Rabu, 31 Disember 2014

Pergi...

Assalamualaikum

Setelah lama tidak kembali ke sini
Sekadar coretan pendek
Soal perpisahan
Tertanya-tanya di mana kekuatan diri di saat kehilangan
Mampukah bertahan kiranya kehilangan hakiki yg berlaku
Bertahan utk tidak keluarkan airmata
Meski hati menangis pilu
Mengharapkan diri masih diingati dan tidak dilupakan
Tak disangka kehilangan itu ditakuti
Tembok yg dibina mampu kau runtuhkan
terdiam dan kaku tak daya berkata
bilamana perpisahan tercipta
tak selamanya mereka kekal di sisi
Perpisahan yang tidak mampu dihalang
Hanya doa sentiasa jadi pengiring
Terima kasih untuk segalanya
Terasa kata terima kasih itu tidak memadai
Namun hanya itu yang terdaya
Tuhan, kuatkan bila diduga begini
Seperti mana kekuatan dulu dipinjam
Hanya kepadaMu tempatku berserah
Terima kasih untuk anugerahMu ini.
Kau pergi....

31 Dis 2014  2.59 am

Ahad, 31 Ogos 2014

Jejak langkah ke menara gading

Assalamualaikum.


Lagi sehari bakal bergelar pelajar university, mahasiswi Uni of Malaya. Keep counting!  Am I ready enough for it ? InsyaAllah, I will be ready for a new chapter in my life starting by tomorrow. Aku tengah persiapkan mental dan fizikal supaya aku tak cepat rebah dan mengalah bila di sana nanti lebih2 lagi time Minggu Haluan Siswa UM (MHSUM) nanti. Yep, aku tau kehidupan baru ini tidak semudah disangka. Aku akan berdepan dengan macam2 rintangan dalam menuju kejayaan. Takpe ingat kejayaan masa di form6, ulangi kejayaan lalu. Memang ada rasa sedikit gerun dan bimbang di hati kalau2 aku tak dapat adapt atau sesuaikan diri dengan suasana baru nanti. Aku cuma berharap apa yang telah aku latih pada diri aku sepanjang di tingkatan 6 dulu akan membantu aku dalam mengharungi life sbg student U. Pengalaman lepas mengajar aku erti kekuatan diri.


Setakat ni, inilah barang2 yang akan aku bawa sekali nanti bila masuk kolej kediaman besok. Ini saja tak termasuk storage box dan baldi. Banyaknya. Rasa-rasanya aku sorang je kot yang bawak barang banyak macam ni. Mohon esok dapat bilik aras bawah dan katil single. HukHukkk..

Sebelum buat keputusan 2 minggu lepas aku ada lah melawat kolej kediaman yang aku dapat. Aku dapat kolej kesembilan. Kolej Kediaman Tun Dr. Syed Zahiruddin. Kali pertama pusing UM, tak jumpa pun kolej aku tu tapikan...bila aku tengok je Dewan Tunku Canselor (DTC), keadaan sekeliling UM pada kiraan aku sangat sejuk dan tenang sebab banyak pokok buatkan aku dah jatuh cinta dengan UM. Aku suka. UM ni aku tak tahulah besar mana. Boleh dikatakan memang ada lagi bangunan2 lama di dalam kawasan UM, yelah UM pun terkenal dengan gelaran uni tertua di Malaysia. Aku pula jenis orang yang suka dengan benda2 old school ni, bila tengok suasana UM lagilah aku rasa terpanggil to be part of it. Rasa seolah kena dengan jiwa aku. Aku suka sesuatu yang tenang. Haha. Masuk kali kedua ke UM barulah jumpa kolej kediaman aku. Rupa2nya kk9 terletak luar daripada UM. The only one KK yang terletak di luar. HUHU. Bila tengok jarak antara KK dengan fakulti ada juga rasa "alahaiii..kuruih kering aku gini klu kena jalan kaki hari2" haha.

Tapi aku tetap rasa suka walaupun kk9 aku di luar. Positif. Lagipun banyak je bas kat UM tu. Lepas tu dekat dgn UIA PJ. Bolehlah jumpa faris weekend sekali sekala. Boleh naik bas, kalau rasa nak kurus boleh exercise dengan jalan kaki. T_T . Lagipun di sekeliling KK9 suasana pun oke, dikelilingi rumah2 lama. Tenang jer. Harap2 bilik aku nanti pun jauh dari kesibukan jalan raya. Bila tau rupanya kk9 ni pernah jadi kk cikgu sejarah aku dan cikgu naza aku terasa sangat2 bersemangat! Thanks pada mereka berdua sebab tak putus2 menyokong dan menasihati aku. Dari dulu sampai sekarang. Aku rasa seronok sebab dapat belajar di UM nanti mengikuti jejak langkah mereka. Aku pasti boleh berjaya!


So, inilah kolej kediaman yang bakal jadi tempat berteduh aku selama aku menuntut ilmu di UM nanti. Tak sabar pula rasanya. Haha.

Dah mula timbul bibit2 rindu pada mereka, rindu pada aktiviti rutin aku sebelum ni tapi apakan daya memang dah tiba masanya aku pergi demi mencari ilmu. Chehh, ayat sedih konon, macamlah tak boleh balik langsung kan. So, khamis baru ni ada buat makan2 sikit untuk cikgu2 dan kawan2 form6 dulu. Walaupun dalam hati tu sedih kerana perlu berpisah tapi cuba sedaya upaya tak tonjolkan rasa tu sebab...bukannya tak boleh jumpa lg lepas ni. Taknaklah rasa sedih sangat. people come and go. As same as me. Yang patah kan tumbuh kembali, yang hilang kan berganti lagi. Segala jasa, pengorbanan dan kebaikan aku amat hargai. Tapi apa yang aku cuba nak bagitahu kat sini aku rasa bahagia3 yang amat sangat. Kenapa?? Aku bahagia sebab kisah aku di smkss berakhir bukan dalam kedukaan lagi bahkan berakhirnya kisah aku dengan penuh keceriaan serta kegembiraan. I dont have to go back to the past to feel like before. Aku pernah ada kisah silam yang menyakitkan so aku taknak life di form6 berakhir sama seperti dulu. Enough is enough. Alhamdulillah target utama aku dah tercapai. Aku tahu kisah silam dulu sebenarnya bukanlah hundred percent berpunca daripada aku sendiri walaupun aku akui aku ada buat silap dulu. Things get better and i had fixed it now. Syukur pada Allah yang maha penyayang.

Tapi, macam mana kalau tak sampai seminggu dah rasa nak balik?? HAHA. Apalah, lembik betul. Kata kuat. Tak tahu kenapa dalam dua minggu lepas dapat tahu result upu, selera makan aku bertambah kuat. Dalam sekelip mata berkilo2 berat naik. Mohon bila dapat kk jauh dari fakulti aku boleh kuruih sikt. Haha.
For sure memang aku akan rindukan masakan umi nanti. Sedih pula nak tinggalkan umi dan abah :'(

Sedikit gambar kenangan dengan guru2 tersayang dan rakan2 seperjuangan semasa di Ting6 dulu.











Ribuan terima kasih atas ingatan tulus ikhlas ni. Sesungguhnya hati ini berat untuk melangkah pergi setelah mengenali mereka rapat dan setelah hampir 9 bulan bekerja di koperasi sekolah. Terima kasih pada cikgu Azmi dan Teacher Rabaah atas kepercayaan mereka kepadaku selama ini. Terima kasih bagi aku bekerja sekurang-kurangnya hasil yang aku dapat jadi bekal masa sambung belajar nanti. Akanku bawa pemberian2 ini bersamaku supaya tiap kali aku menyempurnakan ibadahku setiap kali itulah ingatan aku pada mereka semakin mekar. Hanya Allah mampu balas segala kebaikan mereka terhadap aku. Tanpa ada sikap prejudis. Aku sangat hargai. Moga doa mereka akan sentiasa mengiringi aku jadi aku tahu aku tidak sendirian.



Aku kena bertambah kuat lagi lepas ni. Kali ini semua benda aku sendirian tanpa umi abah di sisi. InsyaAllah, cukuplah doa2 dari orang2 terdekat dan rapat sebagai sumber kekuatan aku. 

Buat teman2 seperjuangan..semoga berjaya dalam apa jua yang korang buat. InsyaAllah, aku takkan lupakan korang teman belajar, sumber kekuatan kejayaan aku juga masa di form6. Dan harapnya korang pun takkan lupakan aku. Teruskan menggapai kejayaan. 

Be the best, beat the rest.





Sabtu, 30 Ogos 2014

Tentukan Pilihan.

Assalamualaikum...

Last post aku ada cerita pengalaman aku masa interview usm dan um. Jadi sedikit sebanyak aku harap dapatlah bantu adik2 bila mereka cari tips2 untuk menghadapi temuduga usm dan um


Oke, so post kali ni aku nak bercerita tentang pilihan. Sedia maklum aku dapat dua offer kemasukan ke ipta untuk degree sesi 2014/2015. Satu dari USM (Sastera dengan Pendidikan) dan satu lagi UM (Pengajian Antarabangsa dan Strategik). Alhamdulillah. Masa yang ada cuma 2 minggu untuk sahkan terima tawaran atau tak. Sejujurnya bila aku semak ikut sms dan dapat tahu aku boleh um, aku tersangatlah excited gile. Masa tu aku sedang bekerja di koperasi, melompat aku time tuh! Haha..melompat dengan diiringi ucap syukur pada Allah kerana tanpa dengan izinNya pasti aku tak dapat. Mujurlah masa tu takde sesiapa kat koop.

Balik je terus aku ke CC, dengan perasaan yang penuh excited bila dah keluar tahniah anda terpilih bla3..tanpa fikir panjang terus aku click terima. Dalam masa yang sama aku pun dapat offer dari usm, bila aku semak online, memang separa terkejut dan sangat tak percaya sebab aku dapat kos temuduga hari tu. SASPEN!! Hurm, entah apa perasaan aku masa tu cuma aku bersyukurlah sebab ini mungkin rezeki aku, aku tak boleh nak pertikaikanlah walaupun i did bad during iv that time. Masa tu aku dah tetapkan pilihan aku, tanpa bertanya pandangan atau pendapat dari sesiapa aku memilih UM. Sebabnya, aku sangat berkenan dengan kos ni, masa tu aku rasa aku boleh pergi jauh dengan bidang ni. Aku boleh tonjolkan lagi diri aku. Aku boleh berjaya lagi asalkan aku minat. Tu je yang aku fikir masa tu. Passion comes first.

Malamnya aku dapat berita kurang seronoklah pada aku and tak nafi memang menganggu mood dan fokus aku. Rupanya ada yang tak menyokong dengan pilihan aku ni. Orang yang tak menyokong pula orang2 yang sangat aku hormat dan sanjung. Ikutkan boleh sahaja aku tidak pedulikan atau abaikan pandangan mereka sebabnya aku dh ada pilihan sendiri kan tapi susah pada aku nak buat gitu. Aku tak boleh nak abaikan, mungkin sebab tu aku hilang fokus dan sedikit stress. Huhu. Esoknya aku berjumpa mereka, bincang leklok, sedikit sebanyak bila berbicara soal pilihan ni memang aku ada terfikir banyak benda especially kemampuan aku. Mampukah aku?? Dalam setiap apa hal sekalipun mesti aku akan utamakan kemampuan aku selain daripada minat tu. Kalau aku tahu aku tak mampu memang aku tak amik risiko tapi jika aku yakin seyakin yakinnya aku percaya pada diri aku, kemampuan tu melebihi segalanya. Yakin pun pentinglah selain minat dan kemampuan. Bila punya minat, kemampuan akan datang sendiri tapi tidak tanpa hadirnya bersama keyakinan. Perghh macam apa jer formula aku ni. Tapi formula nilah yang aku duk pakai sepanjang di form6 and its worked out. 


Antara persoalan yang menghantui hari2 aku seterusnya. Terpaksa membuat pilihan. Untuk seketika aku hilang keyakinan pada diri sendiri. Ahh tak sangka bukan mudah untuk membuat keputusan. Kekadang aku rasa aku ni macam teruk je, stress tak pepasal. Ramai lagi yang tak dapat tawaran Uni sedangkan aku siap boleh double offer tapi stressnya melebihi orang yang tak dapat apa2 offer. Teruknya lah. Tapi apa aku boleh buat masa tu. Benda, perkara yang melibatkan masa depan, mestilah aku kena fikir betul2, pertimbangkan seeloknya. Benar, aku sudah punya pilihan masa tu jadi tak perlulah aku dengar atau minta pendapat dari sesiapa. Aku tak. Aku cuma masa tu teringin sangat nak tahu kenapa tak menyokong pilihan aku. Kenapa perlu memilih usm sedangkan kos di um pun aku kira kos yg sangat bagus, kena dengan minat aku tapi ada juga perasaan takut tu, takut kalau2 aku tersilap buat pilihan. Aku pun fikir aku tak boleh belakangkan mereka sebabnya mereka sangat penting dalam aku capai kejayaan terutama masa di form6. So, aku rasa aku sangatlah tak bagus abaikan mereka.

Antara minat dan jaminan masa depan. Lagi buat aku rasa down. Apa perlu aku buat..aku dah pun terima tawaran daripada um dan usm pula aku biarkan je tanpa beri apa2 keputusan. Masih punya masa utk aku fikir. 2 minggu sebelum tarikh tutup tawaran. Bukanlah aku tidak minat pada pendidikan cuma..aku tak rasa aku boleh jadi cikgu yang bagus.Terasa bagai ada satu perasaan fobia yg tak dapat aku buang dan elak. Aku seronok dapat mengajar sebabnya masa di sekolah aku selalu mengajar kawan2 dan aku pun ada buat part time mengajar tuisyen tapi entah kenapa hati aku begitu berat dengan um ni. Susah2. Aku faham kalau mereka fikirkan masa depan aku. Mereka nak tengok aku jadi cikgu. Aku pun memang ada simpan cita2 nak mengajar sebumbung dengan guru2 aku macam cikgu norma, cikgu halimah dengan cikgu azizah. tapi aku masih fikirkan pasal kos um tu setiap masa. Seriously hati aku sangatlah tidak tenang masa duk buat pilihan tu. Macam2 benda yang aku kena pertimbangkan. Apa2 aku masih mendahului minat dan kemampuan diri sendiri.

Aku rasa macam tak adil sebabnya aku banyak bertanyakan tentang kos di um sedangkan kos di usm tu pula aku langsung tak buat apa2. Perasaan berat hati tu melebihi segala2nya rasanya. Dalam masa yang sama ada yang mendesak. Rasa bersalah membuak2. Hati aku terdetik untuk ambil cabaran lagi bila ada yang tak yakin aku boleh survive dengan kos ni memandangkan english aku tak sehebat yang lain. Aku yakin kelemahan tu boleh diperbaiki. Tak sangka ada yang rasa aku tidak layak berada di UM. Sekiranya tidak layak mengapa aku ditawarkan ke um, sedangkan kos yg aku dapat ni kos iv hari tu. Kira aku dinilai depan2 oleh panel yg bertauliah UM, kalau aku tak layak UM takkan memilih aku. Tertinggi suara aku meluahkan rasa kecewa dan terkejut. Memang terasa sangat masa tu. Kecewa pun ada kerana mudahnya cita2 aku diperlekehkan, diperkecilkan. Terasa semangat aku dipatah-patahkan dalam masa yang sama semangat aku makin membara2 untuk sahut cabaran tu. Aku akan buktikan aku layak berada di UM!  Tapi aku cuba positif. Terima dengan hati terbuka. Ahh, buktikan lagi....aku dah cukup rasa penat belajar, menuntut ilmu mencari kejayaan hanya semata2 nak buktikan kemampuan diri. Cukuplah rasanya. Kali ini aku cuma nak belajar dengan penuh rasa minat, seronok, teruja dan tenang. Aku nak buat sesuatu yang boleh menggembirakan hati sendiri. Aku selangkah lagi menuju ke cita2 aku jadi mengapa harus aku lupakan. Aku yakin dengan konsep rezeki. Rezeki Allah di mana2. Tak semestinya belajar jadi cikgu, habis belajar pun akan jadi cikgu jugak zaman sekarang ni. Dan..aku pun percaya tak semestinya aku akan kerja dalam bidang IR ni andai kata ditakdirkan Allah itu bukan rezeki aku tapi sekurang-kurangnya aku seronok belajar benda yang aku minat. Aku selalu ingatkan diri aku jangan biarkan diri kembali hanyut macam masa spm dulu hanya kerana tidak minat belajar. Jangan buat sesuatu kerana orang lain. 


Aku berterima kasih sangat pada seorang insan ni dan aku rasa bersyukur yang amat, di saat aku keliru Allah hadirkan seseorang sebagai orang perantaraan antara tuhan dan aku, aku kira. Beliau ingatkan aku supaya "Buat keputusan untuk diri sendiri bukan sebab orang lain". Pendek tapi cukup buat aku tersedar masa tu. Terus aku terfikir, hanya orang yang betul2 mengenali, dan mengetahui cerita dan kisah aku akan menyokong pilihanku ni. Alhamdulillah, umi abah sangat menyokong aku sebab mereka tahu bagaimana keadaan aku bila aku terpaksa belajar benda yang aku tak minat ni. Bukanlah yang tak menyokong ni tak faham ke apa, macam aku cakap aku mengerti kalau mereka fikirkan masa depan aku, cuma mereka belum betul2 mengetahui apa yang telah aku lalui sebelum ni. Aku takkan biarkan diri ni kembali seperti dulu. Takkan.


Jadi, setelah aku fikir, aku tetapkan pilihan dan bulatkan kata hati. Uni Malaya tetap menjadi pilihan aku. Biar..biar kali ini aku silap buat pilihan sekalipun, aku tak kisah sebab ni pilihan aku, aku tak akan rasa menyesal. Aku taknak rasa kesal kalau aku buat sesuatu kerana orang sebab aku sedar masa aku di saat kejatuhan, orang tu takkan ada di sisi aku. That people would not always be with me to support me all the time. Jatuh bangun aku sendirian. So, biarkan aku yang buat pilihan kerana yang nak belajarnya aku dan yang menanggung risikonya aku. Kisah lalu cukup menyedarkan aku. Aku sudah penat merasa peritnya belajar apa yang aku tidak minat. Aku berterima kasih pada mereka terutamanya guru2 aku di smkss kerana keprihatinan mereka terhadap aku. Aku faham cikgu2 taknak aku habis belajar nanti mengganggur. Tapi insyaAllah, aku percaya kalau perform bagus di Uni nanti insyaAllah pasti ada peluang untuk aku. Sementara ni aku nak belajar benda yang aku minat. Arena form6 menjadi pilihan aku dulu pun kerana aku tahu itu salah satu jalan untuk menuju minat dan cita2 aku. Peluang kerja itu ada, insyaAllah.

Tiada jodoh antara aku dan USM. Ada rasa sedih sebab aku memang teringin nak masuk USM, aku tak pernah ke peneng sebelum ni. Aku nak merantau jauh. Tapi aku terpaksa tolak. Syukur, pihak USM masih sudi menawarkan kos saspen buatku. Maafkan aku terpaksa menolak. Aku harus memilih. Andai kata aku tidak layak jd sebahagian pelajar UM pasti sekarang aku sudah berada di peneng. Tapi, aku bulatkan kata hati, 1 Sept, Isnin ni aku bakal menjadi mahasiswi Universiti Malaya. Inilah pilihan aku. Aku rasa lega sangat bila dah tetapkan keputusan. Terima kasih pd yang menyokong dan memahami dan maafkan aku kerana tidak membuat pilihan sebaliknya. Aku hanya ingin belajar dengan tenang. Aku cuma harapkan doa dan restu dari mereka. Sebab aku percaya restu mereka selepas restu kedua orang tua aku adalah sumber kejayaan aku dengan izin Allah, insyaAllah.

Doakan aku..supaya aku tidak silap dalam membuat pilihan.

Fuhh, akhirnya terluah rasa hati..menghitung hari untuk Minggu Haluansiswa Uni Malaya. Aku harap aku sudah bersedia sepenuhnya untuk bergelar pelajar UM. Cabaran makin kuat. Moga aku kuat. Allah penemanku. UMIsOne.

Selasa, 26 Ogos 2014

Temuduga USM dan UM 2014

Assalamualaikum...

Setelah berbulan menyepikan diri akhirnya aku kembali. Khabar terbaru aku lagi sedang membuat persiapan untuk melanjutkan pelajaran aku. Minggu ni minggu last aku di rumah. Unbelievable! Dah tiba masa aku untuk berada di menara gading. Jumaat lepas dah selesai majlis tahlil dan doa selamat sekali dengan majlis kesyukuran sebab aku dapat masuk U. Walau penat terasa tapi aku terasa happy sangat. Everything went smooth. Bila majlis berakhir, aku tahu, dah tak lama aku akan merasai dunia baru. Dunia yang lagi penuh dengan cabaran.

Terima kasih pada mereka yang sudi hadir, sedara mara, keluarga terdekat, guru-guru terutamanya dan rakan2 aku di smkdri dulu.

Alhamdulillah...usaha kuat aku dulu tidak sia2. Inilah hasil apa yg telah aku usahakan selama aku di form6. Setelah melalui ujian yg berliku, Allah makbulkan doaku. Aku diterima masuk ke Universiti, IPTA lagi tu. Semuanya berlaku kerana kehendak Allah. Aku cuma berusaha untuk menjadi lebih baik dari dulu. Gembira bukan kepalang lagi. Aku dapat dua offer. Satu daripada Uni. Malaya (UM) kos Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Strategik. Kedua, dari Uni. Sains Malaysia (USM) kos Sastera dengan Pendidikan (Saspen). Alhamdulillah...bila aku dapat tawaran bagi dua2 kos ni aku tahu aku sudah lulus bagi sesi temuduga yang aku dh lalui beberapa bulan lepas. Aku tersangatlah gembira dan aku pun tak expect langsung aku akan dapat offer dari USM sebabnya aku buat ala kadar je masa iv usm hari tu.



Kalau nak bercerita tentang pengalaman masa ditemuduga bulan2 lepas rasanya terlalu banyak benda baru yang aku dapat belajar. Apa yang boleh aku katakan di sini, pengalaman iv tu satu pengalaman yg sgt menyeronokkan. Pertama kali aku gi iv utk kos saspen usm. Masa ditemuduga tu aku adalah argued sedikit dengan panel tentang pemilihan kos aku ni yg boleh buat aku rasa sedikit kesal masa tu dengan jawapan aku bg kat mereka. Too high confident level.  Soalan tak banyak. Seingat aku panel tanya kenapa aku memilih saspen. Diberi satu situasi di sekolah berkait disiplin pelajar dan aku as a prefect, apa perlu aku buat, harus bg satu penyelesaian. Aku dh lupa jenis soalan situasi tu. Afterward, panel2 minta aku mengajar di depan mereka memandangkan aku bagitau buat masa sekarang aku ada buat part time mengajar tuisyen. Panel agak terkejut bila aku baggitahu tu, entah kenapa. Aku antara orang yg last masuk blk iv, bila tanya pengalaman kwn2 sebelum tu mereka tak disuruh mengajar di depan panel pun . Kiranya aku je yg kena mengajar, aku ajar subjek sejarah. Serius aku semangat gila bila disuruh ngajar depan sebab aku suka. Nak cover rasa silap tu. Haha. Pun masa iv hari tu boleh dikatakan memang banyak bercakap dlm bi. Aku teringat panel tanya pada aku, bi aku okay, i can spoke well tp kenapa muet band2. Aku ingat masa exam hari tu minda aku ke lain. Aku hilang fokus. Entahlah kenapa. 

Selesai iv, aku melangkah dengan penuh lega. Aku rasa aku akan direject sebab aku sendiri mereject kos ni secara terang terangan pada panel temuduga. Panel kata mereka nak reject aku sebab aku sebenarnya tak berminat dgn kos tu dlm masa yang sama mereka kata aku lebih sesuai berada dlm bidang sn politik memandangkan aku pandai berkata2. Terasa satu sindiran di situ tapi aku hanya tersenyum. Mereka suggest kalau aku dpt masuk usm atau mana2 u sekalipun, aku harus masuk debat atau pidato. Nampak panel seorang tu agak serius, yang seorang lagi asyik tersenyum dan menggangguk2 sambil belek2 fail sijil aku. Hahaa, aku tak rasa aku berkebolehan dlm berpidato atau berdebat sebab tak pernah ada peluang pun untuk libatkan diri dalam program seumpama tu masa di sekolah. Usai sahaja iv, itu yang buat aku melangkah keluar bilik lega separuh kesal. Lega sebab dh selesai dan panel kesemuanya seolah2 berpuas hati ngan prestasi aku time tu tapi aku ada rasa sedikit kesal sebab menolak kos saspen awal2 hanya kerana aku lebih berminat dgn kos lain membuatkan peluang aku untuk dapat offer dari usm amatlah tipis masa tu.



Temuduga kali ke2 di kota bharu jugak tapi utk kos Pengajian Antarabangsa UM. Aku tak sangka aku dapat panggilan temuduga um ni. Dulu..aku rasa aku memang takkan minta um dalam permohonan upu tu sebabnya aku tahu bukan mudah nak dpt masuk um.Um hanya untuk budak2 bijak pandai. Aku tak pandai. Mesti kena compete. What a kind of mindset.  Aku pun kalau boleh nak elak dari minta kos iv ni sebab takut. Tapi tu dululah. Bila dah terlalu exposed di form6, masa tulah aku belajar untuk tingkatkan keyakinan diri sebab aku ingat ada guru pernah katakan pada aku bahawa aku ni seorang yg sgt low tahap keyakinannya. So, di smkss aku perbaiki kelemahan aku. Alhamdulillah, kelemahan dpt diperbaiki. Makin hari aku makin yakin dengan diri sendiri. Maka sebab itu aku berani ambil risiko itu.  Sebelum memohon, aku dh buat research, buat survey sikit tentang kos IR ni dan ternyata aku mula berminat dengan kos ni. Jadi, memang sebelum iv tu, seharusnya kita buat sedikit persiapan lah. Kali ni banyak yg aku prepare berbanding 1st iv sebelum ni. Aku masih ingat lagi panel temuduga aku masa tu bukan calang2 orang tapi Dato Dr Drof HJ Hashim Awang, orang kuat dan lama di fakulti pengajian bahasa melayu um. Pensyarah pada cikgu bm aku di form6. Lagi sorang panel tu prof dalam bidang yg aku pilih ni. 

Alhamdulillah, the iv also went smooth. Tak seperti yang aku bayangkan. Yelah, yang jadi panel bukan orang2 biasa, bila aku dapat tahu salah seorang dato, tipulah kalau aku kata takde rasa nervous langsung kan. Sikit mesti ada. Tapi kena pandai simpan, jangan tunjuk gugup sangat. Confident level kena tinggi baru orang yakin dengan kita. Boleh dikatakan..soalan pertama yg diaju tiap kali iv mesti "kenapa awak memilih kos ini ?". Soalan yg sangat aku nanti. Aku dengan penuh yakin bagitau aku memang dah research awal2 kos ni dan sememangnya aku dari sekolah rendah lagi minat akan subjek sains politik dan aku tau kos ni ada kena mengena dengan minat aku. Kos Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Strategik ni actually macam pengajian am penggal 3 namun lebih meluas. Aku tahu aku minat sebab masa di form6 itulah subjek atau topik makanan aku. Seronok sebenarnya belajar pasal dunia luar kalau dah minat. Next quest, panel tanya adakah aku tahu peluang pekerjaan dalam bidang ni. Soalan ini pun aku dh prepare awal2 jawapannya. Macam yang aku cakap aku dh buat research..tak banyak sikit tu ada. Aku tau dalam bidang ni nanti aku boleh berada di bawah ptd. Bekerja dengan or sebagai pegawai diplomatik or kalau berkelayakan lg boleh jadi duta mewakili negara. Selain tu, boleh jadi penganalisis politik atau penganalisis strategi pertahanan (ini cita2 aku dari dulu), bekerja dengan mana2 sektor swasta or awam dlm bahagian perhubungan awam which is means banyak berinteraksi dengan orang ramai. Ataupun penggubal dasar luar negara serta boleh berada di bawah wisma putera berkhidmat untuk kerajaan. Aku ingat lagi respon panel yang sangat memberi dorongan. 


Aku pun masih ingat aku ditanya tentang hubungan Malaysia dengan China waktu tu, sumbangan Malaysia dalam OIC. Semua aku bleh jawab dengan yakin except part OIC sebabnya aku tak byk prepare sumbangan Malaysia dlm OIC yang latest, tapi aku masih ingatlah apa yang aku belajar masa di form6 dulu. Aku tengok pihak panel berpuas hati dengan jawapan aku. Panel ada tanya aku, apa rancangan jangka panjang aku memandangkan aku dah tau mengenai bidang ini. Aku cuma cakap aku berminat untuk berada dalam sektor awam, menjadi sebahagian daripada pentadbiran negara. Aku nak bagi sumbangan, cuma sumbangan yang bagaimana aku belum pasti. Ataupun paling2 koman aku nak jd lecturer dalam bidang ini. Aku suka analisis sesuatu keadaan. Aku sangat yakin masa tu lebih2 bila panel katakan yang um sangat memerlukan orang macam aku. Aku yakin peluang aku untuk dapat tu tinggi. Aku seronok masa ditemuduga tu, kadang tak rasa seperti iv sebabnya panel2 sangatlah ramah dan mesra. Boleh ajak bersembang orang kata. Tapi betul, itu yang buat aku jadi lebih yakin dan tunjukkan kebolehan aku, karisma aku. Sungguh, aku bercita2 tinggi sekiranya aku berada dlm bidang atau kos ini, aku ingin sambung belajar sehingga ke peringkat phd. Aku nak fly ke tempat orang.

Di akhir temuduga tu, aku dibenarkan bertanyakan soalan pada panel. Aku tak expect panel akan benar tanyakan soalan so i didnt prepare any quest for them. Cuma yang terlintas di dalam kepala, berapa tinggi kadar peluang aku akan diterima um nanti. Panel bagitau aku pasti dapat kerana um sangat2 perlukan student macam aku. Aku pun tak tahulah apa maksud mereka. Aku berharap andai diberikan peluang aku takkan lepaskan peluang ini. Aku akan usaha untuk capai cita2 dan minat aku.

Selepas berbulan menanti...alhamdulillah...Rezeki Allah untuk aku, aku mendapat kedua2 tawaran both dari usm dan um. Kini, aku harus berdepan dengan kesukaran memilih pula...

Moga apa yang aku pilih itulah yang terbaik untukku.





Khamis, 10 Julai 2014

Iftar dengan sahabat 2014

Assalamualaikumm...

Alamak terlepas match antara Holland dgn Argentina lah, sahur pun terlepas. adess.
Kisah kali ni..berbuka dgn geng2 dari smkdri. Tak ramai yang join sebab memasing ada hal. Inipun kebetulan sahabat yg belajar di UUM sedang bercuti. First time berbuka kat Uncle Chua Restaurant, yang paling aku suka roti toast nya. Best. Rasa macam nak lg. Kalau tak kerana org ajak makan kat situ, memang tak terpegi kalau dgn family ataupun sendiri. Haha. Secret Recipe pun org bawak pi. Sadiss kan. Haha.

Lepas berbuka, terawih kat Masjid Ladang. First time utk ramadhan kali ni. Ya Allah, merdunya suara imam solat isyak dan terawih tu. Tak pernah aku rs boleh sekhusyuk tu dan rasa macam tak puas lagi. Buat 8 tp rasa macam kejap jer, terlalu asyik. Nak je buat 20 tapi masa tu nak blk cepat yelah ank dara kuar sampai lewat malam mana bagus kan kan.. Next time nk gi terawih sana lagi.
Masa dengan kekawan langsung tak terfikir masalah. Admit laa, hidup aku ceria pun bila adanya sahabat2. Walaupun tak ramai tapi kehadiran mereka sdh cukup buat aku senang. Lebih baik punya teman rapat yg sedikit tapi memahami dari punya teman yg ramai tapi hanya ada bila berkepentingan. Kekadang rasa mereka lebih kenal aku berbanding org yg aku fikirkan 'keluarga'. Now keluarga aku cuma umi abah aku jer dan juga sahabat2 aku ini. Yep, aku lebih senang begitu. Hahahaa ni yang malas ni, asik nak touching je memanjang. chill lah wehh.

Ok..to my bestfriends..umi zaty qilah n syuk thanks for that nite. Really enjoy that moment. Harap sangat dpt kumpul ramai2 lagi termasuk fariz syafiq azhar n rafi. Moga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga. Berkasih kasihan sesama kita kerana Allah. Salah satu golongan yg dpt masuk syurga adalah mereka yg bersahabat, persahabatan mereka kerana Allah. Alhamdulillah, syukur sgt sebab Allah hadirkan mereka sahabat yg baik dan saling mengingati Allah buatkan aku sentiasa dekat dgn pencipta aku.

Rabu, 9 Julai 2014

Sesekali diuji

Assalamualaikum

Bukan mudah berada di tempat sekarang. Dari kecil diduga dengan pelbagai ujian namun berkali2 ingatkan diri ini agar tidak mempersoalkan kenapa diuji. Itu semua kerja tuhan. Siapa aku untuk mempersoalkan kerja tuhan. Pasrah dalam hanyut. Redha dalam pencarian.
Tidak mudah memegang status itu. Sering kali bertegas dengan diri sendiri, apa ada pada status. Tapi itulah yang buat aku tertewas sendiri.
Berkali kecewa dengan sikap manusia. Aku sedar kini, manusia bukan sesuai dijadikan tempat bersandar. Cukuplah Allah bagiku. Hanya Allah. 
Kalaulah semudah itu.

Sesungguhnya bukan mudah.
Tapi aku faham, bukan aku sahaja diuji. Bukan aku seorang diduga. Dari situ aku belajar erti syukur. Aku mula menghargai apa yang aku ada.
Apa yang dilalui. Apa yang telah ditempuh dijadikan pengajaran paling bermakna. Pengalaman yang mengajar. Mengajar supaya aku lebih kuat. Kuat berdepan ujian lagi. Kerana aku tau, aku sedar selagi nyawa dikandung badan selagi itu ujian demi ujian datang menduga hamba Allah ini.
Maka, apabila aku tidak punya sesiapa di sisi, aku sedar aku masih punya tuhan, aku masih ada Allah. Hanya kekuatan daripadanya kupohon untuk terus jalani hidup penuh liku ini.
Sesungguhnya perjalanan ini masih panjang.
Aku hanya mampu berdoa mohon secebis kekuatanNya untuk aku terus bertahan. Tak goyah bila berdepan ujianNya.


Jumaat, 4 Julai 2014

Harga sebuah pengorbanan


Assalamualaikum...

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Moga Ramadhan kali ini memberi makna pada kita semua.


Harga sebuah pengorbanan. Kali ni aku nak berkongsi rasa gembira yang tertunda sejak sekian bulannya. Tertunda dek kerana kesibukan dengan tugas baru sebagai penjaga/penjual di koperasi SMKSS, sekolah yang amat aku cintai. Sebelum tu..setinggi2 rasa syukur perlu dipanjatkan kepada Allah swt kerana jika bukan kerana izinNya aku takkan menikmati saat2 bahagia kini.
12 April 2014 antara tarikh, hari yang paling gembira dan bahagia dalam hidup aku. Alhamdulillah hari itu terbayar segala usaha dan penat lelah sepanjang setahun setengah aku di Tingkatan Enam. Aku kira hari itu hari pembayaran atas usaha dan pengorbanan aku.  
Maaf. Post kali ni memang panjang. Sekadar mencoret kenangan indah di sini. Moga dapat memberi motivasi pada mereka yg membaca kisahku ini bahawa dalam hidup ini, jangan sesekali putus harapan. Harapan itu sentiasa ada bagi mereka yang yakin dan percaya. Maaf andai banyak kekurangan dan kelemahan.

Mengenang kembali detik2 kegembiraan itu...

Result keseluruhan STPM 2013 keluar sejurus je exam ulangan penggal 3 berakhir. Ohh yer, peperiksaan ulangan penggal 3 (UP3), peperiksaan tu diadakan dalam bulan feb. Jadi 15 hingga 18 Februari 2014 tu tarikh aku dan rakan2 yang lain mengulang P3. Setelah kira2 dua bulan lebih meninggalkan alam sekolah dan buku memang agak berkarat jugak kepala otak ni nak study balik. HAHA.  

Yup, dan aku antara salah seorang pelajar yang menduduki peperiksaan ulangan tersebut  meskipun result aku sudah cukup memuaskan. Seperti yang aku katakan pada entry lepas, aku mau gunakan peluang ini kerana aku taknak menyesal di kemudian hari. Pada aku wang boleh dicari tapi peluang cuma datang sekali dan aku sedar aku inginkan sesuatu. Pada kiraan aku, result aku tak seperti apa yang aku dapat sekarang ni. Jangkaan aku dalam 3.20-3.40 jer. 

Oh, sebelum aku mengulang paper ulangan tu (UP3), aku sudah dapat result untuk penggal 3 P3, 10 Februari 2014 lalu. Alhamdulillah result sangat meningkat dari penggal 2. Meski tidak sehebat penggal 1 tapi aku puas sebab masa di penggal 3 hari tu aku terpaksa carried  8 papers. P3 ada 3 papers, lucky, sbb seni tak perlu exam dah. Sekadar buat kerja projek jer. 3 papers tak termasuk paper ulangan sebanyak 5 papers (5 paper ulangan). Means, untuk final exam (P3) saje aku dah ada 8 papers dan dalam masa beberapa minggu aku perlu cover semua 8 papers tu memandangkan tempoh masa antara exam penggal 3 dengan ulangan 1 dan 2 tersangatlah dekat, aku memang bimbang kalau2 tak dapat cover semua tu. 
Untuk penggal 1 aku ulang satu paper je, paper BM. Masuk penggal 2 hambbekk kauu.. 4 papers sekaligus aku mengulang. Paper PA SEJ BM dan SENI. Result sem2 aku betul2 merudum jatuh, pointer 3 pun tak cecah. Setakat 2.75 (1B+ 1B 1B- 1C+). Gila!
Masa tu, stress tension fedup penat give up semua ada. Mau tak rasa semua tu. Study gile2 last2 keputusan hampeh sehampeh hampehnya. Terduduk aku masa terima keputusan penggal2 tu. HAHA. Nyaris nak isi form berhenti sekolah. Tapi nasib baik semangat tu kuat. Sakit2 pun teruskan jugak sebab dah separuh perjalanan dah di form6 ni. Tapi masa tu memang kecewa yang amat sangat. Diri sendiri je tahu kekecewaan tu setara mana. 



Bila melihatkan keputusan penggal 3, aku seolah2 berada dalam win-win situation, aku tak tahu sama ada aku nak ulang ataupun tidak subjek yang aku dapat B memandangkan result aku 3.42 (2A1B1B-). B tu subjek BM dan B- tu Sejarah. Frust gila kot aku BM dapat B padahal BM sem3 lah antara yang paling senang. Sejarah tu..aku dah agak mesti tak dapat A sebab aku tak sempat nak jawab 1 soalan. Itulah kelemahan ketara aku. Aku rasa aku dah mengecewakan cikgu sejarah aku time tuh. Sedih gile aku masa tu. Tapi bersyukur sangat at least paper Pengajian Am dan Seni dapat A dan paling rasa bersyukur result p3 much better than p2. Ramai yang cakap PA sem3 paling susah tapi pada aku tidaklah sesusah mana. Mungkin memang PA ni subjek kegemaran aku jadi aku boleh buat. Dan aku rasa cikgu pengajian am aku lah antara yang paling gembira bila dapat tahu result PA aku tu. Alhamdulillah berkat tunjuk ajarnya juga aku dapat A Terima kasih cikgu Nooraini dan cikgu Che Aminah. Seni pula sem3 memang fokus pada kerja projek sepanjang tempoh tu jadi sedikit sebanyak memang membantu aku yang bukannya orang seni ni, dan memang sepatutnya cikgu bagi A sebab siang malam aku asyik duk di sekolah sampai kena kacau dek makhluk tak diundang, HAHA  -___-


Oke..aku lupa result ulangan 1 dan 2 tu keluar bila, rasanya seminggu atau dua minggu selepas result Penggal 3 keluar. Masa tu aku dah start keje kat koperasi. Risau wehh nak boleh ke tahu result ulangan 1 dan 2 tu. Sebab aku tau akulah orang pertama cikgu2 akan tanya sebab aku ada di sekolah masa tu kena pulak salah sorang majikanku (cikgu koperasi) cikgu form6 lagilah mencuak-cuak rasanya. Lagi rasa takut bila kenangkan kalau-kalau result paper ulangan aku tu pun sama je macam tak ulang bahkan lagi worse. Serius, tak dinafikan jantung aku nak tercabot time tu. Dapat je keputusan ulangan 1 dan 2, hurm.. Alhamdulillah BM UP1 aku dapat A, sujud syukur aku time tu. Terus teringat pilihan aku utk baiki paper BM P1 tak sia2. Terima kasih pada cikgu Syed dan juga cikgu Halimah atas segala pandangan dan nasihat. Tapi utk UP2 semua jatuh, jatuh bertingkat2 kot. Cuma seni je yg ada peningkatan dari C+ ke B+. yes..i have to thankful to cikgu Zul, cikgu seni aku sebabnya kalau bukan kerana cikgu yang suruh jugak aku ulang subjeknya memang cacatlah result aku dengan adanya gred C tu. Aku memang tak boleh lupa macam mana cikgu bebelkan aku dgn kwn2 yang lain sebab taknak ulang subjek dia. Aku ulang pun sebab fikirkan nak jaga hati cikgu masa tu even aku dah meronta2 nak memberontak taknak ulang. Sebab aku yakin gila aku rasa tak mampu nak buat dah untuk subjek seni ni. Aku tak pandai melukis macam yang lain. Tambahan lagi, aku takut kalau2 aku tak sempat nak cover paper2 lain lagi. Ingat lg masa hari exam tu, aku memang nak give up dah masa tu nasib baik cikgu ada di sisi waktu tu. Walaupun aku lukis tak cantik tapi bolehlah B+ pun dah cukup bagus sebenarnya. Cikgu zul tak habis2 tersenyum bila tengok keputusan ulangan aku tu. Ramai gak kawan sekelas aku yang menyesal sebab tak ikut cakap cikgu zul. Masa ulangan seni sem2 hanya 3 orang je yg amik paper ulangan seni termasuk aku dan dua orang kawan sekelas aku, result dieorang dari C dapat A. Perghh tapi kena akuilah diaorang punya lukisan much much better than me. Jauh lebih baik. Kena akuilah yang aku ni sememangnya tangan kayu. Pelik juga macam mana aku boleh amik seni. HAHA. 

Tapi aku sedih yang amat masa tu sebab aku sekali lagi kecewakan cikgu sejarah aku, cikgu Norma dan cikgu Azizah. Bila aku kabarkan keputusan ulangan aku tu, jelas terpancar riak kecewa. Aku rasa stupid gila masa tu sebab kawan2 aku yang lain boleh je dapat A tapi aku dari B- jadi C. Stupid kan? Hmm...Aku tahu kalau cikgu2 sejarah aku mengharapkan aku yang dapat bagi mereka A tapi yang aku bagi sampah. Aku teringat kata2 salah sorang guru aku masa aku daftar peperiksaan ulangan utk UP1 dan UP2, tergiang2 di telinga ini kata2nya "jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". Aku faham maksud guru tersebut, cikgu taknak aku kecewa kemudian hari, bimbang kalau aku tak mampu nk study semua dalam masa yg singkat tapi aku rasa aku yakin gila masa tu aku boleh buat berdasarkan pengalaman aku di penggal1.  Aku frust sangat bila kenangkan aku dah hancurkan harapan orang yang dah berharap pada aku. Betul, bukan rezeki aku masa tu tapi aku betul2 kecewa masa tu. Rawan dan galau gila masa tu. Untuk seketika aku bawa diri jadi aku yang dulu and i hate been like that. Aku mula rasa give up lagi. Tapi aku taknak cepat mengalah. Aku cepat2 berfikiran positif dan rasional balik, aku masih ada peluang terakhir. Kenapa tidak aku gunakan peluang itu dah alang2 aku sampai ke tahap ini. Masa tu sekali lagi aku kena ingat perkara silam yang pahit kerana itulah tonggak kekuatan aku sepanjang perjalanan itu.



Aku nekad. Aku akan ulang paper yang aku dapat B di penggal 3. Paper Bm dan Sejarah. Ramai yang berkata aku dah tak sepatutnya ulang lagi kerana result aku dah cukup bagus. Tapi itu kata mereka. Bukan aku. Mereka tak tahu apa yang aku inginkan. Mereka tak tahu apa yang mendesak aku untuk lakukannya lagi. Bukan tak bersyukur. Aku bersyukur. Bukan kerana rasa tamak. Tak. Tapi kerana rasa keinginan yang membuak2 itu membuatkan aku hendak ambil peluang lagi. Pada aku biarlah aku kehilangan keyakinan dari orang2 sekeliling aku asalkan aku sendiri yakin dengan diri aku. Aku sudahpun tiada apa2 waktu itu. Aku cuma ingin berikan A pada guru sejarah yang banyak mencurah ilmu padaku seperti mana aku ingin berikan A paper Prinsip Akaun pada cikgu akaun aku dulu. Yes. Indeed. Teringat saat2 belajar dengannya, yer aku terasa subjeknya amat sukar untuk aku score walaupun sejarah subjek kegemaran aku, aku akui aku lemah dalam teknik menjawab. Aku belajar bermati-matian rasanya tapi tetap worthless. Antara salah satu sebab kenapa aku terdorong melakukan itu, sebab knp aku memilih  form6 pun kerana subjek sejarah. Aku nak buktikan aku boleh berjaya di form6. Aku nak jadi pelajar terbaik SMKSS. Aku taknak duduk di bawah lagi. Banyak benda aku nak buktikan and  hate of being emotional. Sakit rasa kecewa. Entahlah aku pun tak tahu nak explain keinginan aku yang terlalu tinggi waktu itu. Yang aku tahu dan yakin kali ini aku boleh. Keyakinan aku tak pernah padam walau ada waktu goyah. Sepanjang tempoh itu aku teringat2 pesanan guru yang amat aku kasihi "bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat". Yup aku akur andai kata kali ini aku tewas lagi dalam percaturan ini. Aku tahu aku bukan pelajar pintar, bijak bahkan result SPM aku dulu teruk. Yang aku tau aku kena kerja keras untuk dapatkan keputusan yang lebih baik. Tak semestinya pelajar yang cemerlang SPM sahaja boleh berjaya di STPM. Aku rasa aku pun boleh.  Hanya aku yang perlu yakin dengan diri sendiri, bukan orang lain dan aku tak boleh bergantung pada sesiapa pun. Itu yang harus aku pegang dan ingat. 

Maka 17 dan 18 Mac tarikh paper ulangan aku. Hanya 2 paper kali ini. Aku bimbang sangat sebab aku tak ada banyak masa untuk study macam orang lain dan kena pulak masa tu kesihatan aku terjejas. Aku sakit teruk hinggakan aku terpaksa tarik diri dari exam MUET masa tu. Sayang memang sayang sebab aku konfident kali ni aku boleh dapat band3 tapi apakan daya Allah tidak izinkan, cuma aku berharap aku dah sihat sikit dan boleh amik paper ulangan tu. Dugaan juga masa tu. Bila dah sakit memang rasa berat nak study cuma waktu kerja aku celah2 study sikit2 tu pun dua minggu sebelum exam bermula baru aku start study dan mujurlah majikan aku cikgu azmi dan tecer rabaah sangat memahami keadaan aku. Mereka tak marah aku belajar sambil bekerja. Terasa bimbang sangat memikirkan masa yang amat singkat itu. Bila malam menjelma badan dan minda mula terasa letih, memang payah untuk aku ulangkaji. Aku cuma teringat malam sebelum exam aku memang berjaga semalaman utk cover semua topik. Untuk subjek Bm aku tak risaukan sangat, apa yg merisaukan aku adalah sejarah. Masa2 genting gitu boleh aku teringat masa2 belajar subjek akaun dulu. No, i would not let myself do the same thing. Dah tak sanggup, sakitnya bukan kepalang lagi terasa. Siapa yang tak berada di tempat aku takkan faham apa yang aku alami, rasakan. Aku syukur di saat2 akhir itu, cikgu sejarah aku, cikgu Norma masih sudi beri tunjuk ajarnya pada aku. Aku harap kali tu target aku mengena. Cikgu banyak tenangkan aku sebelum masuk dewan. Masa tu aku rasa bersemangat untuk sudahkan paper terakhir aku. Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku hari itu. Dalam2 sakit ditambah batuk yang tidak henti-henti aku mampu jawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan dan paling aku rasa gembira target aku mengena dan aku dah guna semua skill yang cikgu sejarah aku ajarkan. Terima kasih cikgu.



20 Mac 2014, itulah tarikh yang ditunggu2 oleh pelajar STPM 2013 sama ada yang mengulang peperiksaan ulangan Penggal 3 mahupun tidak. Bagi yang tidak mengulang akan terus dapat sijil dan slip keputusan penuh peperiksaan STPM 2013 hari tu manakala bagi yang mengulang mereka cuma boleh cek keputusan melalui online dan sms sahaja. Selamatlah mereka yang tidak mengulang sebab tak perlu merasa debar menunggu result ulangan p3 dengan result keseluruhan lepas ulang p3. Tapi analisis peperiksaan tetap ada di tangan cikgu. Aku sendiri apa kurang rasa gementar waktu tu. Tawakkal dan doa seiring.

Hari tu ramai kawan seperjuangan datang ke sekolah untuk ambil slip dan juga sijil berhenti sekolah. Aku tak dapat join mereka pada awalnya sebab aku kerja. Di koperasi lah. Pukul 11 baru boleh keluar. Tapi sebelum masuk dewan tu aku dapat panggilan dari cikgu sejarah aku, cikgu Azizah. Ditanyanya aku sama ada subjek seni boleh ulang ke tak lagi. Aku jawab tak. Aku tak menduga apa-apa. Tapi cuak gak bila cikgu call. Cikgu tanya aku sama ada aku tahu ke tidak result aku, aku jawab tak lagi. Cikgu macam tak percaya, ditanyanya lagi seni boleh ulang tak, aku dah naik cuak masa tu. Aku tanya cikgu, kot cikgu dah tau result aku, cikgu cakap tak. Aku dah tak berapa nak percaya masa tu tapi aku buat cool. Berlagak buat2 cool dalam hati ya Allah hanya tuhan je tahu gelora masa tu. HAHA. Cikgu cakap sayanglah kalau seni dah tak boleh ulang. Lagi aku cuak. Aku paksa cikgu suh cakap kalau cikgu tau result aku, boleh cikgu cakap aku dapat 4B! Aku dah macam -___-" Cuak! Kena plak ada cikgu datang koop nk membeli, aku nak off hp boleh plak cikgu tak bagi, adess...

Datang plak cikgu azmi still tanya soalan yang sama macam cg azizah tanya, aku pun bgtau n explain exactly sama macam aku explain kat cikgu azizah. Cikgu pun kata sayangnye...ehh boleh plak cikgu berdua ni permainkan aku time tuh. HAHA. Serius waktu tu terasa bagai nak luruh jantung ni menunggu result diumumkan. Tapi aku langsung takde keinginan nak cek ikut sms ke online ke apa ke yang penting nk masuk dewan. Aku ingat lagi cikgu azizah cakap kat aku masa on the phone, cikgu suh aku masuk dewan duk rilek2 bertenang, tunggu je orang panggil nama aku. Aku tertanya-tanya. Sungguh. Cikgu off hp dalam keadaan aku terpinga2 tapi boleh dengar suara gelakan cikgu2 aku masa tu. Cikgu2 memang kuat nak mengusik aku, aku dahlah tengah berdebar gila. Dari oke jadi tak ok bila dapat panggilan tu. HAHA.  Dalam dewan, aku mari rasa loya dan luga. Serius tak tipu 3,4x aku muntah. Aku memang tak sihat sepenuhnya lagi, batuk2 tu menyesakkan dada kekadang. Aku tak tahu kenapa tiap kali aku rasa gementar mesti aku akan muntah. Memang menyusahkan. Kaki tangan habis sejuk. Masuk dewan sorang demi sorang cikgu mai kat aku ucap tahniah, pun ada yg peluk aku dan ucap tahniah. Aku terkedu. Sebabnya aku masih tak tahu pun result aku semua tu. Ramai cikgu yang tanya umi dan abah aku tak datang ke, mereka memang tak datang sebab sebelum2 ni pun mana ada datang kalau aku amik result UPSR ke PMR ke mahupunn SPM. Aku rasa kawan aku Xian mesti dapat tittle best student lagi. Aku kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Ingat kata cikgu aku tak semua apa aku nak aku dapat. Aku redha jer masa tu.



Aku duk depan sekali, ada cikgu suruh. Aku ikutkan je sebab aku pun memang tak suka duk belakang kalau tak mesti aku tido. HAHA. Haaa paling aku tak keruan bila Mr. Pengetua datang, disebabkan aku duk di barisan depan dan line tepi sekali di laluan Pengetua lalu, Mr. Pengetua ucap tahniah sambil pandang aku. Terkedu beb. Dalam hati, 'plak dah tadi cikgu2 dah sekarang pengetua pulak. Result aku molek ke tak'. Tertanya2 sendiri. Sepanjang berdoa dan Mr. Pengetua bercakap aku rasa gelisah sangat. Bila tiba masa MC umumkan keputusan pelajar terbaik STPM  memang menjadi detik2 yang tak dapat aku lupakan. "Diumumkan pelajar terbaik STPM 2013 ialah NOR ANIFA MOHD NOOR dengan pointer 3.84...." Pergh!! terkejut gila bila dengar nama aku yang diumumkan bukan nama orang lain. Dalam hati mimpi ke aku? Betul ke apa yg aku dengar. Untuk seketika aku kaku di tempat duduk hinggalah aku dengar suara salah seorang guru aku suh bangun ambil sijil dgn pengetua. Kekok gila masa tu. Tergetar2 bibir aku nak mengukir senyum masa tu. Ingin saje aku buat sujud syukur di situ tapi hanya alhamdulillah termampu terlafaz di hati. Alhamdulillah. Sebelum ke depan aku meraut mukaku berkali2 seakan percaya atau tak. Terdetik di hati, aku dah berjaya akhirnya. Sungguh aku tak sangka aku dapat keputusan sebaik itu. Aku jangkakan pointer aku sekadar 3.40 sahaja. Sungguh apa yang aku dapat melebihi dari apa yang aku bayangkan dan aku benar2 bersyukur pada Allah. Terdetik juga di hati aku waktu itu, inilah hasil pengorbanan dan kerja keras aku selama ini. Aku tau ini nikmat sementara yang dipinjam. Kejayaan juga boleh jadi satu ujian. Aku perlu persiapkan diri ini andai kata nikmat ini ditarik semula dariku kerana aku yakin semuanya datang dari Allah. Dialah yang berkuasa atas segalanya.


Selepas menerima result, terus aku menuju ke arah cikgu syed, teringat perbualan selepas usai ulang paper BM P3 hari sebelumnya. Aku pun masih ingat lagi kalau ayat first cikgu tanya aku bila aku datang padanya "Puas?"  Yes, masa tu aku tak tahu erti gembira yang aku sedar aku puas. Aku puas dengan apa yang telah aku korbankan. Aku rasa puas sepuas puasnya. Aku dah buktikan sesuatu sekarang. Aku masih ingat kalau cikgu Syed kata inilah kali pertama cikgu tengok airmuka kepuasan aku seolah2 apa yang aku pendamkan selama ini terlepas separuh. Cikgu Syed faham kepuasan aku itu kerana apa dan aku berterima kasih untuk nasihat dan bimbingannya. Dapat juga aku bagi A subjek BM pada cikgu Syed dan juga cikgu Halimah. Haa sebut pasal cikgu Halimah sejurus dapat result tu, cikgu tepuk belakang aku , katanya "haa kan aku kata doh dok payoh ulang BM tu, ulang macam,babel tek dok dengor cakap orang" aku hanya mampu tergelak keras je masa tu, cikgu pun sama. Manalah aku tahu kalau Bm aku sudah A masa tu. Kan aku dah cakap perjalanan ini suatu percaturan. Susah nak jangka.



Sejarah aku pula A-. Alhamdulillah. Aku tercari2 cikgu norma, guru sejarahku itu. Mana mungkin aku lupa padanya. Walaupun bukan A sekurang2 keputusan aku boleh melegakannya agaknya. Cikgu tiada dalam dewan masa tu. Ada kelas. Bila pegi bilik guru baru jumpa cikgu, masa ni baru aku rasa seronok sangat. Baru aku dapat lihat riak wajah kesenangan pada airmuka cikgu. Aku harap cikgu gembira. Banyak yang kami bualkan, cikgu2 pesan satu hari nanti, bila tiba masanya aku perlu berjumpa dengan mereka, Insyallah cikgu andai diri ini diberi kekuatan untuk berdepan mereka. 


Hurmm..no wonderlah kalau cg azizah and cg azmi duk tertanya pasal subjek seni…hahaha..Apa2 pun terima kasih pada guru2 ss yang tak henti2 memberi tunjuk ajar bimbingan dan ilmu. Sangat2 menghargainya. Terima kasih sebab bagi peluang belajar di sini.
Apa yang melegakan aku ialah aku tak perlu merasai detik2 seperti mana aku perlu lalui masa result SPM diumumkan dua tahun sudah. Waktu itu aku gembira kerana meskipun result aku tak sehebat orang lain tapi usaha aku terhadap subjek Akaun berbaloi. Tapi gembira aku itu berakhir duka, gembira dalam menyakitkan. Aku lega di sini, kehidupan aku boleh dikatakan perfect. Alhamdulillah...




Sebahagian pelajar cemerlang STPM 2013

Benarlah...Di sana aku bahagia tapi aku langsung tidak gembira tetapi di sini meskipun aku tidak merasa sebahagia di sana namun aku cukup gembira. Gembira dikelilingi teman2 dan guru2 yang senang dengan kehadiranku. Tiada pandangan serong dan Insyallah, di sini aku tak berdepan dengan manusia yang penuh dengan kepalsuan mahupun penuh berpura-pura.
Sekarang tiba masa menanti result penuh bagi mereka yang mengulang pada 24 April 2014. Doakan aku.

Bakal menyusul...Hari Anugerah Kecemerlangan SMKSS 2014


Isnin, 12 Mei 2014

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum



According to hari guru yg bakal tiba beberapa hari lagi, aku nak amik kesempatan ni ucapkan selamat hari guru pada semua guru di seluruh malaysia. Selamat hari guru, sesungguhnya kalian guru amatlah mulia di mata masyarakat dan insyaAllah mulia di mata Allah hendaknya.

Bila menyebut soal guru, aku antara pelajar yg rapat dengan guru2. Yup tak dapat nak disangkalkan lagi. Banyak cerita kisah aku dgn guru2. Suka duka pahit manis. Hahaaaa.
Aku sgt menghargai mereka yg hadir dlm hdp aku memberi kebaikan, membantu aku. Guru antara insan yang paling rapat dgn aku selepas umi abah aku. Kerana rasa rapat itu aku pernah sayang guru2 aku sepenuh hati aku. Tak dapat nk dinyatakan mcm mana perasaan tu hanya Allah yg tahu. Insyallah aku pasti sepasti pastinya ianya bkn satu perasaan yg tidak normal mahupun bertentangan dgn alam. Aku tak. Aku tak pandai dlm menyusun kata2 bila bab meluah rasa hati apatah lg rasa sayang. Mungkin disebabkan itu lain yang diluah lain yang dipaham.

Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih pada guru2 aku di SMK Dato' Razali Ismail dahulu sebabnya byk kenangan aku dgn guru2 di situ. Terima kasih untuk segala kebaikan yg pernah mereka berikan pada aku. Sesungguhnya masih ada rasa hormat ini buat mereka. Mungkin selepas berakhir tugas aku sebagai pelajar di sana aku jarang lagi ke sana namun sekali pun tidak pernah aku lupakan mereka guru2 yg banyak membantu aku, menerima dan melayan aku dgn baik. Terima kasih semuanya sama ada guru yg pernah mengajar aku ataupun tak, aku tetap menghargai segala kata2 nasihat dan kebaikan mereka terhadap aku. Buat guru yg mengenali aku, mengajar aku memberikan ilmu, aku minta maaf atas segala tingkahlaku aku. Aku tau ada waktu aku byk menyusahkan dan sangat bermasalah. Terima kasih atas segala bimbingan yg pernah aku dapat. Dan sekali lagi terima kasih atas perhatian dan keprihatinan yg pernah diberi pada aku dulu. Terima kasih pd guru akaun aku terutamanya yg tak pernah lelah melayan kerenah aku dulu sehingga aku mampu memberikan apa yg beliau inginkan. Sehingga dari fail paper akaun hingga aku berjaya dapatkan A untuk subjeknya dan hingga aku berjaya mendapat tempat di IPTA kos Perakaunan. Aku harap benar kalau cikgu gembira dgn pencapaian aku itu. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi di tiap saat aku memerlukan bimbingan, dorongan, ilmu dan semangat. Maafkan aku, aku banyak menyusahkan cikgu dan juga menyakitkan hati cikgu. Itulah jasa yang tak mampu aku balas tak mampu aku bayar dan takkan aku dapat lupakan. Walau apapun terjadi, aku takkan melupakan segala kebaikkannya terhadap aku dulu. Terima kasih kerana menyedarkan aku dengan cara begini. Alhamdulillah aku sudah berjaya dalam menentukan halatuju aku yg dulunya aku tk pernah fikirkan atau aku leka mahupun alpa.


Terima kasih cikgu2....aku dh tak daya nak sebut satu persatu nama insan yg bergelar guru yg pernah hadir dlm hidup aku beri cahaya.  Hanya satu yang mampu kuberi. Hanya doa. Doa agar mereka sentiasa dalam keredhaan dan kerahmatan kasih sayang Allah.

Now..cikgu2 di SMK Sultan Sulaiman. Alhamdulillah..Mengenali mereka guru2 ss terutama guru2 form6 cukup membantu aku dlm merobohkan atau meruntuhkan tembok yang sengaja dibina awal dulu. Mengenali mereka membuka mata aku sebenarnya, menyedarkan aku bahawa bukan semua guru bersikap demikian. Kebaikan mereka tak dapat aku nafikan. Terima kasih cikgu2 form6 SMK Sultan Sulaiman kerana banyak mengajar aku, memberi ilmu tak henti2. Terima kasih kerana menerima aku sebagai pelajar apa adanya aku. Pelajar yg cuba baiki byk kekurangan, kelemahan diri. Semuanya sama..melayan aku pelajar biasa dengan sama rata. Pada cikgu sejarahku, cikgu norma man, terima kasih atas segala sokongan di hari2 terakhir perjuanganku di form6. Alhamdulillah..keperitan yg dilalui..kesakitan yg dirasai berbaloi dengan keputusan cemerlang itu dgn berkat pertolongan guru2.

Aku seronok berada di sini. Aku dapat jadi diri aku. Di sinilah keyakinan aku memuncak. Di sinilah bukti perubahan aku di hadapan guru2 form6 ku even mereka tidak tahu aku dulu antara pelajar yg bermasalah. Terima kasih kerana memberi peluang yang tak mampu aku ungkap dgn kata2 betapa aku mensyukuri semua ini.


Buat guru2 di sekolah rendah, SK Tg Bariah...masakan aku boleh lupa mereka. Antara guru2 pertama yang aku kenal dalam hidup. Di situ aku kenal erti belajar, membaca menulis dan mengira. Masih ada lagi cikgu2 Sktb yang mengenali dan mengingati diri ini. Terima kasih cikgu2 kerana mengajar diri yg nakal waktu kecilnya dulu hingga bisa membaca menulis mengira dn sebagainya. Terima kasih kerana tak pernah jemu2 mengajar. Hanya ucapan terima kasih yang mampu aku berikan selain doa. Doa insan kerdil ini sentiasa mengiringi kalian insan bernama guru.

Terdetik di hati ini andai ditakdirkan aku menjadi seorang pendidik satu hari nanti mampukah aku menjadi seorang guru yg bisa melahirkan insan hebat di mata dunia dan pastinya di mata Allah?
Teringat tahun lepas..kali pertama dan terakhir aku mendeklamasikan sajak khas buat guru2 ms sambutan hr guru di sekolah. Dah terlalu lama aku ingin lakukan tu...teringat mcm mana suara ni terketar2 menyampaikan sajak menahan rasa sebak di hati masa tu. Sebak sebab tiba2  teringat mcm2 memori dgn guru2 yg aku pernah kenal dulu. Hurm..

Isnin, 5 Mei 2014

The given for a chance

Assalamualaikum...


Hati gian mau berblogging sekarang tapi sayang terpaksa berblogging dengan gunakan handphone jer memandangkan laptop sudah tiba ajalnya. Terima kasih kerana sudah bersamaku hampir 3 tahun. Jasamu terlalu banyak buatku sukar utk kulupakan. Haha. Kekadang bukan jasa manusia je yang kita kena hargai kena ingat. Segala nikmat yg kita ada kena hargai dan syukuri kerana itulah sikap pemurah Allah swt terhadap kita.

Bukan itu yg aku ingin ceritakan. Aku sebenarnya lagi buat preparation untuk temuduga pertama dalam hidup aku. Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat temuduga USM untuk kos SASPEN. Stand for what? Sastera dengan pendidikan. Yes. Pendidikan. Actually aku ada mohon dua kos temuduga di USM. Pendidikan dan perakaunan. Alhamdulillah dapat pendidikan lega rasanya. Meskipun baru temuduga tapi besar maknanya pada aku. Memang sejak aku mula berada di Ting 6 aku target nak belajar di USM. Aku nak belajar di USM. Kenapa? Entahlah hingga kini aku sendiri tertanya2 mungkin kerana di USM ada kos yang sangat aku minati, Sains Politik selain di UKM.

Kiranya aku dah dapat peluang tu maka aku akan perform sebaik mungkin. Aku harap aku tak terlalu gabra masa berdepan dengan penemuduga USM tu. Aku harap aku dapat jawab seyakin yakinnya aku. Aku harap aku dapat gunakan sepenuhnya pengetahuan pengalaman yg aku ada untuk jawab semua pertanyaan dr panel temuduga tu. Tak dinafikan ada rasa cuak. Siapa tak cuak yer...ohh baruku ingat temuduga ini bukanlah temuduga pertama aku. 1st interview masa aku form3 nak jadi librian lepas tu lower6 sekali masa aku mohon mintak jadi prefect. Alhamdulillah dua2 aku dapat dua2 aku merasa pegang jawatan sbg pemimpin. Aku harap aku dh jalankan tugasku sebaik mungkin sewaktu pegang jawatan yg besar amanah dan tanggungjawabnya bagiku. Maka akanku gunakan pengalaman lepas utk tenang sepanjang sesi temuduga tu.

Anyway budak lower6, lepasan SPM 2013 dah mendaftar hari ini. Kata cikgu tak ramai pelajar yg dtg mendaftar tahun ni di SS. Tak seramai tahun aku. Seingat aku, masa tahun aku 2012 tu boleh dikatakan penuh 1 dewan. Dapat sambutanlah jugak. mungkin kerana itu tahun pertama sistem baru STPM, Sistem moduler dijalankan menggantikan sistem lama, sistem terminal maka form6 dapat sambutan pelajar lepasan spm 2011.


Untuk minggu orientasi lower6 aku dah diminta kaunselor untuk join satu slot ni. Slot ni namanya "Mengapa aku disini". Hahahaa tergelak kecil aku bila baca nama slot tu. Terus terkenang balik saat2 aku mula memilih form6. Senyum kecil bertukar menjadi senyum pahit. Apa2 jelah. Cikgu minta aku untuk berkongsi pengalaman tips or anything. Apa yg menyebabkan aku mampu capai keputusan cemerlang itu. Hurm, terfikir sejenak aku waktu tu, apa yg hendak aku ceritakan kongsikan. Apa perlu aku ceritakan kongsikan kisah pahit itu bersama mereka? Untuk apa? Dijadikan iktibar? Dijadikan pembakar semangat, motivasi, inspirasi?? Sungguh inilah yg aku ingin sangat lakukan dulu. Tapi dulu tak pernah sekali pun aku dapat peluang  Aku tau waktu tu aku terlalu banyak leka, hanyut tapi sekarang aku dapat peluang tu. Aku tak harus persiakan peluang ini. Maka aku perlu bg input yang dapat mengubah persepsi mereka yg memandang rendah pada tingkatan enam dan lain2. Aku perlu suntikkan semangat dalam diri mereka agar mereka tak cepat mengalah. Tapi bagaimana? Aku masih memikirkan caranya.

Pun aku dapat panggilan dari cikgu Naza, kaunselor di sekolah lama aku, SMKDRI. Cikgu minta aku buat benda yg sama. Aku terharu sebenarnya cikgu sudi panggil aku. Aku teringin sangat nak jumpa cikgu naza. Mana mungkin aku boleh menolak permintaan cikgu walau ada rasa segan di hati. Iyalah sekolah baru cg tu asing pada aku. Tapi aku taknak hampakan cikgu. Cikgu banyak tolong aku. Aku kena akui tanpa bantuan dan nasihat dr cikgu aku takkan boleh berjaya jugak.

Doakan aku dapat lakukan dengan baik dan urusanku dipermudahkan.

Ahad, 6 April 2014

End of journey part 2

Assalamualaikum.



Syukur kehadrat ilahi kerana aku diberikan kekuatan olehNya untuk sudahkan apa yang aku mulakan. Syukur kerana pilihan yang aku buat ini tepat tanpa paksaan dari sesiapa pun. Tiada lg istilah "The wrong choice bring me to the right place". Not this time. Segala kata2 pujian itu harus disandarkan padaNya kerana kalau bukan dengan izinNya, tidak mungkin aku akan berada di tahap sekarang. Alhamdulillah.
Kejayaan kali ini ikhlas kutujukan pd kedua orang tuaku yg byk berkorban utk aku selama ini. Aku harap pengorbanan mereka terhadap aku berbaloi. Akanku ubah niatku lepas ini segala yg kulakukan hanyalah kerana mereka bukan lagi kerana ingin buktikan sesuatu. Cukuplah perjalanan sepanjang di tingkatan enam ini sebagai buktiku pd mereka aku boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran mereka di sisi, membantu aku. Cukuplah. Aku taknak hidup aku terus terusan kerana ingin membuktikan sesuatu. Sekarang apa yg aku lakukan demi kedua orang tuaku yg sudah terlalu byk berjasa. Tanpa Umi dan abah kejayaan aku tak bermakna. Entry aku sebelum ni ialah luahan hati aku sehari sebelum result STPM keluar, sebelum aku tahu result aku macam mana, aku pasrah andai kata aku gagal lagi. Luahan dicatat sebaik sahaja aku selesai menduduki peperiksaan ulangan bg sem terakhir. Exam terakhir ini aku harus berdepan dgn  2papers lagi, paper bm dan sejarah. Aku tau, aku tau kalau result aku sudah cukup baik. Sepatutnya aku dah tak perlu retake lagi. Tapi..tapi aku belum puas. Belum puas. Aku ingin gunakan peluang akhir ini. Aku lega kerana semuanya sudah berakhir. Alhamdulillah aku dapat tamatkan persekolahan kali ini dengan penuh rasa puas hati, gembira bangga dan lain2 yang buat aku makin positif utk mengorak langkah. Aku lega tak perlu melalui detik2 terakhir seperti mana aku lalui saat2 pahit sebelum ni. Penuh dgn rasa sakit dan kelukaan. Alhamdulillah semuanya sudah berlalu.


Terima kasih yang tak terhingga aku ingin katakan pada mereka yg byk membantu aku tidak kira dari segi apa sekalipun. Hurm, tak dapat aku nyatakan satu persatu nama insan2 yang hadir dalam hidup ini. Walau apa pun cara mereka semuanya berbaloi. Terima kasih untuk kenangan pahit itu. Untuk segala perbuatan itu. Kalau bukan kerana segala perkara pahit yg terjadi dlm hidup aku dua tahun lepas pasti aku tak terdorong untuk lakukan ini. Pasti aku tak terdorong, tak punya keinginan untuk membuktikan kemampuan aku. Aku harap lepas ini meskipun aku tak mampu merubah keadaan sekurang kurangnya pandangan mereka yg negatif terhadap aku berubah. Aku tak mampu bak harapkan lebih. Seperti yg aku cakap cukuplah, cukup sampai di sini aku bawa perasaan dan kenangan pahit itu bersama. Tiba masa aku tinggalkan, lupakan semua tu. Ramai yg minta aku bersabar dan lupakan apa yg jadi. Kalau aku lupa semua tu aku takkan berada di tahap aku berada sekarang. Aku nekad bila semuanya sudah selesai bila aku sudah buktikan sesuatu then aku akan lupakan. Aku tahu payah utk lupakan sebab hampir masuk tiga tahun aku berpegang dgn kenangan pahit itu. Ke mana aku pergi aku harus bawa bersama agar aku tidak alpa. Aku tk lupa tujuan dan matlamat aku. Tapi walau sepayah mana sekalipun aku tetap akan belajar utk melupakan dgn membawa kenangan2 manis sepanjang life di form6. Aku yakin aku blh bawa kenangan kejayaan aku di menara gading nanti supaya aku mampu ulang kejayaan itu. Kali ini kerana Umi dan abah. Akanku tanamkan niat itu. Dan mereka..mereka akan jadi kenangan silam yg mula terkubur. Namun, aku tetap berterima kasih meskipun aku tidak dapat zahirkan pada mereka.

depressed-from-pain:

x

Aku tahu kejayaan yg kucapai hari ini hanya nikmat yang dipinjam semata2. Aku tau apa yang aku punya hari ini boleh ditarik bila2 masa maka aku harus persiapkan diri ini untuk lebih bersedia menghadapi segala ujianNya. Aku harap walaupun aku berjaya hingga ke menara gading aku takkan lupakan mereka yg banyak membantu aku dlm membina jati diri, kekuatan diri. Jutaan terima kasih aku ucapkan pada guru2 form6 aku di smk sultan sulaiman yang banyak menolong dan membimbing aku. Aku bersyukur dpt mengenali mereka, guru2 yang sangat baik terhadapku sehinggakan aku mampu meruntuhkan tembok yg kubina sendiri sepanjang aku di sana. Tembok yg sengaja dibina kerana rasa trauma dan fobia akan berulangnya kejadian perit itu. Aku tak mampu nk sebut satu persatu nama mereka kerana semua guru2 di sana menerima ku dengan baik termasuk guru2 yg tidak pernah mengajar aku sekalipun tetap baik terhadap aku namun doaku sentiasa ada untuk mereka seperti mana doa2 Ku untuk guru2 di sekolah rendah dan smk dato razali Ismail. Terima kasih kerana berikan aku peluang untuk berbakti sebagai tanda membalas jasa2 kalian terhadapku dan sesungguhnya hanya Allah yg mampu membalas segala jasa baik cikgu2 itu.


Alhamdulillah aku bersyukur Allah masih hadirkan insan2 yang boleh menerima aku baik tanpa sebarang prejudis. Meskipun sudah ketahui siapa aku sebelum ini tetap mereka tidak kekok melayan aku sebagai pelajar yang perlukan bimbangan dan dorongan hinggakan aku rasa segan bila berdepan dengan mereka. Alhamdulillah lama kelamaan aku sudah dapat biasakan diri. Ye, aku masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari guru2 bezanya aku tidak lagi perlukan perhatian yang berlebihan hingga aku rasakan aku perlu bergantung pd seseorang. Bezanya aku banyak berdiri atas kaki sendiri kali ini dengan izin Allah.

Alhamdulillah kerja keras aku berhasil dengan keizinanNya. Apa yang aku korbankan, lakukan berbaloi. Siang dan malam waktu aku dihabiskan di sekolah. Sekolah jadi rumah dan sebaliknya rumah jadi tempat persinggahan. Aku perlu bersyukur kerana mempunyai orang tua yang amat memahami. Meskipun mereka tidak tahu apa yg mendorong anaknya ini berubah sedemikian rupa namun mereka tetap menyokong apa jua keputusan, pilihan yang aku buat asalkan mendatangkan kebaikan. Alhamdulillah. Hurm kesibukan aku itu pada mulanya hanyalah sekadar untuk mengelak dari terus berfikir dan teringat perkara2 menyakitkan yang lama kelamaan memang dpt membantu aku untuk terus fokus dgn apa yg ingin aku kejar. Ada sesuatu yang aku inginkan dalam perjalanan ini.

Banyak kenangan manis yang aku lalui di SS. Beberapa kali aku dapat merasa pengalaman menjadi pelajar terbaik. Pengalaman yg hanya sekali aku dapat rasakan masa di smkdri. Itupun masa aku form2. Sudah terlalu lama. Pengalaman menjadi pengawas. Pengalaman menyertai kem, sebelum ini aku tk pernah menyertai mana2 kem sekalipun. Pengalaman tinggal di hostel, disinilah aku mula belajar berdikari, mempunyai dormate yg amat caring semuanya. Paling aku tidak boleh lupakan pengalaman sepanjang siapkan pbs sejarah pengajian am dan juga seni. 

lovequotesrus:

Everything you love is here

Sepanjang setahun setengah, sem2 lah antara sem paling tough pada aku. I dont know how to manage my time. bila result sem2 keluar, aku betul2 merasa give up bila usaha aku tidak memberi hasil seperti yg aku harapkan. Patah semangat, hilang keyakinan dan semua perasaan bersama fikiran negatif datang bersama memerangkap diri ini. Paling sakit bila aku terpaksa bawa 5 papers retake bersama 3 papers final sem3 semata2 untuk baiki pointer. Masa ni...ada suara2 sumbang mengatakan aku ini tidak tahu bersyukur hanya kerana aku ingin mengulang utk baiki pointer, bukannya kerana aku fail paper2 tersebut. Aku memang sentap. Mungkin pd mereka itu hanya gurauan namun tidak pada aku. Aku tau aku terlalu desperate untuk dapatkan yg terbaik. Aku taknak duduk di bawah. Aku faham kalau mereka tak mengerti dan tak tahu apa yg sudah aku lalui sehinggakan aku betul2 terdesak. Pada aku biarlah duit habis, duit boleh dicari tapi peluang..peluang tidak datang bergolek. Aku taknak menyesal di kemudian hari kerana tidak gunakan peluang yg ada seperti mana segelintir kwn2 aku yg lain. Biarlah. Walaupun sakit masa tu diuji aku tetap bertahan. Aku taknak tunjuk aku lemah cepat mengalah. Di saat begitu aku syukur sebab selemah apa pun aku, aku tak bergantung pd sesiapa. Dengan berbekalkan pandangan cg Rafidah cg Naza dn guru2 yang rapat denganku aku bangkit. Bangkit sendiri. Kembali kumpul kekuatan, aku teruskan perjalanan bersama 8 papers yang perlu aku bawa bersama kerana aku sudahpun hampir separuh perjalanan itu.

Apa yang paling memeritkan bila aku terpaksa ingat kembali kenangan silam yg pahit masa tu, ingat balik perbuatan insan2 yang sgt aku hormat yang telah mengguris, mengecewakan hati ini utk kembali bangun,  kembali mencari kekuatan dan untuk terus bersemangat kejar apa yg aku inginkan. Inilah yg dikatakan berpegang dgn perkara pahit. Alhamdulillah..bersandarkan kekuatanNya aku mampu teruskan.
Bukan mudah perjalanan hidup. Aku tahu kalau bukan aku sahaja yg diuji namun inilah perjalanan hidup aku. Inilah yg perlu aku tempuh. Masih banyak namun aku sudah tidak larat utk melepaskan. Apa2 pun tetap aku panjatkan jutaan rasa syukur terhadap Allah swt.