Ahad, 23 Jun 2013

Lawatan ke taman negara

Assalamualaikum.

Nak cerita sikit. Pengalaman aku sepanjang lawatan ke taman negara. Sebenarnya bukan setakat lawatan ke taman negara saja, banyak tempat lagi yang aku pergi selama 3 hari 2 malam sudah. Dari rabu lepas hingga ke pagi sabtu kemaren kira2 pukul 1 pagi baru jejak bumi kuala Terengganu. Lawatan ni sebenarnya anjuran koperasi sekolah aku. Bayaran sebanyak rm235 tu pada aku berbaloi meskipun aktiviti yang aku nantikan terpaksa dibatalkan kerana bas yang kitaorang naiki tu alami masalah teknikal last2 minit. Aku rasa berbaloi sebabnya semua aktiviti sepanjang lawatan tu satu pengalaman baru pada aku. Cuma sayangnya aku tak dapat buat aktiviti jungle trecking kat dalam hutan di taman negara tu gara2 nak simpan tenaga tuk aktiviti mendaki gunung senyum yang last2 aktiviti tu dibatalkan.

Sedia maklum pada yang mengenali aku pastinya tahu akan minat aku. Aku memang suka pada aktiviti2 yang mencabar ketahanan mental aku especially mendaki gunung. Nampak gaya belum ada rezeki aku lagilah tahun ni nak merasa keindahan kenyamanan gunung senyum tu.
Aku kira lawatan ni merupakan satu ganjaran, hadiah, upah buat diri aku sendiri setelah aku bersusah payah sepanjang semester/penggal lepas. Aku kira lagi rasanya tak salah kalau utk 3 hari 2 malam aku lupakan sekejap mengenai belajar, mengenai tanggungjawab aku kat sekolah. Hanya utk 3hari2malam sahaja. At least aku dapat release tension, hilangkan stress, hilangkan kepenatan, kekusutan yang ada dalam kepala ni. Dan..ianya berbaloi. Sangat. Mujurlah cikgu2, abah dgn umi faham. Selepas ni aku akan start sibuk balik dengan pbs seni dan bahasa melayu. Arghh, sangat pening bila memikirkan semua tu. Don’t give up.

Oke..dh panjang pula melalut rasanya. Haha. Seriously, lawatan baru ni best sangat! A huge thanks to coop smk sultan sulaiman for the opportunity were given to me and also a huge thanks to friends and teachers from smk temim, jerantut Pahang for the warmed to us. HAha.
Sampai2 jer kat Pahang, kitaorang disambut oleh guru dan pelajar smk temim, jerantut Pahang. Kiranya kami menjadi tamu sekolah mereka. Ni kira program pelancongan antara koperasi smkss dgn smkt. Ok, aku sangat berpuas hati dengan layanan mereka yang boleh dikatakan 1st class jugak. Sepanjang 2malam tu kitaorang tido kat hostel sekolah mereka. Sampai jer terus kami dibawa ke taman gajah. Lupalah nama pusat tu tapi pusat gajah tu di bukit gandah rasanya. Ni bukanlah kali pertama aku jumpa gajah, jadi aku takdelah excited sangat. Cuma seronok tetap seronok sebab dapat keluar jugak rehatkan minda. Kat sana kitaorang boleh bagi gajah makan. Aku try kasi anak gajah makan tebu dan betik. Dan…euuww..boleh tahanlah rasa belengas cecair kat belalai si anak gajah tu. HAHA. Tapi serius best! Teringat masa gi indon utk exchange student program 2010, mula2 naik gajah..memang best!

 Lagi best bila aku berpeluang bercakap dengan seorang pelancong dari Australia tapi berbangsa arab. Mcm mana boleh dpt peluang tu? Masa tu semua duk tengok gajah mandi. Aku penat then duduklah berehat kat kerusi ni. Datanglah this guy ni..tanya aku dari mana. Dlm berbahasa inggeris cakaplah dr trg Malaysia. Dia anggukkan aje. Dia mitak aku tlg amikkan gambar dia. Lepas tu barulah rancak sikit perbualan tu bila aku Tanya dia buat apa kat sini, dari mana, dtg sorang ke, lama ke kt Malaysia..tu je yang aku ingat. Semuanya dlm bi oke. Aku pun tak tau macam mana aku blh terbiasa cakap dgn orang luar yang baru kenal masa tu. Bukan melayu. Arab kut. Mujurlah pelancong ni jenis yang ramah jgk. Mungkin disebabkan masa duk sekolah lama dulu sering kali jugak aku berinteraksi dengan ETA (English teaching assistant) dari europe so buatkan aku jadi tak kekok bila nak berbual dengan orang asing menggunakan bhs inggeris. Bi tuu. HAHA. Kira ada gunanya jugak program tu pada aku. Bagus2.

Paling aku rasa happy bila dia puji aku boleh bercakap dlm bi very well. Dia cerita kalau kat tempat dia, Saudi Arabia tu, kalau budak seusia aku ni masih belum mampu nak belajar bahasa enggeris. Dia sendiri pun umur 21 thn baru belajar English tu pun sbb nak futher study to aus. Now dia cakap umur dia 27thn..pelajar tahun akhir slh sebuah u di aus. Dia ada cakap u apa aku lupa. Dia ceritalah jgk dia buat apa kat Malaysia. Yang aku salute..orang luar ni memang berani travel alone. Adventure gila tu beb! Aku pun teringin nak travel a whole world by myself. Alone. HUHU. Btw, bila terlalu asyik berborak lupa plak nak Tanya nama dia apa. Haha. Rugi betol.

Lepas selesai berada di pusat konservasi gajah, terus bertolak ke smk temim. Jauh jugak perjalanan tu. Nak masuk kawasan pusat gajah tu lagilah..ya allah, macam manalah bas tak rosak. Haha. Penuh selekoh, naik turun bukit. Kawasan jerantut ni boleh tahanlah jalannya. Mujurlah aku awal2 lagi dah telan pil mabuk..lau tak..memang jadi macam budak dpn aku muntah dlm bas. HUHU.
Sampai dekat smk temim tu dh ptg sangat. Malam tu just program suai kenal dengan pelajar2 smk temim dan diceritakan serba sedikit tentang latar belakang sekolah tu . Rupanya sekolah aku bukanlah sekolah pertama yang diterima sebagai tamu. Smk sultan sulaiman antara sekolah yang ke 47 yang pernah menjadi tamu pd smk temin. No wonder lah kalau sekolah tu dijadikan sebagai sekolah contoh dan menang pelbagai anugerah sekolah terbaik dalam bhg koperasi. Siap ada kedai yang disewa lagi kat luar sekolah. Ohh sebelum lawatan tu, kitaorang memang dh diberikan taklimat oleh ANGKASA (Ang. Koperasi Kebangsaan) tentang adab jadi tamu dan persediaan2 lain sbg tamu. Sebabnya lawatan ni bukannya lawatan saja2, lawatan ni dikira lawatan bermaklumat sebab tu ada pertukaran budaya antara tamu dan hos. Kiranya ni salah satu cara kerajaan dalam menaikkan bidang ind pelancongan lah. Satu langkah yang amat bagus aku kira dalam menaikkan nama negara.

Untuk hari kedua…aku dgn peserta lawatan yang lain memang excited gila sebab nak pergi ke taman negara. Nilah aktiviti utama lawatan kali ni! Naik bot..semua barang dibungkus lam plastic sebab lepas jer turun dari canopy walk, lepas je jungle tracking naik bukit tresek aka nada rapid shooting. Apa tu rapid shooting?? HAHA nilah aktiviti paling kejam sebab bot2 akan saling kejar mengejar dan membasahkan kami yang kering maring dengan sengaja. Memang kejam ah! HAHA. Sebelum tu ada 4 orang pegawai yang akan guide kami sepanjang aktiviti di taman negara. First sekali gi canopy walk. Canopy walk ni..ada titian gantung yang tingginya antara 35-50meter. Dahlah titinya halus. Tak pepasal kena jadi model, kena cat walk. Haha. Nak boleh sampai ke canopy walk tu memang letih. Tinggi kut. Putus nyawa kejap aku. Haha nilah padahnya bila lama sangat tak bersenam. Aku last sekali jalan kut. Saja. Nak amik angin lama sikit atas tu. Kat titian tu, kena jaga2 masa nak pegang tali kat tepi sebab serangga berbisa duk bertenggek kat situ mcm lebah tebuan pingat dll, kan tak pasal2 ada yang kena sengat. Perasaan tu memang teruja sangat. Kalau bernasib baik boleh jumpa dengan tupai tapir dll tapi sayangnya takde rezeki hari tu. Biasa kalau masuk hutan malam2 barulah dapat tengok binatang yg ada dlm hutan taman negara. Ohh yer, dari taman negara ni kalau melalui tasik kenyir hanya 75km jer ke kuala Terengganu. Tersangatlah dekat. Tapi terpaksa mengayuh atau naik bot lah jawabnya. 

Hurm lau nak banding tinggi…kat langkawi tu lagi tinggi dari titian taman negara ni jadi taklah gayat sangat. Tapi rasa bimbang jugak sebab titi dia tu goyang kiri kanan jer. Bimbang kalau2 tali tu tiba2 putus. HAHA.

Turun dari canopy walk, rehat2 jap..kitaorang jungle tracking bukit tresek. Masa ni aku tak ikut sebab aku tau sangat bab jungle tracking dalam hutan ni lepas je dari tu mesti sakit habis satu badan jadi aku nak simpan tenaga tuk daki gunung senyum keesokan hari tu. So aku stay jela dengan cg azmi ummi dn bbrp org lain kat pondok menunggu giliran di canopy walk. Ikut hati memang nak ikut sama..tapi biarlah. Aku nak naik gunung senyum. Lama sangat aku tak daki gunung. Tapi last2..gunung senyum ke mana jungle tracking ke mana. Sedih gila kut bila dapat berita aktiviti ke gunung senyum perlu dibatalkan sebab bas rosak. So saddd..so tak merasalah aku dua2 aktiviti tu. Tapi takpelah…masih ada lagi aktiviti seronok lepas ni yg blh merawat kedukaan kesedihan aku. Chewwahhh..haha.

Kawan2 yang naik cakap ada 2 puncak kat bukit tu. Puncak yang terakhir sekali rasanya boleh nampak puncak gunung tahan dari bukit tu. Hurm, untunglah. HAHA. Takpelah, tgok gambar pun dah jadi. Turun jer dari bukit tu, kami dibawak pusing2 kat sekitar tasik tu. Ramai pelancong asing. Dari sebelah kanan dapat tengok penempatan orang asli. Ada sorang ibu orang asli ni bawak ank dia mandi kat sungai. Bila aku tengok tempat tinggal mereka dari dalam bot tu…semuanya guna atap nipah. Memang tradisional. Kekadang mari terlintas di fikiran ni, macam mana kalau hari hujan? Macam mana penduduk orang asli ni buat utk elak dr kebasahan, dari kesejukan? Dalam diam mensyukuri nikmat yang allah berikan pada aku. Alhamdulillah aku diberikan kesenangan yang sebegini rupa. Tidak perlu melalui semua tu. Masih dapat merasai kesenangan dan dapat tuntut ilmu sebaik-baiknya. Alangkah rugi kalau aku tak guna kesempatan yg ada dengan sebaiknya.

Tibalah giliran rapid shooting!! Perghh..boleh tahan jugak kena sembur dengan air. Entah berapa banyak air masuk dalam idung. Tiba2 menyerang. Haha. Tapi memang seronok ah. Saling kejar2 lepas tu pakat sembur air sampai basah. Tak pernah lagi rasa game gini. Seterusnya, kami dibawa kat satu tempat ni…tibalah mandi sungai. Best sangat! Dah lama oorr dok mandi sungai. Rasa balik zaman bebudak tiap kali mandi sungai. Aku tak pandai berenang. Seriously. Aku pernah beberapa kali hampir lemas masa mandi di sungai. Paling aku ingat masa mandi di sungai janda baik. Kalaulah aku tak sempat berpaut pada batu, sepupu aku tk sempat hulurkan tangan dia pada aku tentu aku dh jadi arwah. Tapi itulah, umur aku masih panjang. Serik sekejap. Lepas tu mandi lagi. Haha. Aku ni memang tak pernah nak serik. Berani nak mandi kat kawasan dalam tapi tak pandai berenang. Haa..masa tengah2 mandi kat sungai di taman negara tu, aku panic siott bila aku rasa macam aku ditarik sesuatu. Rupa2 nya cg zarimi yang tarik aku masuk ke dlm kawasan air dalam. Menggelupur aku kejap! Mana taknya. Terkejut kut tetiba jer. Hampeh betol cikgu ni. HAha. Dalam2 takut aku beranikan diri jugak berenang. Ehh..boleh plak, apa lagi makin syoklah mandinya. HAHA. Elleh tu pun sebab ada jaket keselamatan..kalau tak sampai sudah kut tenggelam. Haha.

Usai je lawatan ke taman negara, sebelum pulang ke sekolah, dibawa pergi melawat ke aza gallery. Aza gallery ni galeri lukisan…macam2 lukisan yang ada. Bila aku masuk jer dalam galeri tu terus aku dapat idea untuk pbs seni aku. Banyak lukisan kat kedai dia yang bertemakan perbandaran. Tapi macam pekan gitu. Yelah jerantut bukannya besar sangat pun kan. Tapi okelah. At least aku dah nampak sikit apa yang nak dibuat utk seni. Seperti yang aku cakap aku bukanlah seorang pelukis tegar atau peminat setia seni. Aku cepat bosan bila gi pameran2 seni macam nih. HAHA.

Malam terakhir di smk temin agak menarik sebab tulah malam persembahan malam kebudayaan malam pertukaran budaya masing2 trg-pahang. Masing2 tamu dan hos perlu sediakan persembahan malam tu. Dan kebetulan aku pula yang diberi tugas sbg ajk persembahan. Memang agak gabra jgk sbb ni baru pertama kali aku diberi tugas gitu. Masalah memang tak lari bila terpaksa menguruskan sesuatu yg bkn menjadi bidang kita tapi mujurlah aku ada sahabat yg sentiasa di sisi blh menolong di saat2 akhir. Dengan bantuan ummi dan peserta2 lawatan yg lain dpt jgk persembahan dari tamu berjalan lancar dengan pembawakan persembahan tarian songket dengan lagu nasyid. Masa nyanyi lagu nasyid jalinan aku dapat peluang pegang mic, apa lagi…seronoklah dpt ikut serta atas stage tu. Hello ajk persembahan pn nk buat persembahan jgk Cuma nak nyanyi jer. Haha. Aku ni memang suka nyanyi. Haha. Yang bestnya pelajar2 temin pun sporting2 turut serta nyanyi. Ni barulah best!

Ohh..satu lagi aku rasa kenangan yang mungkin tak dapat dilupakan salah sorang guru pengiring, cikgu azmi bila kami ramai2 satu dewan nyanyi lagu allah selamatkn kamu sempena ulangtahun beliau yang ke-50. Sangat tak tahan diri ni bila melihat cikgu azmi pura2 menangis. Haha siapp mitak kek lagi tuhh…kek takde tepung ada xD. Haha. Harap2 memori malam tu jd slh satu memori terindah cikgu.

antara gambar2 yang ada dengan aku 






Hari last di smk temin. Pagi2 lagi dapat berita bas rosak. Jadi tertundalah aktiviti ekspedisi ke gunung senyum. Sangat rugi. Apalah ertinya lawatan ni tanpa ekspedisi mencabar sebegitu. Sepatutnya boleh masuk gua kat gunung senyum. Tapi takpelah. Takde rezeki. So, melepak kat sekolah pagi tu. Sangat bosan. Jadi ada yang cadangkan buat perlawanan pentanque. Perghh…first time aku tau game pentanque tu gane. Best jugak. Nak main tapi takde can. Lepas tu pakat naik kete ramai2 gi temin kraf. Temin kraf ni tempat pembuatan tembikar. Masa ni semua dapat can buat tembikar walopon ada yang menjadi kecuali aku. Haha…aku nak try tapi tak sempat sebab dalam pukul 11 tu bas dah siap dibaiki jadi kena siap2 balik ke Terengganu lah pula. Antara gambang waterpark dengan gunung senyum aku lebih prefer nak gi gunung senyum. Suara majority pun sama bila cikgu2 ajukan pendapat tapi sayangnya dah takde orang nak bawak pergi ke sana sebab masa tu waktu orang solat jumaat di Pahang. Nak taknak terpaksa akur pada takdir dan gerak balik ke Terengganu dalam pukul 11 lebih gitu.

Dekat2 pukul 1 setengah, sampai di gambang waterpark! Perghh dapat jugak jejakkan kaki ni ke tempat nih setelah puas memujuk rayu abah tapi tak dilayan. HAHA..so panthetic! Gila best mandi kat sana! Lagi best dari Melaka waterpark lagi. Tu belum legoland lagi. HAha..ada jugak yang gila. Nak cerita rasa macam dah tak larat sangat dah. Tapi teruja sangat. Entah berapa geleng air kut aku telan sepanjang mandi. Haha…asyik sendawa jer lepas tu. Kenyang sangat kut. Kenyang dengan air! Haha. Apa2 pun best lah mandi kat gambang waterpark. Aku paling suka naik gelonsor tu tapi sangatlah letih nak memanjat naik dan menyebabkan aku lebih rela merendamkan diri dalam kolam yang dipanggil coco beach tunggu ombak mendatang jer. Hahahaa..

Setelah 3 jam melepak dalam air…gerak balik ke Terengganu tapi sebelum tu singgah di ECM kuantan. Serious dah lama sangat tak datang sana. Kali last 2008. Dulu seingat aku banyak bangunan baru nak naik sekarang semuanya sudah tersergam indah berdiri. Haha ayatt… kat ecm aku jejalan sesorang je..nak tau mana aku pergi?? Adalah tu…sesuatu yang aku buat utk lepaskan bosan. Sebab kat ecm tak tau tempat apa yang menarik. Cuma se tempat je yg blh tarik perhatian aku iaitu kedai buku kat ecm. Lupalah nama kedai buku tu. Lepak kat situ blh sejam..terjumpa buku2 latihan sem3. Sementara ada duit terus aku rembat dahlah semuanya tinggal satu belake, memang rezeki akulah tu, haha. Kat Terengganu ni jangan haraplah nak jumpa. Dekat2 exam baru ada. Aku memang kaki buku. Suka sgt shopping buku. Beli satu komik enggeris ni. Tapi takde masa lagi nak baca. Buku investigation. Synopsis dia macam best. Entahlah bila ada peluang nak baca tu…

Kitaorang tolak dari ecm dlm pukul9 jugak rasanya. Sepanjang perjalanan tu sunyi sepi jer. Masing2 dah tertido keletihan termasuk aku. Apa2 pun aku seronok sangat dengan perjalanan, pengalaman baru ni. Aku harap one day aku berpeluang ke gunung senyum sekali gus mendaki gunung tahan. Insyallah :)




1 ulasan:

Unknown berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.