Isnin, 30 Disember 2013

Move on.

Assalamualaikum.



Tahun 2013 makin tiba ke penghujungnya.
Jarum jam tepat menunjukkan waktu sudah 4.15 pagi.
Sukar benar untuk melelapkan mata.
Fikiran jauh melayang. Tenang dan kusut menjadi satu kala ni.
Tenang kerana deruan angin yg amat mendamaikan jiwa dan perasaan.
Kusut pula kerana terlalu banyak benda yg bermain di minda.

Andai kata salam yang dihulur itu ikhlas, akanku terima salam itu dengan penuh sangka baik. Mungkin sinis namun tidak bermakna berdendam. Apa ada pada sebuah dendam.

Move on.
Kenapa sukar untuk terus pandang ke hadapan?
Kenapa perlu terus menghantui?
Kenapa perlu berpegang terus pada benda yang dah lepas?
Kenapa?


Kalau terus begini bila mahu tenang?
Kalau terus begini sampai bila harus dihantui?
Kalau terus begini bila mahu maju ke depan?
Kalau terus begini bila mahu bangkit?
Jangan jadi lemah kerana kenangan yang menyakitkan.


Lupakan.
Lupakan meskipun sukar.
Lupakan meskipun pedih.
Lupakan meskipun perit.
Lupakan.


Meskipun luka itu sudah sembuh namun parut itu takkan hilang sebegitu mudah.
Parut itu bisa jadi luka yang berdarah lagi ada waktunya.


Let bygone be bygone.
Belajarlah jadi dewasa.
Belajarlah menerima hakikat.
Terus pandang ke depan.
Lepaskan apa yang dipendam.
Usah biar ia tersemat terus menjadi dendam.
Dendam memusnahkan diri.
Dendam merosakkan jiwa.


Hiduplah di muka bumi allah kerananya.
Bukan mereka.
Jadikanlah mereka yg pernah hadir sebagai satu pelajaran menjadi dewasa dan matang.
Jadikanlah kenangan pahit itu sebagai suatu pengalaman yang memberi pengajaran.
Move on.

Tiada ulasan: