Khamis, 26 Disember 2013

Berubah kerana pengalaman





Assalamualaikum.

 

Satu soalan dituju pada aku sewaktu aku ralit membelek buku2 untuk persediaan akhir nak menghadapi exam STPM. Masa tu aku bermalam di hostel temankan kawan aku.

"Sepanjang kak nifa sekolah, dalam banyak2 tahun, tahun mana yang paling kak nifa rasa bermakna dan seronok?"

Panjang soalan tu dik. Tulah soalan yang perlu aku jawab. Aku diam. Dalam diam ada senyuman yang terukir. Aku tak jawab. Aku biarkan sahabat aku yang jawab dulu memandangkan dia pun diaju dengan soalan yang sama oleh orang yang sama.

Tiba giliran aku. Aku senyum padanya.
Ini jawapan aku.

"2011/12."

Adik junior itu terperanjat. Dia nak amik SPM. Aku pula STPM. jadi kitaorang tingkah hanya 2 tahun jer.

"tapi kenapa? bukan ke tu tahun yang paling bermasalah buat kak?"

Aku senyum lagi.

"Betul. Tapi, kalau bukan kerana masalah2 tu, peristiwa2 pahit yang berlaku sepanjang tahun itu dan juga tahun seterusnya, kak nifa mungkin takkan jadi seperti kak nifa sekarang ni. If you know what i mean.'

Dia angguk. Antara kagum dan masih terperanjat.

"macam manalah kak boleh jadi sepositif tu..."

Kami, boleh dikatakan ada pengalaman pahit yg lebih kurang serupa tapi kisahnya, situasinya berbeza. Memang tak sama langsung. Positif. Aku suka berkongsi kisah hidup aku asalkan apa yg aku kisahkan itu boleh dijadikan iktibar dan sempadan.


Betul. Banyak benda yang berlaku. Dan aku perlu bersyukur. Amat bersyukur dengan apa yang dah jadi sepanjang tempoh 2011-2013 ini hinggakan aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Allah knows best. Aku amat yakin yang sesungguhnya apa yang terjadi itu ada hikmahnya walaupun aku dihurung dengan pelbagai jenis perasaan. Alhamdulillah, terapi yang aku buat sendiri melalui pembacaan, dengan mendekati diri kepada tuhan yang satu, positifkan diri, aku bisa merubah sebahagian diri aku.

Jadi, aku rasa segala pengalaman pahit manis yang aku rasakan sepanjang tahun 2011/12 itu penuh bermakna bagiku. Pengalaman itu banyak mengajar aku untuk lebih berwaspada, yakin pada diri, tidak berputus asa, bangkit teruskan perjuangan, ubah sikap dan yang paling penting berdiri atas kaki sendiri.

Jadi, pengalaman itu yang merubah aku walaupun sukar dan perit untuk didepani.
Alhamdulillah aku kuat dan aku mampu sudahkan apa yang aku mulakan. Itu yang penting.

 




Tiada ulasan: