Sabtu, 8 Jun 2013

the things drove me crazy!!!

Assalamualaikum…

 

Dah hampir pukul 1 tapi masih tak mampu tuk pejamkan mata. Seribu satu kerisauan melanda sekarang. Macam2 duk fikir. Semuanya. Berkelana. Rungsing. Risau. Bimbang. Resah. Cuak. Semua ada. Kalau musim sekolah ni, mesti semua perasaan ni hilang berlalu bersama lena sebab terlalu letih dan penat langsung takde masa nak fikir apa2. Yang penting belajar, tugas diberikan siap on time. Terlalu banyak komitmen. Memang memenatkan. Tapi diri sendiri yang nak pikul, galas beban, tanggungjawab tu, so nahh terimalah.

Apa yang aku bimbangkan sampai aku langsung tak boleh nak pejamkan mata ni. Banyak benda. Terlalu banyak sampai aku tak tau nak bezakan mana yg penting mana yg kurang penting. Pada aku apa yg aku bimbangkan ni semuanya penting. Nak diluahkan tapi terasa tersekat2 di bibir. Hurm, tadi aku pergi link IMASCU. Tau apa tu IMASCU?? IMASCU ni satu program kita boleh cek kursus apa yang sesuai dengan result exam kita. Tak kiralah utk lepasan apa. spm ke stpm ke dip ke ataupun matrik. So, aku gunakan result stpm aku masa sem1 baru2 ni. Untuk apa? Hurm, sekarang ni..biasalah..budak2 batch95 semuanya baru dapat keputusan dapat sambung belajar ke mana. Ke sana ke sini semua bercakap pasal U yang diaorang dapat. Termasuk kawan2 sebaya aku sendiri terutamanya budak matrik dan asasi, semua dah habis semua dah dapat result. Dan Alhamdulillah, result kwn2 rapat aku semuanya cemerlang. Tahniah, aku tumpang bangga. Tak kira apa jua usaha korang, ianya berbaloi.

Meskipun giliran aku lambat lagi tapi aku teringin nak tau..kos apa yg sesuai dengan result aku. Macam aku kata tadi, aku gunakan result sem1. Aku dapat rasakan bahawasanya result aku selepas2 ni tak mampu capai seperti mana yg aku dapat masa sem1 lepas. Arghh, keyakinan diri kurang! Tapi betul! Tu salah satu punca kenapa aku bimbang. Aku selalu pegang kata2 ni “walaupun best student utk sem1 tapi tak semestinya masih kekal jd best student utk sem2 dan 3.” Bukannya aku tak yakin. Tapi macam2 boleh berlaku. Aku cuma taknak menaruh harapan yang tinggi menggunung. Sekiranya kecundang..aku yang merana.

Aku gunakan band 2 sebagai result utk muet. Aku pun taknak menaruh tinggi utk muet. Tak menaruh harapan tinggi sahaja, tidak bermaksud aku tidak akan berusaha utk dapatkan yang terbaik. I always want the best and get also give the best. Cuma taknak menaruh harapan. Untuk pilihan U yang pertama, aku pilih UKM. Seriously, aku terkejut dan cuak gila bila keputusan aku tu hanya melayakkan aku utk dapat 2 course shj di ukm. Hurm, mustahil. Sedangkan keputusan stpm aku kira ok. Adakah keputusan spm yang menjejaskan kelayakan aku? Ohh, sebelum tu aku masukkan juga result spm dulu. Hurm, aku tertanya2..berpuluh2 kos di ukm, hanya 2 kos shj yang layak utk aku? Sakai ke apa?

Mungkin kerana band yang tak berapa oke menyebabkan banyak kos tak layak utk aku. Sedikit cuak. Aku tau UKM UM USM UIA USIM UPM bukan calang2 universiti. Tapi…dengan result aku tuu….
Aku tertanya2..adakah kerana result spm yang menggagalkan aku utk dapat pilihan kos yang banyak? Aku tertanya2 lagi..mengapa mesti dilihat pada keputusan spm? Bila difikirkan rata2 pelajar yang amik stpm, masuk form6, buat prau adalah mereka yang tidak menerima tawaran ke mana2 U ataupun kerana keputusan spm yg krg cemerlang. Bukan semua, tapi itulah yang sebenarnya kan. Mereka buat keputusan utk stay di form6 kerana ingin masuk u. Ingin baiki keputusan peperiksaan mereka. Masih mahu meneruskan pelajaran di peringkat ijazah. Tapi kalau syarat kemasukan U utk lepasan STPM terlalu ketat macam mana mereka mahu melayakkan diri mereka? Hurm..Syarat kemasukan U yang terlalu ketat punca kegagalan pelajar lepasan STPM ataupun matrik melanjutkan pelajaran ke peringkat degree?? Macam mana tu??


Arghh aku jadi makin cuak. ‘Tak boleh pakai system IMASCU ni’ aku bercakap pada minda sendiri utk menenangkan jiwa yg resah. Makin lama pelajar makin ramai. Persaingan makin kuat. Iya, aku faham kalau dasar negara kita lebih menjurus untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing. Aku faham kalau itu suatu perkara yang positif utk perkembangan negara dalam menuju negara maju. Tapi aku takut andai kata aku tak mendapat tempat. Allahurabbi..bukan aku tak percaya pada rezeki allah. Aku percaya kalau allah dah tetapkan rezeki hambanya dari azali lagi. Tapi bukankah merasa bimbang tu satu perkara yang wajar? Hurm…

Kalau begitu macam mana aku nak teruskan cita2 aku andai kata keputusan spm diambil kira meskipun result stpm aku cemerlang? Mungkin aku yang tidak faham dengan system kemasukan ni. Rumusannya, kalau ditengok pada system IMASCU banyak kos yang aku tak lepas dengan menggunakan result sem1 tu. Tapi kalau tengok satu per satu syarat khas sesuatu course di setiap IPTA, insyallah aku ada peluang utk mendapat tempat. Tapi mungkin bukan yang terbaik. Entahlah. Aku hanya mampu berserah jer. Sebab tu semua bukan kuasa di tangan aku. Of course bukan aku yang berkuasa nak meletakkan diriku di mana2.

 
Rungsing.

Lagi perkara yang sangat buatkan aku rasa cuak, result akan datang ni. Lagi sebulan dua keluarlah result tu. Aku tak tahu macam mana rupanya nanti. Aku dah buat yang terbaik. Aku dah cuba sehabis mungkin. Habis reng bak kata orang Terengganu. Ada beberapa perkara yang buatkan aku rasa bimbang. Satu, aku bimbang dengan subjek BM dan of course subjek seni macam yang aku cakap sudah2. Aku bimbang tuk subjek bm knp?? Aku bimbang sebab banyak yang aku jawab utk bhg A lain dari orang lain. Silap aku jugak bagi cikgu tengok kertas soalan aku lepas exam tu. I should not think about it too  much. Tengok, balik2 aku sendiri yang berada dlm kebimbangan. Satu lagi aku bimbang…klu2apa yang aku share dgn kawan2 tu lain dari apa yang cikgu ajar. Ni kali pertama kut aku dapat peluang mengajar orang. Hurm, aku taknak sebut ‘mengajar’ sebab aku bukanlah seorang cikgu. Demi allah aku masih banyak lagi kekurangan, aku Cuma kongsi apa yang aku tau. Tapi sepanjang tempoh tu aku masih merujuk pada cikgu. Aku takut sangat kalau2 aku tersilap bagitau. Biarlah keputusan aku yang jatuh menjunam kerana kesilapan aku sendiri tapi jgn kerana aku mereka tak dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. They are deserve better! Aku harap result kawan2 yang ikut serta belajar dengan aku dapat keputusan yang lagi cemerlang dari aku. Sungguh! Aku takut sangat. Hanya allah yang faham betapa dalamnya rasa takut ni. Kekadang…bila aku lalui situasi macam ni sedikit sebanyak aku blh faham mcm mana perasaan cikgu2 aku. Mana ada cikgu yg nak tgk anak murid mereka gagal. Aku pun…aku taknak tgk kawan2 aku gagal terutama kwn2 yang sudi belajar sekali dengan aku sampai ke malam. Aku hargai dan bangga dgn kesungguhan diaorang. Ada waktu kesungguhan diaorang jadi sumber inspirasi pada aku tuk lebih kuat berusaha. Aku pegang kata2 cikgu aku “jgn anggap kita mengajar pada orang tapi anggaplah tu satu proses kita belajar, bila kita ajar orang secara dok langsung mende tu jadi satu pengukuhan utk diri kita. Kita mengulangkaji diri kita sendiri dengan cara gitu.” Sekarang baru aku faham.

 

Tapi aku takut aku sendiri gagal….
Macam yang aku cakap..jangan fikir perkara yang senang tu mudah. Ada waktu yang senang jadi susah, yang susah jadi senang. Aku pun ingat kalau cikgu aku pernah cakap ‘jadikan satu kesusahan tu sebagai cabaran, cabaran yg menyeronokkan, baru kita enjoy untuk atasi kesukaran tu”. Itupun aku dh faham maksudnya sekarang. Tapi aku masih takut…aku gagal.

Ada waktu aku tercabar dengan satu perkara ni..tapi aku tak mampu nak ceritakan benda ni kat sini. Biarlah. Apa yang aku rasakan aku kurang senang aku akan cuba sedaya upaya positifkan perkara tu. Ada waktu perkara yang kurang menyenangkan kita ni kalau kita pandai amik peluang, lihat dari sudut pandangan yang positif ianya berbaloi sebenarnya. Trust me. 


Aku lagi takut kalau aku hampakan harapan ummi dan abah. Aku rasa semua anak yang sayangkan mak ayah mesti takut nak hampakan harapan keluarga masing2. Aku cuma gembira sangat bila abah dgn umi tersenyum bangga melihat pencapaian aku baru2 ni. Satu kebanggaan yang tak pernah aku lihat sebelum ni. Yer, kerana akulah satu2nya anak kebanggaan mereka. Kalau bukan aku siapalah lagi…Aku sebenarnya dah tak kisah dengan kenangan silam. Meskipun pendirian aku di sini kerana sesuatu tapi bila diamati sebenarnya aku lakukan ni semua hanya utk umi dan abah. Aku nk tgk orang tua aku, satu2 nya orang tua yg aku ada gembira dan bahagia. Past is always be the past.  Mereka hanya perkara sementara. Mereka hanya cabaran utk aku lebih berusaha. Mereka hanya pencetus kepada semangat aku yang pernah padam dulu. Namun kini, kerana mereka semangat aku kembali berkobar2 dan aku berterima kasih utk itu. Menyedarkan aku. Dan aku tak pernah lupa bagaimana  utk berterima kasih.

Hurm..lagi satu sem tinggal. Aku Cuma harap aku masih mampu bertahan. Aku tahu kalau aku tak boleh nak bertahan sekarang mcm mana aku nak berdepan dengan seribu satu macam ujian dan dugaan di masa akan datang? Dunia luar lebih mencabar. Itu yang sering aku ingatkan diri ini. Di sana aku kena lebih bijak berdikari. Lebih pandai menyesuaikan diri. Aku turut bimbang dengan test muet. rata2 kwn aku yg dh amk muet dpt band2. Aku target 4 pada awalnya tapi mengenangkan test yang pernah aku duduki sebelum ni tak semudah yang aku sangkakan aku terpaksa turunkan target. aku hanya target band3 sahaja. Aku tau lepas buka je sem ni teacher muet akan push kitaorang betul2 utk muet. aku bimbang klo2 aku masih tak reti2 nak urus masa aku camne, dengan pbs lagi. Huhh..Aku Cuma harap aku mampu bertahan…..

 

 

Tiada ulasan: