Rabu, 9 Julai 2014

Sesekali diuji

Assalamualaikum

Bukan mudah berada di tempat sekarang. Dari kecil diduga dengan pelbagai ujian namun berkali2 ingatkan diri ini agar tidak mempersoalkan kenapa diuji. Itu semua kerja tuhan. Siapa aku untuk mempersoalkan kerja tuhan. Pasrah dalam hanyut. Redha dalam pencarian.
Tidak mudah memegang status itu. Sering kali bertegas dengan diri sendiri, apa ada pada status. Tapi itulah yang buat aku tertewas sendiri.
Berkali kecewa dengan sikap manusia. Aku sedar kini, manusia bukan sesuai dijadikan tempat bersandar. Cukuplah Allah bagiku. Hanya Allah. 
Kalaulah semudah itu.

Sesungguhnya bukan mudah.
Tapi aku faham, bukan aku sahaja diuji. Bukan aku seorang diduga. Dari situ aku belajar erti syukur. Aku mula menghargai apa yang aku ada.
Apa yang dilalui. Apa yang telah ditempuh dijadikan pengajaran paling bermakna. Pengalaman yang mengajar. Mengajar supaya aku lebih kuat. Kuat berdepan ujian lagi. Kerana aku tau, aku sedar selagi nyawa dikandung badan selagi itu ujian demi ujian datang menduga hamba Allah ini.
Maka, apabila aku tidak punya sesiapa di sisi, aku sedar aku masih punya tuhan, aku masih ada Allah. Hanya kekuatan daripadanya kupohon untuk terus jalani hidup penuh liku ini.
Sesungguhnya perjalanan ini masih panjang.
Aku hanya mampu berdoa mohon secebis kekuatanNya untuk aku terus bertahan. Tak goyah bila berdepan ujianNya.


Tiada ulasan: