Selasa, 5 Februari 2013

Luahan Hati Seorang Sahabat

Assalamualaikum..

Luahan hati dari seorang sahabat.


Selama mana blog aku ni takde entry yang menyedihkan, selama tulah aku tak melalui hari2 sedih. Bukannya tak langsung tapi aku masih mampu mengawalnya. Aku hanya mampu meluahkan di sini bila aku rasa sukar sangat untuk aku luahkan pada sesiapa pun termasuk umi dan abah. Beban perasaan adakala perlu dilepas.

Pertama sekali, aku mohon maaf atas segala kesilapan aku. Aku tau aku sendiri pun banyak silapnya. Yer aku tau. Tapi aku sedaya upaya cuba menjaga hati setiap orang agar mereka tak terluka atau tersinggung kerana aku. Aku cuba meskipun aku tak berdaya. :'(

Aku cuma terkilan...
Aku bukanlah seorang yang sensitif sangat pun. Aku bisa menerima teguran. Aku bisa menerima gurauan meskipun aku ada kalanya aku tak suka dengan gurauan tersebut. Tapi aku tetap buat tak kisah sebab aku taknak orang di luar sana fikir aku ini seorang yang mudah tersinggung. Aku tak.

Tapi, aku rasa gurauan yang melibatkan masa silam tu tak patut dijadikan satu gurauan. Aku bukannya sentap atau apa pun. Aku cuma tak suka. Setiap perkara ada hadnya. Aku diam bukan bermakna aku menerima belaka cuma aku malas nak keruhkan keadaan. Tapi  mereka seolah2 tak faham dengan kebisuan aku.

Aku tau perkara silam aku tu satu tragedi yang tak patut dilakukan oleh seorang pelajar atau apa pun lah. Aku dah menyesali. Aku mungkin tak dapat melupakan meskipun aku mencuba setiap masa. Tapi aku cuba jalani hidup aku dengan penuh pengajaran. Jalani hidup aku dengan penuh semangat, ketenangan, ceria. Tak perlulah nak hukum aku dengan perkara silam, dengan kesilapan lampau aku. Every each person makes mistake. Including me !

Aku tenang di sini. Demi Allah. Sahabat, fahamlah, sometime ada perkara kita tak boleh bawa bergurau lebih2 lagi bila melibatkan aib seseorang. Aku sayang semua sahabat aku. Disebabkan tu aku biarkan je hati aku terluka pun. Kekadang. Hurm. 

Aku kecewa sangat bila kenangan2 aku dulu dengan dia satu persatu hilang. Kenangan tulah menjadi penguat aku hingga sekarang. Menjadikan aku bersemangat dari hari ke hari. Tapi tu semua semakin lama semakin hilang pudarnya. Ok, aku memahami lumrah kehidupannya sebegitu. Aku tak boleh cepat melatah. Terima dengan hati terbuka. Itu semua satu pinjaman dari Allah.  Dan alhamdulillah aku bisa menerima dengan baik walaupun ada rasa terkilan.  Aku percaya lama2 rasa itu akan turut menghilang juga bersama arus masa. Aku hanya menanti detik itu. Sepanjang waktu itu, aku akan berusaha lebih keras untuk teruskan semua ni. Insyallah aku takkan mudah goyah lagi seperti sebelum ni. 

Aku bersyukur dengan takdir Allah. Menjadikan aku lebih matang. :')

 



 

3 ulasan:

call me in berkata...

sabar r ye nifa.. sesungguhnya allah sentiasa menguji hambanya... :)

Unknown berkata...

kak nani, terima kasih..insyallah akan lbh sabar

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.