Selasa, 24 Disember 2013

Pengalaman tengok OFC MMA Nov 2013 (saiful vampire's fan)

Assalamualaikum..selamat petang readers! 


 http://www.airasiaredtix.com/events/OneFightingChampionship2013/images/OFC7-Poster.jpg

Siapa pernah dengar tentang OFC MMA ? "One Fighting Championship Martial Mixed Art"?
Mungkin pada penggemar Martial Art tak kiralah muaythai ke boxing ke silat ke apa2 lah jenis martial art mesti tau fight ni. OFC ni satu tournament yang menggabungkan semua fighter dari pelbagai martial art then akan berlawan dalam cage dan dalam ramai2 fighter mesti ada pemenang mengikut kategori yang ditetapkan macam flyweight dan lain2. Aku hanya tau serba sedikit je pasal game ni. Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut.


Jadinya, baru2 ni masa aku final exam, aku ada gap seminggu sebelum paper Sejarah. Kebetulan, abang aku ada fight weekend tu. Jadi, aku teringin sangat nak tengok abang aku berlawan memandangkan masa dia join game ni for the first time on february lepas aku tak sempat tengok walaupun aku sempat sampai ke Bukit Jalil masa tournament berlangsung cuma tak sempat tengok turn abang aku fight. Aku cuma lewat 10 minit je time tu. Ruginya :( Masa tu lawan abang aku dari Mas jugak, Gianni Subba tapi sayangnya abang aku tewas. Mungkin pengalaman yg ada pada Gianni Subba dlm game ni menyebabkan dia menang sedangkan abang aku pula masa tu itulah kali pertama dia terlibat dalam game ni.

Dan..aku berpeluang kali ni untuk tengok, support abang aku secara live. Depan2. Seriously, memang aku tak sangka langsung yang aku akan ada seorang abang yang terlibat dengan game2 macam ni. Dalam banyak2 martial art, abang aku mewakili muaythai. Mesti tau kan muaythai? martial art dari thailand. Jadi November lepas, OFC kali tu game dia yang ketiga. Kali pertama tewas, kedua dan ketiga dia menang.

Taknak citer panjang, cuma nak share perasaan aku je bila aku tengok depan2 game yang memang bahaya ni. Sebabnya tumbuk tu tumbuk betul2, terajang2nya terajang betul2 dan yang paling ngeri darah tu..darah betul! Dulu, masa kecik2 aku memang minat gila dengan sukan ganas macam ni. Masa kecik dulu seingat aku masa tadika, sekolah rendah memang tak pernah miss tengok WWF ke WWE ke semua tu. Sampai nama fighter sorang2 aku boleh hafal dan kenal. Cuma bila dah beransur remaja, bila naik sekolah menengah minat tu mula hilang. HAHA.

Yup. aku memang suka tengok orang kena tumbuk, berdarah, putus tu putus ni tapi tu dululah. Lebih excited bila ada game kena berlawan dalam kurungan gitu. Cage. Kena baham dengan kerusi atas badan, kena lempar sepak terajang semua tu. Gila ah. HAHA. tak sangka aku boleh minat benda2 ganas macam tu. Tapi...bila aku tengok depan2 semua tu, Ya Allah hanya Allah je tau perasaan aku masa tu. Macam2 ada kot. First time aku tengok satu stadium yang penuh dengan orang, ada cage lepas tu semua fighter kena fight dalam cage, darah bergelumuran. Semua tu nyata sangat depan mata ni. Memang horibble. Lagi berdebar bila tengok yang salah sorang fighter tu abang aku. Yes abang aku. Perasaan tu sukar nak diungkaplah time tu. Lawan abang dari Cambodia. Licik jugak orangnya. Abang aku asyik dihumban, dihempap, dilempar ke lantai jer. Time tu bukan takut kalah tapi takut kalau2 teruk abang aku dibelasah lawannya tu. Kakak aku kat sebelah ni dah menangis habis dah. Haha. Mungkin perlawanan ganas macam ni hanya sesuai ditonton orang yang cekal hatinya. 

 

Aku fikir abang aku akan kalah masa tu memandangkan macam susah je nak tumpaskan lawannya. Mana taknya asyik kena hempap jer. Masa tu jugak, stadium Bukit Jalil riuh dengan laungan nama abang aku "saiful! Saiful! Saiful!" Sepanjang perlawanan berlangsung, masa game abang aku lah stadium jadi makin gamat dengan sorakan penonton. Perghh! meremang bulu roma aku time tu. Masih tergiang lagi di minda ni pekikan orang ramai memberi semangat. Aku sendiri tak henti menjerit. Tak kisah dah malu ke apa ke yang penting semangat! haha. Aku lihat abang aku langsung tak mengalah. Makin kuat namanya dilaung makin bersemangat dia aku lihat. Masa tu aku memang bangga gila dengan abang aku. 

 



Setelah 3 pusingan berlalu, kemenangan berpihak pada abang aku jua. Alhamdulillah. Lawan abang plak, pecah mata kut, beberapa jahitan jugak kena kat mata tu. Dalam game macam gini memang normallah benda tu. Pernah sekali ada fighter yang putus mulutnya, ngeri kan? -___- 
 Aku bangga dengan kejayaan abang aku. He never ever give up. Dia tau kalau dia tunjuk keletihannya masa tu mesti pihak lawan dapat kesan kelemahan abang aku so he didnt show that he was tired during gamed. Aku dapat lihat satu senyuman puas terukir di bibir abang aku. Aku tau, dia berpuas hati bukan kerana kemenangannya tapi dia berpuas hati kerana dia berjaya mencabar dirinya sendiri dengan apa yang dah dia terpaksa lalui sehari sebelum perlawanan bermula. No matter what he did, it worth.

Ini baru game ketiga. Masih ada 7 game lagi untuk pencarian fighter OFC MMA. Tak tahulah macam mana rupanya nanti nak tunggu lagi 7 game tuh. Jangan ada yang patah riuk sudah. I want he knows that i always support and proud of him. Ini mungkin game pertama dan terakhir kut yang sempat aku join. Sebab untuk next fight aku belum tentu dapat tengok. Tak kiralah aku dapat pergi tengok ke tak game abang aku nanti, aku sentiasa support abang aku dari jauh.

Walaupun hanya sekejap dapat meluangkan masa bersama mereka, abang, kak dzianti, adik bakri dan kak long namun aku tetap bersyukur sangat sebab aku berkesempatan merasa pengalaman bersama adik beradik aku walaupun bukan semua. Aku dah tak perlu nak rasa terkilan ke apa ke lepas ni bila tengok mereka yang punya adik beradik sebab aku pun ada juga. Aku gembira sangat sebab aku tahu selepas umi dan abah aku masih ada keluarga lain yang akan sentiasa support aku walaupun hanya dari jauh di saat aku kehilangan atau di saat aku jatuh. Dan aku masih ada sebab untuk teruskan hidup.

*sebahagian gambar2 sepanjang hari perlawanan*

 ~ masa di gym (Muaythai gym - mont kiara) ~


  ~ siblings ~


~ selepas game ~








Tiada ulasan: