Ahad, 15 Disember 2013

Non stop walking

Assalamualaikum..

 

Dah nak masuk 2 minggu agaknya aku bercuti. Bercuti untuk selama-lamanya daripada menjadi pelajar sekolah, pelajar tingkatan6 SMK Sultan Sulaiman. Terasa janggal betul sekarang ni. Janggal untuk menaip sesuatu. Lama sangat aku tinggalkan hobi aku ni (post blog) kerana kesibukan yang perlu aku berdepan terutama untuk siapkan diri nak menghadapi peperiksaan penying untuk kali last, harap2nya. Janggal terasa lagi bilamana aku dah takde apa nak buat untuk sibukkan diri. Kalau di sekolah, mesti masa2 begini aku masih di sekolah untuk siapkan projek seni aku tak pun aku dah terlantar atas katil awal2 kerana keletihan, seharian berada di sekolah dengan macam2 tugasan. 

 

Bercakap soal peperiksaan STPM...alhamdulillah..aku dapat sudahkan apa yang aku mulakan pertengahan Mei 2012 means Mei tahun lepas. Syukurlah aku diberi kekuatan untuk menempuh pelbagai dugaan untuk sudahkan semua ni. Peperiksaan sem3, ulangan 1 dan 2 aku mampu juga lakukan meskipun saat2 terakhir aku rasa give up sesangat. Berani betul aku ambil risiko tapi semunya kerana 1,2 perkara ni. Alhamdulillah aku punya mereka yang sentiasa berikan aku semangat utk teruskan semua ni meskipun dalam masa yg sama aku menerima kata2 sinis dari teman2 tapi aku cuba untuk tidak memperdulikan dan teruskan jugak perjalanan yang penuh berliku itu dengan satu tujuan dengan satu harapan. Aku hanya mampu berdoa berdoa dan terus berdoa pada Allah yang maha berkuasa. Apa jua keputusannya nanti biarlah setimpal dengan apa yang aku telah usahakan. Dan aku benar2 berharap aku tak perlu mengulangi peperiksaan lagi untuk baiki result STPM aku.

So..2 Dis itulah tarikh terakhir aku memakai baju sekolah bewarna hijau untuk tahun ni. Apakah aku masih perlu memakainya lagi atau tidak untuk tahun hadapan? Masih lagi menjadi tanda tanya. Yang penting pakaian hijau itu tersimpan elok dalam almari. HAHA.

 

Ok..sekarang aku ada banyak masa lebih kurang dalam 9 bulan lagi sebelum sambung pelajaran ke peringkat IPT. Harapnya ada tempat untuk aku..aaminn. Dan selama tu jugaklah aku tak punya apa2 untuk dibuat untuk isi masa lapang yang ada. Perancangan itu ada. Tapi untuk merealisasikan tu..sedikit sukar. Sebenarnya, kalau diberi peluang aku nak duk jer kat sekolah teruskan aktiviti rutin aku hari2. Hari minggu aku pun aku banyak habiskan masa di sekolah. Tapi, manalah mungkin kan. Kena terimalah tugas aku sebagai pelajar, pengawas semua dah berakhir. Sekali sakala bolehlaa, kalau acap2..ohh please jangan ulang kesilapan sama. Learn from mistake as a lesson ok? But, seriously, aku rasa bosan di rumah. Berat pun dah berkilo2 naik ni. HAHA

So, rancangannya?? Banyak. Untuk first month ni..aku cuma nak berehat jer dulu kat rumah. Ohh yer, perkara pertama dalam list...ikut trip yang schoolmates plan. Ke melaka. Usai jer paper last aku 2 Dis tu, malam tu gerak terus ke melaka. memang sedikit gopoh jugak. Masa tu fikiran aku memang dah melayang jauh. Exam ke mana buku ke mana, kepala asik dok ingat tak sabar nak pegi melaka je dengan kawan2. Minda dah penat. Mana taknya..hari2 bergelumang dengan buku tak kira masa dah tu aku stay kat ostel teman kawan sekelas. Serius penat otak. Fikir tak sabar2 nak habiskan paper2 last. Serius! Bila dh habis tu leganya hanya Allah yang tahu. Malas fikir dah camne keputusan masa tu redha jer. Yang penting nak rehat! Dan trip ke melaka memang awesome! sporting habis sampai tak ingat dunia. HAHA


Masa di melaka, aku dapat panggilan dari sorang guru aku. cikgu ada masalah dan perlukan seseorang utk tengok2kan anaknya sementara dia gi mengajar, then aku tanpa banyak soal terus hulurkan bantuan sementara cg dapat pengasuh baru. So sekarang hari2 aku berulang alik ke rumah cikgu tersebutlah tengok2kan anaknya. kekadang tido kat sana. Aku seronok sebenarnya jadi babysitter walaupun penat kadang layan kerenah budak2 nih. Seronok sebab aku ada benda boleh dibuat dan masa2 bosan aku terisi jugak. Lagipun aku tk pernah rasa macam mana jaga bdk kecik memandangkan aku sorang shj dlm keluarga. bila berpeluang tlg cikgu gini secara tak langsung dpt rapatkan lagi hubungan silaturahim antara kami. seriously aku dah tak rasa cikgu dan keluarga macam orang asing. aku dh rasa mcm keluarga aku sendiri dh. HUHU. oke2..rasa mcm dah jauh pergi. haha

dalam masa yang sama aku plan nak sudahkan lesen motor dan nak amik lesen kereta. dengar2 start 2014 kalau nk buat lesen mesti umo 21 tahun. kalo terlambat al maklum kene tunggu lg 2 tahun aa jawabnya..aku fikir aku nak mohon balik masuk PLKN..tapi rasanya tak kut. Tetiba rasa macam malas. HAHA. hurm so far tu jelah aktiviti harian aku, kekadang bila hari free aku melepak kat library awam. buat2 research sikit pasal kos2 di uni. Kadang rasa macam nak naik kl gi kat abang..tapi baru lagi aku gi kl kat dia, masa perlawanan MMA OFC baru2 ni. 

Jadi..nilah dulu aktiviti aku untuk bulan pertama cuti panjang ni. Kerja? bukan taknak kerja tapi aku masih ada banyak benda nak buat. Kalau kerja mesti susah nak kena amik cuti sokmo bla3. Lagipun projek seni aku tu belum hendred percent siap. Nantilah kalau rajin aku citer perjalanan sepanjang nk siapkan keje projek tu. Lepas tu nanti exam muet lagi..kalo nasib tak oke nak kena retake lagi paper sem3..so banyak benda nak kena prepare di situ. Kalau kerja pun mungkin selepas exam retake paper sem3. Harap2nya tak perlulah..jadi kalau taknak retake paper result nak kena tip top at least macam masa sem1 dulu..hurmm..sebelum buat sesuatu keputusan tu memang banyak benda nak kena difikirkan dari A sampailah Z supaya semuanya smooth dan dok tersekat2. Done.


*2,3mlm ni sokmo mimpi sekoloh ss*



Tiada ulasan: