Rabu, 5 Jun 2013

Stay strong as long as you're willing do it

Assalamualaikum...


Sebelum bicara bermula..segala puji-pujian terhadap tuhan yang maha esa allah swt. Syukur alhamdulillah aku dapat habiskan sem2 dengan sebaiknya. Walaupun aku rasa aku separuh mati untuk tunaikan tanggungjawab as a student but i'm glad and proud of myself sebab mampu bertahan walau berat macam mana sekalipun ujian yg dihadapi sepanjang sem lepas.

Sekarang ni tengah cuti sem selama 2 minggu. Lagi 3 hari sekolah akan dibuka. Bermakna ada lagi 1 semester yang harus aku tempuhi dengan penuh ketabahan dan kecekalan. Semestinya bukan aku sahaja kena bersedia, kawan2 seperjuangan pun sama. Masing2 akan menghadapi kesukaran terutama nak siapkan PBS. Untuk aku, kesukaran sepanjang siapkan PBS tu aku dah teruk alami masa sem lepas. Jadi buka sem ni aku berharap sesangat kesukaran tu berkurang.


Lama2 tak menaip rasa janggal jugak. Kali last aku coretkan sesuatu yg panjang kat sini 4 bulan  lepas. Sekarang dah masuk Jun. Lama jugaklah tu. Sibuk. Yup, aku diburu kesibukan yang amat sangat sem lepas. Sampaikan masa tuk diri sendiri memang takde langsung. Aku masih ingat macam mana kesusahan kesukaran yang aku alami sepanjang nak siapkan PBS sejarah dengan Pengajian Am sem lepas. Tak boleh lupa. Lebih2 lagi kesukaran yg aku alami masa nak siapkan PBS PA. Semua buat sendiri sedangkan yang lain ditemani sahabat masing2. Aku tau masing2 punya kesusahan masing2 tapi aku tetap rasa aku bersusah payah yang amat untuk berikan dan dapatkan yang terbaik. Kesusahan yang aku alami hanya aku yang faham betapa teruknya. Tak perlulah nak cerita kat sini. Yang pasti aku bersyukur sebab apa yang aku korbankan lakukan usahakan berbaloi dengan hasil yang aku dapat. Bahkan, pengalaman yang aku dapat tu langsung tak terlintas di fikiran ni bahawa aku berpeluang merasakan suatu perasaan yang sukar aku nak jelaskan dengan apa patah kata sekalipun. Aku tak mintak. Walau macam mana sekalipun aku tetap rasa bertuah dan bersyukur. Alhamdulillah :)

Dah banyak kali aku cakap..aku bukan lagi aku yang dulu. Aku dapat rasa seribu satu benda berubah pada diri aku sejak aku di sana. Dan aku amat bersyukur dengan perubahan positif ni. Sentiasa ingatkan diri ni supaya tak leka tak lalai walau apapun. Penat?? Usah ditanya. Penat memang penat. I guess this previous sem is the hardest sem for me. I have not enough time!. Terkejar2. Seolah2 aku terpaksa mengejar masa agar jangan berlalu terlalu pantas sebab terlalu banyak benda yang perlu aku buat. Hurm, teringat kata2 ni "bila di saat kita punya banyak perkara utk dilakukan ketika itulah kita rasa masa itu singkat sedangkan kalau di saat kita bersenang lenang kita merasa waktu itu bergerak lambat. Manusia tak pernah lari dari mengejar dan merugikan masa." Betul ke?


Alhamdulillah...result sem1 aku sangat boleh dibanggakan oleh aku sendiri sebab aku tau camne penat lelah yang aku hadapi masa sem1. Tu semua hadiah untuk umi dan abah yang pastinya. Aku gembira bila tengok wajah mereka masa tu. Satu perasaan sukar diungkap. Jadi aku harap aku tak hampakan diaorang. Aku harap sgt kalau orang tua aku faham aku selalu jer takde kat umah sebab mereka jugak. Aku nak bagi sesuatu yg bermakna utk masa ni.  Jadi, harap utk result sem2 pun begitu. Untuk gapai cita2 aku,i have to maintain my pointer - 3.00 above. If not, i have to let all my dreams go.

Hurm, sem2 aku tak dapat belajar awal macam sem1 dulu. Semuanya disebabkan terlalu tumpukan pada PBS sangat. Betul, tak boleh nak salahkan pada PBS hundred percent tapi pada aku memang itulah realitinya. Aku tk salahkan PBS aku takde masa nak belajar..it just i dont know how to manage my time. Aku terlalu fokus pada PBS sampai aku tercicir pelajaran. Seingat aku, bila aku dimarah teruk oleh guru aku sebab aku confess sesuatu.. baru aku sedar aku kena buat sesuatu. I have to do something! I have to figure out the best solution to solve my prob that time! Before trial, aku cuma ada masa 2 minggu sahaja untuk prepare. Seriously, aku mati akal. Serah jer segalanya pada takdir. 

Aku rasa orang yang buat perkara yang sama jer faham camne susah nak siapkan PBS ni. Tapi demi masa depan, paksakan diri jugak. Paling tak tahan part kena ubah, kena baiki penulisan banyak kali. Hurm tapi aku faham kalau itu tandanya cikgu nak tlg aku dengan yang lain. Sebab ni je satu2nya cara cikgu nk tlg pelajar, so nak taknak buat jugak. For this, aku sangat bersyukur sebab guru2 pembimbing aku banyak membantu, byk beri guide kalau tak tentu aku terkial2 nak jalankan kajian.

Komen tuk final lepas...hurm aku dah cuba sehabis mungkin. Usaha aku double berbanding sem lepas jadi aku harap keputusannya nanti biarlah sepadan dengan usaha aku. Aku cuma bimbangkan subjek seni. Tu jer. Sukar nak percaya hingga sekarang yang aku belajar seni visual. Menempah maut, mungkin. A lot of people  cakap bila ambik seni ianya amat membantu utk dapatkan pointer yg baik. Yes, betul. Tapi tu hanyalah untuk orang yg betul2 ada kemahiran melukis. But, not me! Aku kena berhempas pulas untuk subjek ni. Seriously, rasa nak memberontak tu memang kuat tapi tahankan jua. Tuhan jer tau camne rasanya. Allahuraabii, perit rasanya bila ingatkan balik.  Seni tak semudah yang disangka. Stop talking like you know everything about that.

Seribu penghargaan terima kasih kat kwn2 seperjuangan yg berani beri kepercayaan pd aku utk kongsi ilmu yang aku ada. Sanggup beri masa study group sama. Aku tidaklah pakar mana bab berkongsi ilmu cuma aku rasa seronok dapat study cara tu. Aku harap aku membantu korang sedikit sebanyak pun. Aku doakan yang terbaik tuk kawan2 semua moga semuanya berjaya. Banggakan parent, guru dan sekaligus dapat naikkan nama sekolah. Aku harap ada di antara kawan aku dapat result 4.00 nanti. Aamiin. Aku taknak taruh harapan terlalu tinggi. Aku boleh agak kalau result aku merudum disebabkan study last minit. Tapi aku berterima kasih kat guru2 aku yang beri peluang kat aku utk turut serta kem daerah hari tu di smk panji alam. Banyak ilmu yg aku dapat. Byk sgt membantu. dok tau nak cakap gane. Harap2nya berbaloilah cikgu hantar aku p kem tuh.


A lot of things happened during sem2. Alhamdulillah aku mampu bertahan dan kuatkan semangat. Walaupun ada kala rasa cam nak mati jer. HAHA. Thanks kat kekawan yang selalu bagi support..terutama kawan aku kt smk tg bariah, yg byk bantu aku masa nk siapkan PBS sejarah. Without them, sukar jugak bagi aku nk siapkan kajian tentang sejarah Pulau Duyong. Tanpa diaorang aku tak tahu kut mana nak cari orang sumber. Thanks beb.

Buka sem ni, aku mesti dilanda kesibukan lagi. Entah bila lak aku boleh coret sesuatu kat sini. Entahlah. Apa2 pun aku kena siapkan diri sebelum berperang. Semangat nak kena kental beb. This is the only chance i have to fix all my mistakes i have done before. Doakan aku moga dipermudahkan segalanya, doakan aku moga diberi kekuatan yg utuh untuk menempuh hari2 terakhir di tingkatan6 ni.




Tiada ulasan: