Rabu, 25 Disember 2013

"Buat apa.....?"

Assalamualaikum...

 

Satu hari lagi berlalu. Sebenarnya agak menyeksakan juga menantikan hari2 berlalu tanpa ada apa2 yang boleh dilakukan untuk isi masa sehari tu. Aku kira tugas aku sebagai babysitter sudah boleh sampai ke penghujungnya? Seminggu dua ni aku tak dapat ke rumah guruku itu gara2 kesihatan yang serba tak kena sejak pulangnya dari kenduri dua minggu lepas. Seminggu jugak perut aku memulas. Ni mesti salah makan lagi kan. Perut ni..sensitif sungguh. Nak kata perut tua rasanya muda lagi entahlah tak kena kat mana.

Jadi, hari ini aku isi masa dengan blogwalking. Seharian aku singgah blog sorang blogger yang memang aku cukup gemar. Tak puas2 aku baca setiap entrynya and yes, her blog makes my day. Memandangkan aku lama tinggalkan blogku kira aku pun lama tak menjengah blogwalking blog orang lain. Tapi, aku tengok blog beliau pun sudah lama tak update. Latest post Ogos lepas ? Hurm, aku kira aku sorang yang kesibukan takde masa nak blogging. Actually, masa dan idea tu ada kekadang cuma malas jer nak tap tup tap tup menekan punat2 keyboard ni. Laptop pun sudah lama aku biarkan sepi dalam almari sehinggalah minggu ni aku takde apa nak dibuat. Tido, bangun makan on9 tido dan begitulah seterusnya hari2 aku sehingga aku dah tak tahu nak buat apa dah. Sangatlah tidak produktif aku nih, camne tak tanam lemak banyak. Isk Isk.

Sekarang ayat paling pemes aku selalu dapat.
"Dah cuti ni, takmboh keje ke?"
"Buat mende jer sekarang ni doh habis doh sekoloh?"
"Bila nok kerje?"
"Apa perancangan bile doh cuti ni?"

 Semua pertanyaan ni kekadang buat aku malas nak menjawabnya. Tapi nak taknak jawab jugak, jaga hati orang. Jawapan aku mudah jer macam selalu2 orang bagi "Dok ah. Tanam anggur je dulu buat masa ni." Lagi sedap bila ada yang tanya "berbuah ke anggor yang mu tanam tu?" perghhh...dia ni tak faham bahasa kiasan ke apa. nak je aku ajar pragmatik yg aku praktikkan masa nak exam STPM hari tu, tapi kan karang makan hati plak orang tuh nanti. Oklah dia nak bergurau, eden paham.

Oklah...bukan taknak kerja. Nak tu nak. 9 bulan kut cuti. Cuma bila dah hitung2 balik perancangan aku..aku memang dok boleh nak keje lagi buat masa ni. Belum selagi belum habis bulan Mac nanti. Sebabnya? Sebabnya..first2 aku nak setelkan lesen motor yang dah lama bertangguh. Bulan februari tahun depan cukuplah aku 2 tahun jadik pemegang lesen L. Lama kan? ok, aku tau. Hikhik. Jadi aku kena sudahkan lesen motor agar segera aku boleh buat lesen kereta. Di samping tu, bila buka jer sekolah aku sure aku kena p ulang alik sekolah 2,3x lagi memandangkan kerja projek seni aku masih ada yang belom setel lagi. Aduhai, pening sungguh memikirkan perkara yang satu ni. Selain tu, nanti aku kira2 bulan feb aku nak kena repeat paper muet lepas tu for sure bulan mac aku nak retake paper STPM yang sem3 lagi. Lantak pi lah apa orang nak cakap.

Jadi dalam masa tu mesti aku kena buat preparation yang sepatutnya memandangkan aku bukan lagi budak sekolah. Luckly, subjek untuk sem3 nanti ada 3 paper je. Jadi aku dah tak perlu ngadap subjek seni mahupun PBS lagi dah. Lega. Jadi, kalau aku keje mahunya boss atau majikan nak bagi cuti manjang kat aku. dahla pekerje sementara. Mesti rumit kan? jadi baik aku jangan keje lagi sehinggalah segala2 nya selesai. Aku agak dalam bulan 4 semuanya dah setelllah. Aku cuma boleh merancang. lepas rancang serah pada Allah plak macam mana.

Bila orang tanya aku buat apa sepanjang cuti ni takdelah aku jawab panjang lebar. Penat woo nak cite segala plan aku. Aku kira takde yang kisah pun apa perancangan aku. Ada yang kisah ke ?

*kalo ada terima kasih :D






Tiada ulasan: