lupakan sampai bila2. 

Serius aku cakap aku sedih bila dapat tau cikgu bertukar ke smk sif. Rasa separuh lagi semangat aku pergi. Pergi tah ke mana. Mana taknya, dah takde sapelah lagi yang boleh jadi tempat aku bergurau, share pendapat, cerita macam2 lepas ni. Kalau aku ke smkdri pun...rasa macam dah takde apa di sana. Dah tak bermakna lagi. Semuanya tinggal kenangan. Aku masih ingat kata2 cikgu naza dulu sewaktu aku meluahkan rasa tidak senang hati untuk tinggalkan smkdri "buat apa nak stay lama2 kat sini, tak berkembang langsung". Waktu tu aku tak faham maksud cikgu, tapi sekarang aku dah mula mengerti. Terima kasih sekali lagi cikgu.

Aku harap sangat lepas ni aku tak lost contact dengan cikgu naza. Cikgu berharap aku jadi salah seorang mahasiswi di UKM atau UM satu hari nanti. Insyallah, aku akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik. Kata2 nasihat dari cikgu naza aku takkan pernah lupakan terutama kata2 nya tentang ni "nifa, bila awak dah berjaya nanti, gilah jumpa dengan dia. Jangan lupakan dia". Walaupun aku terkejut dengan pesanannya tapi aku faham maksudnya. Insyallah, aku takkan lupakan tu. 


~ nilah satu2nya gambar aku dengan cikgu naza. Gambar diambil masa raya 2011, form5 masa ni ~

Terima kasih sekali lagi cikgu sebab buat saya rasa macam saya ni anak cikgu. Menasihati, berpesan seolah2 seorang bapa berpesan, menasihati anaknya. Sampai kita ketemu lagi. Doa saya selalu mengiringi cikgu sekeluarga :')

Luahan Hati Seorang Sahabat

Assalamualaikum..

Luahan hati dari seorang sahabat.


Selama mana blog aku ni takde entry yang menyedihkan, selama tulah aku tak melalui hari2 sedih. Bukannya tak langsung tapi aku masih mampu mengawalnya. Aku hanya mampu meluahkan di sini bila aku rasa sukar sangat untuk aku luahkan pada sesiapa pun termasuk umi dan abah. Beban perasaan adakala perlu dilepas.

Pertama sekali, aku mohon maaf atas segala kesilapan aku. Aku tau aku sendiri pun banyak silapnya. Yer aku tau. Tapi aku sedaya upaya cuba menjaga hati setiap orang agar mereka tak terluka atau tersinggung kerana aku. Aku cuba meskipun aku tak berdaya. :'(

Aku cuma terkilan...
Aku bukanlah seorang yang sensitif sangat pun. Aku bisa menerima teguran. Aku bisa menerima gurauan meskipun aku ada kalanya aku tak suka dengan gurauan tersebut. Tapi aku tetap buat tak kisah sebab aku taknak orang di luar sana fikir aku ini seorang yang mudah tersinggung. Aku tak.

Tapi, aku rasa gurauan yang melibatkan masa silam tu tak patut dijadikan satu gurauan. Aku bukannya sentap atau apa pun. Aku cuma tak suka. Setiap perkara ada hadnya. Aku diam bukan bermakna aku menerima belaka cuma aku malas nak keruhkan keadaan. Tapi  mereka seolah2 tak faham dengan kebisuan aku.

Aku tau perkara silam aku tu satu tragedi yang tak patut dilakukan oleh seorang pelajar atau apa pun lah. Aku dah menyesali. Aku mungkin tak dapat melupakan meskipun aku mencuba setiap masa. Tapi aku cuba jalani hidup aku dengan penuh pengajaran. Jalani hidup aku dengan penuh semangat, ketenangan, ceria. Tak perlulah nak hukum aku dengan perkara silam, dengan kesilapan lampau aku. Every each person makes mistake. Including me !

Aku tenang di sini. Demi Allah. Sahabat, fahamlah, sometime ada perkara kita tak boleh bawa bergurau lebih2 lagi bila melibatkan aib seseorang. Aku sayang semua sahabat aku. Disebabkan tu aku biarkan je hati aku terluka pun. Kekadang. Hurm. 

Aku kecewa sangat bila kenangan2 aku dulu dengan dia satu persatu hilang. Kenangan tulah menjadi penguat aku hingga sekarang. Menjadikan aku bersemangat dari hari ke hari. Tapi tu semua semakin lama semakin hilang pudarnya. Ok, aku memahami lumrah kehidupannya sebegitu. Aku tak boleh cepat melatah. Terima dengan hati terbuka. Itu semua satu pinjaman dari Allah.  Dan alhamdulillah aku bisa menerima dengan baik walaupun ada rasa terkilan.  Aku percaya lama2 rasa itu akan turut menghilang juga bersama arus masa. Aku hanya menanti detik itu. Sepanjang waktu itu, aku akan berusaha lebih keras untuk teruskan semua ni. Insyallah aku takkan mudah goyah lagi seperti sebelum ni. 

Aku bersyukur dengan takdir Allah. Menjadikan aku lebih matang. :')

 



 

Book Fair n OFC MMA 2013

Assalamualaikum...


Perjalanan seribu batu membawa pengalaman bererti

Weekend baru ni aku ditemani kawan baik aku suha ke pesta buku 1Malaysia di PWTC. Lastly setelah lama merancang, plan kitaorang menjadi walau pada awalnya kitaorang plan nak naik bas je ke KL, berdua. Tapi disebabkan abah sanggup amik cuti semata2  nak bawak anak dia pi pesta buku, aku pun biarkan je abah and ummi ikut sama ke KL. Sebenarnya aku cuba nak belajar berdikari. Aku tak suka orang cakap aku nih anak manja, bunyinya macam aku tak boleh nak berdiri sendiri. Tapi aku faham kalau umi dengan abah bimbangkan aku, yelah KL tu bukan tempat aku. Kalau Terengganu ni lain lah kan. Oke. 

Macam yang dikata, aku agak sedikit terkilan sebab sampai sekarang baucer buku masih tak dapat2 lagi. Jadi abah sanggup huluqkan duit dia dulu untuk aku belanjakan masa kat pesta buku nanti. Yes, beruntung aku dapat bapa macam abah. Nilah salah satu cara untuk memupuk minat membaca anak-anak. Parent have to buy some books or take their child to book fair or library. Syukur sebab abah memang memahami minat aku dan tak pernah menghalang. HUHU :’)
Sampai KL, aku tak benarkan abah dgn ummi ikut dah. Lagipun umi tak sihat time tu tak tergamak gak aku nak ajak umi jalan2 naik kenderaan awam kan. So, dari jalan duta kitaorang naik teksi terus ke PWTC. Syukurlah sebab aku ada kawan yang boleh tunjukkan arah kalau tak terkial2 jugak aku nak cari jalan sampai ke pwtc walaupun tempat tu taklah jauh mana dari umah mak sedare aku kt jln duta. Kitaorang sampai terlalu awal, so take time gi jalan2 dalam the mall cari breakfast dulu.

 
 ~ gambar tak clear sangat ~

Lepas breakfast, area pukul 10 kitaorang gerak masuk pwtc, orang tak ramai lagi masa tu. Ohh pesta buku tu start dari 30 Jan sampai 3 feb, antara pesta buku yang terbesar jugak. Aku buat plan nak ke pesta buku ni sebelum start sekolah lagi. Jadi bila dapat pergi memang rasa puas hati sangat2. HEHE. So, berbekalkan duit yang abah bagi, banyak jugaklah buku yang dapat aku beli sebab ada diskaun hingga 80% tu…siap kalau novel2 lama dia lelong rm5 jerk. Ish3..dan berbaloi sangat !



 ~ Antara buku2 yang jadi pilihan aku ~

~ One of them ~

Hala ke tengahari orang makin ramai, aku pun dah naik kejang kaki berjalan je, memang tak puas. Rambang mata tengok buku ! Tapi tulah, tak larat dah dari pagi stay kat situ. Berasak2 lagi. Makin lama duk kat situ makin banyak pulus yang keluar. Kang naye tak boleh balik ! HAHA

~ Di pameran Laksamana Hang Tuah, bersebelahan pesta buku ~
 

 ~ KTM Putra ~

Lepas puas pusing2 kat pwtc, kawan aku, suha ajak aku pi midvalley. Oke, aku agak excited masa tu sebab aku tak pernah2 pergi lg seumur hidup aku. Dari stesen ktm putra kitaorang ke midvalley. Pun excited masa ni sebab dapat naik ktm. HAHA *macam budak darat pun ada. Nak buat camne, masa aku mula2 naik dulu, ktm tu buruk sangat2. Bukan macam sekarang ni haa. Aku teruja sebab masa nilah aku nak belajar guna kemudahan awam gini, at least lepas ni kalau aku ke kl lagi, nak ke mana2 no need nak susahkan orang lain. Lagipun naik Ktm jauh lagi murah dari teksi. Rilek pun rilek. Once again, thanks to my friend sebab sudi bawak aku naik benda alah ni. HAHA

Di mid, pusing2 lastly buang masa tengok wayang. Lama kut tak tengok wayang. Tiket bolehlah tahan. Kitaorang tengok movie thriller kot. “Hanzel and Gretel the witch hunter”. Cite ni memang best. Dahlar 4D, serius memang terasa tegang gak bulu roma nih. HAHA. Malam baru kitaorang balik dari mid ke Kl sentral ke putra naik KTM. Kaki aku berapa kali kut kejang masa tu. Tahankan jelah.  Penat tu memang tak terkata.


~ Hanzel and gretel the witch hunter ~

Next day, kitaorang just habiskan masa kat umah je sebab umi, abah n nde zai keluar pi berurut and cari makanan kucing. Ok, tersangatlah letih. Tidur je keje. Plan nak balik petang sabtu terus tapi tah camne cancel balik pagi ahad je. So apa lagi, amik peluang keluar lah pusing2. Berdua lagi. Ahad tu, abang aku ada game di stadium bukit jalil. Aku teringin sangat nak tengok dia fight. Ok, He performed for MMA, One Fighter Championship “The Return of Warriors”. That was his first time joined that fight. So, in the same time, aku nak bagi support lah. Aku tau, aku taklah berapa tahu sangat pasal fight2 ni even dulu memang aku minat gile tengok WWE. HAHA. Tu masa kecik2, zaman2 tadika lah. Sekarang dok tengok dah.

Jadi, aku buat keputusan berani mati untuk gi jugak stadium bkt jalil utk bagi support. Sorry umi, abah tak bagitau. *takut. HUHU. Ni kali first and the last aku buat keje gila. Jauhhh kut jln duta dengan bukit jalil tuh ! But..thanks again kat suha sebab dia nak temankan aku bagi support kat abang aku. Huhu, too appreciate.  Jadi dari segambut, amik ktm ke Bandar tasik selatan. Lepas tu amik lrt ke stadium bkt jalil.

~ Di Bandar Tasik Selatan ~ 


 ~ Nasuha ~

Sayangnya kitaorang buat plan last minit jadi aku tak sempat tengok abang aku fight kali ni. Sedikit keciwa. Nak buat camne kan. At least aku dapat jumpa abang aku sebelum balik trg pun dah cukup bagus. First time aku tengok muka abang aku berbenjol, mata lebam kena tumbuk lepas bengkak sana sini, Oke..agak serum jugak masa tu. Eventhough he not won that night but I am always proud of him. Semua orang yang sokong abg aku tiap kali jumpa mesti peluk abg aku dan kata2 semangat tuk dia tak pernah2 putus diberikan. Dan aku bangga. Takdelah yang nak kritik dia ke apa ke melainkan bagi semangat kat dia. And I hope he knows that, even I was not in the list but I always supporting him no matter what happen, anytime anywhere. 





 ~ Semua supporters dia pakai t-shirt ni malam tu ~

  Tak sangka aku dapat tengok orang fight dalam cage betul2 depan mata. Macam aku cakap, aku cuma tengok dalam WWE je sebelum ni. Heh.

So, weekend kali ni aku anggap satu pengembaraan baru bagi aku sebab aku baru mula nak belajar kenal kemudahan awam semua tu. At least lepas ni turun je dari bas kat stesen bas putra aku dah tau hala tuju aku mula2 sekali camne. Tak lah kena cekik darah je di pakcik2 yang bawak teksi tu. Ada ke patut tambang dari putra ke bukit jalil, rm30 ?? Mahal nak mampus ! Dahlar bawak teksi tak pakai meter langsung. Haprak betul.  Walau pe pun tak rugi perjalanan aku kali ni walaupun aku tersangatlah fed up duk dalam kereta lama2. HAHA.

Balik je bawak umi gi mengurut, alih2 tu urut kaki aku selalu sebab tersangatlah sakit kaki ni bila nak berjalan. Sekali, hambek kau…kena balut lagi. Tukang urut tu cakap kaki aku tak baik lagi mana boleh banyak berjalan. Teruk gak rupanya kaki aku terseliuh urat sendi kali ni. Patutlah pijak sikit sakit. Tulah jalan sakan sangat. Dalam sakit2 pun paksa lagi ke kaki tu suh berjalan kan tak pepasal abah umi dengan tukang2 urut tu sekali bising. HAHA. Takpelah, at least berbaloi..


But, firstly sorry kat kekawan kelas sebab tak dapat sambut maulud bersama. Masalah teknikal. Takpelah kita tak menang sekalipun asalkan hubungan persahabatan biar jadi lebih rapat dek kerana kerjasama sesame kita k? Sorry again.