Sabtu, 30 Ogos 2014

Tentukan Pilihan.

Assalamualaikum...

Last post aku ada cerita pengalaman aku masa interview usm dan um. Jadi sedikit sebanyak aku harap dapatlah bantu adik2 bila mereka cari tips2 untuk menghadapi temuduga usm dan um


Oke, so post kali ni aku nak bercerita tentang pilihan. Sedia maklum aku dapat dua offer kemasukan ke ipta untuk degree sesi 2014/2015. Satu dari USM (Sastera dengan Pendidikan) dan satu lagi UM (Pengajian Antarabangsa dan Strategik). Alhamdulillah. Masa yang ada cuma 2 minggu untuk sahkan terima tawaran atau tak. Sejujurnya bila aku semak ikut sms dan dapat tahu aku boleh um, aku tersangatlah excited gile. Masa tu aku sedang bekerja di koperasi, melompat aku time tuh! Haha..melompat dengan diiringi ucap syukur pada Allah kerana tanpa dengan izinNya pasti aku tak dapat. Mujurlah masa tu takde sesiapa kat koop.

Balik je terus aku ke CC, dengan perasaan yang penuh excited bila dah keluar tahniah anda terpilih bla3..tanpa fikir panjang terus aku click terima. Dalam masa yang sama aku pun dapat offer dari usm, bila aku semak online, memang separa terkejut dan sangat tak percaya sebab aku dapat kos temuduga hari tu. SASPEN!! Hurm, entah apa perasaan aku masa tu cuma aku bersyukurlah sebab ini mungkin rezeki aku, aku tak boleh nak pertikaikanlah walaupun i did bad during iv that time. Masa tu aku dah tetapkan pilihan aku, tanpa bertanya pandangan atau pendapat dari sesiapa aku memilih UM. Sebabnya, aku sangat berkenan dengan kos ni, masa tu aku rasa aku boleh pergi jauh dengan bidang ni. Aku boleh tonjolkan lagi diri aku. Aku boleh berjaya lagi asalkan aku minat. Tu je yang aku fikir masa tu. Passion comes first.

Malamnya aku dapat berita kurang seronoklah pada aku and tak nafi memang menganggu mood dan fokus aku. Rupanya ada yang tak menyokong dengan pilihan aku ni. Orang yang tak menyokong pula orang2 yang sangat aku hormat dan sanjung. Ikutkan boleh sahaja aku tidak pedulikan atau abaikan pandangan mereka sebabnya aku dh ada pilihan sendiri kan tapi susah pada aku nak buat gitu. Aku tak boleh nak abaikan, mungkin sebab tu aku hilang fokus dan sedikit stress. Huhu. Esoknya aku berjumpa mereka, bincang leklok, sedikit sebanyak bila berbicara soal pilihan ni memang aku ada terfikir banyak benda especially kemampuan aku. Mampukah aku?? Dalam setiap apa hal sekalipun mesti aku akan utamakan kemampuan aku selain daripada minat tu. Kalau aku tahu aku tak mampu memang aku tak amik risiko tapi jika aku yakin seyakin yakinnya aku percaya pada diri aku, kemampuan tu melebihi segalanya. Yakin pun pentinglah selain minat dan kemampuan. Bila punya minat, kemampuan akan datang sendiri tapi tidak tanpa hadirnya bersama keyakinan. Perghh macam apa jer formula aku ni. Tapi formula nilah yang aku duk pakai sepanjang di form6 and its worked out. 


Antara persoalan yang menghantui hari2 aku seterusnya. Terpaksa membuat pilihan. Untuk seketika aku hilang keyakinan pada diri sendiri. Ahh tak sangka bukan mudah untuk membuat keputusan. Kekadang aku rasa aku ni macam teruk je, stress tak pepasal. Ramai lagi yang tak dapat tawaran Uni sedangkan aku siap boleh double offer tapi stressnya melebihi orang yang tak dapat apa2 offer. Teruknya lah. Tapi apa aku boleh buat masa tu. Benda, perkara yang melibatkan masa depan, mestilah aku kena fikir betul2, pertimbangkan seeloknya. Benar, aku sudah punya pilihan masa tu jadi tak perlulah aku dengar atau minta pendapat dari sesiapa. Aku tak. Aku cuma masa tu teringin sangat nak tahu kenapa tak menyokong pilihan aku. Kenapa perlu memilih usm sedangkan kos di um pun aku kira kos yg sangat bagus, kena dengan minat aku tapi ada juga perasaan takut tu, takut kalau2 aku tersilap buat pilihan. Aku pun fikir aku tak boleh belakangkan mereka sebabnya mereka sangat penting dalam aku capai kejayaan terutama masa di form6. So, aku rasa aku sangatlah tak bagus abaikan mereka.

Antara minat dan jaminan masa depan. Lagi buat aku rasa down. Apa perlu aku buat..aku dah pun terima tawaran daripada um dan usm pula aku biarkan je tanpa beri apa2 keputusan. Masih punya masa utk aku fikir. 2 minggu sebelum tarikh tutup tawaran. Bukanlah aku tidak minat pada pendidikan cuma..aku tak rasa aku boleh jadi cikgu yang bagus.Terasa bagai ada satu perasaan fobia yg tak dapat aku buang dan elak. Aku seronok dapat mengajar sebabnya masa di sekolah aku selalu mengajar kawan2 dan aku pun ada buat part time mengajar tuisyen tapi entah kenapa hati aku begitu berat dengan um ni. Susah2. Aku faham kalau mereka fikirkan masa depan aku. Mereka nak tengok aku jadi cikgu. Aku pun memang ada simpan cita2 nak mengajar sebumbung dengan guru2 aku macam cikgu norma, cikgu halimah dengan cikgu azizah. tapi aku masih fikirkan pasal kos um tu setiap masa. Seriously hati aku sangatlah tidak tenang masa duk buat pilihan tu. Macam2 benda yang aku kena pertimbangkan. Apa2 aku masih mendahului minat dan kemampuan diri sendiri.

Aku rasa macam tak adil sebabnya aku banyak bertanyakan tentang kos di um sedangkan kos di usm tu pula aku langsung tak buat apa2. Perasaan berat hati tu melebihi segala2nya rasanya. Dalam masa yang sama ada yang mendesak. Rasa bersalah membuak2. Hati aku terdetik untuk ambil cabaran lagi bila ada yang tak yakin aku boleh survive dengan kos ni memandangkan english aku tak sehebat yang lain. Aku yakin kelemahan tu boleh diperbaiki. Tak sangka ada yang rasa aku tidak layak berada di UM. Sekiranya tidak layak mengapa aku ditawarkan ke um, sedangkan kos yg aku dapat ni kos iv hari tu. Kira aku dinilai depan2 oleh panel yg bertauliah UM, kalau aku tak layak UM takkan memilih aku. Tertinggi suara aku meluahkan rasa kecewa dan terkejut. Memang terasa sangat masa tu. Kecewa pun ada kerana mudahnya cita2 aku diperlekehkan, diperkecilkan. Terasa semangat aku dipatah-patahkan dalam masa yang sama semangat aku makin membara2 untuk sahut cabaran tu. Aku akan buktikan aku layak berada di UM!  Tapi aku cuba positif. Terima dengan hati terbuka. Ahh, buktikan lagi....aku dah cukup rasa penat belajar, menuntut ilmu mencari kejayaan hanya semata2 nak buktikan kemampuan diri. Cukuplah rasanya. Kali ini aku cuma nak belajar dengan penuh rasa minat, seronok, teruja dan tenang. Aku nak buat sesuatu yang boleh menggembirakan hati sendiri. Aku selangkah lagi menuju ke cita2 aku jadi mengapa harus aku lupakan. Aku yakin dengan konsep rezeki. Rezeki Allah di mana2. Tak semestinya belajar jadi cikgu, habis belajar pun akan jadi cikgu jugak zaman sekarang ni. Dan..aku pun percaya tak semestinya aku akan kerja dalam bidang IR ni andai kata ditakdirkan Allah itu bukan rezeki aku tapi sekurang-kurangnya aku seronok belajar benda yang aku minat. Aku selalu ingatkan diri aku jangan biarkan diri kembali hanyut macam masa spm dulu hanya kerana tidak minat belajar. Jangan buat sesuatu kerana orang lain. 


Aku berterima kasih sangat pada seorang insan ni dan aku rasa bersyukur yang amat, di saat aku keliru Allah hadirkan seseorang sebagai orang perantaraan antara tuhan dan aku, aku kira. Beliau ingatkan aku supaya "Buat keputusan untuk diri sendiri bukan sebab orang lain". Pendek tapi cukup buat aku tersedar masa tu. Terus aku terfikir, hanya orang yang betul2 mengenali, dan mengetahui cerita dan kisah aku akan menyokong pilihanku ni. Alhamdulillah, umi abah sangat menyokong aku sebab mereka tahu bagaimana keadaan aku bila aku terpaksa belajar benda yang aku tak minat ni. Bukanlah yang tak menyokong ni tak faham ke apa, macam aku cakap aku mengerti kalau mereka fikirkan masa depan aku, cuma mereka belum betul2 mengetahui apa yang telah aku lalui sebelum ni. Aku takkan biarkan diri ni kembali seperti dulu. Takkan.


Jadi, setelah aku fikir, aku tetapkan pilihan dan bulatkan kata hati. Uni Malaya tetap menjadi pilihan aku. Biar..biar kali ini aku silap buat pilihan sekalipun, aku tak kisah sebab ni pilihan aku, aku tak akan rasa menyesal. Aku taknak rasa kesal kalau aku buat sesuatu kerana orang sebab aku sedar masa aku di saat kejatuhan, orang tu takkan ada di sisi aku. That people would not always be with me to support me all the time. Jatuh bangun aku sendirian. So, biarkan aku yang buat pilihan kerana yang nak belajarnya aku dan yang menanggung risikonya aku. Kisah lalu cukup menyedarkan aku. Aku sudah penat merasa peritnya belajar apa yang aku tidak minat. Aku berterima kasih pada mereka terutamanya guru2 aku di smkss kerana keprihatinan mereka terhadap aku. Aku faham cikgu2 taknak aku habis belajar nanti mengganggur. Tapi insyaAllah, aku percaya kalau perform bagus di Uni nanti insyaAllah pasti ada peluang untuk aku. Sementara ni aku nak belajar benda yang aku minat. Arena form6 menjadi pilihan aku dulu pun kerana aku tahu itu salah satu jalan untuk menuju minat dan cita2 aku. Peluang kerja itu ada, insyaAllah.

Tiada jodoh antara aku dan USM. Ada rasa sedih sebab aku memang teringin nak masuk USM, aku tak pernah ke peneng sebelum ni. Aku nak merantau jauh. Tapi aku terpaksa tolak. Syukur, pihak USM masih sudi menawarkan kos saspen buatku. Maafkan aku terpaksa menolak. Aku harus memilih. Andai kata aku tidak layak jd sebahagian pelajar UM pasti sekarang aku sudah berada di peneng. Tapi, aku bulatkan kata hati, 1 Sept, Isnin ni aku bakal menjadi mahasiswi Universiti Malaya. Inilah pilihan aku. Aku rasa lega sangat bila dah tetapkan keputusan. Terima kasih pd yang menyokong dan memahami dan maafkan aku kerana tidak membuat pilihan sebaliknya. Aku hanya ingin belajar dengan tenang. Aku cuma harapkan doa dan restu dari mereka. Sebab aku percaya restu mereka selepas restu kedua orang tua aku adalah sumber kejayaan aku dengan izin Allah, insyaAllah.

Doakan aku..supaya aku tidak silap dalam membuat pilihan.

Fuhh, akhirnya terluah rasa hati..menghitung hari untuk Minggu Haluansiswa Uni Malaya. Aku harap aku sudah bersedia sepenuhnya untuk bergelar pelajar UM. Cabaran makin kuat. Moga aku kuat. Allah penemanku. UMIsOne.

Tiada ulasan: