Selasa, 5 Februari 2013

Book Fair n OFC MMA 2013

Assalamualaikum...


Perjalanan seribu batu membawa pengalaman bererti

Weekend baru ni aku ditemani kawan baik aku suha ke pesta buku 1Malaysia di PWTC. Lastly setelah lama merancang, plan kitaorang menjadi walau pada awalnya kitaorang plan nak naik bas je ke KL, berdua. Tapi disebabkan abah sanggup amik cuti semata2  nak bawak anak dia pi pesta buku, aku pun biarkan je abah and ummi ikut sama ke KL. Sebenarnya aku cuba nak belajar berdikari. Aku tak suka orang cakap aku nih anak manja, bunyinya macam aku tak boleh nak berdiri sendiri. Tapi aku faham kalau umi dengan abah bimbangkan aku, yelah KL tu bukan tempat aku. Kalau Terengganu ni lain lah kan. Oke. 

Macam yang dikata, aku agak sedikit terkilan sebab sampai sekarang baucer buku masih tak dapat2 lagi. Jadi abah sanggup huluqkan duit dia dulu untuk aku belanjakan masa kat pesta buku nanti. Yes, beruntung aku dapat bapa macam abah. Nilah salah satu cara untuk memupuk minat membaca anak-anak. Parent have to buy some books or take their child to book fair or library. Syukur sebab abah memang memahami minat aku dan tak pernah menghalang. HUHU :’)
Sampai KL, aku tak benarkan abah dgn ummi ikut dah. Lagipun umi tak sihat time tu tak tergamak gak aku nak ajak umi jalan2 naik kenderaan awam kan. So, dari jalan duta kitaorang naik teksi terus ke PWTC. Syukurlah sebab aku ada kawan yang boleh tunjukkan arah kalau tak terkial2 jugak aku nak cari jalan sampai ke pwtc walaupun tempat tu taklah jauh mana dari umah mak sedare aku kt jln duta. Kitaorang sampai terlalu awal, so take time gi jalan2 dalam the mall cari breakfast dulu.

 
 ~ gambar tak clear sangat ~

Lepas breakfast, area pukul 10 kitaorang gerak masuk pwtc, orang tak ramai lagi masa tu. Ohh pesta buku tu start dari 30 Jan sampai 3 feb, antara pesta buku yang terbesar jugak. Aku buat plan nak ke pesta buku ni sebelum start sekolah lagi. Jadi bila dapat pergi memang rasa puas hati sangat2. HEHE. So, berbekalkan duit yang abah bagi, banyak jugaklah buku yang dapat aku beli sebab ada diskaun hingga 80% tu…siap kalau novel2 lama dia lelong rm5 jerk. Ish3..dan berbaloi sangat !



 ~ Antara buku2 yang jadi pilihan aku ~

~ One of them ~

Hala ke tengahari orang makin ramai, aku pun dah naik kejang kaki berjalan je, memang tak puas. Rambang mata tengok buku ! Tapi tulah, tak larat dah dari pagi stay kat situ. Berasak2 lagi. Makin lama duk kat situ makin banyak pulus yang keluar. Kang naye tak boleh balik ! HAHA

~ Di pameran Laksamana Hang Tuah, bersebelahan pesta buku ~
 

 ~ KTM Putra ~

Lepas puas pusing2 kat pwtc, kawan aku, suha ajak aku pi midvalley. Oke, aku agak excited masa tu sebab aku tak pernah2 pergi lg seumur hidup aku. Dari stesen ktm putra kitaorang ke midvalley. Pun excited masa ni sebab dapat naik ktm. HAHA *macam budak darat pun ada. Nak buat camne, masa aku mula2 naik dulu, ktm tu buruk sangat2. Bukan macam sekarang ni haa. Aku teruja sebab masa nilah aku nak belajar guna kemudahan awam gini, at least lepas ni kalau aku ke kl lagi, nak ke mana2 no need nak susahkan orang lain. Lagipun naik Ktm jauh lagi murah dari teksi. Rilek pun rilek. Once again, thanks to my friend sebab sudi bawak aku naik benda alah ni. HAHA

Di mid, pusing2 lastly buang masa tengok wayang. Lama kut tak tengok wayang. Tiket bolehlah tahan. Kitaorang tengok movie thriller kot. “Hanzel and Gretel the witch hunter”. Cite ni memang best. Dahlar 4D, serius memang terasa tegang gak bulu roma nih. HAHA. Malam baru kitaorang balik dari mid ke Kl sentral ke putra naik KTM. Kaki aku berapa kali kut kejang masa tu. Tahankan jelah.  Penat tu memang tak terkata.


~ Hanzel and gretel the witch hunter ~

Next day, kitaorang just habiskan masa kat umah je sebab umi, abah n nde zai keluar pi berurut and cari makanan kucing. Ok, tersangatlah letih. Tidur je keje. Plan nak balik petang sabtu terus tapi tah camne cancel balik pagi ahad je. So apa lagi, amik peluang keluar lah pusing2. Berdua lagi. Ahad tu, abang aku ada game di stadium bukit jalil. Aku teringin sangat nak tengok dia fight. Ok, He performed for MMA, One Fighter Championship “The Return of Warriors”. That was his first time joined that fight. So, in the same time, aku nak bagi support lah. Aku tau, aku taklah berapa tahu sangat pasal fight2 ni even dulu memang aku minat gile tengok WWE. HAHA. Tu masa kecik2, zaman2 tadika lah. Sekarang dok tengok dah.

Jadi, aku buat keputusan berani mati untuk gi jugak stadium bkt jalil utk bagi support. Sorry umi, abah tak bagitau. *takut. HUHU. Ni kali first and the last aku buat keje gila. Jauhhh kut jln duta dengan bukit jalil tuh ! But..thanks again kat suha sebab dia nak temankan aku bagi support kat abang aku. Huhu, too appreciate.  Jadi dari segambut, amik ktm ke Bandar tasik selatan. Lepas tu amik lrt ke stadium bkt jalil.

~ Di Bandar Tasik Selatan ~ 


 ~ Nasuha ~

Sayangnya kitaorang buat plan last minit jadi aku tak sempat tengok abang aku fight kali ni. Sedikit keciwa. Nak buat camne kan. At least aku dapat jumpa abang aku sebelum balik trg pun dah cukup bagus. First time aku tengok muka abang aku berbenjol, mata lebam kena tumbuk lepas bengkak sana sini, Oke..agak serum jugak masa tu. Eventhough he not won that night but I am always proud of him. Semua orang yang sokong abg aku tiap kali jumpa mesti peluk abg aku dan kata2 semangat tuk dia tak pernah2 putus diberikan. Dan aku bangga. Takdelah yang nak kritik dia ke apa ke melainkan bagi semangat kat dia. And I hope he knows that, even I was not in the list but I always supporting him no matter what happen, anytime anywhere. 





 ~ Semua supporters dia pakai t-shirt ni malam tu ~

  Tak sangka aku dapat tengok orang fight dalam cage betul2 depan mata. Macam aku cakap, aku cuma tengok dalam WWE je sebelum ni. Heh.

So, weekend kali ni aku anggap satu pengembaraan baru bagi aku sebab aku baru mula nak belajar kenal kemudahan awam semua tu. At least lepas ni turun je dari bas kat stesen bas putra aku dah tau hala tuju aku mula2 sekali camne. Tak lah kena cekik darah je di pakcik2 yang bawak teksi tu. Ada ke patut tambang dari putra ke bukit jalil, rm30 ?? Mahal nak mampus ! Dahlar bawak teksi tak pakai meter langsung. Haprak betul.  Walau pe pun tak rugi perjalanan aku kali ni walaupun aku tersangatlah fed up duk dalam kereta lama2. HAHA.

Balik je bawak umi gi mengurut, alih2 tu urut kaki aku selalu sebab tersangatlah sakit kaki ni bila nak berjalan. Sekali, hambek kau…kena balut lagi. Tukang urut tu cakap kaki aku tak baik lagi mana boleh banyak berjalan. Teruk gak rupanya kaki aku terseliuh urat sendi kali ni. Patutlah pijak sikit sakit. Tulah jalan sakan sangat. Dalam sakit2 pun paksa lagi ke kaki tu suh berjalan kan tak pepasal abah umi dengan tukang2 urut tu sekali bising. HAHA. Takpelah, at least berbaloi..


But, firstly sorry kat kekawan kelas sebab tak dapat sambut maulud bersama. Masalah teknikal. Takpelah kita tak menang sekalipun asalkan hubungan persahabatan biar jadi lebih rapat dek kerana kerjasama sesame kita k? Sorry again.

Tiada ulasan: