Khamis, 1 Januari 2015

Welcome 2015 Goodbye 2014

Assalamualaikum

Welcome 2015 and farewell 2014

2014 antara tahun yang sangat membawa makna kepadaku. The best among the best of the year!!
Tahun kegemilangan aku. Alhamdulillah. Banyak kenangan terindah yang tercipta. Tahun yang menjanjikan ganjaran setelah penat lelah berusaha menggapai apa yang diinginkan, membuktikan apa yg harus dibuktikan. Tahun yang memberi harapan bahawa tiada lagi kedukaan sebaliknya kebahagiaan kian tercipta. Tahun di mana lara diganti senyum. Alhamdulillah. Dalam banyak2 kenangan, aku paling bersyukur dengan kehadiran insan2 yang sangat bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah, Allah bantu aku untuk hilangkan rasa trauma dan fobia akan kisah hitam itu dengan menghadirkan insan2 ini. Mereka banyak bantu aku untuk bina kembali jati diri dan keyakinan diri. Mereka bantu aku dalam membuktikan sesuatu. Aku amat sayangkan insan2 ini. Moga Allah pelihara mereka walau di mana mereka berada. Kesedihan mereka meruntun jiwa aku jua. Kehadiran mereka membuatkan hari2 aku lebih bahagia dan ceria. Menyakinkan aku bahawa masih ada lg insan yang berhati mulia dan punya rasa kasih dan sayang. Aku harap perasaan begini kekal hingga selamanya meski nyawa terpisah dari jasad. Kasih sayang sesama insan kekal selamanya. Walau terpisah jauh. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya aku andai aku harus kehilangan mereka, Nampak benar aku masih belum bersedia sepenuhnya. Sungguh aku kasihkan mereka. Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Sungguh aku tak mampu membalas segala jasa baik mereka. Moga tuhan jagakan mereka untukku. Moga tuhan tidak bolak balikkan hati mereka, Terasa satu perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan di sini. Perasaan bahagia. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk pinjaman ini.

Selamat tinggal 2014 yang penuh bahagia.

Kepada tahun 2015..

Aku yakin tahun ini akan jadi tahun yang lebih sukar. Sekali lagi harus bergelut, bergelut lebih hebat untuk survive. Akan kupastikan aku kuat menempuh dugaan itu seperti mana aku kuat tempuhi hari2 hitam aku dahulu. Aku Cuma perlu pastikan aku tak bergantung pada sesiapa di masa muka. Aku kena lg kuat bila merasa hilang kerana aku tau kelemahan paling ketara aku sekarang ialah aku mudah sayang seseorang dan aku rasa sukar utk terima kehilangan. Aku belum cukup kuat berdepan dgn sebarang kehilangan walaupun aku rasa aku tabah namun aku tidak. Aku sedar itu bila aku merasa satu perasaan takut yang amat sgt bila terfikir perlu berpisah jauh dr org2 yang aku syg. Aku takut aku dilupakan. Meskipun sering ingatkan diri bahawa itu semua pinjaman Allah namun tetap aku rasa terkesan. Ye, aku amat mudah rasa terkesan. So, aku kena kuat macam selalu, pesan pada diri untuk persiapkan diri dengan sebarang dugaan. Kehilangan dan perpisahan itu pasti. Aku masih lagi ingin menghargai insan2 yang banyak memberi makna dalam kehidupan aku. Aku berharap Allah permudahkan jalannya sebab ada waktu aku hanyut, ada waktu aku tidak tahu harus menghargai bagaimana agar orang2 yang aku sayang merasa selesa. Selesa dgn kehadiran aku. Selesa dgn cara aku. Aku takut untuk beritahu mereka bahawa apa yang aku lakukan terhadap mereka aku ikhlas kerana kasihkan mereka, aku takut ikhlas aku tidak sepenuhnya. Allah tidak meredhai aku. Biarlah perbuatan aku menunjukkan perasaan aku terhadap mereka, orang2 yang aku kasih. Aku harap satu hari nanti aku tak terlambat untuk ucapkan betapa aku menyayangi mereka dan aku harap benar mereka mampu terima dengan hati yang terbuka dan lapang. Paling penting tidak punya sebarang prasangka yang tidak elok. Supaya kesilapan sama tidak akan berulang lagi. Aku harap Allah masih sematkan rasa sayang dan kasih dalam hati mereka seperti mana aku semaikan rasa itu terhadap mereka jua.

Kepada 2015...

Aku mengalu-alukan kedatangan insan2 baru dalam hidup aku kerana aku tiada kuasa untuk menghalang kehadiran mereka. Cuma aku berharap Allah hadirkan insan2 yang mampu mendorong aku utk menjadi hamba yang baik dan manusia yang berhati mulia, menyenangkan orang lain. Tak selamanya aku mampu membina tembok hanya gara2 pengalaman pahit yang pernah dilalui. Jadikan perkara yang sdh berlalu sbg satu iktibar dan pengajaran. Sama macam selalu kau ingatkan diri…pengajaran yang memberi pelajaran.

Allah, please stay with me forever because the end of the day I will return to you. Let me fall only for you. Please lend me your strength to go through all days I have to go to. Please do not let me down too much when I have to lose people I love. I knew I can’t wish them to remain stay but help me to get up back to move on with my life. And please…give me a chance to appreciate people I love. It is hard to say I love them even some people out there even say " say that you love them before its too late", but i can't, i found it so hard so please bless me in my way to appreciate them and let them feel it so they know how much I love them. I also cannot wish them to love me back even I want so. I won’t ask for it but let me do something for them and make them happy. That’s the only thing I really want to do in my life. And keep me strong when i have to lose them...because in the end..only You i have.

Buku lama harus dibuka dan buku lama perlu disimpan. Namun ada waktu akan kubuka buku lama yang banyak menyimpan kenangan pahit manis itu supaya aku sedar sejauh mana aku telah berubah.

Tiada ulasan: