Jumaat, 21 Mac 2014

End of journey

Assalamualaikum...

Selasa 18 mac 2014


Alhamdulillah, aku rasa lega sangat..lega sebab aku mampu sudahkan semua ini. Aku tak sangka aku mampu bertahan hingga ke tahap ini. Tak sangka airmata aku mengalir sekarang ni. Aku tak tau airmata apakah ini. Airmata kepuasan? Kesyukuran? Kegembiraan? Lega? Atau sedih. Yang aku tau aku rasa bersyukur aku mampu lakukan , aku mampu sudahkan ini. Bukan mudah. Bila kenangkan apa yang telah aku lalui, ya allah..baru aku sedar betapa kenangan pahit itu mengajar aku erti ketabahan, menguatkan aku. Yang penting merubah aku. Aku teringin nak kongsi apa yang kurasakan sekarang ini tapi pada siapa? Tak apalah, perasaan ini tidak semestinya harus dikongsi lisan pada sesiapa. Cukup dapat meluahkan di sini. Ya Allah, tanpamu belum tentu aku dapat lalui ini semua. Terima kasih kerana sentiasa bersamaku. Aku tahu kalau engkau sentiasa bersamaku meskipun bukan pada zahirnya. Hati aku dapat rasakan bila aku tau aku tak sendirian walaupun ada tika aku rasa aku sendiri.

Ya allah, aku telah cuba. Aku telah cuba untuk buktikan sesuatu pada mereka. Jiwa aku akan tenang lepas ini. Sebab aku tau dah tiba masa untuk aku lupakan kenangan pahit itu. Bina hidup baru. Lagi. Aku nak sangat hidup dalam keadaan tenang lepas ini. Aku nak sangat bina kehidupan di mana aku tak perlu ingat semua kenangan pahit di saat2 aku jatuh. Aku nak kembali hidup seronok menikmati kehidupan aku. Bukanlah menyimpan rasa dendam. Sekelumit pun tak ada rasa dendam. Hingga sekarang aku  tak mampu nak hilangkan rasa hormatku ini pada mereka. Mungkin perasaan sayang itu sudah berakhir tapi aku tak membenci meski hati aku sakit, sakit yang teramat sangat. Aku cuma nak hidup dalam keadaan tenang dan gembira. Sungguh aku nak lupakan semua yang menyakitkan aku. Aku nak hidup berbakti terhadap kedua orang tua aku. Mereka lebih penting dari segala-galanya. Tanpa mereka aku rebah. Maka, kali ini hidup aku biarlah kerana ingin membalas jasa mereka bukan lagi kerana ingin buktikan sesuatu, aku tak ingin bawa perasaan, kenangan itu lagi. Cukuplah. Aku cuba nak hidup macam orang lain. Ianya bukan suatu yang menyenangkan. Betul, tiada sesiapa minta aku untuk lakukan demikian tapi perasaan sakit itu mendorong aku untuk lakukan, buktikan sesuatu. Tanpa ilmu, orang takkan pandang kita. Aku cuba bersihkan nama baik aku sekaligus merubah diri aku jadi manusia yang lebih baik dan sesungguhnya aku mampu hidup tanpa bergantung pada sesiapa kerana hanya Allah tempat aku bersandar. Aku cuba buktikan aku boleh.


Aku menghargai kedatangan mereka dalam hidup aku. Aku sedar kalau bukan kerana perbuatan mereka yang menyakitkan hati perasaan dan jiwa aku, aku takkan mampu jadi sekuat ini. Aku takkan mampu sampai ke tahap ini. Ya Allah, aku syukur dengan ujianMu ini padaku. Sekurang-kurang aku tahu kehidupan aku di sini aku tidak pernah bergantung pada sesiapa seperti mana aku pernah bergantung pada seseorang dahulu. Namun begitu, aku tetap bersyukur dengan kehadiran guru2 aku di sini. Mereka banyak bantu aku untuk aku sampai ke tahap ini meski bukan seperti mana…aku tak tahu ayat mana yang sesuai untuk dikatakan. Tapi terima kasih pada guru2 di sini yang tidak pernah memandang serong terhadap aku. Aku syukur dan berterima kasih sangat akan kebaikan mereka terhadap aku yang sedikit sebanyak secara tak langsung, tanpa mereka sedar mereka telah banyak membantu aku menghilangkan rasa trauma dan fobia aku ini. Trauma, fobia yang tak dapat aku katakan di sini. Cukup apa yang telah aku rasa. Aku harap aku dapat lupakan semua tu. Tapi akan kupastikan kesilapan sama tidak akan berlaku lagi. Aku banyak berjaga2 dalam pergaulan antara aku dengan mereka. Aku tahu ada batas antara guru dan pelajar. Aku sentiasa ingatkan diri aku itu tapi ada waktu kebaikan mereka dapat membuatkan aku lupa perkara itu. Terima kasih ya allah kerana menghadirkan insan2 yang banyak membuka mata hati aku dalam banyak hal. Banyak buat aku berfikir. Aku tahu itu semua pinjamanMu kepadaku.

Apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti. Move on. Sepanjang tempoh itu, aku selalu ingatkan diri aku apa yang berlaku anggaplah suatu pengajaran. Allah ingin lihat aku berubah jadi manusia yang lebih baik, mengingatiNya, mengingati pengorbanan umi abah melalui kehadiran mereka. Melalui perbuatan mereka. Kehadiran mereka satu ujian buatku. Tabahlah. Satu hari nanti, bila tiba masanya, aku akan merasa puas dengan apa yang telah aku korbankan selama ini. Aku dapat rasa kalau airmata ini airmata kekuatan. Aku harap ujian yang bakal mendatang itu aku dapat tempuh dengan penuh tenang seperti mana aku lalui saat2 getir sepanjang tempoh itu. Aku rapuh. Rapuh sendiri. Aku bangkit. Bangkit sendiri. Tiada yang menemani. Pengalaman lalu mengajar erti ketabahan. Aku akui itu. Aku tahu kalau kehidupan di masa datang, cabaran tidak akan henti2 menimpa. Insyallah aku akan laluinya dengan mudah seperti mana aku lalui cabaran2 sepanjang untuk berada di tahap ini.


Semua itu rezeki Allah. Aku percaya kalau bukan kerana keizinan Allah, aku masih lagi di takuk lama. Aku mungkin masih lagi hanyut tanpa hala tujuan. Aku sedar Allah hadirkan mereka untuk menyedarkan aku. Alhamdulillah, bila aku ingatkan itu selalu aku takde rasa benci. Takde langsung. Bahkan aku syukur sebab dgn cara mereka itulah yang membuatkan aku berkobar2 untuk buktikan sesuatu. Menunjukkan yang mereka silap menilai aku, Mungkin mereka takkan tahu semua ini. Tak apalah, yang penting aku tahu sejauh mana aku berubah, aku tau sejauh mana kemampuan aku dalam bertahan dan aku rasa puas. Kepuasan diri sendiri itu yang aku nak capai. Kalau mereka tahu, aku nak mereka tahu bahawasanya didikan mereka inilah yang menjadikan aku yang sekarang. Aku tak harapkan apa2.


Aku syukur sebab aku yakin setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya. Dan hikmah tu kita hanya akan tahu bila kita guna nikmat akal untuk berfikir. Dan untuk aku sendiri, aku sedar yang hikmah di sebalik kenangan pahit, perkara yang menyakitkan itulah yang mendorong aku untuk berada di tahap sekarang tak kira apa pun yang perlu aku korbankan. Mendorong aku untuk berubah menjadi manusia. Menjadi orang yang tahu matlamat hidupnya. Untuk kedua kali dalam hidup aku, aku tau apa yang aku nak dan aku ada usaha ke arah itu. Secara menyeluruh kali ini.  Kali pertama…kali pertama bila aku betul2 nak dapatkan A untuk subjek akaun. Aku sanggup buat apa saja untuk berikan dapatkan A masa tu. Aku tau aku bukan pelajar cemerlang, aku bukan pelajar pintar. Aku perlu bekerja keras untuk dapatkan semua tu. Bila diingatkan, ya allahh..dalam hikmahnya itu. Merubah hidup aku.





Tiada ulasan: