Jumaat, 27 Mac 2015

Life Huru Hara di UM kesayangan

Assalamualaikum...


Dah masuk sem kedua aku di sini, di Uni Malaya. Masih lagi di tahun pertama. Well, life kat sini alhamdulillah masih boleh survive lagi. (Alhamdulillah). 

Langsung takde cite pasal life aku di um utk sem lepas kan? Bila mula belajar kat U ni memang hidup aku huru hara sikit, yelah nak biasakan diri dengan situasi baru kan.Walaupun aku rasa aku dah cukup prepare masa form6 but still keadaan aku awal2 tu berserabut. Not prepared enough!  Masa baru2 masuk tu ok lagi tapi lama-lama tu memang kesunyian jelas terasa tak kira berapa ramai teman, kawan di sekeliling, tetap terasa ada kosong di situ. Then, aku sedar yang aku sebenarnya rindukan sekolah. Haha, tolong jangan rasa pelik bila aku kata akhir2 sem pertama tu aku dah mula rasa aku ni dah schoolsick. Orang lain homesick tapi aku lain pula ceritanya. Kalau nak cerita tu memang sakit jugak fight rasa kosong tu. Sem lepas pantang ada waktu free yang panjang sikit je mesti aku balik terengganu. Yang bestnya, bila dah start belajar di KL, aku dah mula pandai naik flight, haha. Nak buat macam mana, kekadang tiket flight tu murah kalau book awal dan cepat. Kebetulan sem lepas Jumaat tu memang aku takde kelas, memang saja aku save hari tu untuk saat2 nilah. Boleh balik kampung lama sikit. Hahaa. Bila balik tu bukannya aku stay kat umah pun tapi hari2 aku pegi sekolah. Even kat sekolah takde orang, aku tetap pergi ke sana. Bukan apa, aku rindukan suasana tenang di SMKSS. Deru angin pantai. Masa tu aku rasa kota sibuk ini tak sesuai untuk aku. Serabut. dan aku tak suka rasa serabut itu. Dalam masa yang sama aku rasa semangat belajar aku sehari ke sehari makin hilang, makin pudar, aku selalu tertanya2 ke mana perginya semangat belajar aku sewaktu di ting6 dulu. Don't know what went wrong. Aku tak kisah kena berkejar2, masa di sekolah pun selalu je hidup aku terkejar2 sampaikan satu saat tu aku rasa aku ni memang takde life. Belajar3. Cuma situasi tu....itu yang buat aku schoolsick sebenarnya sampai aku rasa penat yang amat sangat. Sesekali ada rasa tanda2 depression tapi alhamdulillah tak melarat. Please, dont get me wrong. Aku pun bersyukur awal2 sem, ramai yang amik berat kat aku, selalu tanya kabar aku di sini, tapi aku taknak kata kerana mereka aku schoolsick sebab aku sendiri tak pasti tentang itu. Once again, dont get me wrong.

Lebih schoolsick bila aku dapat tahu berita yang kurang menyenangkan dekat2 nak final exam. Lagi meronta2 aku nak balik. Kesudahannya aku dapat pengajarannya yang buatkan aku rasa malas nak balik sem ni. Bukanlah tawar hati, menjauhkan diri ke apa ke tapi lebih untuk mengajar diri sendiri supaya melepaskan apa yang sepatutnya dilepaskan. Tak selamanya harus berpegang kepada sesuatu yang menjadi kebiasaan itu. Situasi dah berbeza sekarang. I got it now. So now, untuk sem kali ini, one way untuk hilangkan rasa kosong dan kesunyian ini aku banyak sibukkan diri. Alhamdulillah, kesibukan itu ubat paling mujarab buat aku untuk fight semua rasa negatif tu. Namun, aku tak akui sesekali dalam2 sibuk pun fikiran aku terhadap mereka tak pernah lepas...

Ok, cukuplah tu pasal aku, sekarang cerita pasal pelajaran pula. Nak cerita pasal result sem lepas...hm, tidaklah begitu memberangsangkan macam masa di form6. Aku dan kawan2 aku harus terima hakikat yang kos kami ni memang susah nak dapat pointer 1st class (3.75) di fakulti sastera n sn sosial ni. Ada je cuma boleh bilang dgn jari bape orang je. Orang bilang belajar di Uni ni senang tapi tidak pada aku. Sejujurnya aku rasa belajar di tingkatan 6 lagi mudah dari sistem pembelajaran di Uni ni. Bila masuk uni mesti kena betul2 pandai manage masa. Kat sini, aku rasa mana2 Universiti lah, memang berpeluang untuk handle projek kolej, jabatan or uni sekalipun. Yang penting kena rajin dan ada rasa tanggungjawab yang tinggi. Dan satu lagi di UM untuk stay kolej, mestilah kena aktif. Aku sendiri tak tahu lg status aku macam mana masuk tahun dua nanti sebab aku taklah aktif kolej gila2 cuma masa SUKMUM (Sukan Mahasiswa UM) aku adalah join beberapa sukan dan paling aktif aku join Team Gempur, team tarik tali kk9. Alhamdulillah team aku ni dapat no3. Paling seronok dalam masa 3 minggu berat aku turun hampir 11kg tu. Sekarang naik 20kg lagi. HAHA. Jadi, bila kau dah aktif gila3 tu kena pandai2 lah urus masa antara belajar dan join projek. Memanglah soft skill tu penting tapi akademik pun penting juga..pandai2 lah nak hidup bagi balance dua2 tu bila dah masuk U ni. Jangan plak bila dah dpt 4.00 tapi soft skill hampeh, majikan nak amik kerja pun tak jadi bila soft skill, communication skill tu takde. So, macam aku cakap, pointer bagus bukan segala-galanya, pepandailah bagi balance.

Sebut pasal softskill ni, sem ni aku banyak join aktiviti berpersatuan dan kelab. Pengakap, PERMATA dan juga kelab IR. Jadi, sem ni memang aku sibuk sampaikan weekend pun still ada program. But i think its good for me. Sibuk tu ubat pada kesunyian. Then, Itu sebab aku tak aktif prog kolej, tak terkejar aku banyak2 sangat. Hahaa...

Hurm, aku nak cerita pasal exchange student programme di UM ni, fokus di fakulti aku terutamanya. If result bagus, lepas syarat which is 3.00 above, dah boleh apply untuk pegi pertukaran pelajar ke Jepun, Korea, Indonesia, Singapore dan lain-lain. Tak kiralah kau dari jabatan mana sekalipun. Kalau kau bernasib baik, scholarship akan diberi oleh uni yang akan kau pergi nanti. Best tu memang best dapat kenal tempat dan budaya orang tapi lagi best kalau ada orang support hang. Kalau takde scholarship? Mau mampus nak tanggung belanja kat sana. Memang U akan provide sedikit wang but mesti ang kena tambah duit sendiri ribu2 jugak nanti. Ni ikut apa yang senior yang dah pergi cakaplah. Aku ada jugak amik borang nak apply, dah isi pun, tapi aku fikir2 balik, aku rasa skrg bukan masa yang sesuai untuk aku join program tu walaupun hati aku melonjak2 nak pergi. Banyak tanggungjawab aku kat sini dan bila aku pergi for sure aku akan pergi lama, bukan 2 minggu lagi dah macam masa gi Indo dulu tapi aku akan pergi utk 1 semester bersamaan 6 bulan. Lama tu. Kalau jepun lagi lama, setahun. Hum...bukan manja taknak berpisah dgn parent tapi what if, if anything happensto my parents when i were there? Sedangkan dapat berita cikgu kesayangan aku berpindah, cikgu aku sakit pun aku rasa ralat sangat dh apatah lagi bila itu melibatkan umi dan abah aku kan. How come i leave them when i am the only child they have right? Hahaa, tetiba rasa emo. Damn!

So, bestnya duk um dapat join program yang boleh asah skill kau.

Belajar? Hurm....aku tak malu nak ngaku 1st time aku tengok semua buku IR in english aku gelabah bagai nak rak. Stress aku memuncak! Inilah padahnya bila english kau tak strong. Tapi takyahlah nak gelabah membabi buta. Kat sini, even muet kau band 6 pun tetap akan belajar english lagi untuk asah kau punya english skill. Masa nilah nak cabar diri sendiri pun. dan masa nilah kau nak dapat kawan foreigner pun. Best weh. Belasah je spoken english pun janji ang berani, its more than enough! Sem lepas aku ada amik bahasa tambahan sbg subjek elektif iaitu bahasa Filipino di bawah jabatan Pengajian Asia Tenggara. Just belajar basic. Best sangat. Aku rasa kelas filipino kelas paling best, paling santai dalam banyak2 kelas yang aku amik tu. Kat situ aku dapat 4 orang kawan foreigner dari Thailand. It just so awesome ok! Buat video pendek dalam bahasa filipino, nyanyi lagu...ohh gosh i miss that moment!

Untuk sem ni aku tak amik bahasa dah, sebab aku rasa aku payah nak skor. Kahkahkahhh, bukan payah nak skor tapi aku ni memang tak bape nak boleh gi dengan bahasa. Nasib baik aku tak amik bahasa thai ke vietnam ke atau burma, kalau tak lagi haru. Haha. Nak amik bahasa cina pun mikir banyak kali ni. Well, tak nafilah kalau jabatan aku ni bila amik bahasa its become an advantage but i think basic just enough for me. Kalau dapat keje kastam akan aku sambung belajar dalam bahasa lagi.
Selain tu, untuk sem pertama tahun pertama ni aku ada amik subjek elektif Pengajian Asia Tenggara 1, subjek ni ada 4 bahagian, belajar pasal sejarah, politik, ekonomi dan geografi negara2 Asia Tenggara. So sape major jabatan ni wajibal ghunnah amik bahasa dari negara AT. Anyway i felt so relieved that i am not a major student of Southeast Asia study sebabnya aku rasa aku tak boleh gi dengan subjek ni. Tak dapat gambaran apa yang aku belajar. Hahahaa..

So sem kali ni, aku tukar plan, aku nak amik subjek sejarah sebagai elektif aku. Nak cover balik pointer aku yang cukup2 makan tu, Perasaan bila masuk kelas sejarah atau lebih dalam lagi bila aku berada di jabatan sejarah mesti aku rasa teruja. Feeling macam aku berada di zaman 70-80an jer. Haha..anyway tu salah satu cara aku tanam rasa suka dan hilang rasa serabut aku dengan kesibukan kota metropolitan ini dengan mencari port2 tersorok dari kesibukan itu. Kekadang aku bayangkan diri aku berada di zaman2 dulu, itu yang buat aku rasa teruja lagi. Okay, aku tahu mesti ada yang rasa aku ni pelikkan. Tapi itulah aku. Tak mampu nak ubah itu. I think its quite good for me sebab bukan aku peduli hal orang pun, aku just buat hal aku sendiri janji aku happy. Oke2...melalut lak. Back to main point, kali ni aku amik elektif Sejarah Eropah dan Sejarah Awal Asia. Memang aku minat sejarah, sebelum ni kalau aku ada masa free mesti aku senyap2 menyelinap masuk kelas sejarah tu. Lagipun sekali kuliah, hampir 100 orang pelajar so i dont think lecturer will remember me that time. Hehee..
Apa yang buat aku terpesona sampai sekarang bila ada sorang lecturer jabatan sej ni yang kurang daya penglihatan tapi mampu ada pangkat Dr (phD). Aku memang salute. Selalu juga aku tertanya2 apa rahsia beliau sampai mampu ke tahap ini, im pretty sure it was not as what as we thought. Aku kagum. Pun aku rasa teruja dapat belajar dengan pensyarah cikgu2 form6 aku dulu, mcm prof Abdullah Zakaria dan Tan Sri Dr Khoo Khay Kim. Buatkan aku rasa mereka dekat dengan aku. So aku harap subjek ni dapat tingkat kemahiran sejarah dan minat aku serta pointer aku. Hehe.

Haaa masuk subjek major pula. Sem lepas 1st year major student of International and Strategic Studies ambil dua subjek sahaja untuk sem pertama ni. Introduction to Inter Relation dan Revolution of Europe Society. Aku teruja sangat belajar benda yang aku minat. Macam2 benda aku dapat belajar. Tapi i cant denied that this course act though more than i think. Kawan aku pun ada yang give up. Actually utk dapat dekan tu payah for this course but it can be true. Work hard la dan rajin2 kan baca buku dan artikel. Satu je yang aku perasan, senior ke kawan2 aku ke tiap kali dapat soalan tutor memang payah nak pakai buku, last2 rembat semua dari internet. Yeayh,,dunia di hujung jari kan. So do I, but still i love book but sometime i dont have time to do so, so, google just the easiest way for now. Haha tu yang markah pun cukup2 makan je. Yeahh untuk berada di kos Pengajian Antarabangsa dan Strategik ni you must have a lot of knowledge as much as you can. So then it might help you during the presentation and during you make an argument of something. 

Ohh before terlupa..subjek Pengenalan Hubungan Antarabangsa ni kita akan belajar tentang hubungan antara negara dan negara, non state actor. nation interest, teori liberalism, marxism dan mcm2 jenis teori dlm IR. Act subjek ni sangat menarik. Belajar pasal perisikan, bentuk propaganda, kau akan sedar macam mana sistem IR ni berfungsi secara realitinya. Kalau subjek Evolusi masyarakat evolusi pula lagi best macam sejarah...sejarah yunani purba, greek, rom, kristendom, perselisihan antara empayar roman suci dan holy roman katolik hingga menyebabkan peperangan di negara2 eropah, macam mana perancis yang sentiasa berperang dgn jerman untuk pegang kuasa hegemoni sehingga kepada perjanjian westphalia 1648 yang berikan keamanan 300 tahun di eropah sehinggalah jerman bangun dan jadilah perang dunia pertama dan kedua serta perang dingin yang memecahkan jerman kepada jerman utara dan barat hingga jatuhnya tembok berlin di jerman menandakan jatuhnya soviet union pada 1991 dan macam mana US menjadi kuasa terkuat di dunia. Fuhh...seronok beb. Kau akan nampak kronologi apa yang berlaku di eropah hingga membentuk sistem antarabangsa sekarang ini. Semua berkait. Fuhh fuhh...macam2 lagi aku nak taruk kat sini tapi dah terlalu panjang ni.

Masuk sem kedua tahun pertama pula, wajib amik 3 subjek major. Introduction to Politics, International Political Economy and Research Methodology. Pengenalan politik tu macam sains politik la, belajar pasal demokrasi, kuasa, kedaulatan, dan macam2 lagi, Aku paling suka sn politik compared to Intro of IR sebab subjek tu memerlukan knowledge yang amat luas alam semesta. IPE plak belajar pasal ekonomi antarabangsa la dari merkantilist kepada liberalist yang lebih berbentuk kapitalis dan akhirnya muncul structualist atau marxism atau sosialis yang menentang idea2 liberalist dan kapitalis. Apa fungsi IMF, World Bank dan lain2. Banyak lagi. Subjek ni pun sama memerlukan pembacaan yang banyak. Aku suka tapi aku stress juga kekadang kesibukan aku ini ada waktu membataskan pembacaan aku. Huhuu..Last Methodology research ni simple but complicated. Macam mana nak kaji sesuatu mengikut IR perspektif. It might help you when you start your thesis, ala lebih kurang nak buat esei pbs jugak but more detail and complicated. Tapi gambaran tu ada kalau ingatlah macam mana buat pbs dulu. kalau main tiru je mana nak tau kan? haha tepuk dada tanya selera.

Oke...untuk sem ni amik 22 kredit 7 subjek. last sem 18 kredit 6 subjek. Aku harap aku mampu bertahan. Yang bestnya belajar U sebab waktu kelas tu tak sama tiap hari tak macam sekolah. Ada kelas start pukul 10, ada kelas pukul 8, kalau pukul 8 tu memang liat sikit nak pergi kelas tapi tetap pergi. ada hari pack ada hari lenggang. Macam sem ni memang kalau hari rabu tu aku terpaksa berkejar2 dari jabatan ir ke jabatan sejarah lepas tu ke jabatan ir lagi, Awal pagi dah ke fakulti ekonomi utk kelas bi but its okay la compare previous sem tiap petang kamis aku kena gerak pi kelas bi kat fakulti sains, kelasnya nung di celoh rok dan utan. Haha. Rabu tu gap tu sejam jer, kelas sampai 5 petang tiap hari. Cuma khamis kelas sampai 2 dan jumaat still free. Cuma sejak berada dalam kelab IR, tiap jumaat boleh dikatakan aku akan berada seharian di jabatan untuk handle tayangan movie. Anything movie relate to IR. So cukuplah setakat ni. dah pukul 3,00 pagi. Awal pagi nanti, dah ada projek video pendek utk subjek Hubungan Etnik. Ni subjek wajib Uni, nantilah aku cerita bila ada masa free lagi. Nak kena cari lagu tamil pulak dah. Alahaiii.....

See you later...tah bile lak aku boleh update blog nih. Jarang post, sekali post berjela2 panjangnya. Time kasihla pada yang sudi baca kisah hidup manusia biasa nih. Sentiasa nak try jadi yg terbaik utk semua tapi tangan tak mampu apatah lagi yang lain...moga Allah pelihara kita semua.